Khamis, 23 Julai 2009

BOLEH KE IMAN DIGADAI IKUT KEPERLUAN SEMASA ?

NIZAR SEPATUTNYA TIDAK HADIR NYALAKAN LILIN – DEWAN ULAMA PAS

DEWAN ULAMA PAS MENYIFATKAN MAJLIS MENYALAKAN LILIN BAGI MEMPERINGATI KEMATIAN TEOH BENG HOCK DI IPOH, JUMAAT LALU YANG TURUT DISERTAI OLEH DATUK SERI MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN SEBAGAI MERAGUKAN.

SEHUBUNGAN ITU KETUANYA, DATUK HARUN TAIB BERKATA, TIMBALAN PESURUHJAYA PAS PERAK ITU SEPATUTNYA TIDAK HADIR PADA MAJLIS TERSEBUT KERANA SIFATNYA YANG MERAGUKAN ITU.

MENURUTNYA, RASULULLAH SENDIRI AMAT MENITIKBERATKAN PERKARA BERKENAAN SEPERTI SABDANYA YANG BERMAKSUD TINGGALKAN PERKARA YANG ENGKAU RAGU DAN AMBILLAH PERKARA YANG ENGKAU TIDAK RAGU.

“HADIS INI MENYURUH KITA MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA YANG MERAGUKAN IAITU SESUATU YANG HUKUMNYA TIDAK JELAS SAMA ADA HALAL ATAU HARAM. SEPERTI MAJLIS INI ADAKAH INI UPACARA AGAMA ATAU SEBALIKNYA?

“SEBENARNYA PAS TELAH PUN MEMBUAT SATU GARIS PANDUAN BAHAWA MAJLIS-MAJLIS YANG MERAGUKAN TIDAK HARUS DIHADIRI OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN SERTA AHLI-AHLI KITA,” KATANYA KEPADA UTUSAN MALAYSIA DI SINI HARI INI.

BELIAU MENGULAS TINDAKAN MOHAMMAD NIZAR MENYERTAI MAJLIS MENYALAKAN LILIN ANJURAN DAP PERAK SEMASA MEMPERINGATI KEMATIAN BENG HOCK DI IPOH, JUMAAT LEPAS DAN GAMBAR MAJLIS ITU DISIAR OLEH NEW STRAITS TIMES PADA SABTU LEPAS.

BAGAIMANA PUN AHLI JAWATANKUASA PAS PUSAT, DATUK HUSAM MUSA DALAM LAPORAN AKHBAR HARI INI MEMPERTAHANKAN TINDAKAN MOHAMMAD NIZAR DENGAN MENYATAKAN IA TIDAK MENYALAHI AJARAN ISLAM.

MENTERI BESAR PERAK, DATUK SERI DR. ZAMBRY ABDUL KADIR PULA KETIKA MENGULAS ISU ITU TELAH MEMINTA ULAMA PAS MENGELUARKAN SATU FATWA BERHUBUNG TINDAKAN MOHAMMAD NIZAR.

DALAM PADA ITU, HARUN BERKATA, BELIAU TIDAK PASTI SAMA ADA MOHAMMAD NIZAR SEDAR ATAU TIDAK MENGENAI GARIS PANDUAN BERKENAAN.

“INI BUKAN SATU FATWA TETAPI INILAH KETETAPAN ATAU GARIS PANDUAN YANG TELAH KITA PUTUSKAN SELAMA INI.

NOTA: ADUN PAS TITI SERONG KATA BUDAYA LILIN NI OK!!!!…..TAK BERCANGGAH SEBAB BUDAYA ORANG CINA…SIAP KATA ISLAM KAT CINA PUN BAWA COLOK SEBELUM BERTAKBIR….

MAKA LIHATLAH BAGAIMANA TINGKAH-LAKU BEBERAPA EKOR PUAK PENING NI…MAKA BOLEH DICARI SEGALA ALASAN BAGI MENGIYAKAN PERBUATAN SI NIJAR SASAU TU.


HEHEHE...LIHAT DAN KAJILAH MENTALITI DAN TAHAP IMAN MEREKA NI. BOLEH KE AGAKNYA IMAN MEREKA DIJUAL ATAU DIGADAI-GADAI..IKUT KEPERLUAN SEMASA DAN KEPENTINGAN POLITIK SEMASA...?

CHITTT..HAPRAK PUNYA PUAK..!!!

Sumber pemudaenggang.
Olahan semula abangtuah

14 Comments:

Anak Lenggong said...

BEGITU LAH CAKAP ORANG YANG MENJADIKAN POLITIK BERSELINDUNG DISEBALIK AGAMA ISLAM...MEREKA MENHALALKAN PERBAGAI CARA YANG DILAKUKAN OLEH PUAK MEREKA TAPI KAN MELOMBAT DENGAN BERBAGAI BAGAI UMPAT KEJI...INI LAH MENTALITI GOLONGAN PAS YANG KONONNYA MEMPERJUANGKAN ISLAM

Anakbukitgantang said...

