Ahad, 28 Jun 2009

Usah keluar kenyataan mengelirukan - Razaleigh. "The other side of the story", Tuan Guru Nik Aziz Pun Pernah "Sesat"?



MANEK URAI 26 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat apabila menyamakan perjuangan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ini kerana Nik Abdul Aziz pernah bertanding di Kelantan atas tiket Barisan Nasional semasa parti itu bersama Barisan Nasional (BN) satu ketika dulu.


"Dia bermain politik macam UMNO juga dan kita pula tidak kurang berusaha berjuang ke arah kepentingan Islam. Tak munasabah dia cakap macam ini.



"Dia dulu bersama BN juga. Tahun 1967 dia bertanding pada pilihan raya kecil di Kelantan dia bersama kita. Pada tahun 1974 masa Kelantan dikuasai BN, dia bertanding di Bachok atas tiket BN. Kenapa nak timbulkan perkara yang boleh mengelirukan pemikiran rakyat?" katanya.


Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk setempat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini hari ini.


Turut hadir Setiausaha BN Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman.


Mengenai Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai tidak lama lagi, beliau berkata, BN mempunyai keupayaan untuk memenanginya jika calon yang diketengahkan bersesuaian dengan kehendak masyarakat setempat.


"Memang dari dulu saya cadangkan calon-calon patut dipilih mengikut pilihan orang ramai kerana kadangkala pilihan dari atas tidak tepat," ujarnya.


Beliau berkata, isu pilihan raya kali ini turut berkisar tentang kerajaan perpaduan yang dicetus oleh pemimpin Pas sendiri.


"Mereka sudah mula menunjukkan tanda-tanda perpecahan kerana isu ini selepas muktamar dan sehingga kini kalangan mereka ternyata masih bermasam muka," ujarnya.


Sehubungan itu beliau menasihatkan pe ngundi di Manek Urai supaya memberikan kemenangan kepada BN bagi membolehkan ia menunaikan segala janji.


"Jika Pas menang, ia tidak merubah apa-apa kerana kerajaan negeri terus kekal dan kehidupan masyarakat kembali seperti biasa. Berikan BN kemenangan dan kita buktikan janji ditunaikan," katanya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm


Komen Penulis;


Secara kiasnya TGNA nak bagi tahu dia dulupun pernah menyokong Komunis, Ching Peng dan Kerajaan Langit Ayah Pin. Sebab tu lah di umpamakan benda-benda yang sama kat Umno.


Tahun 1967 & 1974 kan ke dia bertanding dibawah Logo "Barisan Nasional"....


Ataupun mcm DSAI juga, TGNA berhasrat nak bawak Chin Peng balik ke Malaysia untuk dijadikan Penasihat Pas?


Banyak betul kemungkinan2 dalam politik...


Sambil tu jom kita lawat blog sahabat..lagi kisah Nik Ajis..;





21 Comments:

Tanpa Nama said...

A tribute to Michael Jackson

http://www.harisnoon.com/?p=569

Unknown said...

1967 belum ada Barisan Nasional. Atas tiket Parti Perikatan lambang kapal Tapi itu norma orang politik. Ku Li waktu dalam 46 pun bantai juga BN. Walaupun pernah calon BN. Rakyat dah tak heran.

ISAC said...

Salam Bro Musli,

TQ3... Dah tukar. Logo Kapal Layar X ade lah...

Wassallam

kuntakinte said...

SALAM, OH...PATUT LAH KALAU DIKATAKAN ORANG BN SEMUA TAK BETUL..MAKNANYA SI NI AJIS NI PUN DAH KENA BADI BN LA YEK!!!!...OH PATUT PERANGAI MACAM HARAM JADAH SI MUSANG BERJANGUT NI.....

Mohd Afdzal Mokhtar said...

SALAM BRO TUAH..DORG MMG SESAT PUN...SUDAH TERANG LAGI BERSULUH..PAS SESAT DULU DAN KINI..SAME MCM PKR..

TAAVEEKUN PERAK said...

Bro,salam ziarah.
Si nik ajih ni udah nyanyok tahap A(H1N1).Elok dihantar utk berehat di tjg rambutan buat sementara waktu.Memalukan Islam saja.

Tanpa Nama said...

umno memang x betul. byk maslah dalam umno. pemimpin umno cakap nak banteras rasuah, tp org yg dah disabit rasuah masih bebas tidak diambil tindakan pon...

camne nak cakap umno tu betul. sudah la, org luar pon tahu masalah dalam umno korg jgn nak menafikan lg la...

satu dunia dah tahu!!!

korg ingat masyarakat dunia x tahu ke pasal kes altantuya tu???

masyarakat dunia heboh cakap pasal kes tu, kalau org biasa yg buat xde masalah tp pemimpin no 1. apa pandangan masyarakat pd negara kita???

mrL

ISAC said...

Salam MRL,

Ko ade saksi ke MRL? Kalau X ade baik diam. Islam suruh mcm tu. Kalau tidak nanti X pasal2 pulak ko yang kena sebat 40 rotan...Sanggup ke? Jangan terikut2 kan DSAI punya cara...Ingat Pas parti yang berteraskan agama...

