PAS hari ini letih bersilat menepis bidasan dan tentangan dari kawan mau pun lawan ekoran kenyataan Naib Presidennya Hussam musa semasa forum wacana transformasi politik di Kelantan.
Semasa menjawab soalan bertalu-talu berkaitan Hukum Hudud dari KJ, Husam sepatutnya memberikan jawapan yang lebih defensif bukan offensif, iaitu jawapan yang berlapik, sebagai contoh;
‘SEMUA ORANG ISLAM KENALAH FAHAM BAHAWA HUKUM JINAYAT HUDUD DAN QISAS ADALAH HAK ALLAH DAN MENJADI KEWAJIPAN PEMERINTAH NEGARA ISLAM MELAKSANAKANNYA. SEKIRANYA PAS ATAU UMNO BERJAYA MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM MAKA WAJIBLAH DILAKSANAKAN.’
Jadi dengan jawapan yang begitu penulis pasti PAS tidak akan terperangkap sehingga terjerat dan terjerut.
Ekoran dari kenyataan semasa forum tersebut iaitu PAS AKAN MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD SEKIRANYA KERAJAAN PR MEMERINTAH maka Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng@Stailis Khalifah telah membidas dengan berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas.
“DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu,” katanya kepada pemberita.
Bagi menjawab cabaran Mursidur am PAS Tuan Guru Nik Aziz pula, hari ini Karpal Singh mula mengeluarkan beberapa hujahan ala-ala lawyarnya bagi mengigatkan PAS bahawa apa yang hendak dilakukan oleh PAS tidak sejajar dengan Pelembagaan Persekutuan dan perundangan Malaysia.
Hehehe, itulah kalau orang UMNO bagi tahu kau orang bukan nak mendengar, pekakkan telinga, kata tak islamiklah, hah sekarang bro hampa sendiri yang tarbiah hampa berkaitan undang-undang dan perlembagaan.
Ahaa, terkini beberapa pemimpin tertinggi MCA dan MIC pun tumpang sekaki pula menambah keperitan kepada PAS. PAS dibidas dengan dashyat sekali. Lebih kurang kata mereka begini, mereka membantah keras cadangan PAS melaksanakan hukum Hudud sekiranya PR memerintah. Menurut Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata PAS sepatut menghormati perasaan rakyat bukan islam didalam negara yang berbilang kaum.
Mereka berkata bahawa pendirian MCA memang tidak setuju dengan perlaksanaan Hukum Hudud. Mereka sentiasa menghormati pelembagaan persekutuan.yang menjamin kebebasan beragama dan sentisa mengihtirafnya sebagai undang-undang tertinggi Negara.
Mereka juga seolah-olah kehairanan mengapa selepas PRU 12 PAS menawarkankan konsep negara berkebajikan, tiba-tiba kembali kepada konsep dan dasar asal mereka iaitu Negara Islam.
Itulah PAS kenapa suka-suka aje main tukar-tukar dasar perjuangan, semalam lain, hari ini lain, besok pula lagi berbeza…pheningggg kepala penulis.
Kepimpinan MIC juga tak mahu ketinggalan, berkata PAS telah mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Mereka menentang keras hasrat PAS tersebut.
Terkini, YB Khairi Jamaluddin pula telah membuat tikaman repeat. Beliau membidas tindakan Husam membuat pusingan ‘U’ secara tiba-tiba. Hmm, pada pandangan penulis bererti seolah-olah Husam menarik balik kenyataan yang dah terlepas.
Aduh-aduh-aduh, YB KJ, Hang Tuah tak pernah menikam musuhnya dua kali, hehehe.
Jadi kesimpulannya pada pandangan penulis, nampaknya seolah-olah senjata yang ingin digunakan oleh PAS selama ini bagi menikam UMNO telah tertikam diri sendiri.
Itulah kalau dari dulu lagi kepimpinan PAS boleh berfikir dan mengagak apa yang akan berlaku di masa sekarang tentu tak jadi begini. Pada fikiran penulis tentu mereka akan bersahabat dengan UMNO. Jadi kalau masih nak bersahabat dengan UMNO tentunya masih belum terlambat bukan dan pelan-pelan sama-sama kasi buleh.
Sumber rujukan;
1. utusan online
a. DAP bantah rancangan Pas laksana hudud: bertarikh 23 Dis 08
2. thestar online
a. A thorn in Pakatan’s side – 24 Dis 08
b. Karpal: Nik Aziz’s move an expediency – 24 Dis 08
c. MCA and MIC against PAS’ stand on hudud – 24 Dis 08
d. Khairy blasts Husam over U-turn – 24 Dis 08
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
13 Comments:
Salam Bg Tuah...
Hahaha... aduih.. power artikel bg tuah, kalau husam terbaca artikel abg tuah ni, sudah pasti husam menangis tertongeng...
Ni Jack nak tambah sikit...
