Ahad, 7 Jun 2009

DATO IBRAHIM ALI - RAPAT PUNYA SESAH..

Ibrahim Ali desak laksanakan kajian pimpinan PAS di Kelantan

Satu kajian secara ilmiah dan akademik perlu dijalankan oleh rakyat Kelantan bagi menilai semula tahap kepimpinan parti PAS di negeri ini selama 20 tahun pemerintahan parti itu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali mendesak tindakan itu diambil kerana tahap pembangunan negeri Kelantan masih berada di takuk lama.

"Sepatutnya sumber pendapatan negeri ini melebihi RM1 bilion dan bukannya RM300 juta seperti yang berlaku pada hari ini," katanya kepada pemberita di Konvensyen Pembangunan Parlimen Pasir Mas 2009 di sini, semalam.

Ibrahim menegaskan bahawa rakyat di Kelantan mengalami kerugian yang amat besar sepanjang tempoh 20 tahun tersebut kerana negeri ini memiliki kekayaan alam semula jadi, budaya dan kerajinan rakyatnya sendiri.

"Pembangunan di negeri ini seharusnya dijalankan tanpa ada unsur politik supaya taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan," katanya.

Ibrahim berkata seminar yang boleh menarik perhatian pelabur asing seharusnya diadakan oleh pemimpin negeri ini supaya pembangunan dapat ditingkatkan.

Katanya jika pembangunan negeri ini meningkat, lebih banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan dan seramai 600,000 rakyat Kelantan yang bekerja di luar negeri dapat pulang dan bekerja di negeri sendiri.

"Apa yang kita lihat, pemimpin di negeri ini sekarang hanya menghabiskan masa berpolitik sepanjang masa dengan berceramah tanpa henti dan memburukkan pihak lain tanpa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat," kata beliau lagi.

Beliau turut menyarankan supaya rakyat negeri ini lebih celik dan melihat sendiri tahap pembangunan negeri pada masa ini. BERNAMA

Komen Isac...

Menarik jugak idea Dato berahim ni...Ye lah kita perlu trasparent...Tak kan lah BN/Umno sahaja yang perlu transparent dan sentiasa diaudit.

Kerajaan2 negeri di bawah Pakatan Rakyaat juga perlu diaudit dan transparant. Tujuan utama bukannya hendak mencari salah sesiapa...Tetapi untuk meninjau takut2 ade juga berlaku ketirisan & kesilapan yang berlaku.

Jika ini dapat dikenalpasti maka kita sama2 dapat membuat penambah-baikan dan pembetulan terhadap mana2 kesilapan yang telah dibuat.

Begitu lebih baik bukan? Tanamkan semangant bekerja-sama untuk kepentingan negara bukanya bertujuan untuk jatuh-menjatuh untuk kepentingan peribadi...

KOMEN PENULIS-

OH..YE..LAGI SATU JANGAN LUPA PADA BN. KALAU NEGERI KELANTAN NAK MAJU SEMULA BAGILAH SOKONGAN KEPADA BN..INSHALLAH PASTI SEMUA RAKYAT KELANTAN DAPAT KELUAR DARI KEPOMPONG KEMISKINAN. WAHAI RAKYAT KELANTAN…AKHIRAT MEMANG UTAMA..TAPI BAHAGIAN DI DUNIA KENA CARI JUGA. JANGANLAH DIJADIKAN KELANTAN UNTUK MENCARI AKHIRAT DAN KELUAR KE NEGERI LAIN UNTUK MENCARI DUNIA. TAK KENA TU…!!

11 Comments:

QasehNuryz said...

Salam Abg Tuah,

Biar kami perintah Kelantan di 'tahap yang sama' sampai kiamat.Baru 20thn blom 50thn..kehkekeh

~ Ni kot jawapan Nik Aziz & de gang? huh..

Tanpa Nama said...

