Isnin, 9 Mei 2011

Ulamak di Malaysia Hanya Mahu Mempertahankan Anwar???

Bila pembangkang yang diketuai oleh DS Anwar, secara terbuka menuduh DS Rosmah yang mengarahkan pembunuhan Alantunya dalam akhbar-akhbat milik pembangkang dan dalam siri-siri ceramah politik mereka... Ulamak pembangkang, mufti-mufti dan ulamak-ulamak yang dilihat berkecuali hanya diam menikus....

Bila pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk pemimpin-pemimpin Pas menuduh DS Najib ada hubungan intim dengan Alantunya, ulamak-ulamak ini juga hanya berpeluk tubuh.....

Jika Hj Hadi dan Nik Aziz berbuat demikian kita mungkin boleh merimanya kerana mata-mata mereka mungkin telah dikaburi dengan "laba" keuntungan politik..... Tetapi bagaimana pula dengan ulamak-ulamak yang lain? 


Mengapakah mereka tidak menghentikan fitnah-fitnah ini dengan meminta pihak pembangkang termasuklah Hj Hadi dan Nik Aziz untuk menghadirkan empat saksi!!! Jika tiada, mungkin bawakan bukti video mahupun sumpah mubahallah saksi mereka???

Yang mereka bawakan hanyalah sumpah berharga RM2.00 daripada "Bala" lelaki beragama Hindu yang bersumpah beliau mendengar dari sipulan bin sipulan akan berita tersebut!!!


Tetapi apabila ada bukti klip video lucah yang mengaitkan DS Anwar Ibrahim, ramai yang bangkit dan membela beliau.... Walaupun mereka sendiri dipercayai belum lagi menonton klip video berkenaan dan Anwar sendiri tidak pernah bersumpah menafikan beliau bukanlah lelaki dalam klip video berkenaan...

Inilah tingkah-laku mereka yang kononnya mahu memartabatkan Islam, yang mengatakan kononnya orang Umno/BN kafir, fasik dan lain-lain gelaran yang bobrok....

Ulamak perlu bangkit!!! Jangan biarkan golongan ini mempergunakan agama dengan "murah" demi kepentingan peribadi dan politik mereka!!!

Ingatlah anda para ulamak juga akan dibangkitkan pada hari akhirat kelak dan dipertanggung-jawabkan di atas ilmu yang anda miliki!!!!!
Posting asal klik sini.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online