Pas hanya lah sebuah parti kecil bagi DAP yang hanya menempel untuk mendapatkan kuasa, Pas kini tidak punya suara dan menjadi parti Pak turut sahaja, DAP sebenarnya ada pilihan lain untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dan bagi mereka, mereka tidak mahukan Melayu Pas kerana mereka punyai Melayu PKR yang lebih sekular dan berjiwa Malaysian Malaysia. Bagi DAP sokongan PKR sudah cukup untuk mereka dan mereka lebih senang dengan PKR kerana PKR lebih mudah berunding dan menerima perjuangan DAP.
Fikir-fikirkanlah sahabat perjuangan ku Ahli-ahli PAS... Masih belum terlambat lagi...
CJ
Bak kata Abg Tuah... Jadi kalau masih nak bersahabat dengan UMNO tentunya masih belum terlambat bukan dan pelan-pelan sama-sama kasi buleh.
salam abg tuah..PAS hanya akan berdendang lagu Hudud apabila tiba pilihan raya sahaja..itupun saya dah nampak hidung mereka berdarah ditarik olh DAP dan PKR..DAP memang terus terang tak setuju dengan hudud. PAS pula macam takut hilang kuasa, jadi mereka inilah yang mempermainkan Islam dan Hudud, bukan parti UMNO.
Sudahlah PAS, poyo benor dan sanggup permainkan hudud demi meraih sokongan umat Islam..taubat lah..
pemuda malaysia..
http://pemudamalaysia.blogspot.com
Tengahari tadi saya ada sembang dengan Yeop Perak tentang hudud ni. Saya ada beritahu, bukan senang nak laksanakan sesuatu hukum. Lagi-lagi hukum agama. Sebabnya, penerangan sejelas-jelasnya harus diberi. Dan ianya bukannya boleh cakap hari ni, esok buat. Yeop perak juga ada bertanya, adakah DAP sudah berkuasa sekarang? jawapan saya tidak. Dan mereka hanya berasa yang mereka sudah berkuasa kerana Pas dan PKR bagi sokongan kat depa. jadi, kita semua, harus, mesti dan wajib melenyapkan kuasa DAP ni. bahaya kalau mereka dibiarkan.
elok juga PAS diajar sekali sekala...
Kalau tak mampu nak laksanakan Hukum Hudud jangan nak salahkan orang lain yang jadi batu penghalang. Kalau benar-benar ikhlas nak laksanakan hukum Allah jangan cari alasan kuasa ada pada kerajaan pesekutuan. Peliknya....mungkin lebih mudah melaksanakan hudud jika berkawan dengan UMNO....tapi dah awak pilih DAP. Ibaratnya, kan lebih mudah menyembelih ayam dengan pisau tapi kenapa awak pilih dengan batang kayu.....fikir-fikirkanlah
salam dan selamat sejastera.
Terima kasih rakan2 semua. Tuah amat kagum dengan komen-komen yg bernas dari rakan semua.
Abangtuah.
Salam,
PAS tak pandai tai chi macam DAP dan Anwar. Nampaknya diorang kene belajar lebih lagi macamana nak putar belit ayat, sonsang kiri sonsang kanan supaya bila orang tembak dia boleh tangkap peluru tu.
Lain kali kalau nak lontar lembing tu jangan menegak kat atas kepala.. mati ooo boleh kena kapra sendiri tu. Kalau nak lontar pun, ajukanlah kat opis yang ada gambar roket dan bulan sabit dua biji...
Salam Abg.Tuah..Saya pun pelik mengapalah si Husam tu dok berdebat pasai HUDUD? Masa Pakatan Rakyat dilancarkan dia sendiri cakap macam ini...dengaq no..
Pengakuan Husam Musa semasa PR dilancarkan ( bukan ditubuhkan - PR rasanya belum didaftarkan lagi..harammm ? )..
Negara Islam bukan agenda Pakatan!
Husam Musa pernah mengaku Agenda negara Islam hanya sekadar idealisme PAS
Agenda negara Islam tidak menjadi sebahagian inti Pakatan Rakyat tetapi sekadar idealisme ahli-ahli PAS, kata naib presiden parti itu Datuk Husam Musa.
"Pada zaman nabi Muhammad, tidak secara jelas menyebut negara Islam. Perdebatan tentang istilah ini boleh mengelirukan. Pada pendapat saya, kita perlu mencari istilah yang lebih disenangi atau dapat difahami oleh masyarakat ramai.
"Oleh kerana negara Islam sebagai idealisme (PAS), maka ia memberikan satu panduan kepada petugas-petugas PAS," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini tidak lama dahulu.
Beliau diminta mengulas kontroversi awal penubuhan Pakatan Rakyat susulan kenyataan timbalan menteri besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, yang dilaporkan berkata "PAS wajar menjadi tunjang kepada pakatan itu sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah negara Islam."
Husam, yang juga exco kanan kerajaan PAS itu, berkata intipati perjuangannya termasuklah tadbir urus yang Islamik seperti amanah, telus, adil dan saksama, tidak mendiskriminasi, membantu yang lemah dan prihatin.
"Prinsip-prinsip tadbir urus ini lebih mustahak kerana keadaan negara hari ini - rasuah yang melanda, penghakisan (kebebasan) dalam badan kehakiman, kebebasan bersuara, kebebasan beragama," katanya.
