Sabtu, 22 November 2008

PIRATE SAY "NO ISA!!"


Ceramah anti-ISA tiada permit polis

Malaysiakini - Nov 21, 08 5:38pm

Polis menolak permohonan mendapatkan permit untuk mengadakan ceramah umum di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Ahad ini kerana ia diadakan di tempat terbuka.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abd Jalil Hassan berkata ceramah terbuka "Mansuhkan ISA" itu boleh mengganggu ketenteraman awam dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar, lapor Bernama.Katanya, permohonan bagi mengadakan ceramah umum itu dibuat oleh setiausaha Dewan Pemuda PAS Pandan, Nik Mohd Rasyid Nik Mohd Yusoff pada 17 Nov lepas."Kita telah berjumpa dan berbincang dengan penganjur pada pukul 10 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan telah menasihatkan mereka supaya ceramah tersebut diadakan di dewan-dewan tertutup MPAJ yang ada."Setelah kita kaji dan teliti permohonan tersebut dan juga aduan-aduan yang kita terima daripada orang ramai berhubung ceramah yang akan diadakan itu, kita mengambil keputusan untuk tidak meluluskan permohonan permit itu," Abd Jalil dipetik berkata. Beliau dilaporkan turut menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri ceramah di padang tersebut kerana tiada permit dikeluarkan dan akan menyalahi undang-undang."Jika ceramah tersebut akan terus diadakan di kawasan itu dan orang ramai terlibat dalam ceramah itu, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka," katanya.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melancarkan kempen tersebut yang akan berlangsung di Dataran MPAJ, Pandan Indah pada jam 9 malam.Kempen anjuran gabungan NGO dan parti pembangkang itu Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi mendesak kerajaan memansuhkan akta tersebut sebelum acara kemuncaknya dalam perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur, Mac tahun depan.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang dijangka turut serta dalam majlis hujung minggu ini.



Pandangan penulis;


renti-rentikan lah kerja sia-sia yang bermotifkan politik ini. Rakyat sekarang sedang runsing memikir bagaimana cara untuk menghadapi krisis ekonomi global yang mendatang dan mereka dah tak mahu dengar cerita karut marut berkaitan penghapusan ISA dan lain-lain. Hanya sebilangan kecil sahaja yang tidak menyokong dasar keselamatan Negara ISA ini. Mereka yang tidak menyokong ini hanya mengunakan isu ini untuk menguatkan lagi tuduhan bahawa kerajaan adalah zalim dengan mengamalkan undang-undang konon dipanggil kuku besi. Pada hakikatnya sebenarnya agenda busuk politik mereka terus tersekat selagi adanya ISA sebagai batu penghalang.

7 Comments:

Tanpa Nama said...

Kihkihkih,

Ye tak ye, lanun mana suka ISA

Tanpa Nama said...

Kalau PR memerintah, mereka tak guna ISA tapi tetap juga guna pendekatan yang sama cuma nama aje yang lain. Anak murid Uncle Sam mesti ikut gurunya juga kan. Uncle Sam mengata dan memburuk ISA tapi dia lebih dahsyat lagi.

jiro said...

cukuplah dengan apa yang telah pembangkang lakukan terhadap malaysia nie lepas satu isu ke satu isu semuanya akan memakan diri.
dah banyak dasar kerajaan yang diorang nie dah rosakkan DEB, ketuanan melayu dan macam-macam lagi aku pun tak tahu kenapa org melayu dlm PAS dan PKR masih setia lagi sedangkan diorang tahu perjuangan mereka akan merosakkan dan menghancurkan masa depan diorang melayu dan anak2 diorang melayu...
org macam nie la kita panggil melayu haprakkkk...

kuntakinte said...

Salam, berniat untuk melakukan kesalahan atau orang yang suka melaku kan kejahatan memang takut kepada undang2, orang gila dalam Hospital Bahagia Tg Rambutan tak takut dengan orang ramai TETAPI kalau tengok aje warden pakai uniform atau Polis pakai uniform mencicit cicit lari, ha..ha... sama lah denga perangai species yang menentang ISA sebab mereka takut kan ISA mereka cucuk rakyat, mereka libat kan rakyat, mereka guna kan rakyat untuk sama2 menetang kerajaan atas alasan ISA, walhal mereka2 ini lah yang berhasrat untuk menghancurkan keharmonian dan kesejahteraan negara tersekat niat nya dik ISA.

Kalau tak buat salah usah katakan bapak ISA. Tok ISA tak perlu kita takut. teman bebas je nak buat apa yang teman suka buat, tak siapa pun ganggu teman, tak ada Polis pun ganggu teman, tiada undang2 pun yang kejar teman, sebab teman warga yang tak terfikir nak buat salah di sisi undang2.

Jeepers Creepers said...

ISA tidak perlu dimansuhkan tapi perlu diperbaiki semula. ISA bertujuan baik tetapi disalah gunakan untuk kepentingan sendiri. Digunakan oleh ahli politik untuk menggelakkan persaingan.

