Spesis pencen macam manjung mali memang tak ada akal dan gagal menyesuaikan diri dalam masyarakat umum. Mungkin Mamat ni tak hadir kusus penyesuaian di sungai buluh agaknya. Ini bukan salahnya kadangkala mamak sedih dengan soljar-soljar pencen yang seperti Manjung mali.Yes Sir dan baik Tuan dah lumrah dalam Jiwanya. Mungkin dia ini jenis pii dengar ceramah PAS di surau yang digunakan brainwash ahli..Mamak juga termasuk dalam golongan soljar pencen tapi bezanya selepas tamat perkhidmatan Mamak pii cari makan dan menimba Ilmu di luar negara termasuk negara britain semasa soljar mamak menerima pendidikan ketenteraan dari negara britain. Mamak rasa mamak lebih berhak memberi jawapan kepada manjungmali dari yang lain kerana mungkin satu skot "soldiers of fortune"!!!.
Manjung mali tentang buku yang ditulis oleh penulis yang disebutkan tadi adalah berlatar belakangkan oleh negara Mesir yang menghadapi tekanan RadikalIslam terutamanya dari golongan "Jamiat al - Ikhwan al - Muslimeen yang di tubuhkan pada 1928 di Ismailiya,Mesir oleh Syeikh Hassan al - Banna.Perjuangan Beliau adalah menentang sekelurisma dan kembali kepada Islam fundemental.
Pergerakan ini juga telah bergerak di Palestin oleh adik Hassan al-Banna - Abdel Rahman al banna. Oleh kerana kerajaan imprelisma penjajah Britain mengamalkan dasar sekulirisma maka pasti ada penentangan dari Penjajah. Perkara ini tidak boleh elakan. Tetapi Islam di Nusantara Melayu tidak pernah mengunjurkan radikalism atau pun kegaganasan. Kenapa? Proses peralihan Islamasi di Nusantara berlaku dengan masyarakat yang telah mengalami proses peradapan dunia yang terbesar ia itu Agama Hindu dan juga Agama Budha. Kedua-dua agama kuno ini telah membentukan masyarakat pada masa itu ideal dalam sosial kebudayan dan politik.
Ciri-ciri kehebatan ini tidak terdapat pada kebanyakan negara timur tengah sebelum memeluk Islam. Tetapi Kebudayaan melayu di Nusantara Melayu yang telah ditapis berperingkat-peringkat mewujudkan satu sistem masyarakat yang begitu unik dan tinggi akhlaknya dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain didunia ini.
Kita perhatikan kebudayaan Melayu yang begitu unik yang mempunyai ciri-ciri falsafah murni kebudayaan India,China,Arab,dan akhir sekali Barat. Apabila Bangsa Melayu akhirnya menerima Islam sebagai agama mereka maka jadi kesempurnaan sosio-budaya Bangsa melayu ini.
Ini berbedza dengan Bangsa arab atau pun lain-lain yang beragama Islam. Contohnya Kebudayaan Cina Islam di negara Cina lihat kebudayaan mereka cuma beridentitikan Islam Cina..di India kebudayaan hanya beridentitikan kebudayaan Islam India cuma beridentitikan India yang masih memakai sari dan dooty. Tetapi di Nusantara Melayu lihatlah ketinggian akhlak kebudayaan ini.
Dengan inilah rakyat dari India atau china ataupun orang barat yang berkahwin dengan wanita Nusantara Melayu lebih senang dengan kebudaayan Melayu dari kebudayaan arab sendiri.Islam adalah agama addin dan untuk seluruh manusia ia tidak diciptakan untuk kaum arab saja. Pokok pangkal Kefahaman Islam adalah Kesejateraan untuk Manusia.Allah turunkan nabi dari golongan Arab adalah memberi pelajaran secukup untuk kaum itu dan juga umat manusia.
Orang Arab ini degil orangnya bukan macam orang Melayu dengar kata dan nasihat.Kemuliaan seorang Insan adalah pada Imanya bukan pada pakaian atau pun bangsanya atau kebudayaannya. Sekiranya sistem yang diamalkan oleh kerajaan pemerintah memberi kesejateraan untuk rakyatnya dari kalangan islam atau pun kafir apalah salahnya dengan sistem yang ada sekarang?.
Cuma yang halal itu jangan diharamkan, yang haram pulak jangan dihalalkan.Sekiranya negara ini kucar kacir dengan sistem pemerintahan yang di syorkan oleh parti Islam yang lebih Islamik itu dijadikan sandaran dan negara menjadi kucar kacir seperti di Pakistan,Afganistan atau pun Negara-negara islam di Afrika adakah nilai-nilai Islam itu menjamin kesejateraan Ummahnya?.Cuba Fikirkan!.
Didunia ini selepas 1400 tahun tidak ada kerajaan islam yang sebenarnya. Kita perlu akui ini. Berbagai-bagai jenis negara islam terdapat didunia ini. Ada yang Liberal demokratik,ada yang pemerintahan authokrasi,ada yang republik,ada yang negara fuedal (beraja)dan ada juga jenis campur adukan aliran barat (Turki)ada yang penyokong wahabism atau pun salafism.