Salam,

Teringat zaman penjajahan British dulu dulu. Nun dan Sisters yang mengepalai sesebuah sekolah convent/methodist pun amat menghormati ugama Islam. Dalam majlis ugama atau "mass" yang dihadiri pelajar berbilang ugama, orang Islam tidak diminta menyertai, sebaliknya cukup sekadar hadir dan tunduk tafakur. Tak perlu nyalakan lilinpun........kita sudah merdeka 52 tahun, tapi, kemerdekaan Malaysia dicemari oleh orang -orang yang ngairah nakkan pangkat dunia sehingga sanggup gadai erti kemerdekaan sebenar...merdeka fizikal, merdeka spiritual (ugama) dan merdeka mental (tak mencampur aduk atau menggadai budaya dan ugama)

http://www.anakbukitgantang.blogspot.com

Unknown said...

salam, dah lari akidah ni, jadi semua sifat dah lengkap si Ni A jar ni..

Kalau orang UMNO buat Perayaan Gong Xi Fatt Chai, Deepavali, Sure Heboh dll semuanya haram, cara kafir, tolak UMNO parti jahiliah
PHUIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

Putra-san said...

Salam Abg.Tuah..

Satu soalan yang baik. Bagi Pas demi untuk terus berkuasa, maka ugama boleh letak ketepi...demi kuasa, rakan seagama dikafirkan...demi kuasa sanggup tidur sebantal dengan kafir, walupun mimpi lain-lain...demi kuasa sanggup menduakan Allah..sehingga bendera Pas dengan khalimah Allah digantung didalam gereja...masyaAllah..

Mohammad Roslan said...

Salam,
Bagi Parti Politik Pas ini yang mustahak menang dalam pilihanraya...cari sebanyak mungkin budak-budak dan orang-orang kampung ...masukan dalam Pas..lepas itu brainwash dia orang melalui label agama. Kalaulah kita tanya Mat Top... bukankah Rasullulah melarang membunuh anak kecil, wanita dan orang Tua. Rasanya apa yang dia jawab...? fikirkan... macam itu juga ahli parti politik Pas ini...selagi fikiran kita (UMNO) sendiri anggap kaum paih ini memperjuangkan Islam dan begitu hormat depa ini kerana mereka ini berpakaian jubah arab mabuk, sekali sekala melepaskan sepotong dua ayat Al-Quran yang dihafal dalam ceramah politik selagi itulah anak-anak muda Melayu ini akan melopong..dan jual surat khabar Harakah.kononnya Pas ini memperjuangkan Islam?.Tak lama lagi kalau anak-anak muda dalam Pas ini disuruh Tok Guru mereka ikat bom terjun dalam parlimen yang bersidang!. Mereka akan buat kerana akal fikiran mereka telah brainwash...Masa itulah kita sedar oh..mereka ini sudah jadi radikal.kalau tak percaya tunggulah selagi Anuar menjadi mahaguru depa dalam pakatan rakyat ini tetap akan berlaku.Di pilihanraya akan datang Parti PKR dan Pas akan bersatu...mereka akan singkirkan DAP untuk meraih undi Melayu...lepas keputusan ; Dap akan bergabung untuk menubuhkan kerajaan.Ha..ha...ya kah?. "No mercy" Abg Tuah, bantai depa..anak-anak muda ini akan sedar kalau guna cara brutal...bukan untuk keburukan tapi untuk kebaikan negara!. Ada orang pas yang pegang Lilin...hapraak betullah dia ini..lain kali pasang lilin banyak-banyak panggil Jin tolong dapatkan jawatan MB balik...piraaah...Nik Ajis sokong Pulak itu....fikirlah wahai orang Islam..lain kali pii kat tokong goncang loceng ramai....mana tahu hampa boleh memerintah negera ini di PR akan datang......

DozzVader said...

Petunjuk dari Allah.Nizar riak dan bongkak ketika jadi MB dulu,berbohong menggunakan agama kepada rakyat,kemudian derhaka pada Sultan bila Allah tarik balik rezeki dia.Sekarang Allah dah tunjukan siapa Nizar yang sebenarnya.Insyallah segala pekung Parti Ajaran Sesat, Parti Komuniskan Rakyat dan Dajjal Attaturk Party akan ditunjukan Allah.
Biasalah..herokan kalah dulu?!.

Tanpa Nama said...

SLM BRO...BTUL CKP DOZZVADER..HERO KLH DLU..PRU13 BN BALUN CUKUP2 YEHAAAAAAAAAAA!!!

UMNO PARTI PENJARA said...

