Jumaat, 28 November 2008

SIAPA KATA TAK UNTUNG!!


Proton catat untung RM115 juta

SHAH ALAM 27 Nov. – Proton Holdings Bhd. (Proton) mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM115.3 juta untuk separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 September 2008 berbanding kerugian sebelum cukai berjumlah RM41.8 juta untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Keputusan kewangan itu merupakan keuntungan Proton untuk lima suku berturut-berturut, bermula suku kedua 2007.

Bagi suku kedua, pembuat kereta nasional itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM57 juta berbanding RM59 juta pada suku sebelumnya. - Utusan
Penulis cukup heran, selama ini ada saja pihak yang selalu menimbulkan isu mengatakan Projek Kereta National gagalah, rugilah dan macam-macam lagi. Kalau dirujuk berita di atas ternyata mereka yang selalu memperlekeh usaha kerajaan selama ini ternyata berbohong, omongan2 kosong politik kedai KOPI.

7 Comments:

Tai said...

Kira untung jugak si Proton tu kan encik? jadinya, kenalah berbangga.

kuntakinte said...

Sala, biasa lah abangtuah, bila kita senang dan kaya semua adik beradik, cium tangan, kalau susah padang sebelah mata pun idak.

macam kes proton, TDM memperjuangkan penubuhan Proton, cbanyak anak melayu jadi Jurutera, Juruteknik , perekacipta dan berbagai-bagai lagi, beribu anak melayu majoritinya dapat pekerjaan yang memerlukan kepakaran atas kehebatan dan planning siapa? hanya dalam keadaan proton kerugian disebabkan terpaksa bersaing dengan giant2 dunia, kita disini bukan support malah di hentam cukup2, rapat2 sepatutnya kita beri moral support.

Tahniah kepada proton dan kejayaan Malaysia dalam industri otomobiNasional satu kebanggan yang kita kongsikan dgn TDM dan pemimpin2 Negara.

PERAKEAN said...

cuba batalkan AP dan cukai kereta tengok....

mesti lingkup.

kuntakinte said...

Salam, sdr perakean, itu lah dikatakan kebijaksanaan Kerajaan dalam menjana ekonomi negara, membuka peluang pekerjaan kepada rakyat, bukan bongok macam u dan puak2 haluan kiri yang buat kerja tak senonoh, perkara kecik, pekara budak tak sekolah pun reti buat, perasuah, penzina, itu reti lah puak2 u buat... he...he... jgn mare

jiro said...

Salam,

entah apa2 komen perakean kalau batal lingkup le proton jadi enko sendiri dah nampak mcm mana kepakaran dan kebijaksanaan TDM dan pemimpin negara utk mengatasi kelingkupan proton kan kan kan ...
itu le gunanya ada AP dan TAX paham tapi aku rasa bila tiba masa nanti bila mana proton dah mampu bersaing dengan pengeluar2 yang lain aku ingat baru kerajaan akan batalkan AP en Perakean...
bila untung pun enko nak kutuk bila rugi pun enko nak kutuk aku pun tak tahu makhluk jenis apa la enko nie perakean.. org support la skit kereta buatan negara bukan mengutuk dan menghina...
sebab enko rasa ianya lahir dari buah pikiran pemimpin UMNO terus enko nak kutuk memang enko nie ada masalah kejiwaan....

Tanpa Nama said...

Perakian tak faham ekonomi micro!!

Admin said...

Yang mengutuk tu pun, laki bini anak beranak pakai proton...

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online