Inkues Teoh: Kesan Tompokan Bukan Darah Manusia
Kesan yang ditemui di tangga ke tingkat 15 Plaza Masalam disahkan bukan darah manusia tetapi dipercayai bahan anti-karat. Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh Beng Hock berkata, laporan penuh mengenainya akan diumumkan esok."Tiga ujian telah dijalankan oleh pakar tempatan dan pakar dari Thailand untuk mengesahkannya," kata beliau. Gobind berkata, pihaknya melawat semula tempat kejadian untuk membolehkan pakar dari luar negara membuat pemeriksaan di situ. Beberapa helai benang dan serabut juga ditemui selepas dijalankan pemeriksaan kali kedua di kawasan tersebut hari ini.
Menurut Gobind, satu laporan akan dibuat oleh pakar-pakar tersebut berhubung penemuan terbaru itu.Kumpulan pakar forensik dan peguam meninjau kembali kesan darah di tingkat berkenaan bagi menentukan sama ada ia milik manusia dalam siasatan inkues kematian Teoh. Kesan darah itu ditemui Jumaat lalu oleh peguam Teoh dan koroner Azmil Muntapha Abas sewaktu kunjungan mereka ke tempat kejadian, yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, dan tempat mendiang ditemui di koridor tingkat 5 bangunan tersebut.Berikutan itu, prosiding inkues hari ini ditangguhkan bagi membolehkan pakar patologi dan forensik memeriksa dua kesan tompokan tersebut. Sementara itu, Bernama melaporkan, dua pakar forensik dari Thailand adalah antara yang hadir pada prosiding inkues kematian Teoh.
Ketua Unit Tempat Kejadian Jenayah, Institut Pusat Sains Forensik Thailand, Somchai Chailermsooksant (kiri sekali) dan Ketua Unit Perubatan Klinikal Forensik Institut yang sama Dr Triyarith Temahivong (kanan sekali) didatangkan khas oleh kerajaan Selangor sebagai pemerhati dalam prosiding inkues itu.
Kedua-dua pakar forensik itu yang bersut lengkap, duduk di barisan belakang galeri awam dalam mahkamah semasa prosiding. Bercakap kepada pemberita selepas prosiding ditangguhkan pada jam 10.20 pagi, peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo berkata kedatangan kedua-dua pakar itu bertujuan membantu mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai prosiding, dan mendengar keterangan daripada pakar forensik kerajaan nanti. "Selepas itu, baru kami akan putuskan sekiranya perlu dipanggil pakar forensik patologi dari Thailand, Dr Khunying Porntip Rojanasunan, dan seorang lagi pakar forensik patologi dari Australia," katanya.
Pornthip Rojanasunand, Pengarah Central Institute of Forensic Science, Thailand, merupakan pakar forensik patologi yang cukup terkenal dan pernah menyelesaikan banyak kes-kes pembunuhan di Thailand. Terdahulu, peguam Tan Hock Chuan yang dilantik mewakili kerajaan bagi membantu prosiding inkues itu memohon mahkamah untuk membenarkan seramai 23 saksi dikecualikan daripada hadir ke mahkamah setiap hari sehingga tiba giliran mereka untuk memberi keterangan. Antara 23 saksi itu termasuklah wartawan The Star, beberapa kenalan Teoh dan pengawal keselamatan di Plaza Masalam di Shah Alam.
KETUA Sains Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Thailand, Kolonel Somchai Chailermsooksant (dua dari kanan) dan Peguam pemerhati, Malik Imtiaz Sarwar (kanan) meninjau kawasan tempat kematian Teoh Beng Hock di Plaza Masalam, pagi ini. - Foto Sairien Nafis (Berita Harian Online).
Komen Isac;
Telah terbukti sekarang, kesan yang disangkakan sebagai kesan darah Mendiang Teoh di tangga dan tingkat 15 di Plaza Masalam, sebenarnya bukannya kesan darah manusia.
Jika sebelum ini Jabatan Forensik, Polis Diraja Malaysia yang menjalankan siasiatan mereka dalam kes berkenaan dilihat seperti "tidak" pandai menjalankan kerja mereka kerana terlepas pandang kesan "darah" di tangga tingkat 14/15 dan di lantai tingkat 15, kini keraguan tersebut telah dapat dipulihkan.
Peguam Gobind Singh Deo yang terdahulu dilihat "berlagak" seperti seorang pakar forensik dengan penemuan kesan tompokan "darah" tersebut kini sepatutnya mendiamkan diri dan lebih menumpukan tugasnya sebagai peguam pemerhati keluarga mendiang Teoh.
Adakah dengan penemuan terbaru ini bermaksud tiada "foul play" di dalam kes kematian mendiang Teoh? Adakah ini bermaksud mendiang tidak dibunuh setidak-tidaknya bukan oleh SPRM? Nasihat saya, kita semua kena tunggu sehingga inkues dan siasatan diraja siap dijalankan. Serahkanlah kes ini kepada mereka yang lebih arif untuk menjalankan siasatan.
Janganlah kita memandai-mandai membuat andaian dan kesimpulan kerana tuduhan melulu bukan sahaja boleh menyebabkan keluarga mendiang semakin tertekan dan tersiksa bahkan kita juga mungkin akan menyebabkan orang yang tidak bersalah dan keluarga mereka juga turut dihukum dan menderita disebabkan oleh angkara kita. Bila kita menuntut keadilan untuk mendiang, jangan pula kita sewenang-wenangnya menuduh orang lain secara mebabi buta.
Maaf "babi" mungkin perkataan yang amat sensitif ketika ini......:)
Sila ziarah blog saya, link; http://bumiyang.blogspot.com/
5 Comments:
ini la peluang buat duit bg peguam yg mata duitan .bila dikaitkan dgn org lain peguam2 ini akan tampil utk membela mangsa tersebut .beginilah keadaan kita skg ,mempunyai ilmuan yg mata duitan . tapi tak ramai la peguam yg macam ni dan kemungkinan dah tiada disbbkan masyarakat pun dah terpelajar
salam, bagi rakyat kita tunggu dan lihat, lebih baik kita zip mulut dari kita tuduh menuduh...biar pakar yang menjalankan tugas tanpa gangguan.... akhirnya kebenaran akan muncul jua insyaAllah.
isu yang membosankan...tapi bole jadi modal besar buat pakatan rosak
salam,
apalah korang nie...cat dengan darah pun tak kenal. kalu orang kampung cuma cium baunya pun dah tahu cat...tak payak forensik...forensik..kalau mamak kalau lauk nasi kandaq tumpah dari 10 meter boleh tahu....tingkat empat SPRM ada jual nasiq kandaq....ha..ha..bagi mamak kawan yang sanggup korban diri adalah kawan yang terbaik. DAP dan kerajaan Selangor sepatutnya buat kenangan abadi untuk kawan kita yang sanggup berkorban untuk menjaga maruah negeri Selangor....
Gobind ni nak berlagak hero mcm Govinda...
eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
Post a Comment