TAIPING 23 Feb. - Penyertaan beramai-ramai bekas ahli Pas ke dalam UMNO memberi petanda awal bahawa Barisan Nasional (BN) bakal mencapai kejayaan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang yang akan berlangsung 7 April ini.
Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beliau yakin dengan sokongan yang diterima itu, hasrat BN untuk berkhidmat kepada rakyat kawasan terbabit akan dapat direalisasikan.''Ini merupakan permulaan yang baik bagi BN kerana yang masuk ini adalah terdiri daripada mereka yang bukan dipaksa atau sengaja dibuat-buat cerita tetapi timbul kerana keikhlasan mereka sendiri," katanya kepada pemberita di sini lewat petang semalam.
Terdahulu, beliau menerima borang keahlian menyertai UMNO daripada 70 bekas penyokong Pas di Kampung Changkat Iboi iaitu antara kawasan kubu kuat Pas di Bukit Gantang.Melihat sambutan yang diterima pada majlis tersebut, Zambry yakin, lebih ramai pengundi akan memberi sokongan kepada UMNO dan BN pada pilihan raya kecil itu nanti.
Dalam perkembangan sama, Menteri Besar berkata, sekiranya BN menang, kerajaan akan berusaha menyelesaikan masalah-masalah tempatan yang berbangkit.Sementara itu, beberapa bekas penyokong Pas ketika ditemui menjelaskan, mereka bertindak keluar daripada parti tersebut kerana kecewa dengan sikap para pemimpinnya.
Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Cawangan Changkat Iboi, Ibrahim Ahmad, 62, berkata, dia kesal apabila masjid sering dijadikan tempat untuk menyerang' peribadi orang lain.''Imam masjid pun dilantik dari kalangan orang luar, bila berlaku perkara-perkara yang memerlukan nasihat tertentu, dia tak ada," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.Beliau yang telah menjadi ahli Pas sejak 1960-an itu, perjuangan politik pemimpinnya yang sanggup membelakangkan kaum sendiri turut mendorong dia mengubah fikiran.
Seorang lagi bekas ahli Pas, Zainal Shaari, 59, berkata, isu janji yang tidak dikotakan menjadi alasan utama mendapa dia tidak mahu terus menyokong parti tersebut.''Cara mereka (pemimpin Pas) yang sanggup ikut sahaja apa yang dikata oleh DAP itu yang saya tak setuju. Selain itu, tiada apa pun pembangunan yang dibawa mereka," katanya.
~Utusan
AYOH SEMUA..AYOH MANJUNG..AYUH JEBAT..AYUH NAVY PENCEN...AYUH SEMUA PENGIKUT PAS..MARILAH KITA BERSATU HATI BERGABUNG TENAGA DI DALAM UMNO. YAKINLAH UMNO ADALAH YANG TERBAIK UNTUK MEMBAWA ISLAM DAN NEGARA KEARAH KEJAYAAN.
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
25 Comments:
Salam Abg Tuah...kenapa aku kena ban kat chat roll engko? Baru first time nak berchat!
Desperado mungkin depa band pasai hang dikatakan agen BN kot hahahaha.
Tah kepada yang sedar. lepas ni, siaplah depa yang 70 orang ni teruk kena maki encik.
Salam:-
Bang Tuah...syukur mereka dah sedar..tapi kena banyak juga bersabar..sebab: " melompat dari BN ke PR mulia..dari PR ke BN hina.
Oh dunia disebabkan kemaruk kuasa..halal jadi haram, haram jadi halal tapi kalau dia dapat sama.
salam?
kepada des..abg tuah ni memang kaki men ban org he he he.
apa yang Ayoh2 ni bg tuah? mcm zaman dahulu kala pulak ejaanya he he he...
salam des..
Kau pakai nick apa..nanti aku releasekan..kahkahkha..tulah menyamar lagi.
SALAM MAWAR..
WAH MERAJOK HATI, SAMPAI KE BLOG TUAH MEMBAWA DIRI..HEHEHE
LUPAKAN YG LALU YEK...MAAFKAN DAKU..UHUHUH..
setuju benarlah dinda akan apa yang kekanda tuah coretkan..
EDEN SATU FAMILI MEMANG AHLI UMNO SEUMUR HIDUP.
mari mari ! mari join UMNO! mari mari!! jgn malu2, tinggalkan mereka2 yang asyik cakap dusta je tuh! mari mari!
Auuuum!
Ya bener Pak ! lo lekas kamu wahai manusia masuk dalam UMNO, tapi mereka perlu di ingatkan bahwa kapal UMNO sudah banyak bocor, jadinya masuk saja cara perlahan-lahan kan Pak ! di kuatiri nanti semua jadi tenggelem Pak !
SALAM SINGAMAHRAJA..
UMNO SEKARANG TIDAK LAGI PAKAI KAPAL PAK..
