Sabtu, 6 Jun 2009

NASHARUDDIN KEKAL


NASHARUDDIN KEKAL TIMBALAN PRESIDEN

RASMI NASHARUDDIN MAT ISA BERJAYA MENGEKALKAN JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PAS - MENEWASKAN DUA PENCABARNYA, DATUK HUSAM MUSA DAN MOHAMAD SABU.

PENGUMUMAN KEMENANGAN BELIAU MENDAPAT TEPUKAN GEMURUH PARA PERWAKILAN.

NASHARUDDIN MENDAPAT 480 UNDI, HUSAM (281) DAN MOHAMAD SABU MENDAPAT 261 UNDI.

HUSAM DAN MOHAMAD SABU TIDAK LAGI MEMEGANG SEBARANG JAWATAN TINGGI PARTI DI PERINGKAT PUSAT.

TAHNIAH USTAD NASHARUDDIN..SEMEMANGNYA ANDA YANG PALING LAYAK. PENULIS SUKA SIKAP ANDA YANG COOL DAN BERFIKIRAN WARAS MELAMBANGKAN ANDA SEORANG PEMIMPIN YANG BAIK.

16 Comments:

Aspirasi said...

Tewas juga orang eks-sen ni... husam bungkus!

AbgTuah said...

Husam dan Mat Sabu...

balik kampung tanam jagung..kahkahkah

pas tulen said...

Kemenangan Hj. Hadi dan Nasharuddin membuka ruang untuk kerajaan perpaduan PAS, UMNO. Mari kita bersama membuka ruang dan peluang untuk menubuhkan sebuah kerajaan Melayu Islam yang kuat. Jom singkirkan dap laknatullah dan nuar aljub-jub!

AbgTuah said...

YE, BENAR PAS TULEN..

KITA SINGKIRKAN DAP LAHANATULLAH DAN NUAR ALJUB-JUB

Damandamai said...

Akhirnya orang yang sombong dan bongkak tewas. Tuhan Maha Adil. Kerajaan perpaduan PAS,UMNO haruslah disokong tanpa berbelah bagi demi untuk masyarakat melayu serumpung.

ISAC said...

Salam sahabat.....

Takbiiiiirrrrrrr......Allahhhhh....Hu Akbbbar...

Suka...suka juga....Tetapi kita semua perlu lebih berhati2....

Mengikut kebiasaan harimau yang cedera jauh lebih merbahaya...

Tahun 2004 BN/Umno menang besar...
Tahun 2008 BN/Umno kehilangan 4 negeri...

Memang peluang ini perlu dipergunakan dengan sebaik mungkin agar kerka sama Umno & Pas dapat direlisasikan. Itu yg Utama.

Tetapi dalam masa yang sama...Pas juga perlu melihat lebih jauh kehadapan...

Sesuatu perlu dilakukan kerana jika alpa, X mustahil pada pemilihan pucuk pimpinan yang akan datang puak Erdogan akan cuba untuk memdapatkan udi yang terpecah diatara Husam & Mat Sabu. Jika ini barjaya dilakukan maka "Selamat Jalanlah kepada Ustaz Nasharuddin". Ini adalah kerana jumlah undi untuk Husam & Mat Sabu adalah besar iaitu 542 udi.

"NASHARUDDIN = 480 UNDI,
HUSAM = 281 UNDI,
MOHAMAD SABU = 261 UNDI.

Ahli pemimpin/ahli politik yang baik perlu melihat melangkaui masa, pemikiran khalayak, melampaui tembok sempadan dan melangkaui akal.

Menuju kearah perpaduan Melayu/Islam/Bumiputera/Seluruh Rakyaat Malaysia untuk mencapat semangat One Malaysia cara kita, berasaskan kepada kontrak sosial & keadilan untuk semua warga negara. Bukannya seperti flasafah barat..."Winner takes all".

Kalau di Malaysia bolehlah diertikan sebagai Orang Cina ambil semua kerana rangkaian mereka sememangnya hebat...Maklumlah tamadun mereka telah berusia lebih 6,000 tahun lamanya.

Jika ini dibiarkan berlaku dengan berleluasa tanpa mengambil kira nasib kaum2 lain, maka sudah tentulah ianya akan menimbulkan ketidak stabilan di dalam masyarakat dalam masa panjang yang akan menjurus kepada kemusnahan...

ISAC said...

Husam boleh menang jika satu lawan satu...

