Pelantikan dua Ahli Parlimen pembangkang sebagai anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah disifatkan sebagai bukti keterbukaan serta kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memerangi kegiatan rasuah di negara ini.
Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd. Shahir berkata, sekurang-kurangnya dengan pelantikan dua ahli Parlimen itu, Abdullah mengiktiraf peranan pembangkang untuk membantu kerajaan memerangi gejala rasuah yang sehingga kini masih berlaku.
”Saya yakin dan percaya dua ahli Parlimen tersebut iaitu Dr. Tan Seng Giaw (DAP) dan Salahuddin Ayub (Pas) mempunyai idea-idea serta cara yang berkesan untuk menghapuskan gejala rasuah.
”Yang penting penglibatan mereka di dalam jawatankuasa itu dapat mengatasi masalah ‘pendakwaan terpilih’ kerana mereka mempunyai platform untuk memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya kepada Utusan Malaysia
Beliau mengulas pelantikan Seng Giaw dan Salahuddin sebagai anggota Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah seperti mana yang diumumkan semalam.
Sumber
http://pemudaenggang.wordpress.com
Pandangan penulis:
Ye, begitulah yang sepatutnya diamalkan. Ini adalah satu perkembangan yang baik nan positif. Ini menunjukan kejujuran dan ketelusan pihak kerajaan selama ini dan ianya kini dibuktikan pula dengan mengihtiraf suara-suara yang membina dari pihak pembangkang.
Pada pandangan penulis pihak pembangkang juga perlu diberikan perananan dalam memastikan kelancaran sesuatu mekanisma sebegini. Maka tentu mereka juga akan dapat berbangga menjadi sebahagian dari tenaga penyumbang kearah pembentukan negara Malaysia yang bersih dari amalan rasuah khasnya dan seterusnya menjadi negara yang berjaya amnya..
Maka pihak pembangkang sewajarnya mengambil kesempatan ini bagi menyumbangkan tenaga dan buah fikiran secara jujur dan telus. Diharap mereka dapat menjadi agen-agen yang neutral yang mampu mengenepikan kepentingan individu dan politik parti masing-masing serta mengutamakan kepentingan rakyat sebagai visi dan misi utama.
So then next time diharap tak ujud lagi suara-suara ketidakpuasan hati dari sebelah pihak sana ye…berkaitan ketelusan sesuatu penyiasatan atau pendawaan yang di tuduh PENDAKWAAN TERPILIH. Maka AMK tak perlulah lagi membawa lembunya untuk berdemonstrasi bagi menyatakan protesnya.
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
9 Comments:
AMK ni memang bodoh..sebab bawak lembu. Memang dah sama-sama lah mereka ni. lembu bawak lembu..Sahlah..
itu simbolik sebabnya yang ada dalam umno semua lembu.
SALAM SASHA2020..
HAHAHAHA..MEMANG POWERRR LAH KOMEN AWAK..
SALAM SASHA2020..
HAHAHAHA..MEMANG POWERRR LAH KOMEN AWAK..
Sememangnya BN adalah jujur.
salam tuan blog,
terima kasih wak kerana tuah sudi tinggal komen.wak tetap cool.Biasa la politik,baru nampak meriah!
Turun bukit gantang,jangan lupa carik wak,kita minum teh tarik sama-sama, politik kita tinggal sat dalm kereta, boleh kut ??
Biar rakyat nampak bloggers macam kita ini leibh profesional,diluar kawan, tetapi di medan perang,kita bergasak..!
Setuju tak kau tuah!
wak tunggu ajo..InsyaAllah wak akan turun ke P.59 minggu depan !
Salam
Salam wak Al-Banjari..
Terima kasih diatas kesudian menziarah blog kawan yang tak seumpamanya ini.
Telebih dahulu kawan hendak juga minta maaf kerana memberikan komen keatas artikel Wak tempohari dengan lengok bahasa yang agak tersasar sedikit.
Maklum..tak kenal maka tak suka hehehe..dah kenal rupa Wak Al-Banjari baik orangnya.
Kawan semenangnya setuju sangat dengan saranan Wak tu..ye betullah tu biarlah di blog kita bergasak..harapnya diluar kita boleh berkawan...dan minum teh bersama.
Begitulah halnya kawan di dunia nyata..rakan-rakan ramai terdiri dari pembangkang..tentang hal politik kami bertegang leher..then lepas tu kena roti canai bersama-sama kahkahkah..kadang-kadang bila fikir soal politik ni nak tergelak pun ada.
Ishallahlah Wak kalau kawan turun kawan akan cari Wak..tapi rasanya tak fasal ada hal lain nak settle.
Ok Waklah...sekali lagi terima kasih diucapkan atas kesudian meluangkan masa Wak kemari..
Wassalam..
Tuah,
Aku belum nampak lagi kekuatan dan keluhuran SPRM setakat ini. Aku harap ia akan jadi macam Finland, Hongkong atau Singapura. Aku pernah berurusan dan berdagang dengan negara negara ini, sememangnya badan anti rasuah mereka patut dihormati. Aku cadangkan pengerusi SPRM patut tukar. Mereka patut dilihat suci, dan sepi tak berkawan, macam tuan hakim. Mat Said ni banyak sangat aku tengok gambarnya dengan pemimpin negara. Perangai anaknya pula macam setan, memalukan Malaysia. Camna dia didik anak dia ni? lepas tu dia boleh kasi statement dalam Star bahawa semua handphone orang lelaki dewasa ada gambar camtu. Gila ke gamaknya. Phone dia ada aku tak peduli. Phone aku takde, phone cari makan, suwei, malaikat tak nak masuk phone aku...
Navy pencen
ape langkah seterusnye ye Pak Lah? abes le ko, jib.. Jerat pasti mengena.. haha
Post a Comment