Jumaat, 12 Februari 2010

IRONBONE VS NASHA, HASSAN DAN HARON DIN.

 

'Tulang besi' adu salahlaku pemimpin PAS

Seorang penulis blog yang juga ahli PAS mengemukakan aduan kepada ibupejabat PAS hari ini terhadap tiga pemimpin kanan PAS berhubung isu 'bai'ah ta'lik', isu kalimah Allah, kerajaan perpaduan dan pelanggaran usul muktamar PAS.

Tiga pemimpin PAS yang dinamakan dalam aduan tersebut ialah timbalan presiden, Nasaruddin Mat Isa; timbalan mursyidul am, Datuk Dr Haron Din dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Penulis blog tersebut, Abdul Rahman Abdul Talib yang lebih dikenali sebagai 'Tulang Besi' menggariskan empat empat terhadap mereka, dengan mendakwa:

1. Dr Hasan dan Nasaruddin telah mendedahkan rahsia parti berkaitan 'bai'ah ta'lik' kepada penulis blog di kediaman pesuruhjaya PAS Selangor itu.

2. Ahli majlis syura ulama PAS telah meluluskan kertas kerja tulisan Dr Haron bertajuk 'Tahaluf Siyasi: Pasca 2008" yang telah membawa kepada perjumpaan-perjumpaan gelap dengan Umno yang juga telah menyebabkan perpecahan dalam PAS.

3. Dr Haron melanggar keputusan serta pendirian rasmi PAS dalam isu 'kalimah Allah' dengan menghadiri sebuah forum yang dirasmikan oleh ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

4. Dr Hasan telah menyebarkan fitnah dan penipuan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, justeru melanggar usul muktamar PAS di Shah Alam dan Ipoh. SINI.

DAH TAK TENTU ARAH DAH PAS DAN BLOGGERNYA. ITULAH DULU ASHIK HENTAM UMNO..POLIS..KERAJAAN. SEKARANG OTAK DAH TERBALIK, TERHENTAM PULA PEMIMPIN-PEMIMPIN SENDIRI.

BAGUIHLAH TU..HOBIN JANG HOBIN..SONANGLAH SIKIT KOJO EDEN…

KAH KAH KAH …!!!

LIPUTAN HANGAT DARI BLOGGER PRO PAKATAN JUGA BOLEH DI BACA DISINI DAN SINI.

14 Comments:

Tanpa Nama said...

TulangBesi..!! Memang terlebih cerdik.???

Arif Omar said...

kita lihat tarian pas lepas ini. tarioan gelek ke, tarian bebas macam dap ke atau tarian liwat seperti dsai ke. nak tengok juga penyelesaian cara islam pas.

baiah, wala.(*&^%$#$()(*&^

Tanpa Nama said...

"Tulang Besi" dah berkarat.

Tanpa Nama said...

Perkara ni dah basi dah..tapi UMNO hangatkan balik isu ni..tiada apa2 pun...Pas tetap stabil dan isu momokan terhdp Pas sebenarnya memberi promosi percuma pd Pas....Pas adalah parti yang utuh dan kuat..tak terusik pun dgn isu sebesar nyamuk ni....Kok ye pun UMNO dan BN pun apa kurangnya...bergasak jugak....

Tanpa Nama said...

lagi-lagi UMNO..ni ha..disertakan link ke LIPUTAN KHAS dari blogger Pro Pakatan.

http://perisik-rakyat.com/2010/02/tulang-besi-lapor-salahlaku-pimpinan.html

http://perisik-rakyat.com/2010/02/tulang-besi-laporan-rasmi-atas-dasar.html

Tanpa Nama said...

Puak2 Parti Ajaran Sesat memang tak boleh orang lain komen pasal pemimpin dia. Memang diaorang tak pecaya. Kalau tentang UMNO memang dialah orang pertama yang cerca.

Nilah perangai Pas yang tak berubah sampai kiamat.

Biarkan Pas jadi gila sediri kerana kerenah puak2 pemimpin mereka.

Tanpa Nama said...

UMNO memang dilahirkan utk membodohkan org...pemimpin mereka cakap tek serupa bikin, media2 pengampu mereka tak habis2 membohongi rakyat, namun rakyat makin cerdik dan buat tak tahu jer pd mereka...UMNO kaya dgn slogan itu, ini..namun kehidupn makin terhimpit...ppemimpin mereka terus kaya raya dan kita hidup makin terhimpit...merekalah yg tamak kuasa..mrk takut kehilangan kuasa, bermakna kemewahan mrk akan berakhir...UMNO memang mementingkan rasuah, projek, saham, tanah, balak, galian, dan sbgnya...sedarlah wahai rakyat..jgn tertipu dgn propaganda dan dakyah UMNO/BN..tukar mereka pd PRU 13..spy kehidupan kita lbh beerti

AntiHipokrit said...