"Idealisme negara Islam harus diteruskan oleh ahli-ahli PAS tetapi PAS juga telah menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai kerangka utama untuk bergerak.
"Saya ingat (penerimaan) ini satu jaminan kepada pemimpin-pemimpin kanan seperti Karpal Singh bahawa tidak ada perubahan (yang berbeza) di luar imaginasi mereka."
Isu negara Islam, tambahnya, sering mengelirukan kerana model yang ada kini seperti Iran, Arab Saudi, Bangladesh mencipta tanggapan berbeza-beza kepada banyak orang.
"Untuk melawan gejala rasuah, apakah asas tindakan anda? Jadi, bagi ahli-ahli PAS, ajaran Islam (sebagai asasnya).
"Anda mesti menjadi seorang pemimpin yang bersih, bertanggungjawab, telus, dan ini semua preskripsi untuk tadbir urus yang juga Islamik. Jika anda tidak mempunyai (asas) ini, anda hanya seumpama pemimpin Umno."
Menurut Husam lagi, Pakatan Rakyat membenarkan ketiga-tiga parti pembangkang berada dalam satu platform dan terpulang kepada parti masing-masing menentukan parameter utama pakatan tersebut.
"Khususnya berkaitan tadbir urus, termasuk kerajaan yang bersih, adil, memberi peluang sama rata, mengambil berat kumpulan miskin dan tertinggal, mengutamakan kebajikan, menguruskan (wang) negara secara berhemah, dan dengan itu mengelakkan pembaziran, melaksanakan amalan tender terbuka - ini akan banyak membantu negara kita berada atas landasan yang betul," katanya.
"Dan inilah yang telah hilang - kemandirian badan kehakiman, kebebasan bersuara, agenda moral untuk generasi muda, menurunkan kadar jenayah, masalah penyalahgunaan dadah, - inilah agenda-agenda negara yang juga selari dengan ajaran Islam. Tidak ada pertentangan di sini.
"Jika kita membincangkan (isu) PAS sebagai tunjang Pakatan Rakyat, ia mestilah selepas penerimaan orang ramai, bukan dengan cara mendakwa 'saya (PAS) tunjang (Pakatan)' tetapi mestilah melalui penerimaan awam, dan inilah juga yang dilakukan oleh Rasulullah," katanya.
Keputusan menubuhkannya dibuat dalam satu perjumpaan yang dihadiri ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang.
Sebelum itu Ahmad dilaporkan menafikan bertegas PAS harus menjadi "tunjang" pakatan itu dan melahirkan rasa kesal pada laporan-laporan media yang dianggapnya "menyimpang daripada kenyataan asalnya" mengenai isu tersebut.
Cakap macam keling..putar alam dan lidah bercabang...buang masa aje..Kalau negara Islam bukan agenda Pas, macamana nak tegakkan hukum hudud..bila rasa dah tak boleh, salahkan pulak kerajaan kenapa tak tegakkan HUDUD..dia tak sedar satu jari arah kepada orang, tiga jari lagi mengarah ke diri sendiri..hairan-hairan..
Salam perjuangan
taminsari
Salam Tamingsari,
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan yg bernas dan panjang lebar. Pada pandangan kawan, PAIh ni hanyalah PARTAI berangan-angan sahaja, tiada dasar dan konsep perjuangan yang nyata. Hala tuju yg masih samar2 teraba-raba mengikut situasi, rasa dan selera, gemar pula menghancurkan yang ada, mengharapkan yg tak nyata.
abangtuah
Salam,
DAh memang menjadi kebiasaan baik pemimpin mahupun ahli PAS yang suka menyalahkan orang lain apabila berhadapan dengan masalah dan musibah. Kalau macam nie lah sikap pemimpin dan ahli PAS tak kemana lah parti nie dulu kini dan selamanya masih jugak ditakuk yang lama.
Nak buat hukum hudud tapi berkawan dengan orang yang menentang dengan terang hukum hudud macam mana tu bang??? cakap berdegor tapi habuk pun tak ada memang cakap tak serupa bikin betul PAS.
aku nie anti PAS bukan apa sebab aku tak berkenan cara dia manipulasikan agama aku islam untuk kepentingan dia. agama aku islam bukannya agama pasar malam senang2 dia nak guna bila perlu dan senang2 dia nak buang bila tak perlu mcam islam tu tak ada harga pada puak dan pemimpin PAS nie...
JIRO#####
Salam JIRO,
Tuah bersetuju benar dengan pendapat JIRO. Terima kasih kerana meninggalkan di blog Tuah.
Salam, dia tahu majoriti pengundi di Kuala Terengganu Melayu Islam, Husam rasa perlu di keluarkan semula isu Hudud tersebut, tapi tersilap dia terlupa yang dia belum Islam kan DAP... hai nasib badan, si AN War llagi bijak diam menyepi.... tak berani komen takut girlfriend dia budak bandar si DAP melompat manakala girl friend dia budak kampung si PAS meerajuk minta putus cinta.... he..he... akhir nya hukum Allah juga jadi bahan mainan..ish..ish...
Post a Comment