Sabtu, 10 Januari 2009

"ANTARA KESEDARAN DAN KEINSAFAN, NASIB TIDAK SEBANGSA SEAGAMA SEKIBLAT"

Pilu dan menyayu kan hati apabila ditatap dan dimamah mata teman oleh foto2 paparan abangtuah, apai di kaca2 TV dan akhbar perdana, sekutuk-kutuk nya bangsa yahudi Israel wajib kita lontar dan campakkan kepada mereka, bangsa Anglo saxon yang angkuh, bongkak dan tamak, sekeji2nya manusia dimukabumi ini tiada madah yg buruk untuk dilabelka Maka memang wajib kita menentang Israel dan sekutu baiknya US.

Terfikir teman adakah ulangan berkali2 episod di Palestin ini maka manusia Islam sejagat hanya memerhati penuh kesedihan, tanpa berkemapuan untuk membantu hanya cukup sekadar doa dan solat hajat saja yang termampu dik kita mengiringi untuk dijadikan perisai maya rakyat Palestin DAN adakah manusia Islam sejagat mengambil ikhtibar, mengambil keinsafan, mengambil kesedaran bahawa manusia Islam sejagat mahu tak mahu perlu paksaan berubah diri, perlu menghiaskan diri dengan ilmu, dengan kebijaksanaan, dengan kepakaran, dengan kekuatan ekonomi, dengan kekuatan kewangan, dengan kekuatan perpaduan dengan kekuatan pemikiran bagi melawan dan menentang, mengajar bangsa laknat Israel dari membuli kita.

Kenapa kita dibuli, kenapa kita di hina, kenapa kita di jentik - jentik dan di herdik - herdik, berani sungguh Israel didalam tengah2 kurungan negara Islam, di tengah2 kerumuni jutaan umat Islam sekiblat Israel mampu membuka baju menunjuk dada, mendabik dada, mendogak bongkak, apa kah rahsia keberanian Israel ini, cukup kah hanya mempunyai sekutu baik US, adakah itu cukup untuk mereka bersedia mempersendakan umat Islam di tengah2 jutaan manusia Islam, mungkin tidak, tidak cukup itu saja pengantungan kekuatan yg membuat mereka berani, adakah rahsia lain yg perlu kita belajar dari mereka, mungkin kerana ilmu yang mereka ada, kepakaran yang mereka ada, kebijaksaan yang mereka ada, kekayaan yg mereka ada, kekuatan ekonomi yang mereka ada, perpaduan yang mereka ada, kecerdikan yang mereka ada mungkin itu lah rahsianya.

Tidak kah kita hendak belajar dari rahsia kejayaan Israel ini, apa kah salah untuk kita belajar rahsia musuh Islam ini, bibit-bibit kesedaran rakyat Palestin telah ada, melalui PLO yang menyedari hakikat ini cuba mengorak langkah mengambil jalan lembah lembut dan berhemah dengan memngikat perjanjian dengan zionist dengan berbagai2 syarat diikuti, sedikit kejayaannya mula nampak di mata, keamanan bukan hanya dimimpi tetapi nyata di depan mata, berjayakah PLO, YA berjaya hanya tersekat dengan tindakan golongan eksrimist Islam sekiblat seperti puak Hamas mengagalkan kenyataan Palestin, akibat sikap tidak berpadu, tidak tahu apa itu perpaduan golongan ekstrimist Hamas mengolok - olok kan usaha PLO, Israel selaku gergasi yang sedang tidur diusik dari tidurnya, roket buatan di dapur rumah oleh eksrimis Hamas di hala kan ke pertempatan rakyat Israel bukan sekali dua, bukan sehari dua malah berratus ratus kali, malah bertahun2 mainan roket buatan sendiri di hala - hala kan umpama kelakuan budak nakal bermain mercun lakunya, akhirnya nyenyak tidur si Gergasi terusik dan terjaga dari tidurnya, bagi memberi pengajaran dan mungkin juga bagi menjaga keselamatan rakyat nya dengan sikap sememang nya angkuh dan bongkak yang diketahui umum maka bangsa laknat ini pun mengambil langkah Palestin di serang, maka berlaku lah peristiwa Palestin dibuli - buli maka rakyat yang tak berdosa menjadi mangsa.

