SOROTAN DARI RANCANGAN HUJAH DI TV 9 PADA HARI SELASA 17 FEB 09.
DARI PANDANGAN PENULIS SETELAH MENONTON RANCANGAN TERSEBUT PENULIS MENDAPATI KETIGA-TIGA TOKOH TERSEBUT AMAT BERWIBAWA. AKAN TETAPI TENTUNYA SALAH SEORANG AKAN MENJADI YANG TERBAIK DIANTARA YANG BAIK UNTUK MENGISI JAWATAN KETUA PEMUDA. WALAU BAGAIMANA PUN SETIAP TOKOH TERSEBUT JUGA TENTUNYA MEMPUNYAI KEKUATAN DAN KELEMAHAN YANG MASING-MASING. DISINI INGIN PENULIS MENGULAS DAN MEMBERIKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS.
KELIHATANNYA, DS KHIR TOYO ADALAH SEORANG TOKOH YANG AMAT BERPENGALAMAN. MAKLUM, BELIAU PERNAH MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI MENTERI BESAR DAN KEKUATAN BELIAU IALAH BELIAU DAPAT MENGUNAKAN KELEBIHAN PENGALAMAN TERSEBUT DALAM MENJAWAB SETIAP PERSOALAN SECARA TERATUR, KEMAS SERTA BERHEMAH. TETAPI DARI PENGAMATAN PENULIS MASIH TERDAPAT BEBERAPA KELEMAHAN YANG KETARA IAITU MESSAGE ATAU IDEA YANG CUBA DISAMPAIKAN ADALAH KURANG JELAS DAN KELIHATAN BELIAU GAGAL MENGUTARAKAN PENDAPAT MELALUI HUJAHAN YANG BERFAKTA BAGI MENYOKONG IDEA DAN KONSEP YANG INGIN DIBAWANYA.
PENULIS SEDIKIT KECEWA DENGAN DATO MUKRIZ KERANA PADA AWAL SESI HUJAHAN TERSEBUT BELIAU SEOLAH-OLAH KELIHATAN KETINGALAN DARI SEGI KEWIBAWAAN JIKA DIBANDINGKAN DENGAN DUA TOKOH YANG MENJADI SAINGAN BELIAU. BELIAU SEOLAH-OLAH BEGITU GEMURUH SEHINGGA MENYEBABKAN BELIAU BEGITU GUGUP UNTUK MENGUTARAKAN FAKTA MELALUI HUJAHAN BAGI MENYOKONG IDEA DAN KONSEP YANG INGIN DIKETENGAHKAN. HANYA PADA PERTENGAHAN SESI HUJAHAN TERSEBUT BARU KELIHATAN BELIAU DAPAT MENGAWAL EMOSI DAN SETERUSNYA MAMPU MENGUTARAKAN BEBERAPA FAKTA BERKESAN BAGI MENYOKONG IDEA DAN KONSEP YANG INGIN DIBAWANYA. WALAU BAGAIMANA PUN SECARA KESELURUHANNYA DAPAT DILIHAT TOKOH INI MEMPUNYAI DAYA TARIKAN YANG LUARBIASA MANAKALA ELEMEN YANG LAIN ADALAH BERKADAR SEDERHANA SAHAJA.
YB KHAIRY JAMALUDDIN PULA KELIHATAN BEGITU KONSISTEN SEPANJANG SESI HUJAHAN TERSEBUT. SETIAP PERSOALAH YANG DIAJUKAN MAMPU DIJAWAB DENGAN YAKIN DAN BAIK MELALUI HUJAHAN-HUJAHAN YANG TENANG, TERATUR SERTA BERILMIAH. MEMANG JELAS SEPANJANG SESI TERSEBUT BELIAU MAMPU MEMBERIKAN HUJAHAN LANCAR DAN TERBAIK BAGI MENYOKONG IDEA DAN KONSEP YANG INGIN DIBAWANYA. KEKUATAN BELIAU YANG PALING KETARA IALAH IDEA DAN KONSEP YANG INGIN BELIAU BAWA BEGITU JELAS, REALISTIK SERTA MUDAH DIFAHAMI. SEPERKARA LAGI YANG PENULIS KAGUMI IALAH BAGAIMANA BELIAU MAMPU MENGAWAL EMOSI DAN KEADAAN APABILA DITANYA BERKAITAN SEGALA LIABILITI YANG DIKAITKAN DENGAN BELIAU. DENGAN CARA YANG AMAT BIJAK DAN BERHEMAH BELIAU TELAH MEMBERIKAN JAWAPAN YANG JAUH DARI MENYAKITI HATI TOKOH SAINGAN BELIAU.
