Pas selalu mengatakan Umno adalah parti yang berteraskan perkauman. Perkauman yang sempit amat ditegah oleh Islam dan sejak berpuluh tahun lamanya Pas melebelkan Umno bersifat "Asabiyyah". Samada disengajakan maupun tidak, perkara ini juga telah dapat menarik sokongan sebahagian orang Melayu untuk menyokong Pas . Tetapi secara peribadi saya rasakan definasi ini telah dibuat kerana kurang rasa tanggung-jawab, atas dasar kepentingan politik dan bersifat berat sebelah.
Jika dahulu perkataan ‘asabiyyah’ itu diwakili oleh ketaksuban kepada kaum atau kabilah sehingga berlaku perbalahan dan peperangan, namun hari ini ‘asabiyyah’ itu menjelma dalam bentuk parti, kumpulan, jamaah dan berbagai lagi bentuk perkumpulan manusia. Lalu manusia berbalah kerananya.
Maksud sebenar "Asabiyyah" bukan sahaja mereka yang memperjuangkan kepentingan bangsa mereka dengan menindas dan mengambil hak2 bangsa2 lain tetapi juga bermaksud atau boleh diguna-pakai untuk mana2 parti yang begitu taksub dengan kepartian mereka.
Orang yang enggan melihat sesama muslim yang cuba berdamai dengan mereka atau parti mereka adalah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya. Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian.
Allah menyebut (maksudnya): “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).
Nabi s.a.w bersabda:“…Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (riwayat Muslim).
Dalam riwayat yang lemah sanadnya (tetapi dikuatkan dengan hadis tadi) dikatakan Nabi bersabda:“Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah” (Riwayat Abu Daud).
“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Anfal, ayat 61).
Orang yang enggan melihat sesama muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya.
Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian. Allah menyebut(maksudnya): “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).
Sebagai seorang Islam dengan sedikit sebanyak asas ilmu agama kita sepatut mampu untuk menimbang mana yang baik & mana yg buruk, bukalah minda kita. "Ulamak" maupun "Tok Guru" juga mampu untuk membuat kesilapan, jika "mereka" menjurus kepada kemusnahan umat, tegurlah mereka. Jauhkan lah diri kita dari "Asabiyyah Kepartian"
Jika kita terhilaf, sama2 lah kita kembali kepangkal jalan dan bersyukurlah kerana kita tersedar. Jangan jadikan perasaan malu membuatkan kita tersesat lebih jauh. Waliyazubillah....Sedarlah sebelum terlambat! Melayu/Islam perlu bersatu untuk kesejahteraan kita bersama.

Sebahagian nukilan saya ini dipetik daripada Minda Tajdid Dr. Maza (Bekas Mufti Perlis) Link : http://drmaza.com/home/?p=635#more-635
3 Comments:
UMNO TIDAK asobiyyah. Perjuangan UMNO adalah NASIONALIME - yang tiada kaitan sama sekali dengan asobiyyah.
Dalam hadis-hadis yang sdr kemukakan (atau dalam hadis lain), ada yang mempunyai sambungan bahawa Rasulullah saw telah memberikan takrifan kepada asobiyyah, iaitu "apabila kamu membantu kaummu dalam hal-hal kemungkaran".
Apabila Rasulullah saw telah memberikan takrifan sebegini, maka adalah HARAM sama sekali untuk sesiapa pun mengaitkan asobiyyah dengan takrifan lain termasuk menyamakannya dengan faham nasionalisme.
Walaupun UMNO adalah nasionalis, tetapi UMNO tidak pernah membantu sesama UMNO atau sesama Melayu untuk melakukan kemungkaran. Sebaliknya UMNO-lah yang banyak menghukum orang UMNO sendiri atau orang Melayu kerana melakukan kemungkaran. OLEH ITU UMNO TIDAK ASOBIYYAH.
Siapa yang asobiyyah? PAS-LAH YANG ASOBIYYAH. Bukti: 'Sahabat' perempuannya yang tidak Islam, yang berbogel, dan bersekedudukan dengan lelaki Melayu tanpa nikah, telah dibela mati-matian - Inilah namannya membantu kaum kerabat sendiri untuk kemungkaran. Dan banyak lagi bukti. PKR pun banyak bukti asobiyyah - tapi tidak cukup ruang utk komen ini.
Tentang 'nasionalisme' - ia adalah ideologi ciptaan manusia, OLEH ITU BERGANTUNG KPD MANUSIA YANG MENERIMA FAHAMAN ITU MEMBERIKAN TAKRIFANNYA. Ini sama sekali berbeza dengan istilah 'asobiyyah' yang mana sudah diberikan takrifannya oleh Rasulullah saw, yg secara qat'i menghalang sesiapa pun drp menggunakan takrifan lain.
Terdapat pelbagai takrifan untuk istilah nasionalime - dari yg jenis ekstrim spt Zionisme, kpd yang jenis sederhana spt yang dipakai oleh UMNO. Bagi UMNO nasionalime adalah "Semangat cintakan Tanah Air atau Semangat Patriotik". [http://en.wikipedia.org/wiki/Patriotism] Dan dari hadis juga boleh kita temui bahawa, semangat cintakan tanah air (negara) itu adalah sebahagian drp IMAN.
Oleh itu, fahaman Nasionalisme UMNO adalah SUNNAH (kerana ia sebahagian drp iman), dan menyamakan fahaman Nasionalisme UMNO dengan asobiyyah adalah BID'AH kerana nasionalisme UMNO tidak mendorong UMNO membantu sesama UMNO atau sesama Melayu atas perkara-perkara kemungkaran.
Orang-orang UMNO, janganlah risau. Allah swt di pihak kita. Kesesatan yang tebal itu jelas terlihat pada PAS.
Salam Saudara Darth Anwar,
Terimakasih di atas "sambungan" kepada nukilan saya. itulah gunanya kawan boleh tolong lengkap-melengkapi.
Kerana terlampau menumpu/menekankan bahawa Pas lah yang sebenarnya mengamalkan "Asabiyyah Kepartian" saya X mengupas dengan terpeinci bahawa dakwaan pas bahawa Umno mengamalkan Asabiyyah adalah samasekali tidak benar. Mungkin nanti kita boleh membuat susulan posting ini untuk menerangkan "Mengapa Umno bukan Parti Yang mengamalkan Asabiyyah".
Saya pernah nyatakan dalam komen2 saya yang terdahulu, adakah memperuntukkan 30% daripada kekayaan negara untuk 65% penduduk mejoritinya (bumiputera) yang rata2 pendapatan perkapita mereka adalah yang terendah berbanding kaum2 lain boleh dianggap suatu penindasan?
Jangan lupa bahawa 30% kuota ini juga sebenarnya terpaksa dikongsi dengan kaum2 lain kerana mereka lah yang menguasai bahan mentah dan "sub-kontraktor" X 2 "specilist".
Itu X termasuk perbelanjaan keperluan yang lebih 80% dibelanjakan di kedai2 dan pasaraya2 milik bukan Melayu.
Adakah mengurangkan ketidak-seimbangan dalam masyarakat dan membantu rakyaat yang berpendapatan lebih rendah dianggap menzalimi kaum2 lain?
Salam, PAih parti assobiyyah tulen, kerana pemerintahan parti yang mengajak kepada bermusuhan, pemerintahan yang tidak memberi kemajuan ahli mereka sendiri yang merempat dan miskin di kawasan bandar apatah lagi pendalaman perbezaan jauh antara bandingan pemimpin yang senang lenang berbanding kesusahan ahli yang miskin rata2nya.
Post a Comment