Salah kah jika kita meniru rahsia yang ada kepada Israel, salah kah kita persiapkan dan perlengkapkan diri baru kita tidak ikhtiraf negara Israel, tak kan tak sedar dik kita yang hendak kita hadap adalah Negara yang cukup kekuatan, yang cukup pengaruhnya, yang cukup kelengkapannya umpama AGAS kita ini nak bertanding peraduan bina badan dengan GARUDA, tak cukup hanya semangat, tak cukup hanya prinsip, tak cukup hanya roket buatan dapur, tak cukup hanya batu, kenapa mesti menempah maut sekiranya kita tahu memang maut yang kita akan perolihi, Allah S.W.T mengurniakan kita selaku manusia dengan selengkap - lengkapnya tubuh badan ciptaannya dan itu lah gunanya untuk menjadi senjata kita bagi memakmurkan dunia, hasil tindakan tak mengunakan otak kurniaan tuhan World Trade Centre dilanggar tanpa hasilnya, tanpa kemegahannya, tanpa sebarang kudis kita tinggalkan buat US TETAPI hasil yang kita dapat selaku manusia Islam sejagat nampak dimata, Islam dikutuk, dikeji, dibuli seperti Palestin dan negara2 Islam lemah lain, 'back fire' yang kita dapat dari tindakan golongan ekstrimist yang mengaku pejuang Islam, maka Islam lah tumpuannya.

Sedar dan insaf, segala kekuatan perlu ada, satu - satu bangsa berjaya dihormati dan disegani atas asas - asas yang kukuh bukan nya rapuh, ilmu, kepakaran, ekonomi, kebijaksanaan, kekuatan, teknoloji, perpaduan, kehormatan penting untuk kita, penting untuk kita hidup ditengah2 perlumbaan antara gergasi dengan gergasi, bukan nya AGAS bercita2 berlumba dengan GERGASI.

Dalam kontek negara dan bangsa kita, lengkapkah kita, bersediakah kita, geografi antara Malaysia dan Singapura bagaimana lagaknya, siapa sekutunya, ambil lah ini sebagai kesedaran dan keinsafan yang perlu kita tanamkan dalam diri sendiri, dalam diri keluarga kita dalam diri waris kita, dalam diri saudara2 Islam kita dalam diri saudara2 manusia kita, tak cukup semangat, tak cukup prinsip, tak cukup berkata2, bermadah2 semua itu tak cukup, yang cukup ilmu dan segala kekuatan yang bukan percuma dapat nya tetapi perlu pengorbanan, perlu dicipta, perlu di reka, perlu diusaha, perlu di kerah, perlu di paksa, tak rela dan tak sanggup teman lihat kepala yang tinggal lantai hancur adalah kepala anak teman dan anak bangsa teman.

Ingat lah sekali Merdeka bukan selamanya Merdeka, sekali aman bukan selamanya kita aman, sekali membangun bukan selamanya kita akan bangun. itu semua perlukan perpaduan yang lengkap, kekuatan yang lengkap, kebijaksanaan yang lengkap, ekonomi yang lengkap di antara kita, tak kira Melayu, cina, India, Iban, Kadazan, dayak atau apa sekali pun trade mark nya semua nya perlu insaf yang kita ada ketika ini dianggapkan baik jangan di angan untuk mencuba perkara baru yang belum pasti, kerana amat penting untuk hargainya.

UMPAMA KESEDARAN DAN KEINSAFAN NASIB TIDAK SEBANGSA SEAGAMA SEKIBLAT.

Nukilan Kuntakinte


2 Comments:

Mohammad Roslan said...

