Khamis, 23 April 2009

PROSES MENUJU GLOBALISASI.


Sektor perkhidmatan diliberalisasi

PUTRAJAYA 22 April - Kerajaan hari ini memutuskan untuk meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan.

Ini bermakna syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan tidak lagi terpakai.

Mengumumkan perkara itu di sini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, subsektor yang diliberalisasikan itu adalah dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan.

"Inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan. Ia juga tidak akan menjejaskan peniaga kerana kita telah lakukan rundingan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)," kata beliau pada sidang akhbar di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Bagi mengikuti keseluruhan berita di pautan berikut;

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka%5FHadapan&pg=mh_03.htm

PANDANGAN PENULIS

- LIBERALISASI SUBSEKTOR PERKHIDMATAN BOLEH DIERTIKAN SEBAGAI SATU LANGKAH PERSEDIAAN YANG POSITIF KEPADA KONSEP GLOBALISASI YANG LEBIH TERBUKA.

IANYA BUKANLAH SEBAGAIMANA YANG DIERTIKAN OLEH SESETENGAH PIHAK SEBAGAI MELIBERALISASI JABATAN ATAU SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM. 'SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM' DAN 'SUBSEKTOR PERKHIDMATAN' DUA PERKARA YANG AMAT BERBEZA.

IANYA JUGA BUKAN BERMADSUD KAKI TANGAN DAN PEGAWAI DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM AKAN DIAMBIL DARI KALANGAN ORANG LUAR NEGARA.

BENARKAH PUAK JUAK SEMPIT PEMANGKANG JUGA MENGAMBIL PELUANG MEMUTAR BELITKAN DAN CUBA MENGEXPLOITASIKAN BERITA INI ?...CUBALAH KAJI SENDIRI ARTIKEL-ARTIKEL SEMPIT MEREKA;

http://perisik-rakyat.com/2009/04/mana-semua-melayu-woi-malaysiakini.html


http://kerajaanrakyat.com/?p=6623

2 Comments:

UMNO sial said...

pelik jugak...bila UMNO MELAKSANAKAN benda2 yg merugikan Melayu,juak2 UMNO ni sokong membuta tuli...

tapi bila tan sri khalid MENCADANGKAN (diulangi,MENCADANGKAN BUKAN MELAKSANAKAN) mula la juak2 UMNO melalak x tentu pasal mcm org gila...

aku x faham la kenapa ade lagi Melayu yg mudah diperodohkan...

Mane perginya 'Melayu2' yg berarak kutuk Tan sri Khalid hari tu ye? kenapa tiba2 senyap & sokong ape yg Najib buat?

kalau mcm tu,jom la kite sokong Tan sri khalid jugak? cakap x serua bikin...bodo punya UMNO...

MusangJebat said...

mana dimana anak kambing saya
anak kambing saya yang pakai baju merah
mana dimana pemimpin politik saya
pemimpin politik saya itu yang semua dalam parah

can malican can malican
marican,naina dan kutty kini semua sudah jadi melayu

mana dimana anak kambing saya
anak kambing saya kakinya penuh cagu
mana dimana duduk rakyat negara saya
rakyat negara saya itu yang bodoh,pekak,buta dan bisu

chan malichan chan malichan
melayu suka semua kerajaan tolong

mana dimana anak kambing saya
anak kambing saya itu yang suka duduk beralih-alih
mana dimana kaya bahasa saya
kaya bahasa saya itu yang tunggu masa untuk desembelih

chan malichan chan malichan
jepun,jerman,china,perancis,
semua tidak pandai cakap orang putih

mana dimana anak kambing saya
anak kambing saya itu yang duduk tepi sawah
mana dimana penyakit negara saya
penyakit negara saya itu yang orang panggil rasuah

chan malichan can malichan
benteras kata kerajaan maknanya buat bedaah

eh!mana anak kambing saya?

NUKILAN ABDULLAH yg satu lagi...

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online