PERLU DI INGAT UMNO SUDAH PAKAI KAPAL SELAM..TAK MENGAPA BOCOR PUN TAK TENGELAM...
Memang betul pun, kat kawasan aku pun ramai orang dah keluar dari PAS atau PKR. Mereka kata, PAS dan PKR tak boleh diharap. Byk tindakan membahayakan orang melayu islam.
assalamulaikum...
saya penduduk kampung yg dinyatakan di atas... saya kenal sgt dengan mereka2 yang didakwa masuk UMNO tu...mereka tu memang orang UMNO setahu saya bukan ahli PAS...so kenapa kena buat berita macam tu yer...confius laaa...tak baik ler macam tu...macam menipu lak...kalau tak percaya, saya bole bagi list nama yang mana saya ingat sekali dgn alamat rumah...orang2 kat sini pun kenal dgn diorang...ape-ape hal email ajer saya mystar085821@yahoo.com
Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Cawangan Changkat Iboi, Ibrahim Ahmad, 62
NI ORANG UMNO KE..KAHKAHKAH...
aii... sorang jer ker??? cakap 70 org... potostet smpai 69 keping ek... bijak.. bijak... kita minum dulu... tokey cina maner nak belanja nie????
NANTI BAGI BANYAK KAU BUNUH DIRI PULA..
ASSALAMUALAIKUM...
Pak Teh Rahim tu...
pilihanraya 8 Mac 2008 , tidak mengundi ,Tok Guru dia menyebarkan fahaman Wahbi di Changkat Ibol menyatakan pilihanraya tidak sharie.Tahlil tidak sharie,talkin tidak sharie segala amalan Masyarakat Islam Malaysia semuanya haram.Kumpulan mereka yang cuba memukul Tuan Guru Ustaz Abdul Wahab (kini almarhum)Mereka tidak berminat solat jamaah di Masjid Changkat Ibol.Kumpulan itu apabila Tuan Guru Hj Hadi mengadakan Kuliah Subuh di Masjid Changkat Ibol tak hadir,jadi apa nak dihairankan 3 orang kuat bukan Pas kuat masuk UMNO.
kalau masih tak percaya datang sendiri kat kg mereka ni...kita jumpa n tanya sendiri orang sekeliling siapa ni mereka2 tu...yer...
Assalamualaikum...
Tuah,
Terima kasih atas jemputan tuan.Maaf, saya tidak dapat memenuhinya buat masa ini. Nak tunggu Najib jadi PM, nak nilaikan haluan dia. Kalau Tun Razak, tak payah kau ajak, aku terjun lebih awal, kalau anak dia ni, aku banyak gusar, sebab aku tak percaya anak bangsawan tahu apa erti 'susah'.Walaupun aku cuma satu undi, bak malukut ditepi gantang, tak mengapa, ia tetap satu undi. Ada nilai
Navy pencen
SALAM NAVY PENCEN..
TAK MENGAPA..IT'S OK..TAK PAKSA-PAKSA. DECIDE BILA AWAK DAH BETUL-BETUL PASTI DAN PUAS HATI.
cerita tentang PAS masuk UMNO dah lama sangat dah,dari percaya jadi tidak.Apa tidaknya kalau kita kira dari dulu dah habis semua orang pas masuk umno. Tapi Pas tetap menang. Kesimpulan nya kita semuanya dibodohkan oleh media ,umno ,bn. Itu saja .
PAS DI KELANTAN 50/50 AJE KEKUATANNYA.
PAS DIKEDAH MENANG KERANA SOKONGAN BUKAN MELAYU DAN PERPECAHAN UMNO ITU AJE..
SELANGOR BUKAN PAS..
PENANG BUKAN PAS..
PERAK DULU DAP YG BERNAMA PAS..KAHKAHKAH..
BILA PULA PAS MENANG DENGAN KEKUATAN SENDIRI..MELAINKAN KELANTAN SAHAJA ITU PUN PERNAH HAMPIR TEWAS PRU 11..
JADI USAH KATA PAS TU KUAT SANGAT...TAK KUAT MANA PUN..
MELIHAT DARI KEADAAN SEMASA PENYOKONG PAS DAH MULAI MUAK DENGAN PAS TAK MUSTAHIL SATU HARI NANTI PAS AKAN PUPUS KAHKAHKAH...
JADI USAH CAKAP BESAR PEGANG AJE ELOK-ELOK KEDAH DAN KELANTAN TU...TAK MUSTAHIL JADI TERENGANU..
Ha, betoi tu abang tuah. Depa action o.
Depa ni hanya hamPAS je
takut la masuk umno, nti kt akhirat kne tanye, anda agame ape? xkn nk cakap 'saya islam hadhari' kot.. time tu nk bohong pn da xleh.. klu masuk pas, at least bleh gak blaja islam yg syumul..
Post a Comment