Kebelakangan ini kita lihat di dada media cetak dan media eletronik ramai pemimpin-pemimpin yang muncul kehadapan. Ini sebagai pertanda ketara bermulanya kempen pemilihan UMNO. Kebanyakan mereka ini kehadapan untuk menjadi hero UMNO dan ada yang berani dan menjadi begitu lantang mengkritik UMNO. Ramai yang seolah-olah mahu membuktikan kepada perwakilan UMNO bahawa hanya mereka yang boleh merubah UMNO jika mereka dipilih. Mereka ini tanpa segan silu mengaku pula merekalah yang terhebat, terjujur dan terikhlas memperjuangkan UMNO wahal sebahagian hanyalah pemimpin yang tahap sederhana atau bahassa inggeris mediocre level.
Ada yang tergamak mengatakan bahawa pemimpin yang ada didalam UMNO sekarang tidak baik, kurang kompeten, tiada integriti dan perlu di tukar tapi yang mengelikan hati mereka pula mengaku hanya mereka sahaja yang bersih cekap dan amanah .
Amat hebat juga pemimpin-pemimpin yang gemar masuk bakul dan angkat sendiri ini. Yang sebenarnya UMNO tidak perlulah dirombak secara total. UMNO hanya perlu memuhasabahkan parti ini dari penyakit dalamannya. Penyakit yang dimadsukan itu ialah sikap sesetengah kepimpinan UMNO yang terlalu berangan-angan tinggi didalam ketidaksabaran mengejar cita-cita politik masing-masing. Mereka ini seoalah-olah sengaja enggan berkompromi bagi menamatkan isu-isu perebutan kuasa dan kepimpinan yang tidak pernah selesai dan tidak pernah sejuk.
Masalah kritikal UMNO sekarang adalah ujudnya dua kelompok kepimpinan dalam UMNO. Satu yang sedang menyandang jawatan dan satu lagi yang tergila-gila mahu merebutkan jawatan. Yang menyandang jawatan tetap mahu mengekalkan jawatan kerana menganggap mereka mampu untuk meneruskan kepimpinan. Puak yang merebut jawatan pula cuba melakukan berbagai cara tanpa pula memikirkan keburukan dan risikonya terhadap parti. Mereka ini hanya puak yang mementingkan diri sendiri dan berusaha menyingkir yang sedang menyandang jawatan.
Kadang-kadang jika dilihat perlakuan yang mahu menyingkirkan mereka yang sedang menyandang jawatan menjadi lebih busuk dari pembangkang. Ada kalanya mereka tergamak dan sanggup melakukan apa saja kononnya merekalah yang terbaik. Inilah akibat dan gara-gara berlakunya tsunami politik dimana kita telah tewas dibeberapa negeri. Akibat dari kekalahan ini, pemimpin peringkat rendahan ini sudah mula menyalahkan pemimpin yang ada kerana telah mengigaukan diri mereka sendirilah yang terlebih layak untuk mengambil alih kepimpinan dan tanggungjawab.
Tapi yang mengelikan hati mereka ini seakan lupa bahawa mereka jugalah antara faktor penyumbang kepada kekalahan UMNO. Tapi yang paling menyedihkan hati iaitu yang paling jelik ada dikalangan mereka ini mahu sesangat melihat luka UMNO menjadi bertambah parah. Ya, mereka seolah-olah berkata, biarkan semakin parah asalkan keparahan tersebut dapat dihalakan kesalahannya kepada kepimpinan yang sedia ada. Kekalahan UMNO bukanlah disebabkan semata-mata kelemahan kepimpinan yang sedia ada tetapi kerana sifat beberapa kerat kepimpinan yang rosak serta tidak bertanggungjawab dengan sikap yang paling hodoh iaitu terlalu gilakan kuasa. Meraka ini terlalu hanyut dalam cita-cita sehingga terlalu terasakan diri merekalah yang layak memimpin UMNO.