Jun 6, 09 12:18pm
Datuk Husam Musa boleh memenangi jawatan timbalan presiden seandainya jika membabit satu lawan satu dengan penyandangnya Nasharuddin Mat Isa, demikian menurut kalangan perwakilan PAS.

Nasharuddin berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden dengan memperoleh 480 undi. Manakala Husam pula mendapat 281 dan seorang lagi calon, Mohamad Sabu mendapat 261 undi.

Keputusan itu menunjukkan undi yang diperolehi Husam dan Mohamad Sabu - bila digabungkan - berjumlah 542 - iaitu 62 undi lebih tinggi daripada undi yang diperolehi Nasharuddin (46.8%).

Husam dan Mohamad Sabu berkongsi pendirian menolak sebarang kerjasama dengan Umno. Manakala Nasharuddin pula adalah dari golongan ulama yang pro-muqabalah dengan parti tersebut.

Oleh itu, kalangan perwakilan berpendapat, seandainya pertandingan bagi jawatan tersebut hanya antara Husam dan Nasharuddin - maka peluang untuk exco kerajaan negeri Kelantan menang adalah lebih cerah.

Sebelum ini memang ada terdengar desas-desus mengenai usaha-usaha untuk memujuk Mohamad Sabu menarik daripada bertanding jawatan tersebut, untuk mencerah lagi peluang Husam.

Bagaimanapun, difahamkan usaha tersebut tidak berjaya. Malah Mohamad Sabu sendiri pernah menafikan ada usaha-usaha ke arah itu.

Sementara itu, daripada 18 calon yang terpilih menganggotai Jawatankuasa Pusat PAS - 12 daripadanya adalah dari senarai yang dikatakan diedar oleh penyokong Husam.

Bagaimanapun, difahamkan, tidak semua daripada 12 orang itu dilihat sebagai pro kumpulan Erdogan.

Enam daripada mereka dilihat rapat dengan kumpulan Erdogan - Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Kamaruddin Jaafar, Syed Azman Syed Nawawi, Dr Lo' Lo Ghazali, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan Dr Hatta Ramli.

Bagaimanapun, ahli parlimen Shah Alam dari kumpulan Erdogan - Khalid Abdul Samad - gagal dipilih.

Manakala yang lainnya dari senarai yang sama tetapi dilihat lebih neutral ialah Abdul Ghani Abdul Rahman, Amiruddin Hamzah, Taib Azamudden Md Taib, Datuk Seri Azizan Abd Razak, Abdul Ghani Samsudin and Mazlan Aliman.

Dipetik dari Malaysiakini
(http://www.malaysiakini.com/news/105928)

Tanpa Nama said...

ALHAMDULILLAH...BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH.MARILAH KITA BERSATU (UMNO, PAS DAN PKR) DEMI MENDAULATKAN ISLAM DAN MELAYU DI BUMI MALAYSIA INI.

Tanpa Nama said...

Allahuakbar...lawan tetap lawan

malaysia.suarademokrasi said...

Tahniah atas kekalahan Husam,...
follow & comment blog aku kat www.sd-malaysia.blogspot.com

ISAC said...

Untuk menyatukan Pas & Umno...PKR perlu dibubarkan. Ianya umpama gunting dalam lipatan.

Lagipun ahli2 nya adalah serpihan daripada Umno maka x hairan jika mereka ini boleh menganggoti Umno semula.

Jika Semangat 46 boleh dibubarkan, mengapa PKR tidak?

kamal said...

Hanya keikhlasan yang akan menjadi kunci kejayaan kepada wujudnya kerajaan perpaduan.Kerana mahukan perpaduan antara rakyat lah perwakilan Pas telah menolak Husam yang terang terang dengan angkuhnya menolak cadangan HH.Perwakilan Pas telah melakukan satu langkah yang terbaik untuk dilaksanakan cadangan tersebut dan bagi saya Husam tidak perlu untuk mengajar sesiapa kerana yang terpenting adalah keikhlasan dan bukannya untuk mencari populiriti murahan dan kelemahan antara Umno dan pas.

BAGI SAYA ORANG YANG MENOLAK PERPADUAN HARUS DISINGKIRKAN DAN TIDAK HARUS DIBERI TEMPAT DALAM KEPIMPINAN PAS MAHU PUN UMNO.BAGI HUSAM BELAJARLAH ERTI PERPADUAN.....KITA RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI....HUSAMMMMMM.

ISAC said...

