Jumaat, 14 November 2008

BEWARE OF CAT SHIT !

Punyalah aku tersenyum apabila mendengar berita pukul 8 berkaitan dengan Dasar Baru Pemilikan Rumah orang Paih Kedah. Setelah dipujuk-pujuk, setelah didesak-desak, setelah dibincang-bincang maka akhirnya mengalah juga pejuang Melayu terakhir di dalam PAIh, tertewas sebelum mula berjuang ke!

Wahai pejuang, tekad tu kenalah betul-betul KEJAB dan PEJAL baru orang RESPEK.

Cihh, aku dah terpijak TAIK KUCING, tarik balik aku punya TABIK SPRING.

2 Comments:

Mohammad Roslan said...

ISU DAN MASALAH PEMILIKAN RUMAH KAUM BUMIPUTERA.

Keputusan Kerajaan Negeri Kedah menaikan kuota pemilikan rumah Bumiputera dari 30 peratus kepada 50 peratus telah menimbulkan berbagai-bagai nostalgia dan reaksi di Negara ini.Sebenarnya banyak pihak keliru tentang 30 peratus untuk pembeli bumiputera ini.Malahan ramai pemaju juga kurang faham tentang mengenai Sistem kuota pemilikan rumah untuk Bumiputera.Kerajaan perlu menjelaskan kembali bahawa 30 peratus adalah kuota minimum,maknanya jika jumlah 30 peratus sudah habis dijual pemaju masih boleh menjual kepada bumiputera lagi.Keadaan ini tidak berlaku dan dipraktikan sesetengah pemaju menyebabkan pembeli bumiputera tidak melepasi 30 peratus pemilikan rumah dibandar-bandar!.

Dengan permintaan yang melampau seperti Naib Presiden MCA ,dato'Liow Tiong Lai meminta kerajaan menghapuskan Syarat 30 peratus pemilikan Bumiputera dalam GLC kini Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr.Chua Soi Lek dalam blognya mempersoalkan kuota kerajaan 30 peratus pemilikan rumah bumiputera amat mengecewakan kaum Bumiputera khasnya orang Melayu.Mereka yang mempersoalkan mengikut gendang pemaju perumahan yang memalukan gendang mendakwa peruntukan 30 peratus kuota ini menimbulkan imlikasi pertumbuhan ekonomi dalam bidang hartanah di negara ini dengan berkata menimbulkan masalah dan merugikan mereka kerana mendakwa ia tidak dibeli oleh kaum bumiputera.Kerajaan-kerajaan Negeri sepatutnya menjalankan kajian dan siasatan perinci pertuduhan ini.

Mengikut Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA),Datuk Eddy Chen Lok Loi,masalah kegagalan menjual tanah lot bumiputera hanya berlaku di sesetengah tempat saja.Dan kes ini hanya melibatkan jenis perumahan tertentu sahaja seperti rumah pangsa atau pangsapuri.Menurut Chen,pembeli bumiputera lebih gemarkan kediaman yang mempunyai tanah dan masalah ini tida kaitan dengan harga kediaman.

Masalah dan Isu perumahan bumiputra di bandar timbul apabila berlakunya proses perbandaran dan perindustrian yang membawa ramai migrasi dari kampung ke Bandar.Kebanyakan migrasi ini adalah kaum Bumiputera yang berpendapatan rendah serta tidak mampu membeli atau menyewa rumah pada harga yang tinggi.Bagi mengatasinya,kerajaan telah mengambil langkah kuota Lot Bumiputera.Peraturan yang dikenalkan ini,adalah bertujuan untuk mengimbangi pengagihan dan pemilikan hartanah,terutama kediaman diantara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera.Di bawah peraturan ini ,pemaju hendakalah memeperuntukan sekurang-kurangnya 30 peratus dari jumlah keseluruhan pembangunan untuk bumiputera dan harga ditawarkan hendaklah diberi diskaun diantara 5% hingga 15% dari jumlah kos.

