Kenyataan Nik Aziz pada bulan Mac 2008:
"Memang melompat (parti) ni bukan kerja orang politik, kerja orang makan upah... bukan manusia kalau) boleh dijual beli ni," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis kesyukuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim di kediamannya di sini, pada hari Sabtu.
Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mohd Zaid yang menyarankan undang-undang anti lompat parti digubal bagi mengelak perbuatan itu berlaku secara berleluasa. Katanya, beliau sangat bersetuju dengan cadangan seumpama itu bagi mengelak wakil rakyat termasuk daripada PAS berhadapan dengan perkara seumpama itu
Sekarang kenyataan beliau selepas Datuk Nasamuddin masuk PKR:
"Sekiranya sebelum ini angin perubahan telah berlaku kepada rakyat sehingga BN kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu, namun perkara yang sama turut berjangkit di kalangan Adun."Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi.Tuan Guru seterusnya berkata, dengan penyertaan itu juga, bererti warga wakil rakyat di kalangan Pakatan Rakyat turut bertambah dan ia akan menjadi benteng pertahanan yang semakin kuat khususnya di Perak.
Sementara itu mamat dari Perak pula berkata:
``Mungkin dia kecewa dalam parti dia (UMNO), ini bukan tindakan yang tidak bermoral, (sebaliknya) tindakan ini adalah tindakan yang cerdik,''
Hmmm…penulis pun keliru dengan perangai tok guru-tok guru parti PAS ni. Kerap sangat terjadi lain yang dikatakan dulu lain pula yang dikatakan sekarang. Entahlah penulis pun hairan bagaimana masih ada orang yang mempercayai mereka ni. Pada pandangan penulis Tok-tok guru politik ni kata-kata mereka ni bukan boleh pakai sangat...tak ada kredibiliti.
Penulis pun tak mahu komen banyak sangat nanti ada pula puak yang sakit hati…tapi cuma nak tunggu apa pula yang mereka akan kata sekiranya dimasa akan datang ada wakil rakyat dari kalangan PAS atau PKR yang melompat parti pula.
Sumber asal dari catatan saudara ayorlemuju
http://ayorlemuju.blogspot.com
8 Comments:
DAH TUA SANGAT TUAN GURU NI...
EMMMM RISAU TUAN GURU APABILA DIA TIADA NANTI.
MANA TAKNYA..TEAM EDROGAN DAH HABIS-HABISAN NAK SINGKIRKAN ORANG TUAN GURU!!!
PAS DAH JAUH MENYIMPANG!!!
KEMBALI LAH MEMBELA UMAT ISLAM DAN BANGSA MELAYU!!!
Dalam kenyataan yang sama 2008, Nik Aziz khuatir gejala lompat parti berlaku di kalangan wakil rakyat PAS. Maknanya dia cuma risau wakil rakyat PAS melompat, tapi gembira kalau wakil rakyat UMNO melompat parti. Tipikal bagi tok-tok guru dan pengikut-pengikutnya mengamalkan double-standard seperti ini.
Saya terfikir juga kenyataan BigDogDotCom yang pembangkang sekarang dipimpin oleh bekas banduan yang tidak masuk mana-mana parti. (Bukankah dia sudah menjadi ahli PKR?).
Jika pemimpin utama parti itu seorang yang pernah dihukum kerana rasuah dan salahguna kuasa, bagaimana yang lain-lain tidak mengikut? Setiap yang busuk dalam UMNO jika sudah masuk PKR (atau PAS) pasti akan jadi wangi (Anwar sendiri, dan kini ADUN Bota yang dianggap cerdik) manakala yang dulu wangi dalam PKR (atau PAS) akan jadi busuk bila join UMNO (Ezam, yang paling busuk)
Saudara Tuah Biro Tatacara BPN,
1. Permohonan jadi ahli BPN tak dilayan walaupun dah berkali-kali hantar e-mail kepada YDP. AyorLemuju tak layak ke? Ada kroni2 ke? Nanti majuk tak puas hati masuk pembangkang, ha, baru tau. Pembangkang pun ada offer RM2 juta hari tu untuk lompat parti.
