Sabtu, 18 Julai 2009

Kematian Pegawai Sendiri Dijadikan Modal Politik, SPRM Dikambing Hitamkan - Berpolitik Ala Pakatan Rakyaat


July 18, 2009 : 01.05 PM
Oleh: ROSLAN BIAN
Dipetik dari Agenda Daily

Belum ada perkembangan terbaru kes kematian Teo Beng Hock, pembantu khas kepada Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah yang mayatnya ditemui di bumbung tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketika polis dan SPRM sedang berusaha merungkai misteri kematian Teo, pembangkang seperti biasa memilih untuk menyalahkan pihak lain dan kali ini SPRM menjadi mangsa terbaru percaturan politik mereka.

Pelbagai tohmahan mula dilemparkan kepada pihak berkenaan selain beberapa siri perhimpuan yang sudah dan akan diadakan pembangkang termasuk terbaru pembabitan Kerajaan Negeri untuk menganjurkan perhimpunan tuntut keadilan di Stadium Kelana Jaya, Ahad ini.

Persoalannya, keadilan apa yang hendak dituntut?

Adalah tidak adil apabila DAP dan PKR membuat pelbagai tohmahan terhadap SPRM sebelum siasatan menyeluruh bagi mengetahui punca sebenar kematian Teo yang tragis serta menimbulkan kontroversi.

Mereka seharusnya percaya pada jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa polis akan menyiasat kematian Teoh,30, secara menyeluruh dan secara professional agar diketahui apa sebenarnya berlaku. Beliau juga mahu semua pihak tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi berhubung kes itu yang boleh mengelirukan masyarakat sehingga siasatan selesai.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pula berkata, tiada apa yang hendak disorokkan berhubung kematian pembantu Exco tersebut. Malah beliau meminta jangan menunding jari kepada sesiapa sebaliknya tunggulah polis selesai menyiasat ke tersebut.

Namun jaminan dua pemimpin utama itu serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak dipedulikan pemimpin pembangkang yang cuba mengambil kesempatan mempolitikkan isu itu ketika keluarga mendiang dan tunang Teo bersedih meratapi kematian lelaki itu.

Sepatutnya mereka membiarkan polis menyiasat dan jika tidak berpuas hati mungkin kerajaan boleh menubuhkan suruhanjaya siasatan untuk melakukan "inquiry" terhadap kes tersebut. Lagipun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Khamis memaklumkan kerajaan negeri melantik patologi hospital swasta untuk bersama-sama polis menyiasat punca kematian Teo.

Walaupun ini mengambarkan ketidakpercayaan kepada polis, tetapi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bersetuju membenarkan patologi hospital swasta yang dicadangkan membantu siasatan kes berkenaan. Oleh itu pembangkang harus faham bahawa jika mereka boleh membuat pelbagai tuduhan mengaitkan kematian Teo dengan SPRM, rakyat yang berfikiran terbuka dan matang juga boleh membuat pelbagai andaian terhadap kes itu.

Ramai sedia maklumkan kes ini bermula dengan tindakan SPRM menyiasat beberapa Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor berhubung penyalagunaan dana peruntukkan wakil rakyat. Hal ini diakui SPRM dengan mengesahkan empat wakil rakyat serta Exco berhubung dakwaan itu. Ini tidak termasuk dakwaan Ahli Parlimen Wang Maju, Wee Chee Keong yang mendakwa seorang Exco di Selangor terbabit kegiatan gelap atau ‘underwater’ dan beliau mengaku sudah memberi keterangan kepada polis berhubung tulisan diblognya mengenai perkara itu.

Justru itu disebalik kemungkinan Teo yang diklasifikasikan mati mengejut atau mungkin membunuh diri, ada macam-macam andaian boleh dikaitkan dengan siasatan SPRM terhadap Exco dan Adun terbabit. Kematian Teo penuh misteri pastinya mengalih tumpuan siasatan SPRM kepada pihak polis yang kini menyiasat SPRM serta punca-punca lain yang boleh dikaitkan dengan kematian mendiang Teo.

Siasatan polis pasti mengambil kira semua aspek termasuk tahap kecederaan Teo bagi memastikan sama ada beliau jatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM di plaza itu. Ketika ditemui, mayat Teo lengkap memakai kot. Ini mungkin menunjukkan beliau sudah selesai disoal siasat dan dibebaskan untuk pulang. Jika ada telefon bimbit mangsa, polis pastinya dapat mengesan masa dan kepada siapa terakhir yang dibuatnya.

Sebenarnya, parti pembangkang tidak perlu menjadikan kematian Teo sebagai modal politik masing-masing apatah lagi menjadikan SPRM kambing hitam dalam insiden ini. -17/7/2009
Komen Isac;
Pembangkang mungkin beranggapan, jika mereka menganjurkan beberapa siri demonstrasi yang kononnya menuntut kerajaan menyiasat kes ini dengan adil, sudah pasti demonstrasi-demonstrasi ini akan disudahi dengan penangkapan demi penangkapan untuk menyuraikan mereka. Ini pasti akan membangkitkan kemarahan masyarakat Malaysia terhadap SPRM dan polis khasnya dan kepada Kerajaan persekutuan amnya.
Dalam diam-diam mereka mungkin berharap agar rakyaat akan terlupa, siapakah sebenarnya yang sedang disiasat. Mereka ini sebenarnya cuba untuk mengalihkan perhatian rakyaat terhadap isu sebenar, iaitu SPRM sedang menyiasat samada benarkah berlakunya penyalahgunaan wang peruntukan wakil rakyaat di kalangan pemimpin-pemimpin PR, seperti yang telah heboh sebelum ini.

