Dalam kesibukan tugas-tugas harian sempat juga beliau berbuat amal ibadat. Dalam kesibukkan mengurus negara, berusaha mengeluarkan ekonomi negara dari kemelut ekonomi dunia yang kian merunching dan lain-lain percaturan untuk mempertingkatkan negara beliau sempat juga mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. Pemimpin beginikah yang hendak kita hentam?
Di pihak yang lain (pakatan pembangkang) seperti tidak mempunyai pekerjaan lain, diperhatikan asyik menghentam dan menghimpit Kerajaan Persekutuan. Mereka lebih gemar berdeomonstrasi daripada mentadbir empat buah negeri yang berada di bawah pentadbiran mereka. Apabila mereka dilihat gagal mentadbir negeri-negeri ini kelak, maka kerajaan Persekutuan yang akan mereka salahkan, dengan jawapan standard iaitu,"dianak-tirikan oleh kerajaan Persekutuan/BN". Isu terbaru (modal politik mereka) Kerajaan Persekutuan dituduh oleh Ketua Pembangkang sebagai bertanggung-jawab mengarahkan "pembunuhan" mendiang Teoh melalui SPRM dan mengatakan ini suatu lagi kerja licik Kerajaan Umno/BN.
Adakah ini adil untuk Kerajaan Persekutuan? Mana mungkin saksi kes terhadap rasuah exco kerajaan Pakatan Rakyaat "dibunuh" oleh SPRM atas arahan Kerajaan Persekutuan? Saya tidak mahu menuduh, tetapi siapakah yang mempunyai motif disini?
Pakatan Rakyaat dilihat sengaja mahu melarikan diri daripada perbicaraan sebenar iaitu "berlaku penyalagunaan" di dalam peruntukan wang dana kerajaan negeri Selangor.
Bagi saya usaha-usaha Pakatan Rakyaat yang tidak henti-henti menghentam Kerjaan Persekutuan adalah perkerjaan untuk meruntuhkan kemakmuran negara. Ini adalah pekerjaan yang dilakukan oleh penghianat negara bukannya kumpulan pembangkang.
Wahai rakyaat Malaysia sedarlah dari lamunan, kenalilah siapa yang patut kamu sokong dan siapa yang patut kamu "penjarakan" ?
16 Comments:
Alhamdulillah...semoga balik nanti dapat membuat sesuatu untuk memperkasakan agama islam..Datin Rosmah nanti diharap balik pun kekallah bertudung tu..
SLM BRO..MUDAH2AN KERJA UMRAH DS NAJIB AKAN MEMBAWA KEBERKATAN KPD KITA SEMUA. PEMBANGKANG PLAK MCM MNA? MCM BIASA KAKI HAPRAK X MENGENANG JASA!! KEHKEHKEH
tuan,
kalau dilihat semenjak pru12 yang lalu, gelagat dan perangai pakatan rakyat lebih menjurus kepada pakatan khianat rakyat. Tidak sudah-sudah dengan perangai buruknya: [3M] menyalah, menyalak dan melalak.. wahai bangsa melayu..bangkitlah untuk menguburkan pakatan khianat rakyat. Belum pun ada satu perancangan yang dijalankan di semua negeri pakatan khianat sehingga kini.. ini adalah menyalahguna kuasa...dan mengkhianat undi rakyat.