Rakyat Kelantan dah tak peduli & dah senang mencari rezeki di Negeri lain. Pemimpin Kelantan nak bendal rezeki alam semula jadi di Kelantan. Nanti dah tinggal tulang baru nak bagi balik UMNO memerintah. Akhir nya pemimpan PAS kenyang dan rakyat bawah kekeringan. Pemimpin dan mula ikut nafsu tamak

Kerja Kosong Kerajaan said...

ibrahim x kenang budi......nak tunjuk hero plak....x sedar diri...mampus la...ko pr13.....menyesal aku undi ko pr12 ari tu..

Mohammad Roslan said...

Salam,

Ada yang tak kena dengan wakil rakyat yang ditaja PAS ini.Apakah masalah Ibrahim Ali dengan Pas ?.Sebagai wakil rakyat bebas sesuai untuk berkempen di pilihanraya dengan bermodalkan air lioq je!....apabila tamat pilihanraya kata-kata menggunakan modal air lioq tak laku da..penggundi ingin tengok perlaksanaan kata-kata di rapat umum pilihanraya!.Tanpa parti politik segala kata-kata sukar nak dilaksanakan. sebagai langkah Mudah perlu bergabung dengan salah satu parti yang difikirkan baik untuk pengundi yang mengundi.Pengundi perlu tahu apakah motif beliau sekarang dalam politik.Takat jadi "hero komplen" semua boleh..tapi apakah nasib pengundi kawasan parlimen yang mengundi Ibrahim Ali?. Inilah kesilapan besar pengundi yang mengundi wakil rakyat yang duduk atas pagar!.Elok lah YB Ibrahim Ali masuk UMNO; sekurang-kurangnya boleh bawak perubahan kepada PasirMas yang tinggal nama pasir je itu...fikirlah dengan baik..demi pengundi kawasan parlimen yang mengundi YB dengan seribu harapan.Sebagai YB bebas takat cari kesalahan orang lain memang senang kerana pakai modal air lioq je!.Inilah UMNO terima dengan pemodal-pemodal air lioq dari Pakatan rakyat selama ini tanpa satu idea pun bagaimana untuk memajukan orang Melayu di negara ini.Apa saja UMNO buat..Itu tak betul ...ini tak betul..yang betul itu apa?...sekarang giliran parti Pas pulak di kelantan. Rasakanlah keperitan menuduh dengan satu jari kerah orang lain...yang empat jari itu menunjuk kearah diri kita..ha..ha..wassalam.

PARPUKARI said...

IBRAHIM ALI ROCKS BANG TUAH!

DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

Tai said...

kata Tok berahim ok. Tapi, masuklah Umno senang cerita.

rezqeen hill said...

Salam,

Aku rasa pasti satu hari nnt Ibrahim Ali memilih utk duduk di bawah naungan BN.

Tp seeloknya BN harus berikan dia kebebasan bersore utk kepentingan org ramai.

Keberanian Ibrahim Ali bersore tidak bole dipandang enteng. Dia diberikan mandat dr rakyat dan digunakan sebaiknye utk rakyat. Tidak spt sesetengah pemimpin yg hanya tau berkempen tnpa menjalankan tugas sepatotnye.

Abu,
Ibrahim Ali bkn tak kenang budi tp dia tgh membuka mata umum apa yg berlaku di negeri Kelantan.

Lihat arini, anak² Kelantan berhijrah ke negeri lain utk mencari rezeki krn di negeri Kelantan tiada peluang utk mereka.

Jika Kelantan dibwh naungan BN pastinye peluang utk anak² negeri Kelantan akan diperolehi secara saksama. Fikir²kanlah~

kuntakinte said...

salam, dulu lagi teman dah cakap, PAih ni kalau bagi tanah kosong suruh dia bangunkan jadi le negeri Pasir berdegung.....lalang penuh, depa sanggup mesyuarat bawah pokok lagi.

kelantan bernasib baik sebab yang ada disebabkan peninggalan kerajaan BN dulu.

