Jumaat, 9 Januari 2009

ANUAR SEMAKIN DIBIDAS DI BLOGNYA

Berikut adalah salah satu komen tersebut;

semutmerah Reply:January 7th, 2009 at 11:00 pm

ANWAR SUDAH TIDAK RELEVAN

Oleh : Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri

1. Beberapa jam sebelum 13 Mei 1969, orang-orang Melayu yang prihatin di Kg. Baru memenuhi rumah Datuk Harun Idris, berkumpul untuk bersatu hati, menghadapi ancaman DAP yang mahu meMalaysiankan Malaysia.Di Johor Bahru, pasukan Selendang Merah sudah bersedia ke Kuala Lumpur untuk jihad mempertahankan agama Islam dan tanah air daripada kerakusan DAP yang ketika itu didalangi oleh PAP. Perarakan demi Perarakan yang dibuat oleh DAP di segenap jalan di Kuala Lumpur menidakkan Ketuanan Melayu ketika itu, bandar Kuala Lumpur ketika Perarakan DAP itu sudah umpama bandar Hong Kong dan Singapura. Penamatnya, dengan berkat perpaduan bangsa Melayu yang kemudiannya menyatukan pula Tun Razak dengan Datuk Asri, maka terselamatlah bangsa Melayu & umat Islam daripada tersingkir, dihina dan diusir daripada tanah airnya sendiri.

2. Ketika itu di mana Anwar? Anwar sibuk membuat demonstrasi membantah Papan Tanda dan Iklan di Kuala Lumpur yang dipenuhi oleh tulisan Cina & bahasa Inggeris. Hari ini kenapa Anwar tidak membantah isu Tulisan Jawi, Bahasa Melayu yang dipermain-mainkan oleh Teresa Kok dan DAP?

3. Anwar juga sibuk membuat memorandum bantahan kerana Pencerobohan Russia ke atas Afghanistan. Hari ini Amerika menceroboh Iraq, Israel menceroboh Palestin dan Lubnan, Amerika nak serang Syria dan Iran…mana Memorandum bantahan daripada Anwar Ibrahim? Sanggupkah Anwar membuat Demostrasi menentang Keganasan & Pencerobohan Amerika di Iraq, Israel di Palestin dan Lubnan? Yang mana pilihan Anwar, menyakiti hati rakan-rakan Amerikanya atau menyakiti hati umat Islam di Iraq,Iran, Syria, Lubnan dan Palestin. Dan…Kenapa Anwar Ibrahim hadir dalam Perjanjian Mienapollis tentang penjajahan di Iraq dan Timur Tengah oleh Amerika? Apakah nak tunjuk sokongannya kepada Yahudi Amerika terhadap dasar-dasar Yahudi Amerika di Timur Tengah? Bacalah buku ” Mereka Berani Bersuara” oleh seorang mantan ahli Republikan Amerika tentang peranan Yahudi Amerika ( American Jewish ) di seantero benua, termasuklah J. Biden yang menyokong Anwar baru-baru ini.

4. Tatkala Haji Hadi Awang dan Nik Aziz ( Kepimpinan Ulama ) Menentang Forum Memeluk Islam, kenapa Anwar memilih jalan SongSang menyokong Forum itu? Adakah Irene Fernandez yang pernah menjemput Anwar dalam satu Forum IFC ( agama semua sama rata )telah mengikat suara Anwar daripada mempertahankan kesucian agama Islam. Apa perasaan anda jika dalam forum itu ahli forum bertanya kepada ahli panel benda-benda yang sensitif terhadap hukum hakam, halal haram , dosa pahala,dan sebagainya. Siapa lebih berkredibeliti soal agama Islam, kenyataan Anwar atau Kenyataan Hj Hadi/Nik Aziz? Anwar ulamakah?

5. Anwar tahun 1970 dengan Anwar tahun 1980 amat jauh berbeza, jika Muzakarah UMNOPAS 1986 Allahyarham Hj Fadhil Nor mengatakan Anwar penyebab utama Menggagalkan Muzakarah itu? Muzakarah UMNOPAS 2008 tatakala Hj Hadi sudah bersetuju dan Kepimpinan Ulama PAS dah bersetuju, orang kuat Anwar dalam PAS Kamarudin Jaafar dan Husam menentang keras. Dan amat memalukan Ketua Penerangan PAS memohon ampun dan maaf, tidak pernah dalam sejarah PAS! Betapa cacamerbanya PAS sekarang.

