Isnin, 5 April 2010

BERSATU:JIKA INGIN MELIHAT PKR TERSUNGKUR MENELAN TANAH DI BUMI HULU SELANGOR.

Pada 20hb. Oktober 1947 PUTERA - AMCJA melancarkan satu mogok yang terbesar dimana hampir seluruh Malaya telah kaku dan beku. Mungkin anak-anak muda sekarang tidak tahu apa itu Mogok Nasional tetapi cuma tahu Reformasi.

Dalam radio Malaya satu ucapan dari Gabenor General Malaya pada masa itu Mr.Malcolm MacDonald mengatakan:

"Benarkan saya bercakap sepatah dua, tentang masalah paling rumit di Malaya. Sesiapa yang berfikiran realistik tentu boleh melihat di mana letaknya kesukaran ini terutama antara masyarakat Melayu yang merupakan rakyat pribumi negara ini dan masyarakat Cina yang telah memainkan peranan yang luas dalam kemajuan Malaya,".

Orang-orang India yang konservatif telah menubuhkan Parti Kongress India atau MIC. Tokoh seperti mendiang Tun Sambathan tahu nasib kaum India di negara ini adalah di tangan orang Melayu maka inilah sebabnya MIC bersatu dengan orang Melayu dibawah UMNO pimpinan Tunku. Mereka menyerahkan jiwa dan raga mereka kepada UMNO menentukan nasib generasi akan datang dalam Parti Perikatan.

Mereka menjadi rakan kongsi selepas MCA bergabung dengan UMNO pada 1955 di mana telah bersetuju dengan satu formula yang mencatat sejarah didunia dengan persetujuan menerima kedudukan istimewa Melayu diganti dengan kewarganegaraan yang untuk orang-orang Cina yang berkelayakan dan dituruti dengan orang-orang India.

Dengan penyatuan inilah orang-orang Melayu dapat mengawal gerakan bersenjata MCP dan berani Menentang Malayan Union British.. Tidak lupa juga tuntutan MNP untuk jadikan malaya ini sebagai Indonesia Raya. Dengan Penyatuan ini juga KMM dan Parti komunis telah lenyap begitu saja dalam arus politik negara. Maka inilah sejarah Parti Perikatan atau Barisan Nasional yang sebenar.

Perkongsian kuasa politik diantara UMNO dan parti komponen yang lain di Semenanjung adalah 70% untuk UMNO dan 30% untuk bukan melayu. UMNO mengangap nisbah ini sangat adil dan sentiasa berpegang pada prinsip kalau kerbau dipegang pada tali orang Melayu tetap berpegang pada janji.

Maka, dengan semangat setiakawan dan berkongsi kuasa inilah yang menjurus kepada pembentuk Barisan Nasional yang begitu unik dan dipandang sebagai salah satu parti politik terbaik di dunia.

Walau pun kita rasa tidak selesa dengan calon MIC jikalau diletakan oleh pucuk pimpinanUMNO, tetapi demi semangat perkongsian kuasa dalam BN, maka kita perlulah terima dengan hati terbuka. Kita perlu yakinkan kaum bukan melayu di negara ini UMNO bukanlah tamak kuasa dan sentiasa bersedia berkongsi dengan mereka pada masa yang sukar atau senang. Kita perlu faham dan terima di dalam sesuatu pilihanraya calon kalah atau menang adalah permainan politik.

Pada PR2008 UMNO sebenar tidak kalah. Kebanyakan majoriti besar di kawasan pengundi Melayu, UMNO telah menang cuma di kawasan majoriti kecil pengundi Melayu, bukan Melayu telah menyokong parti pembangkang. Sebagai contoh di Hulu Selangor 52 % pengundi terdiri dari pengundi Melayu dan itu bukan advantage besar kepada UMNO kerana ada pengundi Pas dan Pengundi PKR. Maka disini UMNO juga perlukan sokongan pengundi bukan melayu sekiranya calon dari UMNO. Seperti mana pengundi Melayu UMNO perlu sokong (kalau)calon itu dari MIC.