Teman pernah pergi pendalaman Pasir Mas, Surau terbengkalai, masjid terbengkalai....kalau suruh buat tandas untuk surau dan masjid pun tak mampu dik PAih nak buat TAPI suruh jual minyak angin di kampung2 diorang le heronya.

phuiiiiiiii

pisau said...

kalau nak tengok malaysia 20 tahun lepas,bleh la back to the future pegi kelantan..

ISAC said...

Mengapa agaknya kebanyakkan rakyaat kelantan lebih rela berkerja diperantauan?

Terpaksa berpusu2 di dalam kesesakkan trafik untuk pulang ke kampung halaman dan kembali semula ke tempat mereka bermastautin bukan sahaja pada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji, bahkan pada setiap musim perayaan....

Pada setiap PRU, mereka ini tanpa menghiraukan penat dan lelah akan juga kembali ke kampung halaman untuk memenangkan parti Pas.

Pelik bukan ? Bukan kah selama 20 tahun pemerintahan, Pas telah mendera mereka dengan secukupnya? Tanpa pembangunan yang cukup, pekerjaan untuk anak negeri, rangkaian jalan2 dan lebuhraya tetapi mereka tetap setia pada Pas.

Mungkin Kerajaan BN perlu memajukan kawasan2 di bawah pemerintahan BN dengan secukupnya untuk menarik minat penduduk2 disekitar kawasan ini dan seluruh Kelantan secara amnya. Mengapakah tiada selogan pekerjaan secukupnya untuk anak negeri Kelantan di wawarkan sebagai salah satu manifesto BN untuk cuba merampas Kelantan?

Agar anak2 mereka X perlu lagi bekerja di luar Kelantan? Agar anak2 Kelantan X lagi menagih dadah kerana tiada aktiviti2 yang berfaedah?

Walaupun diperintah oleh pimpinan Ulamak dan mempunyai kepadatan penduduk yang agak rendah, Kelantan merupakan negeri ke 7 teramai di malaysia dari segi peratusan penagih dadah.

Panglima Perang Cyber said...

salam..

setelah meneliti situasi sekarang ini maka saya sangat mengharapkan perpaduan Melayu Muslim akan diusahakan oleh semua pihak. ini kerana kekuatan Melayu akan membawa keamanan dan kestabilan untuk semua kaum di Malaysia.

Meskipun tidak disenangi oleh puak yang pernah diusir keluar oleh umno seperti Anwar dan juga Nik Aziz namun Islam perlu bersatu juga tanpa menghiraukan pandangan dua orang manusia yang busuk hati ini..

Masakan tidak busuk hati jika mereka masih menolak perpaduan dan kerjasama antara kerajaan dan pembangkang namun rela bekerjasama dengan parti samseng yang jelas dapat dilihat dalam video tersebut..

usaha saya ini demi perpaduan Melayu dan rakyat Malaysia amnya...

saya cabar penyokong Anwar dan Nik Aziz untuk melihat sendiri video DUN Perak kali ke 12 pada 7 Mei 2009 yang lalu di blog saya di link bawah ini.

Lihatlahh YB DAP PKR begitu samseng sekali termasuk seorang YB 'tersesat' dari PAS bernama Nizar yang begitu kemaruk ingin kembali menjadi MB hingga tidak kisah apa jua cara sekalipun hendak dicapai asal kuasa dapat dikembalikan kepadanya..

Mujurkah YB Pas yang lain di Perak tidak terikut-ikut dengan provokasi murahan geng samseng PR itu.

Jika masih ada di kalangan YB atau rakyat yang tetap menyokong PR selepas melihat kejadian tersebut maka saya kira ia tanda hati mereka sudah terkunci mati dari melihat kebenaran...

apa boleh buat.. Sila lihat di link bawah :

http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/06/edisi-pagi-video-adun-pr-samseng-dan-24.html

Moga Allah menyatukan hati hati kita semua.....

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online