Khamis, 13 November 2008

DEB ORANG PAIH.

Dasar baru pemilikan rumah di Kedah jadi isu ALOR STAR:

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, terpulang kepada DAP untuk keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini jika tidak bersetuju dengan dasar baru pemilikan rumah iaitu kuota Bumiputera dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus di semua projek perumahan.

"Itu hak dialah (DAP), kalau mereka hendak keluar (PR) saya hendak buat macam mana... mana boleh saya tahan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, semalam.

Beliau juga membidas tindakan pemimpin DAP dari luar Kedah yang campur tangan dalam isu itu sedangkan ia dipersetujui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tunggal DAP di Kedah, Lee Guan Aik dan parti Gerakan.

Bagaimanapun, akhbar melaporkan Gerakan dan DAP Kedah saling sokong-menyokong membantah dasar baru itu.

"Mengapa (pemimpin DAP) Selangor hendak datang sini (masuk campur), ini urusan Kedah dan biarlah kita selesaikan masalah kita... Jangan sibuk hal orang lain," katanya.

Beliau mengulas ugutan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP, Teng Chang Kim, yang menyokong jika Lee mahu meninggalkan PR dan menjadi pembangkang di Kedah jika Kerajaan Pas Kedah meneruskan dasar itu.

Teng dilaporkan berkata, ahli CEC DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, juga bersetuju jika Lee mahu bertindak demikian.

Azizan berkata, tindakan ugut-mengugut itu tidak akan menguntungkan kerajaan PR.

"Kalau di Selangor dan Perak pula Pas ugut untuk keluar (PR), apa mereka akan kata.

"Saya tidak suka orang ugut saya. Janganlah ugut, biar Kedah selesaikan masalah kita sendiri," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengeluarkan kertas putih mengenai dasar itu untuk memberi penjelasan kepada semua pihak.

Azizan sebelum ini dilaporkan berkata dasar itu diperkenalkan untuk memastikan Bumiputera yang membentuk 80 peratus daripada kira-kira dua juta penduduk Kedah tidak terpinggir daripada memiliki rumah mampu milik.

Sumber: Berita Harian On-line


Pendapat penulis tindakan MB Kedah adalah tindakan yang wajar, tegas dan berani untuk menaikan taraf hidup orang Melayu. Kawan amat menyokong keputusan tersebut. Beliau tidak akan rugi apa-apa sekiranya DAP keluar Pakatan Rakyat di Negeri Kedah. Sekali lagi TABIK SPRING untuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

4 Comments:

HANG LEKIR said...

Assalamualaikum,

Kebanyakan orang Melayu miskin,tak mampu membeli rumah

Rumah bermakna Tanah

Sia-sia namanya Semenanjung Tanah Melayu sekiranya orang Melayu tiada tanah di Negara Kesultanan Melayu sendiri

Tanpa Nama said...

Salam,

Janganlah sampai melayu merempat di Tanah sendiri. Perlu juga kita pertahankan juga apa yg kita miliki.

Ali Abdullah said...

Salam,

Kebanyakan pemaju perumahan lebih fokus untuk membina rumah-rumah yang dalam kategori mewah dan harga tinggi. Ini bukanlah sebenarnya disebabkan faktor atau kerana ada agenda perkauman tetapi lebih cenderung kepada keuntungan sahaja. Kita tahu, ramai pemaju hartanah dan kontraktor pembinaan kurang berminat untuk membina rumah yang berkos rendah, kerana keuntungannya tidak setanding rumah mewah.

Malangnya apabila dikaitkan dengan kemampuan, kaum yang lebih mampu untuk memilikinya adalah kaum-kaum cina kebanyakannya. Tidak bermaksud tiada bumiputra melayu yang mampu, tetapi jika ada bilangan mereka tidak ramai. Tambahan pula siapa yang sanggup tinggal dalam komuniti yang bukan dari kalangan kaum sendiri?

Inilah punca sebenarnya mengapa kalangan bumiputra yang kebanyakannya tersisih dari penempatan yang istimewa ini, kerana kita tidak mampu. Dan tidak mampu itulah penyumbang kepada tanah negeri kita terlepas sedikit demi sedikit dari tangan kita kepada kaum lain.

Tanpa Nama said...

Buat Lekir, saya tiada blog sendiri.Kemampuan saya hanya setakat ini iaitu memasuki blog orang lain dan menyeru kepada Islam **Taliban** adalah nama timangan saya. Pernah saya nak namakan seorang anak lelaki saya dengan nama Taliban tetapi isteri telah pilih terlebih dahulu nama Imanulhaq.
Buat jiro, bagaimana taliban dikatakan membunuh bangsanya sendiri kerana Taliban itu terdiri dari mujahidin serata dunia. Bicara biarlah ada hujah. Yang diperangi Taliban adalah musuh2 Islam tak kira munafik ataupun kafir, tak kira saudara ataupun sabangsa. 26 kali Rasulullah berperang, ada diantaranya sesama saudara atau sebangsa. Adakah Rasulullah zalim? Benar ada kanak2 dan wanita yang terbunuh. Firman Allah,Bukan kamu yang melemparkan tapi Aku yang melemparkan. Bukan kamu yang mematikan tapi Aku yang mematikan. Bagi yang berkeyakinan, mereka yang Islam itu mati dalam kebaikan. Mereka mati dalam keadaan syahid dan InsyaAllah, syurga ganjarannya.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online