Inilah dikatakan tolak ansur dalam Parti BN. Kita jangan merengek siapa calonnya. Pemimpin UMNO tahu siapa yang layak untuk dicalonkan. PR13 adalah cabaran yang terbesar kita perlu hadapi.

Kalah menang bagi BN di Hulu Selangor tak ada apa perubahan kerusi di parlimen tetapi bagi PKR ini adalah ujian paling getir yang perlu mereka harungi. PKR terutama ketua de factonya akan gunakan cara keji untuk mengapi-apikan pengundi Melayu disini dengan harapan pengundi Melayu terutama ahli UMNO akan sabotaj.

Saranan kepada pengundi UMNO di Hulu Selangor fikirlah yang terbaik untuk Barisan Nasional.

Sumber Mamak Penang.

KOMENTAR PENULIS;

BENAR MAMAK, TUAH SETUJU, BN PERLU TERUS BERSATU, PERLU TERUS MENYUBORKAN SEMANGAT SETIAKAWAN DAN PERKONGSIAN KUASA JIKA INGIN MELIHAT PKR JATUH TERSUNGKUR MENYEMBAH BUMI DI HULU SELANGOR.

YEAHHHH..KITA GEMPOR..KITA KASIK PKR TELAN TANAH HULU SELANGOR...KEH..KEH..KEH..!!

12 Comments:

Yb Raz said...

uikk jangan ler bagi depa makan tanah. rugi ler tanah selangor..dah ler khalid gagap banyak makan pasir sungai kekekeke

Tanpa Nama said...

Itu lah UMNO tak habis2 dgn sikap TAKBUR dan SOMBONG...adakah dia nak bagi PKR makan tanah?...kita lihat siapa yang bukan saja makan tanah, tapi terus ditimbun oleh tanah nanti!!

Lihat lah betapa baculnya UMNO bila kawasan yg majoritinya Melayu nak serah bulat2 pd India...kalaulah pembangkang buat mcm tu dah tentu kena maki, kutuk dan kata melayu pembangkang jual tanah melayu pd India sendiri...tapi dia sendiri yg buat, maka semuanya halal...

teruk UMNO ni..

YANG GAMBI said...

Salam Abang Tuah,

Kawan setuju dgn artikel tuan ini...

Kekadang kita kena juga berfikir, khususnya penyokong-penyokong UMNO, apakah UMNO hanya mahu mencapai kemenangan di P94 saja ?

Tidakkah UMNO akan menghadapi p/raya yg paling besar di PRU13.... UMNO memerlukan sokongan serta kesetiaan parti-parti komponen dlm BN untuk menerajui kerajaan, bagaimanakah kalau parti-parti dlm BN yg mewakili kaum-kaum bukan Melayu sudah tidak yakin pada UMNO ?

Kawan rasa sikap tamak, perlu dihindarkan dlm PRK P94.... renungilah... waima siapa saja yg dipilih, sikap setia kawan perlu kita pegang dan hurmati....

Itu hanya pandangan kawan, kalau boleh diterima sahabat-sahabat semua yg cintakan UMNO...

Tai said...

Ya betul. Jika nak menang, kena bersatu-padu. Tak kiralah siapa calon yang dipilih.

Hang Jebat said...

salam ....

KEH .. KEH.. KEH UMNO DAH GILA MEROYAN NAK MENANG DI HULU SELANGOR. YANG PALING LUCUNYA JAWAPAN DARI MENTERI UMNO TENTANG DURIAN RUNTUH YANG MENCURAH - CURAH DITURUNKAN DI HULU SELANGOR MERUPAKAN SECARA KEBETULAN SAHAJA BUKANNYA GULA- GULA PILIHANRAYA. HANYA RAKYAT YANG AKAL KURANGNYA YANG BOLEH KENA TIPU. BETUL TAK ABG TUAH.

satu lagi kenapalah PM kita cipta slogan 1 Malaysia, sebutannya hampir ada persamaan dengan 1 Israel. Mungkin juga secara kebetulan kok...

sekian

Mohammad Roslan said...