2. Macam kenal je posting ni, tak bagi quote ke, link ke?
3. Link kat tepi pun tak dapat ke?
http://perisik-rakyat.com/2009/01/bpn-tu-apebende-woi-penjahanam-negara.html
Ha, biasalah tu encik, kena kat depa, semua jadi tak boleh, kena kat orang, semua jadi halal.
salam abg Tuah,
sapa yang tidak knal PAS ini.. kaki putar alam.. untuk kepentingan peribadi mereka sanggup mengubah fakta yang telah dikatakan atau dilafazkan.. xtau la mcm mn KALAU Parti ini dapat memerintah negara tercinta.. presiden Obama pun dorang putar.. ish3
Salam abg Tuah...sebelum ini pun Tok Guru Nik Aziz ada berkata :
Nik Aziz Samakan Penipuan Anwar Dengan Sunnah Nabi!
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan sasaran baru membentuk Kerajaan Persekutuan sebelum Aidiladha 2008 adalah tindakan yang betul.
“Perancangan membentuk Kerajaan Persekutuan oleh Anwar bertepatan dengan konsep yang dilakukan Rasulullah apabila berjuang demi menyelamatkan rakyat daripada terus alpa dengan dunia politik serta pentadbiran yang tidak berasaskan agama,” katanya selepas menghadiri Majlis Lembaran Wanita Kelantan di Dataran Kemerdekaan di sini.
Ketika ditanya mengenai masalah yang sering dihadapi Anwar dan menyebabkan peralihan kuasa yang dirancang sering kali tertangguh beberapa kali, Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan sesuatu perubahan yang baik apabila ingin dilaksanakan pastinya perlu melalui pelbagai masalah tetapi Anwar perlu tahu Pas sentiasa menyokong tindakannya itu.
“Rasulullah s.a.w sendiri menghadapi masalah apabila perlu menunggu selama 13 tahun untuk mengambil alih kerajaan yang ketika itu dikuasai Yahudi, tetapi baginda tidak pernah berputus asa untuk menyelamatkan umat Islam ketika itu.
“Bukan senang ambil alih pemerintahan sedia ada, tetapi perlu persediaan lengkap dan bersusah payah mencapai matlamat yang diingini. Tiada kerja mudah...jika nak senang campur susah rasuahlah,” katanya.
Tetapi Nik Aziz Terlupa :
Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pernah berkata dalam satu majlis ceramah Umno di Terengganu dalam tahun 1986 bahawa :
" Pemimpin-pemimpin PAS jangan lagi bermimpi pada siang hari untuk memerintah negara ini jika mereka tidak mempunyai kemampuan. Kalau anda tidak mempunyai rancangan untuk pembangunan rakyat, tiada mempunyai kemampuan, pengalaman dan tiada ketokohan, usahlah berangan-angan kosong.
Apakah rancangan pembangunan yang pernah dikemukakan oleh PAS untuk kebaikan rakyat ketika parti itu menjadi anggota komponen Barisan Nasional dulu? Sejak dulu hingga sekarang, PAS hanya mampu membuat janji untuk menegakkan itu dan ini dalam ceramahnya, tetapi apabila habis ceramah mereka akan balik tidur dan kemudian berceramah dan membuat janji lagi pada malam-malam berikutnya. Itu saja."
Jelas ucapan ini menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim seorang yang berdolak-dalik dan tiada pendirian. Masa itu dia kutuk PAS habis-habisan. Sebelum ini, melalui Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin sendiri oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail, beliau memuji muja PAS tiada tolok bandingnya. Lebih dari itu, bersekongkol pula dengan parti ekstremis Cina, DAP.
Dulu kutuk PAS sebagai parti yang hanya tahu buat ceramah, tabur janji dan tidur. Sekarang apa dah jadi. Parti perjuangannya pula ikut jejak langkah PAS. Begitulah halnya orang yang asyik bermain dengan lumpur, akhirnya tempelak ke muka sendiri. Soalnya apakah orang macam ini yang hendak dimertabatkan sebagai pemimpin. Mulut manis lidah berkait. Jawapnya tidak sekali-kali.
Komen :
Inilah akibatnya apabila menyalahgunakan ugama untuk kepentingan politik? Sebagai seorang Islam rasa nak kecewa pun ada dengan fatwa terbaru Nik Aziz ini yang semakin menyongsang. Apakah Nik Aziz tidak memikirkan yang tindakan Anwar ini bahaya dan akan memecah belahkan masyarakat Malaysia. Apa kah penipuan Anwar itu boleh disama kan dengan sunnah Rasullullah s.a.w ? Tidakkah Nik Aziz merasakan yang tindakannya menyokong Anwar ini sebenarnya bersubahat, dalam ertikata lain bersubahat menipu rakyat?