Tulang besi memang dah gila. Dia sorang je betul. Engineer takde kerja ni memang babi sungguh.

Jo said...

Bodohnya puak-puak PAs sesat ni...bini pon dijadikan taruhan "taklik" ...menghina wanita....islam mengangkat wanita.
lepas itu member sendiri buat aduan..UMNO pulak yang salah...tu le pakai sorban..sembahayang banyak..tapi tak takut dosa fitnah..ibadat yang dibuat bukan kerana allah tetapi politik je...tayang je..

Tanpa Nama said...

biar dia meroyan, bukan pemimpinnya saje ahlinya pun dah kena bala kerana sumpah Tok Guru. Inilah parti ajaran sesat yang tak tahu dosa atau pahala untuk survival politik parti mereka. Pemimpin pas yang bercakap untuk kepentingan dan kemulian Islam pun dia bantai demi untuk parti mereka.

Tanpa Nama said...

Sabtu, 2010 Februari 13
SANG MUSA IGP BODOH LETAK JAWATAN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan menyerbu rumah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan menemui sejumlah wang dengan nilai yang amat besar.

Mengikut Malaysia Today, serbuan itu diketuai seorang pegawai tinggi SPRM Negeri Sembilan pada Ahad dan SPRM kemudian mengambil keterangan Musa selama tiga jam.

"Musa memberitahu SPRM bahawa dia akan meletakkan jawatan pada bulan depan, bahkan sudah pun menyerahkan surat peletakan jawatannya.


"Dia kemudiannya merayu kepada SPRM supaya membiarkannya 'bersara dengan aman'," kata laman web terkemuka itu.

Menurut laman web itu, ramai pegawai polis di seluruh negara mengetahui berita itu dan kebanyakan mereka menggelar Musa sebagai 'IGP Bodoh'.

AbgTuah said...

PADA SEMUA PENGUNJUNG, TUAH UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DIATAS KESUDIAN ANDA MELUANGKAN MASA MEMBACA DAN MENGKOMEN DIBLOG TUAH.

KOMEN DAN PENDAPAT ANDA SEMUA AMAT-AMAT TUAH HARGAI..WALAU MUNGKIN KITA BERBEZA DARI SEGI IDEOLOGI DAN PENDAPAT.

Tanpa Nama said...

Mungkin nampak pelik, tetapi penyokong PAS bukan seperti penyokong UMNO, yang menyokong membuta tuli, lurus bendul ikut pemimpin yang korup. Penyokong PAS mempunyai prinsip mana yang betul, OK, mana yang salah harus ditegur, dilaporkan dan perlu dikenakan tindakan. Dengan cara inilah kita dapat memastikan hanya pemimpin yang betul-betul layak dan berkualiti akan mara memperjuangkan hak ahli, penyokong dan rakyat.

Ini seharusnya dijadikan panduan dan ikutan oleh penyokong UMNO. Janganlah hanya Ku Li berada di pentas pembangkang, maka kecoh nak bawa ke lembaga disiplin parti. Memang beliau layak memberi penerangan sebenar kerana beliaulah yang terlibat secara langsung ketika perjanjian royalti itu dibuat. Malah saya sungguh terharu Ku Li sanggup mengorbankan maruah dan imejnya di mata penyokong UMNO hanya kerana berpegang pada amanah Tun Razak, berkaitan pemberian royalti untuk kemajuan negeri pantai timur. Ini menunjukkan kematangan Ku Li dalam berpolitik. Malah memang selayaknya Ku Li yang menjadi PM bukannya Tun Mahathir yang penuh dengan tipu muslihat untuk menghalang Ku Li memegang tampok pemerintahan negara. Sila rujuk kembali peristiwa silam UMNO.

Tamingsari said...

EH! Macam mana bpleh jadi mcm ne. Pas kan parti islam yg sempurna? Mentadbir ikut Al-Quraan dan Sunnah.

Harun Din tu ulamak. Ikut je kata2 ulamak. Hairan! macam mana dalam parti islam boleh gaduh berat. Buat majlis doa dan solat hajat kasi jatuh sama dia orang. Aku tak berani komen tentang Tangan Besi sebab urat saraf dia tentu dari dawai. Air mata dia ball bearing. Orang atasan Pas mesti menggigil
bila dia buat laporan.

Nasib koranglah Pas. Hentamlah labu...

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online