Salam Hang Jebat,
Apa ada pada NAMA?..cuba hang pikiaq..1 Malaysia ke? 1 Israel kah? atau One Nation, One Singapore kah? atau Bangsa MalAysia kah?. Malaysian Malaysia kah?. Middle malaysia kah?. Slongan ini semua Sebenarnya tak penting tetapi yang penting adalah inti-pati atau penghayatan dan pelaksanaan yang amat penting. Secara rasional apakah satu Malaysia ini manfaat pada negara dan rakyat?. Itu yang penting. kerana kita pembangkang jangan jadi ketam bangkang. Kalau boleh manfaat 1 Malaysia ini tidak ada salahnya siapa yang kita ikut. banyak juga tiori kita dan seluruh dunia ikut Yahudi ini. Yahudi ini ada dua jenis Hang Jebat...Nabi-Nabi terdahulu memang dari bangsa Yahudi, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa adalah orang yahudi juga ..kita tak benci. Kita tak benci orang Yahudi tapi kita benci ialah fahaman Zionis. Tahu apa itu Zionis dan Yahudi?. Kita perlu benci adalah pertubuhan Zionis antara bangsa. Siapa golongan ini?.Dajal esok wujud dalam kalangan ini.

Saudara, ikutkan Nama Hang Jebat adalah nama simbolik untuk penderhaka kesultanan Melayu...hahaha. Tetapi ramai yang letak nama ini untuk anak-anak mereka. Dulu kapal Frigate Tentera laut ada juga diletak nama Kapal DiRaja Hang Jebat. Selepas kapal DiRaja Hang Tuah. Tetapi apabila kapal ini bawa dari UK...dalam perjalanan ia terbakar...apa orang dalam KEMENTAH kata, "itulah kapal itu nama kapal orang derhaka".Jadi TLDM pun tukar nama jadi Kapal Di Raja RAHMAT atau KD Rahmat. Lepas tukar nama kapal itu terus rosak dan tidak beroperasi sehingga berpuluh tahun. Membaikinya KD Rahmat ini menelan belaja beratus juta....hahaha..."Apa ada pada Nama", wahai Jebat?.

Hang Jebat said...

salam ...

Abg Mamak Penang :

Biar hamba jawab soalan kekanda ;

(Apa ada pada NAMA?..)

Jangan terburu nafsu kekanda, dalam konteks Islam NAMA merupakan salah satu perkara yang mesti diutamakan. Banyak perkara yang memberi kesan pada nama. anak yang baru dilahirkan dipilih dari nama yang baik - baik kerana panggilan terhadapnya adalah doa.

kata - kata kekanda mamak penang :

(Kalau boleh manfaat 1 Malaysia ini tidak ada salahnya siapa yang kita ikut. banyak juga tiori kita dan seluruh dunia ikut Yahudi ini. Yahudi ini ada dua jenis Hang Jebat...Nabi-Nabi terdahulu memang dari bangsa Yahudi, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa adalah orang yahudi juga ..kita tak benci. Kita tak benci orang Yahudi tapi kita benci ialah fahaman Zionis. Tahu apa itu Zionis dan Yahudi?. Kita perlu benci adalah pertubuhan Zionis antara bangsa. Siapa golongan ini?.Dajal esok wujud dalam kalangan ini.)

Ulasan aku pula :

Kekanda telah mengesahkan bahawa 1 Malaysia adalah hasil ciplak 1 Israel dan banyak teori yang umno gunakan ialah dari Yahudi.

