Ahad, 23 November 2008

ANGKASAWAN NEGARA JADI JUTAWAN DARI CERAMAHNYA?


Angkasawan Negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukur Sheikh Mustapha dari sesi ceramahnya "pengalaman di angkasa lepas" telah menerima RM1.2juta!. Beliau pernah menghadiri sebanyak 150 sesi ceramahnya yang dianjurkan oleh persatuan -persatuan persendirian dan badab koprat. Dengar ceritanya beliau kenakan yuran sebanyak RM8,000 untuk satu jam sesi ceramahnya. Sila layari http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=27893

3 Comments:

kuntakinte said...

Salam abangtuah, kita ucap tahniah lah pada Kementerian Sains dan Teknologi diatas tindakan berani yang diambil, bagi teman untuk langkah pertama biar lah kita beri nasihat atau amaran keras kepada beliau, belanja besar dah kita keluarkan dan kerajaan berjaya melahirkan seorang angkasawan sebagai ikon kepada pelajar2 kita terutamanya angkasawan tersebut adalah dikalangan anak Melayu Malaysia, walaubagaimana teman faham akan tanggungjawab kerajaan yang lebih menjaga kepentingan rakyat berbanding individu seperti Dr Sheik ini. kalau tak dibendung tentu menjadi cancer, dan ini berdasarkan aduan rakyat kepada kerajaan maka kerajaan kena mengambil tindakan.

Tapi abangtuah, berbeza dengan puak2 pembangkang dikalangan ulamak2 mereka yang mengenakan bayaran apabila masuk kampung bagi ceramah, sanggup mereka mengutip duit orang kampung semata2 untuk diberi kepada ulamak mereka semalam pendapatan seorang penceramah mencapai RM5,000 semalam, teman geli hati jugak dengan ragam mereka, teman cerita sedikit kisah benar seorang penagih dadah mengambil kesempatan semasa ceramah Wan Azizah dan mat sabu berceramah di tempat teman, ramai yang hadir, si penagih ni pun pakai ketayap, pakai jubah bawa tong pusing keliling kutip derma dengan hadirin, maka derma lah si hadirin, apabila penamat ceramah pengajur kira punya kira duit yang diterima dengan kehadiran kutipan yang dapat sedikit je, rupa2nya teman terjumpa penagih dadah tu dah pakai motor baru kalau sebelum jalan kaki je, yang teman tahu ceritanya si penagih sendiri yang bercerita, ha.... itu lah dia beza dengan puak2 pembangkang dengan tanggungjawab kerajaan kepada rakyat.
Ada yang meletak harga kalau menjemput mereka untuk berceramah, ada yang sempat jual ayer jampi lagi, jual Cd itu tak kesah lah, tapi yang hendak dipertikaikan sikap penceramah mereka menggunakan ahli2 mereka sendiri untuk mendapat keuntungan dan upah sedang kan di war2 kan kita berjuang kerana Allah kerana Islam, kita berjihad fisabillillah, yang kenyang dan berduit diri mereka, ini yang sedih dan rakyat perlu sedar akan muslihat mereka2 ini, bagi teman cukup dengan pengajiaan di Masjid2 dan Surau, lebih afdal kita sedekah kan ke Masjid dan Surau untuk menganjurkan pengajian agama dan ini lebih menjurus kepada ilmu2 agama tanpa di pesong dengan unsur politik yang mengunakan agama untuk kekuatan politik kepartian masing2.

Apapun tahniah lah abangtuah diatas kekuatan diri hingga terlahir satu lagi blog yang dapat memberi ruang2 untuk kita bincangkan demi Agama, bangsa dan negara. Tahniah!!!

Mohammad Roslan said...

Salam,

Amat tepat sekali pendapat kuntakinte tentang penceramah-penceramah agama yang berbaur politik anjurkan ceramah-ceramah diserata Mesjid.Bukan tak boleh ceramah tapi jangan buat collection!.Collection-collection diterima itu duit rakyat yang sumbangkan di tabung Mesjid.Kalau esok lusa kalau bumbung ke ,speaker ,kepala paip kena curi boleh juga pakai duit tabung itu.Ini dah trend baru kat Mesjid-mesjid kat Pulau Pinang sekarang penceramah dibayar pakai duit Tabung Mesjid tanpa Jawatankuasa luluskan.Dah sampai masanya tabung mesjid perlu di odit dan kawalan kewangan pada bantuan berupa sedekah kepada penceramah-penceramah disalurkan puak-puak tertentu.Pihak Hasil Dalam Negeri perlu menyiasat pendapatan para penceramah hebat dalam Agama + politik!.

Tanpa Nama said...

Salam buat sahabat2 semua..

Putera jugak berpendapat adalah tidak molek sekiranya kalau benar Dr. Syeikh mengenakan caj bayaran kepada ilmu yang dikongsi dengan anak2 yang dahagakan pengetahuan sains angkasa sementelah lagi ilmu itu adalah hasil usaha kerajaan malaysia menghantar angkasawan pertama negara. Namun perkara ini perlu diselidiki dan diteliti sehalus2nya agar tidak ada pihak yang terluka..ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak..

Menyentuh tentang ceramah politik yang mengambil kesempatan akan ketaksuban orang ramai, dengan memperkudakan istilah derma untuk berjihad, memang banyak terdapat di tempat Putera ini..kehadiran memang ramai dan sumbangan jugak turut melimpah ruah..namun akhirnya yang untuk penceramah jugak..bergaya sakan dengan kereta besar & rumah besar..sedangkan sang penderma masih lagi naik motor C50..

Mereka ini bijak menggunakan sentimen2 semasa untuk memprovokasi hati orang2 yang ketinggalan dari perkembangan semasa..yang fahaman politik mereka berkembang melalui perbincangan sesama mereka sahaja..malangnya, puak itu pantang ditegur, apatah lagi untuk ditunjuk jalan sebenar..Wassalam

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online