Nampak nya begitu mudah Nik Aziz persendakan junjugan kita hanya semata-mata untuk membenarkan penipuan Anwar itu!! Kepada yang masih memuja Nik Aziz, maka renung kan lah fatwa baru Nik Aziz itu..apakah ia selaras dengan ajaran Islam? Ya Allah, bukakan lah hati mereka agar kembali kejalan yang benar.
Kemudian, dipetik dari artikel yang terbaru dari Utusan 17 September 2008 yang bertajuk : LOMPAT PARTI TAK SALAH - NIK AZIZ;KOTA BHARU . -
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti.
Katanya, apa yang dilakukan Anwar adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.
"Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu.
"Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-18 Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim, di sini.Beliau ditanya berhubung dengan kegagalan Anwar menubuhkan kerajaan baru pada hari ini sebagaimana yang diuar-uarkan.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tarikh perubahan kuasa itu tidak penting kerana lebih penting adalah merealisasikan hasrat pembangkang bila sampai masanya. Beliau yakin, biar apa yang diharapkan oleh Anwar belum menjadi kenyataan hari ini, namun ia bukan satu angan-angan Mat Jenin seperti yang dikatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Akhir-akhir ini, percanggahan pendapat diantara Nik Abdul Aziz dan Mustafa Ali semakin memuncak berikutan sebuah artikel hasil tulisan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang bertajuk RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA telah diarahkan diarah ditarik siarannya dari Harakah.
Kemelut Pemimpin tertinggi PAS ini sebenarnya berpunca dari unsur-unsur gila kuasa Anwar Ibrahim yang menyemai benih-benih kebencian terhadap penyatuan PAS-UMNO. Perihal ini juga telah menyebabkan terjadinya dua kumpulan di dalam PAS iaitu terdiri dari team Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat & Husam Musa dan team Datuk Seri Abdul Hadi Awang & Datuk Mustafa Ali.
Taminsari
Wah encik, tahniah. Panjangnya artikal. Padat.
Taminsari
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
KENYATAAN YANG TAK BERKREDIBILITI":
Salam abg Tuah...sebelum ini pun Tok Guru Nik Aziz ada berkata :
Nik Aziz Samakan Penipuan Anwar Dengan Sunnah Nabi!
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan sasaran baru membentuk
Kerajaan Persekutuan sebelum Aidiladha 2008 adalah tindakan yang betul.
“Perancangan membentuk Kerajaan Persekutuan oleh Anwar bertepatan dengan konsep yang dilakukan Rasulullah apabila berjuang demi menyelamatkan rakyat
daripada terus alpa dengan dunia politik serta pentadbiran yang tidak berasaskan agama,†katanya selepas menghadiri Majlis Lembaran Wanita Kelantan di
Dataran Kemerdekaan di sini.
Ketika ditanya mengenai masalah yang sering dihadapi Anwar dan menyebabkan peralihan kuasa yang dirancang sering kali tertangguh beberapa kali, Menteri
Besar Kelantan itu menjelaskan sesuatu perubahan yang baik apabila ingin dilaksanakan pastinya perlu melalui pelbagai masalah tetapi Anwar perlu tahu Pas
sentiasa menyokong tindakannya itu.
“Rasulullah s.a.w sendiri menghadapi masalah apabila perlu menunggu selama 13 tahun untuk mengambil alih kerajaan yang ketika itu dikuasai Yahudi, tetapi
baginda tidak pernah berputus asa untuk menyelamatkan umat Islam ketika itu.
“Bukan senang ambil alih pemerintahan sedia ada, tetapi perlu persediaan lengkap dan bersusah payah mencapai matlamat yang diingini. Tiada kerja mudah...jika
nak senang campur susah rasuahlah,†katanya.