Jangan mempermainkan agama :-)














http://Blog1Malaysia.blogspot.com

Naz said...

Kata apa pun tak guna..hanya mereka sahaja yang betul.

Katalah apa sahaja..tapi kalau dah sehinga menimbulkan fitnah nak kata apa..

Kaloi said...

aku rasa, politik memang tak boleh dipisahkan dengan agama Islam. Tak salah jika sebuah parti tersebut mendukung agama sebagai prinsip parti. Dan mereka perlu terus menerus mendukung prinsip tersebut untuk menunjukkan mereka benar-benar ikhlas dalam perjuangan.

Tapi, bagi aku, yang HITAM tetap HITAM dan PUTIH tetap PUTIH. Jangan sesekali menghalalkan sesuatu yang haram demi perjuangan kita. Dan jangan pulak kita membela sesatu yang sudah terang lagi bersuluh yang sememangnya salah hanya untuk kepentingan sendiri.

Bila telunjuk lurus kelingking berkait, memang satu hari nanti, air liur yang diludah ke langit terkena batang hidung sendiri.

harimau malaya said...

salam buat saudaraku sekalian
gua pon ada kawan dengan budak budak paih yang redikal fanatik kalu kita kata apa pon kat depa .....macam2 alasan depa bagi .....last kali kona sana kona sini jawapan tetap depa kata umno jugak yang jahat....kenapa ???????ushar tenggok la idol depa la anuar malaybodoh idol yang munafik pengkhinat tu la.....cadangan aku la .......kepada media banyakkan dan hidupkan filem melayu lama ....cam mana prinsip hidup melayu dahulu kala serta perjuangan berdarah untuk tuntut kemerdekaan demi agama bangsa dan tanahayaq.....Ingat bangsa melayu dulu tak cakap belit cam malaysia idol anuar yahudi haramjadah....harp tui kat muka anuar dan tuihhh anak muridnya nizar beruk makyeh .......

arinTaker gangsta papa said...

salam,

meminjam kata2 harimau malaya:
"gua pon ada kawan dengan budak budak paih yang redikal fanatik kalu kita kata apa pon kat depa .....macam2 alasan depa bagi .....last kali kona sana kona sini jawapan tetap depa kata umno jugak yang jahat...."

yup aku msh ingat lagi... dulu masa adik aku kecik mak aku hntr ke umh pengasuh yg berfahaman PAS. 1 keluarga dia PAS. smpi adik aku yg baru sekOlah rendah pOn kata dia sOkOng PAS krn terpengaruh kOwt. x tau la apa agaknya depa brainwash kt adik aku tue.

pastu anak laki drpd keluarga fahaman PAS ni adalah kwn aku. dia ni mmg sOkOng PAS mcm mak pak dia jgk. tp yg x bOle blah cd blue tgk jgk. dulu highway dpn umh tgh buat dia p slhkn kerjaan cOz jln jd jem. la ni highway dh siap, dia kata kt aku, highway dpn umh tu la tmpt dia buat race.hadaOiyai feningx2!!!

Darth Anwar said...

Seperti yang telah saya tulis banyak kali sebelum ini: Apa lagi yang kita harapkan dari ulamak jahil yang perasan alim yang pernah berfatwa "Allah maha samseng lagi maha mencaruti" ini?

Allah swt telahpun mendedahkan korupnya aqidah Nik Aziz ini sejak dia membuat fatwa itu lagi untuk membela Shahnon Ahmad dan SHIT-nya. Sampai sekarang, kita lihat satu demi satu dan bertambah-tambah lagi kegagalan aqidah kaum PAS ini.

Orang yang taksub (asobiyyah), tetap akan buta dan tuli terhadap petunjuk yang jelas ini.

Kalau hari itu dia memperkosa zat Allah, hari ini nasib baik dia cuma menghalalkan upacara sembah api Kristian. Apa-apapun, Nik Aziz bakal jatuh dengan kejatuhan yang mengaibkan. Itu janji Allah swt terhadap pemimpin yang menipu rakyat. Selain kredit hukuman di akhirat, dia akan terima hukuman cash di dunia ini lagi.

AbgTuah said...

SALAM SEMUA..HMMM BARU SELESAI MEMBACA SEMUA KOMEN...

TERIMA KASIH DIATAS KESUDIAN SINGGAH DAN MEMBERIKAN RESPON YANG MENGALAKAN.

BUSY SIKIT MINGGU NI..BANYAK KERJA DAN MESYUARAT YANG DIHADIRI..JADI TERLEPAS KESERONOKAN BERBLOGGING.

APA PUN KITA TERUSKAN PERJUANGAN MEMBELA AGAMA BANGSA DAN NEGARA..PUAK YANG SESAT LAGI SENGET KITA TU KASI HANTAM CUKUP-CUKUP..!!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online