insya'allah mudah2an baliknya pemimpin yg kita sayangi ini nanti akan terus berkelakuan sebegini..sebab sejuk mata memandang...Rosmah dgn pakaian menutup auratnya...anaknya dengan meninggalkan kelakuan yg berfoya-foya dimana pembangkang sedang menjaja gambar tersebut di blog2 mereka
insya'allah
Pertama ada 3 perkara yang berkat berlaku d Malaysia akhir-akhir ini
1- Perhimpunan Kumpulan Tabligh di tapak parking kereta KLIA 12 jULAI 2009 (Ahad) yg dihadiri PM dan TPM- disitu, orang yang soleh mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Islam dan Malaysia
2- Wacana Pemikir -Kedudukan Inst Beraja dan Melayu dr Perspektif IMalaysia di PWTC pada 10-11 Julai 2009
3 Israk Mikrah pada 27 Rejab atau malam 20 Julai 2009
Selain itu, kifarah yang Allah dah tunjukkan kepada umat Islam dan rakyat Malaysia yang undi Pakatan Rakyat spt berikut
1- Majoriti 65 undi kepada PAS di PRK Manek Urai
2-Kematian Teoh dan kaitan dgn kongsi gelap serta pendedahan MP Wangsa Maju Wee
3- Isu pendedahan Teoh, antara lainya dr 700 lesen rumah urut , sblm PRU12 mAC 2008, menegak naik kpd 4,000 Lesen rumah Urut di Selangor? Kenapa PAS diam?
FIKIR-FIKIRLAH SENDIRI, TANDA PERINGATAN DARI ALLAH YANG MAHA ESA
Alhamdulilah,PM kita dan keluarga sempat mengerjakan ibadah Umrah.Tetapi yang lebih penting mengekalkan kesinambungan dari ibadah tersebut. Dalam kata lain, imej perlu dibesihkan, aurat perlu dijaga, tingkah laku perlu dijaga dan yang lebih penting memerintah mengikut cara islam. Jika tidak dikhuatiri ibadah tersebut dipandang sebagai sandiwara sahaja..nauzubillah.
Sedang YAB Najib dan Rosmah melakukan tawaf di Kaabah, Siberuk Nizar memegang lilin melakukan 'vigil' bersama Ngeh dan Nga sepupu sepipitnya yang tidak boleh lagi direnggang.Lihat sahajalah gambar mereka berbaris berdiri dengan lilin ditangan mengikut ala-ala dalam gereja gitu!
Sesungguhnya orang Nasrani dan Yahudi itu tidak akan redha terhadap orang Islam selagi tidak mengikut cara mereka.Nah! Kini Siberuk Nizar yang merupakan Ahli J/Kuasa PAS Pusat sedang menunjukkan cara. Way to go PAS! Tidakkah dia sudah dinasihatkan oleh Mufti Negeri Perak dimana dia dulunya seorang MB (Walaupun puppet) bahawa berdemonstarsi sambil menyalakan lilin adalah haram kerana ianya meniru amalan orang kristian? Lihat gambar-gambar ini kerana kelaku Nizar ini akan cuba dinafikan oleh pengarut-pengarut didalam PAS! http://unitmediabaru.blogspot.com (tajuk:Nizar harus bertaubat).
anuar ulang alik pergi barat,tak pernah singgah buat umrah....betulke
SALAM BRO..PEMBANGKANG MMG X LEY CAKAP APE LA BRO...WAKAKAKA
SEMOGA ALLH S.W.T MEMBERIKAN HIDAYAH KEPADA DS NAJIB UNTUK MEMIMPIN NEGARA KITA NI BRO...
emm... pandai rupanya B1N1 pakai tudung. ingat xpandai pakai tudung. blh lak ye apakai tudung depan ka'abah. kalau betul2 keras kepala tu xyah la pakai tudung.
tgk la balik nnt, kalau B1N1 masih x tutup aurat, sah la umrah yg dilakukan sia2. ibarat membuat lawatan je la. hukum Allah bukan berjalan di mekah je woi...
kita pilih pemimpin mestilah yg terbaik dari yg terbaik. kalau betul la najib baik, btl ke baik??? alhamdulillah... tp kita kene buat penilaian, memilih yang terbaik dari segi agama dijadikan penanda aras no1.
sama la cam cam memilih calon Isteri... pilih yg ber ugama...
mrL
MRL..
LUM TENTU LAGI ORANG YANG KAU HINA TAK MEMAKAI TUDUNG TU TAK MASUK SYORGA..
