Sabtu, 6 Disember 2008

TRAGEDI BUKIT ANTARABANGSA

Sejarah Tanah Runtuh Di Hulu Klang Dan Sekitarnya

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kawasan Hulu Klang, tempat berlakunya peristiwa terbaru kejadian tanah runtuh iaitu di Taman Bukit Utama dan Taman Bukit Mewah di Bukit Antarabangsa awal pagi ini, merupakan kawasan yang sentiasa berdepan dengan kejadian tersebut.Tragedi Highland Towers yang berlaku pada Disember 1993, kira-kira 1.5km dari tempat kejadian tanah runtuh hari ini, telah mengorbankan 48 nyawa apabila satu daripada tiga blok kondominium di Taman Hillview, iaitu Blok A runtuh.Insiden 11 Disember itu mengejutkan seluruh negara kerana ia merupakan peristiwa bangunan runtuh yang pertama dan yang terburuk dalam sejarah negara sejak merdeka.Peristiwa itu berlaku selepas hujan selama beberapa hari dan telah menimbulkan kesedaran di kalangan orang ramai mengenai bahaya bangunan yang dibina di lereng bukit di negara ini.Beberapa kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan itu dan antaranya pada 10 Dis 1985, dua rumah baru dua tingkat yang belum lagi diduduki di Taman Melawati, Hulu Klang runtuh ketika hujan lebat dalam kejadian 8.50 pagi.Pada 17 Sep 1988, sebuah rumah di Hulu Klang, ranap akibat tanah runtuh berikutan hakisan tanah.Dalam kejadian 29 Mac 1990, kejadian tanah runtuh berlaku di Taman Setia Wangsa di Hulu Klang melibatkan 80 keluarga yang mendiami dua blok flat.Pada 25 Dis 1997, tiga orang terbunuh selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah dan sampah dalam satu kejadian di KM 17 Lebuhraya Ampang-Hulu Klang.Dalam kejadian 15 Mei 1999 pula, ribuan penduduk di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay di Jalan Hulu Klang terperangkap apabila tanah runtuh sepanjang 100 meter berlaku dalam kejadian 5.20 pagi yang menimbusi satu-satunya jalan keluar masuk ke kawasan perumahan berbukit itu.Kejadian tanah runtuh juga dilaporkan berlaku selepas hujan lebat di Kampung Sri Damai dekat Taman Kencana, Ampang pada 24 Feb, 2000, yang meragut nyawa seorang budak berumur 4 tahun.Pada 5 Okt 2000, satu kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Antarabangsa berikutan hujan lebat berterusan tetapi tiada yang cedera.Sebuah banglo di Taman Hillview milik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar, yang juga Pengerusi Affin Bank, ranap setelah dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan pada 20 Nov, 2002.Isteri Ismail, Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya Hijaz, dua menantu, dua cucu serta dua pembantu rumah Indonesia terkorban dalam kejadian 4.35 pagi itu.Banglo itu hanya terletak kira-kira 300 meter dari tapak Highland Towers.Pada 31 Mei 2006, empat sekeluarga terkorban setelah tertimbus dalam runtuhan tanah yang memusnahkan 49 buah rumah di Kampung Pasir, Hulu Klang pada kira-kira pukul 4.45 petang.-- BERNAMA

CATATAN PENULIS:

Kejadian Bukit Antarabangsa bukanlah kejadian terbaru..Walau pun telah berlaku berkali-kali insiden seperti BERLAKU kita tak mahu ambil ikhtibar dan pengajaran.Hanya pandai menuding jari pada pihak yang lain.Dimana perginya rasional pemikiran ahli-ahli profesional-profesional yang meluluskan projek itu; walau pun tahun 1999 telah berlaku kejadian sama.Badan profesional negara ini perlu mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli yang tidak layak dan kurang pengalaman meluluskan projek-projek yang merbahayakan pada rakyat yang bergantung kepada khidmat profesional ini.Maka janganlah senyap dan buat tak tahu apabila berlaku insiden seperti ini.Orang politik pulak jangan sibuk dan beri seribu satu alasan dan andaian mengenai kejadian ini.Biar orang yang profesional dan badan-badan profesional lebih bertanggung jawab di atas insiden ini.Kita tunggu reaksi dari badan-badan profesional ini.Jangan pandai cakap je..bila keadaan begini terjadi jangan masing-masing sembunyi di belakang ahli politik pulak nak lepaskan diri.

Ahli politik Malaysia senang sahaja jawapannya,”apa nak buat semua ini tuan Allah punya kuasa. kita apa boleh buat?.Itu hujan bukan kita boleh kontrol”.Jawapan dari Menteri kerja raya Datuk Samy Vellu dalam insiden Tanah Runtuh Genting Highlands!!!!!!.Surat khabar dan Media letronik jangan sibuk sangat temuramah ahli politik yang tak tahu apa pun…Kan kita ada banyak saintis dan professor-professor temubual mereka!.Siapa yang harus persalahkan dalam hal ini?.Semua lepas tangan.Cuma kita simpati pada keluarga-keluarga yang kehilangan harta benda dan nyawa tak ternilai.

Wassalam.

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online