Sabtu, 23 Mei 2009

LIM KIT SIANG DAH BERSUARA.

Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang berkata DUN Selangor tidak wajar menggantung elaun bekas Menteri Besar Selangor DS Dr Khir Toyo sekalipun jika ia mengesahkan perakuan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan untuk berbuat demikian.

Juga katanya Dewan Negeri boleh menggantung ahli-ahlinya daripada menghadiri sidang dewan kerana melanggar keistimewaan, tetapi tidak harus menggantung elaun mereka oleh kerana anggota-angguta DUN dipilih oleh pengundi yang mewakili mereka di peringkat kerajaan negeri.

Menurut beliau pengundi tidak harus diletakkan dalam kedaaan tidak menentu kerana tidak mempunyai anggota dewan untuk mewakili sebagai pengantara dengan kerajaan negeri sekalipun jika ia digantung dari sidang Dewan Negeri.

Tapi penulis pun bukan percaya sangat dengan si Lim ni, entah-entah hanya aksi 'opera' dia aje bagi menunjukkan dia lah pejuang keadilan yang hebat.

Penulis tertanya-tanya bagaimana DUN Selangor membuat sesuatu keputusan pengantungan ahli tanpa memperincikan segala kewajaran dan juga risikonya. Yang menjadi persoalan sekarang, apakah pengantungan tersebut dibuat semata-mata berniat mengekalkan kemuliaan dewan undangan atau sebaliknya ?

P/S: ADA JUGA PUAK YANG NAK BUAT PROTES CARA KAFIR KAT MALAYSIA NI YE..NAK MOGOK LAPAR PULAK..IKUTILAH PENDEDAHAN DIPAUTAN BERIKUT;

http://ddinbunga.blogspot.com/2009/05/yeop-bukan-ke-mogok-lapar-bukan-amalan.html

7 Comments:

kuntakinte said...

salam, bukan apa kata dulang paku serpih, kata org diorang yang lebih, takut le tu....nak kena hentam dlm dewan

AbgTuah said...

salam bro.

Benar..puak-puak pembangkang ni selalu guna taktik orang penakut...sekarang tak ada orang nak bangkang dengan keras lagilah apa-apa usul mereka..

Tanpa Nama said...

LKS Buat wayang Cina kononya dia Hero dalam perjuangan mencari keadilan

kuntakinte said...

salam, sdr anom, betul ngak atau pun LKS kena selsema babi kut....

YANG GAMBI said...

LKM takut, selama pakatan rakyat dah banyak guna undang-undang kera lotong dalam hutan, segan juga dia sebagai lawyer.......

Titah Sultan, tak boleh pakai, Perlembagaan pun tak boleh pakai, mahkamah juga deme kata tak boleh pakai...... entah apa yek yang boleh pakai, mungkin bila Eliz telanjangje yg boleh dipakai.......

sory bro kasar.....

Tanpa Nama said...

Blog yang syok sendiri....

ISAC said...

Berlakon lah tu....

Ari tu ketika anak Kapal kena gantung masuk dewan, juga segala elaunnya juga digantung PR bukan main kecoh.....

Sekarang bila budak2 dia buat kat DS Dr Khir....Baru dia terperasaan...

Cuba nak cover line lah tu...

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online