ULASAN PENULIS ADALAH SEMATA-MATA BERSIFAT PANDANGAN DAN PENDAPAT PERIBADI. PENULIS TIDAK MENAFIKAN TERDAPAT PANDANGAN YANG BERBEZA-BEZA BAGI SETIAP ORANG. WALAU BAGAIMANA PUN PENULIS AMAT KAGUM DENGAN KEWIBAWAAN KETIGA-TIGA TOKOH TERSEBUT YANG MANA PADA PENDAPAT PENULIS KETIGA-TIGANYA BERKEMAMPUAN UNTUK MENERAJUI PERGERAKAN PEMUDA DENGAN BAIK.
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
9 Comments:
salam,
saya juga amat menyokong yang mana ds khir toyo amat konsisten kerana beliau mempunyai pengalaman.saya yakin sekiranya beliau menang beliau akan dapat menarik pengundi muda...
jadi, siapa yang akan dipilih oleh perwakilan, kita tunggu.
Salam,
Memamg betul abang tuah katakan ketiga-tiga mempunyai idea..karisma dan berwawasan..Sayangnya..ketiga-tiga tokoh tidak akan duduk bersama di Pemuda UMNO..selepas tamatnya mengundi ketiga-tiga tokoh ini akan berhaluan masing-masing..ada yang kecewa..ada yang kecil hati..kerana kekalahan.Yang rugi dalam hal ini adalah UMno sendiri kerana..kita nak satu kita cantas dua..kalaulah sistem kita seperti Di Amerika walau pun Hilary Clinton itu adalah revival politik Obama di parti Demokratik..tetapi apabila Obama menerajui politik Amerika beliau mengambil Hilary sebagai Setiausaha Politiknya tanpa merasa dendam atau perasaan irihati Hilary yang hebat.Tetapi di UMNO apabila sahaja kalah dengan yang menang..yang kalah pasti di qurantinkan yang menang...perasaan takut hilang kuasa...ini yang menyebabkan kita ketinggalan dalam membina Parti yang kuat..
Kalah menang itu adat tetapi kalah dengan hati terbuka..perlu terima hakikat kekalahan itu..kena tabahkan diri dari sekarang..jangan terlalu taksub..kita cuba cuma Allah yang menentukan.Tekadnya hanya satu kita berjuang dengan ikhlas untuk bangsa,agama dan negara...bukanya untuk menang tapi untuk memperbaiki UMNo lebih mampan.Wasalam,
Sesiapa pun yang menang perlu menghulurkan salam persahabatan dan menggesa penyokongnya kembali fokus kepada lawan pakatan pembangkang..
Penggunaan kata kata tidak manis dari mana2 pihak tidak akan membawa kebaikan kepada sesiapapun.
Bahkan ia merugikan kerana kita membuang masa mencari idea untuk menjatuhkan lawan dalam rumah bukan kepada lawan yang sebenar..
Cantik template baru abg tuah..Tahniah dan bravo bro !!!
Selamat berjuang..
Hidup BPN...
Auuum!
Yang terbaik adalah UMNO sebab itu masalah dalam UMNO masih tak dapat selesai he he he
Ketiga-tiganya berwibawa dan berkebolehan untuk memimpin negara. Tidak dapat dinafikan mereka la pemuda tiang negara.
Mereka akan menjadi tiang - Tonggak kepada Amalan RASUAH yang telah menjadi barah dalam UMNO...
Kalo takcaye tanye la pade Tengku Ahmad Rithaudin, Pengrusi JK Displin UMNO; ex-PM Chedet (dinafikan hak perwakilan dgn RASUAH RM200); YB Rais YatimKematu ( yg menawar membeli pencalonan dgn RM1.00), SPRM (Suruhsaya Promote RASUAH Msia) yg menahan 13 ahli UMNO kerana RASUAH (...sure lepas, takde kes punye!) dan byk lagi la...tak tertolles!!! G7 balik dari Pemilihan Agong UMNO sure kembong perut dgn RASUAH.
