LAPORAN PERSIDANGAN MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA 4/2008bertarikh 24 NOVEMBER 2008 HARI SELASA.
Sidang Parlimen Blogger Pembela Negara ( BPN ) semalam telah dihadiri seramai 17 peserta termasuk pemerhati. Jumlah ini menyamai rekod sebelumnya dan ada yang hadir merupakan buat kali pertama. Sidang yang sepatutnya membahaskan tajuk Hudud antara arah PAS dan sikap UMNO ditangguhkan oleh majoriti memandangkan ahli merasa ia satu tajuk yang berat dan memerlukan masa yang banyak untuk mengkajinya.Semakan terkini bagi blog ahli baru yang mendaftar boleh dilihat di senarai blog induk BPN atau di blog Speaker Dewan Parlimen Blogger iaitu Panglima Perang Cyber…Berikut antara agenda yang telah dibincangkan :
1. Logo diterima sebulat suara dan turut dihadiri perekanya iaitu Desperado Blogger Pilihan Anda,,,Namun keputusan berubah kemudiannya apabila Dr Novandri Blogger Minda Intelek mencadangkan untuk mengubah kedudukan keris dan juga saiz. Ahli lain turut sependapat dan mencadangkan untuk warna yang lebih terang lagi.Serta dimasukkan kalimah Allah dan Rasulullah dalam logo seperti komen SangTawal dalam blog Penembak Tepat . Cadangan ini harapnya dibaca oleh Desperado dengan hati terbuka dan sedia berkhidmat demi negara.
2. Desperado juga dilantik mengetuai Biro Multimedia bagi menjadi pakar rujuk kepada permasalahan IT para ahli BPN..Memandangkan kemahirannya di dalam bidang tersebut.
3. Selendang Delima seorang peserta bertaraf Senator ( kerana tidak ada blog ) turut dilantik sebagai Biro Promosi pasukan BPN ini..
4. Sumandak Bayu dipilih sebagai Exco Negeri Sabah. Yang lain belum ada cadangan dan perlantikan lagi setakat ini.
5. Semua besetuju agar ahli ahli memberi laporan melalui Yahoo Messenger kepada Penembak Tepat selaku Speaket Dewan jika mereka menemui blog yang membuat fitnah atau menghasut untuk tindakan lanjut.Seterusnya beliau akan membuat pengumuman kepada pasukan untuk buat tindakan sewajarnya samada digerakkan pasukan untuk menjawab kembali di blog ahli dengan membuat artikel atau memberi komen penjelasan beramai ramai di blog tersebut…
6. Ipoh Malay cadangkan dibuat hari tertentu untuk bahas sesuatu tajuk dan juga dibuat nombor untuk setiap resolusi seperti 3/08 untuk rujukan.. Dicadangkan hari Isnin Rabu dan Jumaat untuk perbahasan. Hari lain untuk perbincangan tentang organisasi BPN..
7. Abang Tuah telah dilantik sebagai Biro Etika dan Tatacara bagi mengawal etika blogger BPN agar sentiasa mengikut lunas undang undang negara Malaysia..
8. Dr Novandri dilantik menjadi Penasihat Blogger Pembela Negara dan Panglima sedang menunggu persetujuan beliau…Jika tidak calon lain akan dipilih..
9. Biro Akhbar dicadangkan kepada sidang dengan melantik Ipoh Malay yang sering menulis kepada utusan Malaysia sebelum ini dan sering juga disiarkan artikelnya di sana.Blog himpunan artikel beliau ialah http://tempelak.blogspot.com/
10. Speaker ( Penembak Tepat ) juga dipersetujui untuk membina Yahoo Group bagi memudahkan edaran email sesama anggota BPN bagi melicinkan lagi gerak kerja semua dalam memerangi musuh negara.
Itulah antara hasil permesyuarahan ahli Parlimen Bloggers dan semoga ia akan menjadi asas kepada pergerakan ini untuk terus cemerlang gemilang dan terbilang dengan SATU SUARA SATU ARAH DAN SATU AKIDAH dalam memberi manfaat kepada Agama Bangsa dan Negara.
Diharap semua ahli menyalin kembali laporan ini untuk disiarkan di blog peribadi masing masing...Diharap semua ahli menyalin kembali laporan ini untuk disiarkan di blog peribadi masing masing...Sekian.
Laporan disediakan olehPanglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com/
How to Expand Your Business with UCaaS
Setahun yang lalu
7 Comments:
Salam
Maaf ! Laporan diupdate pagi ini dan ada tertinggal isi no 10...
Sila masukkan isi no 10 dalam blog saudara.
Tq
Bagus. Tahniah. Bagi saya yang bukan islam, sesuaikah nak tampal logo macam tu ya? Tak pa, hampa boh logo tu, dan saya akan terus menyokong segala perjuangan anda semua. Kita semua orang Malaysia.
baguss
Tahniah abangtuah Pengerusi Biro etika dan tatacara BPN, standard Tengku Razaleigh juga abangtuah ni.. apapun paparan kita dalam dunia cyber kita perlu mengenal pasti sasaran yang banyak mengunakan cyber secara melulu dan sembrono adalah majoriti golongan muda, oleh itu penampilan kita dan gaya bahasa kita perlu selari dengan citarasa golongan muda, untuk itu orang muda juga lah yang perlu memaparkan penulisan dan komen agar kena di hati golongan muda maka terpikat lah mereka dengan kata2 power kita, macm cinta pandang pertama sekali layari dah berminat
Salam Bro dan rakan2 lain.
Terima kasih diatas dorongan. Kawan akan cuba yg tebaik.
Abang Tuah punya artikal terbaru masa saya masuk jam 8:30 malam tadi, tak ada ruang komen. Lepas tu, langsung tak boleh dengar sebab ada bunyi lagu M. Nasir Mentera Semerah padi.
Salam Sejastera Sedingin salju,
Thans for visiting my blog,
Maaf juga diatas kesulitan, abgtuah akan perbetulkan setting.
Post a Comment