Jumaat, 21 November 2008

TAPAK WARISAN DUNIA


PULAU PINANG AKAN KEHILANGAN STATUS PENGIKTIRAFAN UNESCO "TAPAK WARISAN DUNIA"?.-


(AFP)Kemungkinan besar pengiktirafan Pulau Pinang sebagai tapak warisan dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan,Saintifik dan Kebudayaan Pertubahan Bangsa Bersatu akan dimansuhkan kerana telah mengabaikan syarat-syarat badan itu dengan memajukkan kawasan tapak dengan membina bangunan-bangunan tinggi yang ketinggiannya tidak dibenarkan.


Negara Malaysia berjaya menyenaraikan dua lagi tapak warisan dunia dibawah UNESCO iaitu Bandaraya George Town dan Melaka sejak tahun 2001 lagi.Usaha ini terbit dari Ilham dan daya usaha Timbalan Perdana Menteri Datuk Najib Bin Tun Razak semasa beliau memegang portfolio Menteri Pelajaran.Pengiktirafan di terima kedua-dua bandaraya tersebut pada 7 Julai 2008 di persidangan Jawatankuasa Warisan Dunia ke-32 yang berlanggsung di Quebec City,Kanada daripada 45 pencalonan diserata dunia.Kejayaan terbesar ini adalah selepas Taman Negara Mulu Sarawak dan Taman Negara Kinabalu pada tahun 2000.Di Pulau Pinang selain daripada Kota Cornwallis,Bukit Bendera,keunggulan George Town bukannya hanya setakat pada pembinaan kubu-kubu pertahanan dan senibina bangunannya sahaja tetapi ia juga menjadi tumpuan pelancong terutama dari Eropah dan negara-negara Arab kerana keindahan dan kebersihan pantainya seperti Tanjung Bunga dan Batu Feringgi.


Apabila pengiktirafan sudah ada,status sudah ada tetapi apa yang Masyarakat setempat dan kerajaan negeri telah lakukan?.Adakah mereka ini memastikan 'Warisan'ini 'Tak lekang dek panas,tak lapuk dek hujan'.Tetapi mereka ini dengan sikap polisi 'Tak Apa'!.Sehinggakan tamak haloba nak kaut keuntungan dari arus pelancong yang tak putus-putus itu untuk kepentingan diri membina hotel-hotel dan Apartment yang mahal-mahal untuk mengaut keuntungan dengan berkonkong dengan kerajaan negeri yang alpa dan haprak meluluskan projek pembinaan yang tak mengikut garis panduan UNESCO terhadap tapak warisan!.


Siapa yang patut dipersalahkan?.Tuduh menuduh seperti biasa...Hapraak.Mamak cuma kesal dengan orang Penang yang "Pii mai,Pii mai, tang tu Je!.Tak tahu apa nak ucapkan lagi!....Jangan nak tuduh menuduh saja..siapa makan cili dia terasa dan siapa buat keputusan meluluskan pembinaan bangunan-bangunan empat buah itu tolonglah secara gentleman letak jawatan...itu sajalah rakyat Penang macam mamak ini harapkan.


By Co-Author Mamak Penang.

3 Comments:

Joe Rock said...

beginilah jadinye kalu bangse dan pemimpinnye bodoh..mujurlah aku buken melayu!!hohoho!!

Ali Abdullah said...

Begini kesudahannya - Kerajaan negeri akan mewartakan bukit bendera sebagai rizab tapak perkuburan kaum cina pada masa akan datang memandangkan kekurangan tanah sekaligus menyelesaikan pertikaian tanah oleh orang-orang bumiputra yang tak menginginkan Pulau Pinang menjadi Pulau Pendam. Kereta kabel tu pula akan digunakan untuk mengangkut keranda ke tapak yang telah ditandakan..di atas bukit yang akan ditukar namanya kepada 'NIRVANA HILL' iaitu tempat persemadian orang-orang bangsawan. Jadi sedara Joe Rock a.k.a Jeruk hohoho tu bolehlah menempah maut dia kat atas bukit tu beserta dengan tempatnya sekali. hehehe...

Tanpa Nama said...

Salam Apai,

Bukan jeruk lagi dah..mcm beruk..takdak langsung rasa bertanggungjawab..

Quotes: "Blogger Joe Rock berkata...

beginilah jadinye kalu bangse dan pemimpinnye bodoh..mujurlah aku buken melayu!!hohoho!!"

Memang spesis beruk la si Joe nie..dia tu lupa kot yang Pulau Pinang tu pimpinannya DAP & kepalanya Cina..so sejak depa pegang Penang mcm2 dah jadi..makanya kalau hilang takrif Pusat Warisan Dunia tu pun sebabnya angkara DAP la tu..atau dengan kata lain sama sebangsa dengan si Joe a.k.a Beruk Huhuhu tu la..

Patutnya depa yang kononnya mengamalkan CAT tu boleh memikirkan cara untuk menyelamatkan "title" yang amat didambakan oleh negara2 di dunia nie..bukan sibuk dengan isu papan tanda yang remeh temeh dan isu2 lain lagi..ibarat budak universiti sibuk menjawab soalan tadika, pastu mendabik dada mengatakan soalan itu senang & mereka sudah pandai..padahal itu cermin kebodohan mereka sendiri..Apa salahnya kalau pimpinan DAP Penang berdebat tentang bagaimana nak selamatkan Penang daripada ditarik gelarannya pada masa yang singkat hingga aan terkesan dlam usaha kerajaan Malauysia melobi untuk tapak2 sejarah yang lain..Wassalam

p/s: Rasa Putera ada baiknya depa bagi Mamak Haji buat restoran di tapak Fort Conwallis tu daripada melingkup buat gelanggang tenis yang tak jadi..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online