Mereka ini yang sanggup dan menikam kepimpian UMNO yang sedia ada bagi menempatkan diri mereka di jawatan yang mereka mahukan dan sanggup mengusir kepimpinan yang sedia ada sekarang kerana mahukan kerusi yang akan dikosongkan. Jadi mereka inilah.yang patut kita tentang kerana menjadi duri dalam daging yang sentiasa terus menerus menyakiti UMNO. Duri ini jika berada lama dalam daging, akan menjadi nanah yang beracun. Jika duri ini terus menguasai UMNO maka kita akan mendapat pemimpin nanah beracun didalam UMNO.
Tidak semua pemimpin yang ada dalam UMNO sekarang tidak baik, jika semuanya tidak baik, kita tidak mungkin dapat mempertahankan kerajaan sekarang. Kalah dan menang dalam pilihan raya adalah adat demokrasi, jika semua diantara kita menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka dan melihat kembali di mana kesilapan kita dan sama-sama memperbaiki kelemahan kita, mungkin kekalahan ini akan menjadi hikmah.
Pembangkang selalu tewas dan adakala tewas teruk dalam setiap pilihan raya, mereka tidak mengambil jalan mudah menyingkirkan pemimpin mereka malahan mereka sama-sama berganding dengan pemimpin mereka untuk memperbaiki kelemahan mereka dan menyelesaikan krisis dalaman mereka sepantas yang boleh. Sikap dan budaya menghormati pemimpin dalam pembangkang amat menebal sekali kerana mereka tidak pernah bercita-cita untuk merebut kerusi tertinggi dalam parti mereka.
Sikap rendah diri mereka membuat mereka merasakan bahawa mereka tidak layak untuk menggantikan kepimpinan tertinggi yang ada. Kita tidak pernah dengar ada pemimpin PAS yang mahu merebut kerusi Hj Hadi mahupun Nik Aziz. Kita juga tidak pernah dengar ada pemimpin DAP yang mahukan kerusi Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng, cuma kita pernah dengar ada yang bercita-cita mahukan kerusi Wan Azizah kerana mereka dalam PKR pernah berbudayakan UMNO.
Yang lebih teruk, ada yang kita ketahui prestasi mereka tidak sampai ke tahap yang layak memimpin juga berani untuk mencabar kepimpina yang ada dan ramai yang tidak menyuluh diri sendiri dan tidak mahu melihat ke cermin akan kebolehan diri untuk menjadi pemimpin masih mahu menjadi pemimpin tertinggi dalam UMNO. Ada juga yang mencari jalan yang singkat untuk terus naik dan tidak mahu menghormati haraki organasasi sayap-sayap tertentu, mereka memotong Q tanpa ada perasaan malu dan hormat kepada yang sudah lama menunggu untuk naik, ada yang mahu menafikan hak mereka yang sepatutnya dan mahu merebut hak yang sepatutnya diterima oleh orang lain.
Inilah sifat tamak dan haloba, keegoan dan tinggi diri yang menajdi nanah dalam UMNO sekarang. Ini sebenarnya hak ahli UMNO untuk membersihkan segala yang berbau longkang di dalam UMNO sekarang.
Tertarik dengan keyatan Mukhriz di akhbar utusan beberapa hari lalu, bagi penulis ini hanyalah keyataan kosong yang ritorik dilakukan oleh Mukhriz dalam siri kempen sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan tidak lebih dari itu. UMNO perlu dirombak secara besar-besaran, perkataan romabak berbunyi amat besar sekali, rombakan yang bagaimana ? yang meyeluruh siapa yang perlu disingkir dan siapa yang perlu naik menggantikan yang disingkir? Apakah Mukhriz pasti beliau adalah sebahagian dari mereka yang perlu mengantikan kepimpinan yang ada. Apakah Mukhriz merasakan beliau sememangnya bersih cekap dan amanah. Apakah kumpulan pendesak (kita tahu siapa) perlu mengantikan semua pemimpin yang ada sekarang ? Apakah semua pemimpin dalam UMNO Mukhriz katakan rasuah dan tidak layak memimpin lagi ?