Kekanda mamak penang jangan terburu nafsu dalam membuat kenyataan ditakutkannya iannya jadi nista dan dusta berlaka :
renungilah apa yang hamba katakan :

Kata ulama bahwa daripada 25 para rasul, hanya 5 orang sahaja yang berbangsa Arab, iaitulah seperti Nabi Soleh a.s., Nabi Syuib a.s., Nabi Hud a.s., Nabi Muhammad s.a.w. dan beberapa nama lagi; dan selebihnya adalah dikalangan Bani Israel. Inilah maksudNya “...melebihkan kamu semua di atas sekelian makhluk di atas mukabumi”, yakni Bani Israel beruntung kerana kebanyakan para rasul dilantik dikalangan mereka.

Tetapi Bani Israel inilah yang akhirnya menjadi bangsa yahudi (yang akan diceritakan nanti sejarahnya bagaimana mereka boleh digelar dengan gelaran yahudi) yakni satu kumpulan manusia (tidak termasuk para rasul/nabi mereka) yang tidak tahu langsung berterima kasih dan bersyukur kepada ALLAH SWT, sedangkan ALLAH SWT telah mengurniakan kepada mereka nikmat yang tidak putus-putus.


Firman Allah Taala yang bermaksud :
"Sesungguhnya kami telah mengambil perjanjian dari bani Israil,dan telah kami utus kepada mereka para rasul.Tetapi setiap datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, (maka)sebahagian dari para rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka bunuh". (al-Maidah : 70)

Akhir sekali , Sebab itulah umno tak berani menjalankan undang - undang Islam kerana menggunakan teori Yahudi.

sekian

Mohammad Roslan said...

Salam adida yang dihormati Hang Jebat.
" Wahai sekalian orang-orang beriman, jauhilah sebahagian banyak dari prasangka itu, sebab sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa." al-Hujarat:12

Jebat, sebenarnya dalam Islam tidaklah diberatkan tentang nama ini. Cuma orang-orang Melayu menitik beratkan sangat nama ini. Pergilah merantau keluar negara kalau seseorang dari kafir memeluk Islam tidak perlu tukar namanya. Cuma rasulullah s.a.w bersabda panggillah nama-nama anak kamu dengan didahului oleh nama bapanya. Cuma di negara ini perlu tukar nama apabila orang bukan Islam memeluk Islam. Sahabat-sahabat nabi tidak pernah tukar nama apabila memeluk Islam. Nama yang kita gunakan adalah nama Arab membawa pengertian yang indah. Ada juga orang Melayu dulu suka dengan nama wati apa ertinya?. Kebudayaan Arab dan Islam adalah berbeza. Seperti juga kebudayaan Melayu dan Islam. Orang Melayu sebenar suka orang ikut mereka. Maka itulah sebabnya Baju Melayu sudah menjadi tradisi Islam sini. Maka kemungkinan besar Jebat tersasar pengertian. Adakah nama indah Islam apabila si Muniandi memeluk Islam menjadi Rahmat Muniandi. Muniandi itu tokong dia...jadi kita rahmatkan tokong dia dulu. Hahahaha!.Lawakkan. asttaga.

Tentang yang katakan Yahudi tak ada dalam kitab jebat cuma panggilan untuk kaum Israel Bukharan pada kurun 16 di Asia Tengah. Mereka gunakan bahasa parsi bukan hebrew.Oleh kerana kita orang Asia senang dengan perkataan yahudi itu.