KhirToyo tu.. ko tanye kes RM9J BALKIS, jam ROLEX, dsbnya. KJ ko tanye kes SCOMI, POS Msia, LRT.. (tanye PakLah sekali kalo dia tak tido!). Mukhriz ko tanye kes bail-out adik-beradik dia yg nak bangkrap syk perkapalan. (Tanye Parpu je sbb dia TOTOK betul dgn Chedet...!)
Tiang yg aku cakap awal-awal tu.. bukan tiang negara tapi tiang jamban... Jamban Angkut bah!
SALAM..JANGANLAH KELIRU PERKARA PERNIAGAAN DENGAN RASUAH...
PERNIAGAAN TAK HARAM...NGOK..
JANGAN DENGKI KEKAYAAN ORANG LAIN..
KESBALKIS TU DAH SELESAI..TARAK APA-APA PUN...KHALID SERAK-SERAK GAGAP AJE TAK SEKOLAH..
KES AHLI UMNO TERTUDUH RAHSUAH TU BUKAN KESEMUA 13 DIDAPATI BERSALAH..CUMA BEBERAPA ORG AJE..
KENAPA AWAK TAK SEBUT RATUSAN BILLION YG TU DAN KELUARGA SIMPAN DI BANK ISRAEL DAN SINGAPURA TU...KEHKEHKEH..TAKUT KENA SESAH NGAN TUN KE...
Hujah Mukhriz pada malam itu simple tetapi real, Khairy memang pendebat, tetapi penuh retorik dan Khir lebih baik menulis sahaja, tetapi idea bagus.
Assalammualaikum
Apa yang kita buat hari nie. Saya hanya mendiamkan diri 24 jam semata-mata nak tengok apa komen saudara-saudara, sahabat-sahabat semua mengenai ‘Hujah TV9’ malam tadi yang mengabungkan tiga orang calon Ketua Pemuda UMNO yang akan berentap 25 Mac ini di PWTC.
Terus terang saya katakana, ada antara kita semua mempunyai pendirian dan penyokong kepada salah seorang kepada calon-calon ini. Tak salah, jika saudara-saudara ada pendirian dan sokongan saudara sendiri, ini membuktikan bahawa UMNO sebuah parti bermaruah dan demokrasi.
Namun apa yang saya kesalkan kerana ada di kalangan sahabat kita sendiri yang menonjolkan sokongan terbuka mereka, namun yang tidak cantiknya, mereka menghentam secara terbuka terhadap seorang lagi calon yang boleh dikatakan calon `favourite’
Apa yang saya nak perkatakan di sini ialah tak guna jika semua berjuang demi penyatuan UMNOlah, demi semangat setiakawanlah, demi kekuatan BN dan perjuangan mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada BN dan UMNO tapi dalam masa yang sama…saudara menghentam sesama sendiri dengan menggunakan blog yang kina bina untuk mempertahankan UMNO dan BN.
Di mana letaknya kematangan dan kewibawaan kita. Di mana letakkan profesionalisme dan semangat setiakawan kita?
Adakah kita terlupa bahawa kenyataan dan tindakan kita ini umpama membuka pekung saudara sendiri? Adakah ini semangat yang kita nak tonjolkan sebagai pejuang UMNO.
Saya juga mendapat maklum balas dari sahabat-sahabat lain, mengenai KJ, Mukhriz dan Khir Toyo dalam Hujah itu.
Kita kena sedar, ramai juga yg hentam KJ …tetapi saya minta jangan diperbesarkan dalam blog-blog kita, kerana ia akan menjadi bahan kepada Pakatan Rakyat yang kini sedang mencari jalan menjatuhkan kita, mencari jalan untuk mencari kesalahan kita dan mencari jalan untuk melonjakkan semula sokongan mereka dari rakyat selepas insiden-insiden buruk yang melanda mereka sejak kebelakangan ini.
Jika kita berterusan macam nie, mudah-mudah sahaja `mangkuk hayun PR’ guna point yang kita sendiri bagi untuk memburukkan sesama kita.
Mohon maaf sekiranya saya tersalah bicara. Cuma saya mahu kita semua rasional dalam keadaan sekarang. Kita nak jadi Pemuda Berani. Kita perlu Berani Berubah untuk memperkuatkan semula UMNO dan semangat Setiakawan kitalah yang mampu meletakkan Pemuda di landasan perjuangan yang sebenar.
Post a Comment