Salam,
Nukilan kuntakinte ini sesuai dengan nama timangannya!.Cerita kuntakinte adalah semngat kebangkitan kaum kulit hitam Amerika yang bangkit dari dasar hamba-abdi di Amerika dalam kurun-18.Teringin nak erangkan siapakah Kuntakinte ini!.Watak kunta-kinte dipopularkan oleh peulis Alex Haley dalam buku yang Berjudul "The Saga of an American family" yang di terbitkan pada 1976.Buku ini telah di filemkan 1977 dalam siri mini selama 12 jam di telivision dengan "berjudul "the Roots".Filem bersiri ini sangat popular diseluruh dunia pada masa itu.Mengikut ceritanya yang mengisahkan keturunan Kuntakinte yang berasal dari kaum Mandina.Dia diperbesarkan di Gambia yang beragama Islam yang ditangkap dan dijadikan hamba abdi dan dijual di pasaran hamba abdi di Amerika dan ditukarkan nama hamba abdi "Toby".Survival bangsa kulit hitam di Amerika perlu di amati oleh golongan bangsa lain yang ingin berjaya dalam kelompok manusia yang rakus dan tamak seperti saudara kuntakinte sebutkan.Mamak bersetuju dengan pendapat saudara kuntakinte tanpa kemajuan dalam semua jurusan sukar bagi sesuatu bangsa survival di zaman yang hampiri kiamat ini.Allah memberi hikmah Akal pada manusia adalah untuk memikirkan dan memileh jalan perlu diikuti.Agama adalah pelita atau cahaya untuk manusia menempuh jalan yang gelab dan gulita.Tanpa agama kita akan sesat.Tetapi sebagai fitrah manusia kita perlukan perjalanan ini didunia untuk memastikan keturunan kita sentiasa bergerak kehadapan.Kita duduk dan mengharapkan permaidari terbang sukar diperolehi dengan hanya berdoa.Ciri Rasullulah s.aw.yang memerangi tentera kafirun dengan perwatak panglima sidiq adalah contoh yang terbaik.Perjanjian damai untuk keharmonian rakyat juga boleh diguna pakai seperti saudara kuntakinte usulkan kepada bangsa palestin dengan negara Israel.Kisah Rasullulah menasihati sahabatnya untuk tambatkan Unta yang ditinggalkan tanpa ikatan dan cuma berdoa sahaja adalah contoh dan sikap rasullulah yang menyeru agar manusia lakukan apa yang termampu olehnya kemudian barulah berdoa untuk memohon pertolongan Allah.Teknik-teknik peperangan panglima-panglima Islam seperti Khalid Al Walid perlu dihalusi dan difahami.Pada masa kegemilangan Islam ..tentera Islam dan strategi peperangan Islam amat digeruni oleh pihak lawan.Takat buat roket di dapur rumah dan serang orang awam bukanlah jenis peperangan Islam.Islam melarang melibatkan orang awam,orang tua,dan kanak-kanak dijadikan mangsa peperangan.Dengan meletupkan diri dan membunuh kanak-kanak tak berdosa adalah perbuatan keji dan sikap pengecut.Ini bukan cara Islam untuk perang Fisabillah....atau pun mati syahid.Ramai pejuang-pejuang Islam kini dah terpesung dari nilai murni perang jihad dengan sikap kebencian yang lampau dan dirasuk nafsu Amarah.Persiapan peperangan untuk menentang musuh amat perlu.Perjuangan kumpulan Hamas kali mereka mungkin menang dalam propaganda dengan menjadikan kanak-kanak palestin sebagai mangsa perang mungkin telah dapat hasil simpati dunia dengan mengecam pihak zionis yang sememangnya ganas dan tak perikemanusiaan tapi apakah Hamas telah berjaya dalam misi mereka kali ini yang mengorbankan ramai rakyat yang berdosa demi cita-cita mereka nak hapuskan negara Israel dari muka bumi ini?.Terlaksanakah misi mereka?.Cuma masa dan keadaan dapat memberi jawapan untuk Rakyat Palestin yang sedang sengsara di Gaza!!!.Wassalam.

kuntakinte said...

Salam, mamak layak digelar "sifu utara", tersentuh jiwa teman....teh tarik campur tongkat ali sama kacip fatimah teman belanja!!!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online