Ahad, 28 Februari 2010

BYE..BYE..PKR AND PAS

 

77 ahli PKR, Pas masuk UMNO

PERMATANG PAUH 27 Feb. - Seramai 77 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti menyertai UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada kedua-dua parti berkenaan.

Borang keahlian UMNO diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Hassan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Naib Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan.

Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dalam ucapannya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan PKR.

''Kami sudah bosan dengan pertelingkahan dan percanggahan dalam PKR," katanya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Guar Jering, di sini hari ini.

Bekas Bendahari PKR cawangan Gaur Jering, Hesabudin Md. Isa pula berkata, kepincangan dalam parti pembangkang disebabkan sikap pemimpinnya yang hanya pandai berjanji.

utusan

KALAU TAK BERJUTA PUN..DAH BERIBU-RIBU PENYOKONG YANG MENINGGALKAN PARTAI PKR DAN PAS UNTUK MENYATAKAN SOKONGAN MEREKA KEPADA UMNO.

MEREKA-MEREKA INI TELAH SEDAR DAN TELAH KEMBALI KE PANGKAL JALAN IAITU KE JALAN YANG BENAR UNTUK BERJIHAD DEMI MEMPERTAHANKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

MEREKA SEDAR BAHAWA SELAMA INI PERJUANGAN MEREKA BERSAMA PARTAI PAKATAN RANAP HANYALAH SIA-SIA BELAKA…MEMBUANG MASA AJE…!!

SYABAS KEPADA ANDA SEMUA KERANA MEMPUNYAI KEKUATAN UNTUK MENINGGALKAN KEBATILAN DAN BERIHTIZAM UNTUK KEMBALI BERJUANG DI ATAS LANDASAN YANG BENAR.

ALLAH HU AKBAR..!!

6 Comments:

YANG GAMBI said...

Salam Abang Tuah,

Kalau manusia yg beriman, sentiasa melihat kepada kebenaran, maka mereka ini akan nampak setiap kepincangan serta kemungkaran kepimpinan PKR dan PAS yg telah lari dari landasan perjuangan sebenar....

Kawan yakin, PKR dan PAS akan ditinggalkan oleh Melayu-Melayu Islam yang tidak jumud pemikirannya....

ISAC said...

Salam,

Betul YG, jika mereka adalah Melayu yang Islam, Ikhlas lagi waras PKR & Pas haruslah dijauhi...

cucukerinci said...

kalo mcm tu PRU13 tiada lagi le PAS dan PKR.....betulke????

labu labi said...

Salam Bang,Ini lah yang dikatakan pengundi atas pagar yang ditakuti olih pas dan pkr masih ramai lagi yang akan berbuat demikian muking sebelum PRU 13 PKR akan dibubarkan pas undi melayu berkurangan kebanyakan org melayu mula sedar akan permaianan politik sepanjang tahun tak buat kerja pun.

Tanpa Nama said...

Ala biasa lah tu..masuk parti keluar parti..UMNO/BN pun cam tu jugak...ada yg keluar dan ada yg masuk..ini semua psikologi jer parti lawan jer...habis, yg maasuk Pas dan PKR dan DAP dari parti UMNO/BN hari-hari, engko tak tahu kah?..kalau engko tak tahu, elok lah tu..jadi katak bawah tempurung...bahagian atas nampak teguh, tapi di bawah habis terburai...

Yang masuk UMNO dr bekas ahli Pas dan PKR itu biasalah...diorang yg masuk parti UMNO, parti asal mrk tak lingkup pun, malah makin mantap pulak...dan org2 mcm ni elok sgt berambus ke lubuk taik UMNO...org mcm ni memang sesuai duduk dlm UMNO krn mrk dlm parti asal lbh menyusahkan...mrk masuk UMNO tak ada nilai apa2 pun...rubbish!!!

Dan menjelang PRU 13 nanti pun pasti ramai lg yg jd KATAK...pasti punya..UMNO akan berbuat apa saja utk KEKALKAN KUASA krn mereka adlah spesis TAMAK KUASA...bye..bye UMNO....

Tanpa Nama said...

Yang aku panas hati ialah bila ada pihak yang menghalalkan puak kafir merujuk Allah sebagai tuhan mereka....
-Atas paga-

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online