Malaysia kini melapurkan Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail mencadangkan UMNO mansuhkan sayap Pemuda,Puteri dan WANITA.Katanya nak bendung rasuah wang politik dalam UMNO.Apa kah wajar bagi kita dalam membenteras sesuatu kegiatan tidak bermoral perlu cantas sayap UMNO yang selama ini berjuang bersama-sama dengan Parti membawa kebaikan?.
Kewujudan Kelompok Wanita dari kalangan Bangsa Melayu dalam UMNO atau dalam parti Pas bukanlah baru.Penglibatan pergerakan wanita Melayu bermula dari pergerakan perjuangan anti-Malayan Union.Persatuan Kaum Ibu Selangor atau singkatan KI adalah salah sebuah pergerakan wanita Melayu yang bergabung dengan 36 pergerakan Melayu di tanah Melayu yang membentuk UMNO.UMNO yang pada awalnya banyak bergantung kepada pergerakan wanita yang jumlah yang besar dari kalangan lelakinya untuk mengembileng tenaga dalam perjuangan menentang Malaysan Union pada masa itu.KI atau Pergerakan Kaum Ibu inilah diberi nama baru"Wanita UMNO" pada tahun 1971.Pengorbanan wanita UMNO ini tidak setanding semasa setiap kali pilihanraya di adakan.Mereka lah kumpulan yang bertungkus lumus menentukan wakil UMNO atau pun Wakil BN menang dalam pilihanraya.Tidak sesiapa pun dapat menafikan perjuangan Wanita Umno ini.Mereka bukanlah seperti "Pemuda UMNO"bersikap aggeresif dalam parti dan diklasifikasikan sebagai "agitator". Kini pemimpin-pemimpin UMNO mula lupakan perjuangan Khatijah Sidek yang ketuai KI yang lantang meminta lebih kuasa untuk wanita dalam UMNO yang menyebabkan kepecatan dari UMNO pada 1954.Siapa tak kenal Aisah Ghani dari AWAS singkatan bagi Angkatan Wanita Sedar yang menjadi presiden pertama dan pergerakan ini ditakuti pihak penjajah dan dimansuhkan. Beliau menjadi ahli KI dan menjadi Presiden Kelima dengan menjadi Wanita Pertama memegang Jawatan sebagai Menteri Kabinet dalam kerajaan yang di terajui UMNO.Sakinah Junid pula menjadi ketua Wanita pertama dalam Parti Pas.Peristiwa sukar dilupakan semasa merayakan Ulang tahun pertama Awas;Wanita-wanita ini yang berjiwa sri kandi ini pernah berjalan kaki sejauh 10 kilometer untuk menunjukkan wanita Melayu bukannya wanita yang duduk di dapur dan hanya pandai memasak pada penjajah british dalam memprotes Malayan Union. Apakah bahagian wanita UMNO yang telah lama berkorban untuk demi kemerdekaan negara ini dan kemajuan wanita Melayu dinegara ini perlu dipinggirkan semata-mata untuk membendung politik wang dalam UMNO kini yang diwujudkan oleh majoritinya kaum lelaki?.Fikirkanlah..apakah ada kebenaran kata-kata Tun Dr.Mahatir Mohammad "Melayu Mudah Lupa"!!!.Wassalam.
1 Comment:
Salam dan Ralat:
Mamak mohon maaf atas kekeliruan dalam artikal atas Presiden Pertama
AWAS...."Siapa tak kenal Aisah Ghani dari AWAS singkatan bagi Angkatan Wanita Sedar yang menjadi presiden pertama dan pergerakan ini ditakuti pihak penjajah dan dimansuhkan".Memang tepat Shamsiah Fakeh adalah presiden pertama AWAS tetapi perjuangan beliau dalah berfahaman komunis dan beliau lari meninggalkan negara ini dan memileh negara komunis untuk bermastautin.
Wssalam.Terima kasih atas teguran.
Penglibatan Aishah dalam bidang politik bermula sebaik sahaja Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada tahun 1945, dan beliau menjadi Ahli Jawatankuasa dan sekaligus mengetuai sayap wanita yang dipanggil Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Ketika itu, beliau juga bertugas sebagai wartawan Pelita Malaya, lidah rasmi PKMM.
Aishah keluar daripada AWAS pada tahun 1946 (AWAS kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948) dan menyertai perhimpunan yang menuntut kemerdekaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pada Mac tahun yang sama. Beliau menyertai UMNO Kampung Baru pada tahun 1949 dan dilantik sebagai Setiausaha.
Post a Comment