Kepada keluarga mendiang Teo, hanya ucapan takziah yang dapat diucapkan. Kematian mendiang memang merupakan kelilangan yang cukup besar dan tragis buat keluarga ini. Apapun, jangan dibiarkan ada pihak yang "menangguk di air yang keruh".

Sekarang ini musang bukan sahaja boleh "berbulu ayam", bahkan musang-musang zaman sekarang sudah pandai berdemonstrasi dan "berblogging" demi kepentingan politik mereka tanpa mengirakan kesedihan orang lain juga sehingga sanggup memfitnah dan bahkan membunuh...

9 Comments:

Lin said...

SALAM ABANG TUAH

INSYALLAH KEBENARAN AKAN TERPAPAR AKHIRNYA..

TAPI ADAKAH MEREKA YANG TELAH DI BUTA HATI DAN TELINGA OLEH ANWAR, HADI, NIK AZIZ DAN LIM KIT SIANG AKAN SANGGUP MENERIMA KENYATAAN BAHAWA MENDIANG TEOH DIBUNUH OLEH ORANG YANG DIKENALINYA???

SATU PERSOALAN

SALAM

kuntakinte said...

salam, tak berhati perut pembangkang...mengunakan kesedihan keluarga simati untuk menagih simpati dan sokongan orang ramai...

Dengar sikit nasihat yang baik dari PM dan TPM, biar polis siasat apa puncanya....siapa Teoh pun untuk dibunuh oleh SPRM...

sikap dan tindakan pembangkang boleh mewujudkan pergaduhan kaum sudahnya....ingat retak tunggu belah je...jadi kita biar PDRM siasat...

P/s Gangster atau kongsi gelap ni kalau teman nengok cerita dalam TV , adik beradik sendiri pun sanggup bunuh...he..he.. saja melawak..

rizal said...

confirm mmg teoh bunuh diri....atau dbunuh....napa dia mati dkat bangunan sprm....nampak sgt tk profesional.......logik la ckit dbangunan sprm....napa sprm nak bunuh teoh,,....ini semua keje DAP...sbb teoh adalah saksi utama pembabiitan kongsi gelap...dan pusat2 judi yg makin bertambah dselangor....dan byk simpan rahsia.......

ISAC said...

Saudara sekelian terimakasih di atas komen2 saudara. Mudah2an kebenaran akan menengglamkan kebathilan....Amin.

MELAYUSEPANG said...

divert,divert,divert.throw one stone to kill two bird.pertama utk tutup isu penyiasatan rasuah yang sedang di siasat.tu yg ronnie liu acting meroyan giler.sekarang langsung x de org cite pasal siasatan rasuah kan.kedua ini peluang yg baik utk melakukan pre emtive measure.serang setelah populariti semakin merosot.terutama selepas manik urai dan result merdeka centre polling terhadap DS Najib yg popularitinya semakin meningkat.inilah masanya mengkambing hitamkan MACC sebagai defendan pertama dan kerajaan sebagai defenden kedua.ditambah pulak cina tua yg kalah bertanding dua kali jawatan presiden mca masuk pkr.eh lupa pulak kisah perbicaraan annunyaar yeee.cehh untung besar betul...aduh lupa pulak wee chee keong tgh gaduh ngan ronnie,azmin tak puas hati ngan exco,hassan ali tgh bahagikan hasil 15%nya pada 30 org kontraktor terpilih,buah pala kat peneng ape cite pulak,aset negeri selangor dah kurang tak tambah2,pasir pe cite dulu kate boleh collect 200j, mase bn 17j skali bila bentang dlm sidang dewan negeri 4j aje,samseng pun dah up grade meeting kat pejabat exco tu......Semua org akan lupe isu ini.Jadi kengkawan semua harap dapat selalu peringat org keliling kite what is all about........

sasha2020 said...

Celaka punya ADUN DAP. Dah berani sampai bunuh orang. Takut rahsia mereka terbongkar.

Tanpa Nama said...

Takde selera aku nak komen..bodo bodo semua..tunggu jelah hasil siasatan nanti sapa yang bunuh dia..

Tanpa Nama said...

Takde selera aku nak komen..bodo bodo semua..tunggu jelah hasil siasatan nanti sapa yang bunuh dia..

Tanpa Nama said...

Salam penunggu blog..kekekekek

Lambat sikit komen. SPRM dikambing hitam kn ker..atau cina bodo ni yg jadi babi hitam..Nmpknya ade sentimen perkauman disini. Isu ini dicipta utk mengalihkan perhatian masyarakat pada kes salah laku DAP serta kes perbicaraan Nuar berahim. Sentimen kaum diwujudkan kerana PR mula sedar kekurangan sokongan org2 Melayu pada mereka saat ni..Terdesak dgn semua ini..masyarakat cina dipergunakan secara maksimum utk meredakan golombang kebangkitan org2 melayu. jgn terpedaya..Org2 melayu bukan bodo utk ikut strategi basi PR. Kita terus fokus pada isu yg sepatutnya..DAP & Nuar Berahim..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online