Tetapi Nik Aziz Terlupa :
Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pernah berkata dalam satu majlis ceramah Umno di Terengganu dalam tahun 1986 bahawa :
" Pemimpin-pemimpin PAS jangan lagi bermimpi pada siang hari untuk memerintah negara ini jika mereka tidak mempunyai kemampuan. Kalau anda tidak mempunyai
rancangan untuk pembangunan rakyat, tiada mempunyai kemampuan, pengalaman dan tiada ketokohan, usahlah berangan-angan kosong.
Apakah rancangan pembangunan yang pernah dikemukakan oleh PAS untuk kebaikan rakyat ketika parti itu menjadi anggota komponen Barisan Nasional dulu? Sejak
dulu hingga sekarang, PAS hanya mampu membuat janji untuk menegakkan itu dan ini dalam ceramahnya, tetapi apabila habis ceramah mereka akan balik tidur
dan kemudian berceramah dan membuat janji lagi pada malam-malam berikutnya. Itu saja."
Jelas ucapan ini menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim seorang yang berdolak-dalik dan tiada pendirian. Masa itu dia kutuk PAS habis-habisan. Sebelum ini, melalui
Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin sendiri oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail, beliau memuji muja PAS tiada tolok bandingnya. Lebih dari itu,
bersekongkol pula dengan parti ekstremis Cina, DAP.
Dulu kutuk PAS sebagai parti yang hanya tahu buat ceramah, tabur janji dan tidur. Sekarang apa dah jadi. Parti perjuangannya pula ikut jejak langkah PAS.
Begitulah halnya orang yang asyik bermain dengan lumpur, akhirnya tempelak ke muka sendiri. Soalnya apakah orang macam ini yang hendak dimertabatkan sebagai
pemimpin. Mulut manis lidah berkait. Jawapnya tidak sekali-kali.
Komen :
Inilah akibatnya apabila menyalahgunakan ugama untuk kepentingan politik? Sebagai seorang Islam rasa nak kecewa pun ada dengan fatwa terbaru Nik Aziz ini
yang semakin menyongsang. Apakah Nik Aziz tidak memikirkan yang tindakan Anwar ini bahaya dan akan memecah belahkan masyarakat Malaysia. Apa kah penipuan
Anwar itu boleh disama kan dengan sunnah Rasullullah s.a.w ? Tidakkah Nik Aziz merasakan yang tindakannya menyokong Anwar ini sebenarnya bersubahat, dalam
ertikata lain bersubahat menipu rakyat?
Nampak nya begitu mudah Nik Aziz persendakan junjugan kita hanya semata-mata untuk membenarkan penipuan Anwar itu!! Kepada yang masih memuja Nik Aziz,
maka renung kan lah fatwa baru Nik Aziz itu..apakah ia selaras dengan ajaran Islam? Ya Allah, bukakan lah hati mereka agar kembali kejalan yang benar.
Kemudian, dipetik dari artikel yang terbaru dari Utusan 17 September 2008 yang bertajuk : LOMPAT PARTI TAK SALAH - NIK AZIZ;KOTA BHARU . -
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim
untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti.
Katanya, apa yang dilakukan Anwar adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.
"Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu.
"Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-18
Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim, di sini.Beliau ditanya berhubung dengan kegagalan Anwar menubuhkan kerajaan baru pada hari ini sebagaimana yang diuar-uarkan.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tarikh perubahan kuasa itu tidak penting kerana lebih penting adalah merealisasikan hasrat pembangkang
bila sampai masanya. Beliau yakin, biar apa yang diharapkan oleh Anwar belum menjadi kenyataan hari ini, namun ia bukan satu angan-angan Mat Jenin seperti
yang dikatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Akhir-akhir ini, percanggahan pendapat diantara Nik Abdul Aziz dan Mustafa Ali semakin memuncak berikutan sebuah artikel hasil tulisan Tok Guru Nik Abdul
Aziz yang bertajuk RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA telah diarahkan diarah ditarik siarannya dari Harakah.
Kemelut Pemimpin tertinggi PAS ini sebenarnya berpunca dari unsur-unsur gila kuasa Anwar Ibrahim yang menyemai benih-benih kebencian terhadap penyatuan
PAS-UMNO. Perihal ini juga telah menyebabkan terjadinya dua kumpulan di dalam PAS iaitu terdiri dari team Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat & Husam Musa dan
team Datuk Seri Abdul Hadi Awang & Datuk Mustafa Ali.
Taminsari
Post a Comment