Seharusnya Mukhriz spesifik dalam keyataan beliau. Keyataan beliau membuat UMNO kelihatan buruk, sepertimana ayahnya yang sentiasa memburukkan UMNO sekarang kerana dendam kesumat kepada Perdana Menteri. UMNO bertambah parah kerana kumpulan Mukhriz tidak langsung mahu kompromi dengan kepimpinan yang sedia ada, langsung tidak mahu memberikan peluang dan membuka meja perbincanagan dengan kepimpinan yang masih ada. Fokus mereka jelas, kami mahukan semua jawatan ini untuk kumpulan kami, kepimpinan sekarang perlu disingkir. Adalah menjadi satu kerugian apabila ayahnya tidak menyokong dua pilihan raya kecil baru- baru ini dan kumpulan mereka juga mengharapkan kekalahan UMNO untuk menekan kepimpinan yang ada bagi membuktikan kepada perwakilan bahawa kepimpinan yang ada sekarang gagal dan perlu disingkir.
Cara yang mereka lakukan ini tidak sihat dan menambahkan masalaah dalam UMNO. Apakah jika kumpulan mereka diberikan peluang untuk memimpin UMNO, maka UMNO akan popular kembali. Apakah mereka ini sebenarnya ada penawar untuk menyelamatkan UMNO,jika mereka ada penawar untuk UMNO, mengapa tunggu setelah menjawat jawatan baru mahu diberikan oenawar kepada UMNO ataupun mereka sendiri tidak tahu apakah penawar untuk UMNO.
Mungkin mereka lupa merekalah yang menjadi racun membunuh UMNO perlahan-lahan ketika ini. Jelas dan terang, kita tanya kepada Mukhriz apa yang beliau mahukan sekarang ? Apa yang kumpulan mereka mahukan sekarang? jika tidak kuasa…….
Bermufakat adalah jalan sebenarnya untuk menyelamatkan UMNO bukan rombakan, pepatah melayu ada berkata, bersatu kita teguh bercerai kita roboh, rombakan akan berlaku penceraian yang besar, rombakan akan mengoyahkan struktur UMNO kerana segala tiang seri dan segala kekuatan UMNO di rombakan kembali dan digantikan dengan baru dan kita tidak pasti lagi akan kekuatan tiang seri yang baru. Mungkin lebih rapuh dari yang ada sekarang, mufakat adalah formula sebenar yang akan menyatukan UMNO untuk menjadi lebih kukuh.
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
4 Comments:
Bagus encik artikal ni.
Salam,
Ini cerita Suami Isteri bertengkar ...si Isteri beritahu keburukan suami dengan Isteri Jiran-jiranya..dan suami pula beritahu keburukan isterinya kepada kawan - kawan pejabat.Masing-masing nak cari penyokong untuk membenarkan kesalahan mereka.Yang salah kedua-dua pihak itu natijah sebenarnya..sepatut kedua suami isteri duduk semeja dan perlu mohon maaf sesama mereka.Yang si suami pula jangan tunjuk ego tak mahu minta maaf walau pun si isterinya minta maaf;Supaya rumah tangga bahagia dan anak-anak tumpang gembira.Fikirlah pemimpin-pemimpin UMNO!.Wassalam.
MUAFAKAT KITA SESAMA UMAT!!!
KHUSUSNYA KITA BANGSA MELAYU DALAM MEMPERTAHANKAN HAK KITA DI TANAH MELAYU INI.
SEDARLAH INI TANAH MELAYU BUKAN TANAH BESAR CHINA DAN INDIA!!!
salam abg Tuah..
Artikel yg menarik.. Masalah yang membelengu UMNO ini pada asasnya adalah kerana sikap pemimpin itu sendiri yang tidak mahu mengalah dalam merebut sesuatu jawatan yang penting.. bagi mereka, mereka perlu mengisi jawatan tersebut agar dapat menjadi terkenal serta nama mereka menjadi topik hangat di dalam akhbar2 serta media elektronik tanpa memikirkan tugas yang bakal dihadapi terutamanya tugas untuk memulihkan UMNO yang kian "tenat" ini.. seperti kata2 abg Tuah, kenyataan Datuk Mukriz telah membuktikan bahawa degilnya sikap2 peribadinya serta segelintir pemimpin UMNO untuk merebut jawatan penting dalam UMNO.. saya harap bulan MAC ini tidak ada insiden-insiden yang memalukan akan berlaku dikalangan pemimpin UMNO yang sememangnya "gila kuasa" ini..
Post a Comment