6. Anwar tahun 1990 dengan Anwar tahun 2008 sangat jauh berbeza, malah Anwar tahun 1970 dengan Anwar tahun 2008 sangat jauh berbeza, sudah tiada Roh Islam ( tak kisah menyokong Forum Memeluk Islam ) walaupun Haji Hadi/Nik Aziz dan majoriti orang Islam membantah, sudah tiada Roh Melayu ( DEB hapuskan dan tukar kepada AEM ). Anwar yang ada hari ini sangat kaya raya, sangat berbeza dengan zaman demonstrasi kemiskinan Baling dahulu. Apakah kita nak gadaikan seluruh kepentingan bangsa dan agama kita untuk menjayakan cita-cita orang yang kaya raya nak jadi PM?

7. Kesimpulannya, mari kita pandang 20 tahun akan datang. Dengan keadaan dan tekanan dari dalam dan luar, bangsa Melayu dan umat Islam semakin tersepit di tanah air ini. Anwar sudah 60 tahun, Anwar sudah tidak Relevan lagi. Mari kita cari Pemimpin baru yang lebih Relevan untuk memimpin negara ini. Pemimpin yang boleh mengembalikan rasa hormat-menghormati antara kaum ( Cina/India/Melayu ) tanpa merampas hak-hak masing-masing.

Sila lihat di;

http://anwaribrahimblog.com/2009/01/06/rundingan-khas-isu-ghazza/#comments.

7 Comments:

gotahlantun said...

Salam bg.Tuah..

DSAI.........Adalah talam lima belas muka...
abuk pun tarak.... buat semak je...!!!!

Tai said...

Ha encik, semalam kat tv, punyalah bersemangat orang tua ni sokong sidang parlimen khas tentang kekejaman Israel bangsat. Jadi, apa pendapat hampa tentang dia ni?

Tanpa Nama said...

Sedingin Salju, dia ni boleh menjadi sesumpah, patut buat satu filem animasi ANUAR SESUMPAHMAN

Tuah

torashah said...

Salam Abg Tuah...

Adakah kita sedia boikot 'politik Yahudi' atas alasan Malaysia Baru? Iaitu pemimpinnya ialah Anwar Ibrahim? Kenapa Anwar seolah-olah tidak mempunyai kemaluan bila melihat rakyat Palestin ditindas dan dibunuh oleh askar Israel berbanding memperjuangkan nasib kaum HINDRAF kononnya ditindas oleh orang Melayu?

Kalau begitu kita juga perlu boikot parti yang bersahabat dengan Yahudi di Malaysia, iaitu PKR dan sahabat mujahid mereka seperti PAS dan DAP!!! Biar rakyat Terengganu mengajar barua-barua yahudi yang bertapak di Malaysia tetapi bertopengkan Melayu, Cina atau India.

Salam perjuangan

Tanpa Nama said...

Anwar dakwa btn sebar dakyah,nih satu taktik dia mengalihkan perhatian..buka mata buka hati..

mir p.j
aidc fans

Tanpa Nama said...

Salam,

Gotah, talam muka itu kita patut baling ngan gotah je.. Biar melantun kat mukanya..

mir p.j, Apa sahaja bukti pasal perilaku serong Anwar, dia mesti kata itu fitnah, konspirasi, tuduhan liar dan sebagainya. Dia memang pakar dalam mengalihkan pandangan rakyat supaya terus menyokongnya... itulah kelebihan seorang kaki temberang!

Tai said...

Tapi encik, dia pandai gunakan emosi rakyat. Oi, mejoriti besar orang buta sokong dia tau? orang buta kata BN rasuah. Tapi, bila bantuan sampai, merekalah yang pertama pi tagih encik.

Apai Ngelai telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
ANUAR SEMAKIN DIBIDAS DI BLOGNYA":

Salam,

Gotah, talam muka itu kita patut baling ngan gotah je.. Biar melantun kat mukanya..

mir p.j, Apa sahaja bukti pasal perilaku serong Anwar, dia mesti kata itu fitnah, konspirasi, tuduhan liar dan sebagainya. Dia memang pakar dalam mengalihkan
pandangan rakyat supaya terus menyokongnya... itulah kelebihan seorang kaki temberang!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online