Kata kita nak kan Islam & nak kan hudud...Kena lah bagi contoh yang baik...

Wa kenal lu bro...Lu bukan jenis tuduh orang tanpa bukti...Lu belajar agama tinggi...Bawak2 lah bersabar...Bawak mengucap...Bagilah contoh yang baik.

Wassallam..

kuntakinte said...

salam, bro isac...si mrl marah sebab altantuyya tu tak layan dia, kata pepatah hidung mancung pipi tersorong2 itu yang frust sangat tu..he..he...

PESAN TERAKHIR TEMAN PADA MRL INGAT...FITNAH SAMA DENGAN MEMBUNUH DARAH DAGING SENDIRI....SEMPAT KE KOU NAK MINTA MAAF DENGAN ORANG YANG KAU FIRNAH TU...JANGAN IKUT ORANG TERJUN NERAKA ....KAU IKUT SEKALI SEBAB OTAK DAN KEBAS...

Tanpa Nama said...

SLM BRO..KLU DIRI DIA DULU PENAH SESAT..SAMPAI BILA2 PUN DIA AKAN SESAT KECUALI DIA NAK BERTOBAT MCM KARPAL NASIHAT KAT SI TONGKENG JUBURI TU DLU KEHKEHKEH

Tanpa Nama said...

Assalamulaikum Tuan,

Di akhbar dan juga media2 alternatif kita sibuk memperkatakan tentang kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO. Nampaknya harapan ini mungkin hanya tinggal mimpi. Namum saya yakin masih ramai orang2 kita yang berdoa agar suatu hari nanti ia akan jadi kenyataan.

Bagaimana pula di kalangan bolggers. Tidak pernah timbulkan cadangan untuk mengadakan muzakharah sesama bloggers. Munkin jika kerajaan perpaduan terlalu jauh untuk di gapai. Kenapa tidak kita mulakan dengan bloggers perpaduan diantara bloggers UMNO dan PAS.

Sekian, buah fikiran saya.

Tanpa Nama said...

Hehe..baik ko suruh pemimpin korang yang tobat dulu jefri sebelum suruh nik aziz.Nik aziz berpuluh kali sehari tadah tangan minta ampun dgn tuhan lepas semayang kalau ada salah..kena ingat tahun 1969 dulu,nik aziz lah yang paling kuat menyokong penggabungan Pas dgn Umno.Tapi alasan remeh tak sebesar alasan yg diputuskan bersama menyebabkan Pas ditendang keluar telah melukai hatinya.Dia bkn pendendam tapi seorang pemaaf dan lembut hati.Tapi cara umno buat tdk kena cara..

Tanpa Nama said...

Hehe..baik ko suruh pemimpin korang yang tobat dulu jefri sebelum suruh nik aziz.Nik aziz berpuluh kali sehari tadah tangan minta ampun dgn tuhan lepas semayang kalau ada salah..kena ingat tahun 1969 dulu,nik aziz lah yang paling kuat menyokong penggabungan Pas dgn Umno.Tapi alasan remeh tak sebesar alasan yg diputuskan bersama menyebabkan Pas ditendang keluar telah melukai hatinya.Dia bkn pendendam tapi seorang pemaaf dan lembut hati.Tapi cara umno buat tdk kena cara..

Tanpa Nama said...

aku bukan polis, bukan keje aku nak cari bukti2 ni. tu keje polis la bro, kalau ada keraguan knp x siasat???

pk sendiri la, x logik polis tu bunuh org tanpa sebab. xkan x kenal tiba2 je bunuh. lain la kalau polis tu yg penjenayah... pompuan tu penjenayah ke? lps tu siap letupkan lagi...

ingat manusia biasa blh buat camtu ke?

polis tu cakap dia buat semua tu atas arahan org atasan. siapa org atasan tu??? knp polis x siasat???

mrL

Tanpa Nama said...

ENGKAO NI BANYAK DENGAR KABAR ANGIN LAH..

Tanpa Nama said...

ntah..orang umno ni banyak dengar khabar angin le..tunggulah dulu angin tsunami kedua lepas pru13 nanti..pastu gerenti naik angin kalah nanti..hehe

kuntakinte said...

salam, sdr. anom berbulan2 yeop!! bicara dalam mahkamah... bapak dia pun mengaku kenal razak baginda, karpal pun tak kata apa sebagai peguam pemerhati, wakil Mongolia pun dah cakap Najib dan rosmah tak terlibat sama sekali, bersumpah lagi dalam masjid yeop!!!

macam mike dan kita semua yang setakat guna hukum akal, tak tahu apa cerita nak reka2 cerita akhirnya jadi fitnah satu dosa besor malah disebar pulak lagi berapa juta orang baca kau tanggung le dosa yang kau sebar tu yeop!!!! nasihat teman taubat cepat sebelum terlambat yeop!!! pergi jumpa Najib minta ampun cium kaki dia, mati ni silap2 mike tengah berblog pun boleh mati mengejut...hancur pahala selama hidup mike yeop dik sebab mengata Najib...

teman tahu kau hanya pakai kalau bersumpah Najib, Ni A Jis terima kau pun baru percaya sumpah dia sah... itu teman tak peduli...yang teman kesian kau tu dah berdosa besar yeop!!!