Faktor dan Isu yang mempengaruhi kaum Bumiputera yang ingin memiliki rumah:

1.Harga yang ditawarkan terlalu tinggi dan tidak mampu membeli.

2.Masalah mendapatkan pinjaman dan menyediakan wang deposit sebanyak 10 peratus.

3.Mengikut Presiden Persatuan Pembeli Rumah Malaysia Datk Zainuddin Bachik pihak pemaju mungkin menggunakan taktik pihak pemaju memberitahu pembeli bumiputera kononya semua unit sudah dijual dan pada masa sama memberi alasan kepada kerajaan Negeri bahawa ia gagal menjual unit berkenaan pada kaum bumiputera dengan membolehkan mengaut keuntungan dijual pada bukan bumiputera pada harga penuh.

4.Ada juga kes-kes kita rasa terkejut"apakah benar unit rumah yang mereka mampu miliki dengan begitu cepat sudah habis dijual"?.Apakah taktik pemaju yang tamak hingga mengenepikan peranannya dalam memupuk perpaduan kaum dalam projek perumahan mereka sengaja diabaikan.

5.Malah ada lokasi sudah dikhaskan awal-awal lagi oleh pemaju untuk golongan bumiputera ia itu rumah diluar fattur Fengsui atas tanah.Menurut kepercayaan masyarakat Cina antaranya ialah rumah di persimpangan tiga,berhampiran logi Rawatan Najis atau dekat dengan Pencawang Letrik.

6.Kedudukan rumah dan Lokasi dalam Taman tidak strategik seperti kemudahan sekolah dan tempat kerja yang jauh.

7.faktor majoriti kaum memberi kesan ke atas kaum Bumiputera.

Rumusan:

Desakan-desakan menghapuskan peruntukan khas Bumiputra dalam pemilikan rumah dibandar perlu diberhentikan segera.Permintaan -permintaan seperti ini boleh dianggap mencorotkan kaum bumiputera dalam arus kemajuan negera.Kerajaaan-kerajaan Negeri perlu mengambil alih semua kuota rumah pemilikan bumiputera dan menjual pada kaum bumiputera dengan diskaun yang ditetapkan.Kerajaan negeri jugaperlu memastikan kuota 30 peratus itu tidak hanya memempatkan penduduk bumiputera bandar di kawasan tercorot dan kurang maju.

Sekiranya Isu dan Masalah Pemilikan rumah kaum Bumiputera ini tidak diselesaikan segera "KAUM BUMIPUTRA KAHSNYA BANGSA MELAYU INI AKAN MENGALAMI NASIB SAMA SEPERTI BANGSA BUMIPUTERA "RED INDIAN"AMERIKA!.

Ali Abdullah said...

Salam mamak,

Agaknya ini adalah salah satu punca mengapa kaum imigran ni bersungguh-sungguh nak hapuskan hak keistimewaan bumiputra. Kita perlu sedar, kelantangan mereka berkaitan hak ini lama-kelamaan boleh menjadi satu usul bagi kaum ini untuk merealisasikan keinginan mereka melalui kuasa politik untuk memiliki lebih banyak kepentingan-kepentingan dalam negara.

Sekarang ini pun, melayu sudah lemah. Pemilikan tanah di kawasan komersial sebahagian besarnya dimiliki kaum cina. Di bandar, tak perlu dirungkaikan lagi. Mana dia monopoli dan penganiayaan orang melayu terhadap kaum lain seperti yang digembar-gemburkan? Siapa sebenarnya yang teraniaya?

Sedikit demi sedikit kita tersisih dari pusaka dan khazanah nenek moyang kita. Kini mereka hendakkan kuota pemerintahan pula. Sedangkan hak dan kuasa raja-raja diperkecilkan. Bagaimana kita hendak menyokong tindakan sebahagian orang melayu sendiri yang bekerjasama dengan mereka ini? Apakah kerana kita sudah terlalu makmur dengan kekayaan dan terlalu bebas dalam kesejahteraan?

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online