Ahad Jun 7, 2009
PAS mahu Sisters In Islam diharam jika langgar syariat Islam
Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Muktamar Tahunan PAS Ke-55 menggesa kerajaan mengharamkan Sisters in Islam (SIS) jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Gesaan itu terkandung dalam salah satu yang diterima tanpa bahas hari ini.

Sesi perbahasan sedang berlangsung.

Usul itu dikemukakan oleh PAS kawasan Shah Alam.

Usul itu antara lain berbunyi menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Muktamar PAS sedang membahaskan tiga usul dan ada usul yang diterima tanpa perbahasan.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/7/mstar_berita/20090607094527&sec=mstar_berita

Bagaimana pula jika Sister in Islam juga meminta Kerajaan mengharamkan Pas kerana banyak mengeluarkan kenyataan2 yang hanya selari dengan kepentingan politik mereka?

Ha..ha..gurau aje...

Mudahan2an ini akan menjadi permulaan kepada titik pertemuan & selanjutnya kerjasama yg lebih jitu di antara Umno dengan Pas dalam membentuk suatu penyatuan umat Melayu/Islam demi untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Negara.

Wassalam

fendidahlan said...

tak ada apa yg nak dibanggakan pun. menang setakat 6xx undi. klu nak jadi timb presiden umno skrg2nya mesti dpt 16xx undi. berganda2 undi. tp bila umno dikata tak dpt kepercayaan akar umbi. adakah dgn 6xx undi pas itu undi dari akar umbi? sikitnya akar umbi pas? jgn asyik nak komen psl parti org lain je. parti sdr lg teruk. cukup2 la melayu. ingat asal usul. pergi komen mca mic atau dap klu berani. asyik bergaduh sesama sdr je. tak hbs2. bersatulah menentang musuh negara lg baik. hidup melayu!!!!!!!!!!!!

ISAC said...

Ahad Jun 7, 2009

PAS parti autokratik, hipokrit dalam perjuangan - SIS
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sisters in Islam (SIS) hari ini mengecam tindakan PAS meminta parti itu diharamkan jika perjuangannya bertentangan dengan syariat Islam.

Menurut Pengurus Program SIS, Norhayati Karpawi, PAS merupakan sebuah parti politik yang autokratik dan hipokrit dalam perjuagannya.

"PAS bersifat autokratik dan tidak mendokong prinsip demokrasi yang dilaung-laungkannya selama ini.

"Hal ini jelas bertetangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan dan kebebasan bersuara yang diamalkan dalam kerajaan Pakatan Rakyat," kata Pengurus Program SIS, Nohayati Karpawi kepada mStar Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan usul yang dikemukakan oleh PAS kawasan Shah Alam pada Muktamar parti yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam.

Usul itu antara lain berbunyi menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Hayati berkata PAS sering melaungkan isu mengenai kebebasan bersuara dan berpersatuan untuk kepentingan parti itu semata-mata.

"Jika mereka tidak setuju dengan perjuangan kita kenapa perlu minta kerajaan SIS. Hanya kerana kami perjuangkan hak wanita, kami dilabel sebagai bersikap 'feminis'..Ini tidak betul dan ada 'double standard' di sini..

"Mereka (PAS) tidak boleh membuat tuduhan melulu, mereka perlu buktikan jika perjuangan kami menyeleweng dari ajaran Islam," katanya.

Tegas beliau, hal ini menunjukkan parti itu bersifat 'angkuh' dengan meminta SIS diharamkan.

"Lihatlah mereka (PAS) belum dapat kuasa sudah begini, apa akan jadi bila mereka berkuasa nanti. Mereka akan gunakan nama Islam untuk membuat perkara-perkara lain pula.

"Parti gabungan dalam Pakatan Rakyat seperti, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu buat pendirian yang jelas dalam isu ini kerana pendirian PAS terhadap SIS akan memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Jelasnya, pertubuhan bukan kerajaan itu akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendirian mereka dalam masa terdekat.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/7/mstar_berita/20090607181640&sec=mstar_berita

Komen Sister in Islam pulak. Kena dengar komen semua pihak supaya kita boleh buat kesimpulan dengan lebih adil/tepat.

kuntakinte said...

salam, kau orang ingat AN War dan DAP nak diam ke yeop!!!!

PAih dah terkenal tak bertelor yeop!!!! labun je tu.

Kalau Hj hadi ada telor ajak semua keluar pakatan pembangkang dan masuk BN.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online