Tanpa Nama said...

salam kuntekite,.walaupun bkn aku,anom yg ko tujukan yg bangkitkan isu altantuya,tak caya tanya abg tuah,tapi aku pun nak mencelah sikit.Kita tak tuduh dan buruk sangka dalam kes ni.Tapi bkn kita saja yg keliru,negara luar pun keliru dan tuduh Pm kita.Kenapa najib taknak jawab dan saman akhbar luar negara tersebut.Tg h.hadi dulu dia saman akhbar britain dan dia menang sekaligus membersihkan namanya dari tuduhan dia salah seorang pemimpin al qaeda.Ini sampai 19 negara dah tentu byk boleh menang saman.Pandangan negara luar terhadap negara tercemar selagi pm tak sangkal dan boleh menjejaskan hubungan.Pm kita tak boleh nak pergi melawat ke negara2 eropah.Dan lg satu dari mana ko tahu bapak altantuya dah puas hati.Ada dia cakap.Memang dia cukup kenal Razak,najib dan rosmah.Persoalan difikiran rakyat kenapa 2 orang polis tu saja yg kena hukum gantung.Memang wajar sebab dia membunuh dgn cara yg kejam.Tapi kenapa dia bunuh..arahan siapa..apa salah altantuya pada dia..2 polis tu pun dah bg tahu mahkamah yg mereka dijadikan kambing hitam.Balasundram pun bersumpah juga,tetapi sumpah pun boleh ditarik balik dan dia hilang sampai sekarang.Rekod kemasukan altantuya kenegara ni pun tiba2 boleh hilang.Kita tak tuduh sembarangan kerana tahu ianya berdosa.Tapi rakyat keliru kenapa yg ada hubungan dgn altantuya boleh lepas..entahlah selagi benda ni tak diperjelaskan dan tuduhan negara luar pun didiamkan selagi tu mulut rakyat susah nak ditutup..

AbgTuah said...

SALAM...

SEBENARNYA DS NAJIB DAN ISTERI DAH JAWAB JELAS DAN TERANG..

'MEREKA TAK TAHU MENAHU..'

SIAP KELUAR TV LAGI PENAFIAN MEREKA..SIAP SUMPAH DENGAN NAMA ALLAH LAGI..

TAPI KATA ORANG TAK ADA ANGIN TAK AKAN POKOK BERGOYANG..BETUL TU..

TAPI ZAMAN SEKARANG BEROK-BEROK DAH SUKA SANGAT MENGEGARKAN SEHINGGA KELIHATANLAH POK0K BERGOYANG..

TAPI FAHAM AJELAH ..BEROK MANA TAHU HUKUM DAN UNDANG-UNDANG..BEROK MANA TAHU BAWA BUKTI DAN SAKSI..

BEROK-BEROK TAMBAHAN PUN ADA JUGA..YE SEKARANG BEROK TAMBAHAN YANG SUKA PERCAYA PERSEPSI..

JADI UNTUK SELAMAT..KALAU TAK ADA BUKTI DAN SAKSI..TAK TAHU APA-APA SENYAP DAHLAH..DITAKUTI KITA YG SESAT NANTI MENUDUH TANPA BUKTI DAN SAKSI..JADILAH IANYA FITNAH..

TAHU APA HUKUM FITNAH..IANYA LEBIH BERAT DARI MEMBUNUH..

FAHAM TAK MEMBUNUH TU DOSA BESAR..TAK CIUM BAU SYORGA..

NAK TAUBAT..LUM TENTU DITERIMA..SEBAB TAK DAPAT MINTA MAAF PADA ORANG YG AWAK FITNAH..

KAU ORANG BUKAN NYA ADA PELUANG NAK MINTA MAAF DENGAN DS NAJIB..PAK LAH..TUN..DAN LAIN-LAIN MENTERI..

JADI JAUHILAH DARI MEMBUAT DOSA SIA-SIA..

DITAKUTI BESOK DIAKHIRAT SERBAN DAN JUBAH YANG AKAN JADI BAHAN BAKAR KELAK..SIA-SIA SEGALA IBADAT SEUMUR HIDUP..

Tanpa Nama said...

Kita tak fitnah..kita nak tahu hal sebenar je,nakkan kepastian..ok le bang Tuah,tak mau panjang2 cerita.. abg tuah pun kenale minta maaf juga kalau ada dok kutuk,fitnah tg nik aziz,hj hadi,anwar tu,takut tak sempat nanti..hehe

AbgTuah said...

SALAM..

KAWAN TAK RISAU..JENIS ORANG TINGGI AGAMA NI MACAM LEBAI NIK AJIS DAN HJ HADI, SEBELUM MEREKA MATI MEREKA DAH MAAFKAN SEMUA ORANG..MEREKA TAHU MAAF-MEMAAFKAN DAPAT PAHALA BERGANDA-GANDA HAHAHA

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online