Isnin, 27 April 2009

PENAMAAN CALON PRK DUN PENANTI

SPR: penamaan calon pilihan raya kecil DUN Penanti 23 Mei ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan, pilihan raya kecil akan diadakan pada 31 Mei , umum pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada persidangan akhbar di Putrajaya.

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lepas mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa serta merta. — Bernama

1 Comment:

kuntakinte said...

SALAM,harap2 DS Najib jangan ikut rentak dan tarian puak2 penderhaka ini, tumpukan seluruh perhatian kepada ekonomi negara dari membuang wang dan masa kepada kerja gila puak2 PKR dan pembangkang gila.

BN tidak bertanding bukan bermakna BN kalah.... BN tak bertanding sebab BN tak layak bertanding dengan parti yang tiada moralnya.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online