Yang katakan bani israel:
Bani Israel bermaksud keturunan Israel. Asal usul perkataan dan istilah Israel ini ialah dari gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakub (a.s). Istilah Israel mengikut bahasa Ibrani bermaksud 'orang yang berjalan di malam hari'. Hal ini kerana baginda selalu mengembara dengan memulakan perjalanannya pada waktu malam manakala pada hari siangnya baginda menghabiskan masa dengan berehat dan membuat persediaan untuk perjalanan berikutnya pada waktu malam. Begitulah asal-usul nama Israel itu. Kaum Bani Israel ini berasal daripada anak-anak nabi Yaakub (a.s) seramai 12 orang ini yang turut dikenali dengan gelaran 'Al-Asbaath'. Antara anak-anak baginda, ada antaranya yang diangkat menjadi Rasul seperti Nabi Yusof (a.s) yang meneruskan apa yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim kepada datuk baginda, Nabi Ishak a.s., bapa baginda, Nabi Yaakub dan akhirnya baginda sendiri yang dipilih Allah untuk meneruskan Syariat Allah dimuka bumi ini.
Terdapat ramai rasul-rasul yang terkemuka diutuskan dalam kalangan Kaum Bani Israel ini seperti Nabi Ayyub, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Zulkifli, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ilyas, Nabi Ilyasa, Nabi Yunus, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan Allah kepada kaum ini sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan kepada seluruh umat manusia dimuka bumi Allah ini.

Mamak penang sebenarnya bukanlah seorang ulama atau pun cerdik pandai dalam hal agama. Mamak orang biasa dan fahaman ini pun seperti pemikiran yang paling rendah mengenai agama. Mamak Minta maaf kalau lah pendirian saya tidak betul atau tersalah...mungkin kalau jebat mengaitkan hadis-hadis hasan boleh Mamak Terima pendapat Jebat dan perbetulkan kesalahan. Takut yang cakap lebih berdosa dari yang mendengar. Harap maaf ya.Wassalam.

Tanpa Nama said...

yeeaaahhhh... Melayu Hulu Selangor akan dpt wakil rakyat MIC, bestnya...
Boleh lah rasmikan surau2 dan masjid2 baru di sana, tolong bacakan doa lagi...
pas ni mereka akan buat sembahyang hajat di surau2 dan masjid2, mendoakan kemenangan Calon pilihan pemimpin mereka...
untuk warga melayu Hulu Selangor yang tidak dpt ke surau2 + masjid2, mereka diminta melakukan di rumah...
nanti dah menang, sama2 sembelih Qurban... hahaha...
seronok jugak ya tengok juak2 melayu Hulu Selangor tu berjuang bermati2an utk MIC...
Hidup Melayu Hulu Selangor.... bravo....

Mohammad Roslan said...

Salam,Tanpa nama ini jadi ajen mengadu- domba orang Melayu dengan India ke?. Apa jenis spesislah engkau ini?. Yang Pakatan Rakyat puja LGE, LKS, Karpal, Santiago Melayu kah?. Menteri Besar Selangor Khaled Ibrahim nak buat kandang babi terbesar dunia di Selangor apa hal?. Yang bertanding di Hulu Selangor adalah Parti Barisan Nasional. Parti UMNO tak bertanding di Pilihanraya. Tanpa nama dari mana?. Spesis Alien kah?. Tak faham Politik jangan dok kata macam-macam. Barison Nasional bukan berpegang kepada rasis yang rasis ini Tanpa Nama. BN untuk semua tak kira dia Melayu, Cina, India atau orang Pribumi Sabah dan Sarawak. Kalau Tanpa nama rasa Orang Melayu saja boleh bertanding kenapa tak usulkan kepada parti DAP atau Pakatan Rakyat. Parti Pas kononnya parti Islam dan Pemimpinya 100% Melayu pun letak calon bukan Melayu dan Bukan Islam di Negeri Johor pada PR2008. Mentaliti Tanpa Nama ini mentalnya tanpa Oksijen kot?.

penjejak awan said...

Adakah pengundi India sudah kembali kepada MIC,jangan nanti org melayu yg lebih2 tp org India masih bersama pembangkang.

Tanpa Nama said...

berhati-hati...puak 'sana' dah ada bekalan modal untuk memecahkan undi kaum melayu... salah bloggers puak 'sini' jugak...emosi sangat...

oleh itu 'BERSATULAH JIKA INGIN MELIHAT PUAK 'SANA' TERSUNGKUR DI HULU SELANGOR

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online