Kalau ia digunakan untuk mengurung penjenayah saya setuju. Tapi kalau digunakan kepada politik lawan, saya tidak bersetuju. Saya bukanlah penyokong Anwar tapi saya musykil. Kenapa anwar ditahan ISA sedangkan dia dibicara diatas kes liwat sekitar tahun 1998? Bukankah ia patut dibicara di mahkamah syarie kerana melibatkan kes orang islam? Harap diberi penjelasan.

http://malaysiaheaven.blogspot.com

AbgTuah said...

Salam.

YB Raz, memang ISA diujudkan diatas dasar keselamatan Negara. Tidak pernah pula terjadi ISA digunakan untuk kepentingan politik.

Sebagai contoh bagi menjawab persoalan YB, bukankah Anwar ditahan kerana menghasut dan mengapi-apikan gerakan radikal yg berselindung di atas nama gerakan reformasi.

Sorotan dari ceramah reformasinya yg berapi-api keseluruh negara telah mengakibatkan tercetusnya rusuhan dibeberapa tempat, dilakukan oleh rakyat yg terkeliru.

Rusuhan tersebut telah mengakibatkan kerugian dan kecederaan kepada pihak polis dan rakyat.

Walaubagaimana pun pada awalnya pihak berkuasa hanya mengambil pendekatan yg berhemah iaitu terus-menerus menasihati Anwar agar memberhentikan tindakannya yg menaikan semangat rakyat untuk keluar bereformasi.

Tetapi saranan pihak berkuasa tersebut tidak diambil indah dan kalau tak silap seterusnya telah mengakibatkan hampir 100 ribu penyokongnya bertindak berarak menuju ke Istana Negara bagi mengusulkan protes bantahan.

Dengan jumlah para demonstrasi yg begitu ramai maka pihak berkuasa berasa kuatir keadaan tersebut akan merebak sehingga berada diluar kawalan penguatkuasaan undang-undang dan akhirnya terpaksa menahan Anwar bagi mengekang dia dari terus mengapi-apikan rakyat setelah segala usaha menenangkan keadaan oleh pihak berkuasa gagal.

Anwar juga ditahan sebab gagal menyerahkan diri kepada pihak berkuasa setelah beberapa kali diarah berbuat demikian.

Jadi, dari kronologi kejadian yg saya nyatakan diatas, apakah mustahil rusuhan yg besar akan berlaku yg mengakibatkan banyak nyawa terkorban dan harta benda musnah sekiranya tindakan pencegahan tidak ambil?

kuntakinte said...

Salam, YB Raz, kalau dulu ISA dilahirkan bagi mengekang kegiatan subsif dikalangan komunis, kini kegiatan subsif masih berlaku dengan penonjolan mengikut zaman, bukan saja terhadap orang politik malah penjenayah2 dan mereka2 yang boleh mengugat keselamatan negara yang amat merbahaya pun di kenakan ISA, teman setuju saranan saudara agar ISA ini di buat sedikit pembaikan bagi menyesuaikan dengan zaman, tetapi ia tetap perlu ada seorang pemimpin Kerajaan yang bertanggungjawab dan mengawal akta ini agar ia tidak mencelaru dan sebarang perkara yang berbangkit pemimpin tersebut di pertanggungjawabkan, teman percaya setiap keputusan di lakukan dengan persetujuan pihak2 yang terlibat secara terus dan pakar dalam bidang yang di amanahkan, bukan sekadar Menteri seorang yang membuat keputusan malah pegawai atas polis juga terlibat dalam keputusan tersebut.

ISA bukan hanya sekadar dikenakan tertumpu kepada saingan politik malah kalau kita masih ingat beberapa tokoh politik di sebelah kerajaan pun pernah dikenakan tindakan ISA dan selepas itu mereka sedar dan insaf dan akhirnya mereka2 juga menjadi pemimpin2 yang benar2 memimpin seperti Dato Zahid Menteri JPM, Dr Zamri bekas Exco dari Perak, Dato tajuddin Rahman dulu Exco Pemuda UMNO Malaysia dan kini Ahli Parlimen dan lain2 lagi yang lupa untuk teman sebut namanya.

Teman juga melihat bagaimana negara2 lain mencontohi Malaysia dalam melaksanakan ISA dan sejenis dengan nya seperti US, UK. France, Denmark bertujuan pada keyakinan mereka bahawa mencegah lebih baik dari mengubati, bermakna kita bersedia terlebih awal sebelum kejadian buruk berlaku baru untuk diambil tindakan tentunya sudah terlambat seperti yang dikata dik abangtuah, rakyat dan negara yang menderita, mungkin pelaku akan menjadi hero dikalngan satu dua puak2 mereka tetapi kesan besarnya kepada rakyat dan negara.

Usah dipeningkan kepala otak kita jika ianya tidak terfikir untuk kita lakukan kesalahan, jangan di risaukan akan ISA atau undang2 lain jika kita warganegara yang baik dan sopan, ISA hanya satu undang2 untuk mencegah bagi mereka2 yang berniat buruk dan berhasrat melakukan kejahatan.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online