APAKAH KAU ATAU TOK GURU KAU TUHAN YANG TAHU SEGALANYA..
DAN MRL NASIB KAU JUGA BELUM TENTU LAGI..JANGAN KERANA DOSA TERLALU MENGHINA ORANG LAIN, KAU AKAN DITARIK KENERAKA OLEH DOSA YANG TAK TERAMPUN ITU..
ala..B1N1 ni bru jer prgi umrah dh bising2...Nik Ajis gi haji brapa kali dh x bising plak.....
lg satu...Apa yg nizar wat tu x salah la wahai bongok2 sekalian...bukannya dia p semabah apa2 pon....lgpon timb mufti kedah dh kuarkan kenyataan yg x salah pon apa nijar wat...
Pembangkang selalu mengeksploitasikan TGNA.
Beliau bermunajad kepada Allah s.w.t, menangis, memberi kuliah dan bermacam-macam lagi....
Pernah suatu ketika, keislaman Tun Mahathir pun pernah dipertikaikan...
Samaada Tun pernah menunaikan Haji ke tidak.....
Dalam keadaan "fitnah" begitu berleluasa....Manusia "Islam" hanya pandai mengata, menghina dan memfitnah segala...
Membuat amal ibadat pun dijadikan sebagai "tiket" untuk membeli undi...
Kadang2 aku terfikir mungkin kita kena mengikut kisah pemuda2 "Al Kahfi" untuk mengasingkan diri di dalam gua kerana zaman ini begitu banyak fitnahnya bahkan dari mereka yang mengaku "beragama".
bro tuah,
memang kita x boleh tahu seseorg tu masuk syurga atau neraka. tp kalau dia x menutup aurat, memang konfom la masuk neraka. xkan ko nak cakap masuk syurga kalau xmenutup aurat??? ataupun ko tahu yg menutup aurat tu wajib? di sini aku nak mengingatkan semua bahawa hukum menutup aurat adalah wajib.
penghinaan adalah selayaknya diterima oleh org yg melanggar hukum Allah. Allah sendiri pon hina org yg melanggar perintahNya...
xkan aku nak puji org yg langgar hukum Allah??? tp aku tahu, ko memmang suka mengagungkan2 kaki maksiat. xtahu la kalau bro tuah ni memang kaki maksiat???
tp Insyallah, jika mati dalam agama Islam kelak tidak kira umno/pas akan dapat masuk syurga...
apa yg aku cakap pasal soal memilih pemimpin bro, kita mesti memilih pemimpin yg terbaik!!! korang blh menilai peribadi antara najib n TGNA.siapa yg lebih baik??? boleh buat perbandingan antara peribadi pemimpin umno dan pas...
mrL
salam, tapi jangan lupa syaitan boleh berupa ulama!!!!
1. Aku tak faham kenapa isu menunaikan umrah pun dipolitikkan. Isu pakai tudung ke tunai umrah ke takkan tak ada siapa yg tahu hukum?
pakai tudung: wajib - tak buat perintah Allah maka berdosa.
tunai umrah: sunat - buat dapat pahala.
Yang wajib tetap wajib, dan yg sunat buat dpt pahala.
Kalau mati masa tunai umrah, da bertaubat semua, i/Allah masuk syurga..tapi kalau masa tak pakai tudung mati, manusia satu dunia tgok rambut dia..nauzubiLLah..
2. Najib, PM sekarang..bukan rakyat yg pilih dia jd PM, sbb paklah turun..rakyat pilih UMNO..so? Tapi yg penting Allah pilih dia jd PM buat masa ini.
Bila jd pemimpin, org tengok, w'pun bnda kecik (bersalam dgn p'puan bkn muhrim), orang tengok, bila org tengok, org komen dan dr situ org akan bngkang.
Jadi, org nasihat dia..dia pun kata dia tahu hal itu salah sbb dia pun blaja agama. Tapi dia tak ubah...kenapa?
Abg Tuah tolong jawab la..soalan yang mudah aje..
Post a Comment