Jadi satu pun jenis pemerintahan Islam yang sebenar-benarnya. Ikut baca dengan pengalaman memerintah dua faktur yang berlainan. Pemimpin PAS cuma boleh buat andaian tetapi belum lagi di medan yang sebenar. Apakah pengalaman memerintah negara Pas boleh dibanggakan..ambil sajalah contoh kerajaan Negeri Kelantan. Kenapa negeri ini jadi begini?. Niscaya kamu di PAS kata apa kurangnya?. Kurangnya banyak sekira kita nak PAS memerintah kita kena adakan sample atau model pemerintahan.
Apabila model atau blue print tatacara pemerintahan Islam ada depan mata ramai yang Islam dan bukan Islam tentu akan ikut pada pemerintahan Islam ala Pas!. Di sini kita sebutkan pemerintahan Islam Pas bukan Islam!. Kamu mesti faham UMNO bukan menolak cadangan negara islam tetapi mohon masa. Sebagai parti hegamoni UMNO ada tanggung jawab pada sekian rakyat yang Islam dan bukan Islam. Bukan seperti Pas hanya sebuah parti pembangkang dan kenegerian mereka boleh usulkan apa saja.
Kita tidak boleh kejutkan rakyat dengan slongan "negara Islam"...sebagai parti pemerintah UMNO mempunyai tanggung jawab pada rakyat Islam dan bukan Islam yang terutamanya mengikut perlembagaan negara iaitu undang-undang negara tubuh negara. Kita dalam penjajahan tiada kuasa menentukan apa jua syarat-syarat kecuali kita menerima kembali dengan darah pejuang. Apakah parti PAS yang bersuara besar sekarang sunyi dan senyap pada penjajah apabila parti ini diharamkan oleh British dan berkoyon ahli parti Pas menjadi ahli parti UMNO.
Dan selepas merdeka keluar semula masuk semula. Mana perginya jiwa juang pada masa itu kecut..agaknya dengan British. Kerajaan UMNO yang PAS tuduh bermacam-macam inilah bersikap amat toleransi terhadap parti Pas..yang kebanyakan berpelajaran dari Timur Tengah yang meresapi ajaran Hassan Al-Banna. Apakah kerajaan mesir bertoleransi macam UMNO yang dikutuk oleh kaum Pas. Bukankah kebanyakan pemimpin jamiyat al-ikhwan al- Muslimin ditangkap atau pun dibunuh oleh kerajaan Islam Mesir?. Atau pun resapnya dalam pas ideologi Khomeinism atau waliyat al-faqih?.
Banci polirasi agama di semenanjung malaysia
Islam 1980 - 52.9%2000 - 60.4%
Bandingkan polirasi agama di mesir
Islam 2000 - 98.2%
Maka fahamilah natijahnya negara Islam yang disyorkan oleh parti Pas.
Islam adalah agama rasmi lebih dari 24 negara dunia dan kebanyakan negara-negara ini mengakui negara Islam. Penduduknya lebih 90% penduduk beragama islam ialah Saudi Arabia, Egypt, Iraq, Iran, Pakistan, Bangladesh,Turki dan Indonesia. Adakah pemerintahan negara-negara itu lebih baik dari negara Kita. Cuba terangkan. Kerajaan BN yang berteraskan UMNO telah membawa dan mengembangkan syiar Islam:
1980 - Pusat Islam ditubuhkan.
1982 - Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pemerintahan.
1983 - Universiti Antara bangsa islam.
1984 - Bank Islam.1985 - Insurance islam.
1985 - Insititute kajian Dasar.
TDM - Penerapan Nilai-nilai Islam.
DSAI - Islam Madani
AAB - Islam Hadari
(dalam muktamar May 2002 Allahyarham Ust.Fadzil ingin mempertengahkan Islam Madani dan Islam Hadari dalam memorandum pemerintahan Islam dalam abad ke-21,tetapi beliau belum sempat melaksanakannya..tetapi apabila Pak lah laksanakan Islam Hadari ia menjadi bahan ketawa bagi Pemimpin Pas terutama Naib Presiden semasa Allahyarham Ust. Fazil..TG Hadi...beginilah perangai pemimpin PAS apabila sahaja UMNO melaksanakan apa saja permintaan Pas mereka akan tukar selera dengan slongan baru...Hukum Hudud...apabila UMNO laksanakan Hukum Hudud apa pulak slongan baru Pas...sebenarnya pemimpin PAS hanya bertopengkan Islam untuk ketagih kekuasaan...ingin berkuasa bukan ingin berjuang untuk agama...)
Wassalam…
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
4 Comments:
Salam:-..
Masa 13 Mei dulu siapa yang mengawal meronda Kg,. Baru dulu. bukankah orang-orang UMNO. Orang-orang PAS duduk bersembunyi di rumah tok gurunya yang lantang berceramah di kg. baru tapi kecut bila orang bukan Islam cabar Melayu.
Dasar PAS :yang haram jadi halal kalau ia dapat sama...
PAS memang macAM tu , cakap je berapi api, asap pun takde!!
ape cer beb!
walau apa pun yg manjungmari dok bising
dia tetap nunggu duit pencennya dari kerajaan pusat sampaila dia tumpor teman cabar dia kalau berani janganla guna duit pencen tuuu
betui tak ipin betuiibetuiibetuiiiii
abang tuah memang seorang yang low IQ.
Post a Comment