Isnin, 2 November 2009

LAGI-LAGI SENTIMEN TUAN DAN HAMBA KA..?


ADA JUGA DUA TIGA KERAT MELAYU TAK SEDAR DIRI SUKA MEMPOLITIKKAN ISU HAK BUMIPUTRA


Menyanggah Jui Meng

BEKAS Menteri kesihatan, Chua Jui Meng menyatakan bahawa beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana parti itu menolak konsep ketuanan Melayu. Beliau juga menganggap ketuanan Melayu yang dikaitkan dengan UMNO menjadikan kaum-kaum lain sebagai hamba.

Jui Meng menyatakan demikian ketika berucap pada majlis makan malam PKR Sabah, yang kini menghadapi perpecahan ekoran peletakan jawatan Naib Presiden, Jeffrey Kitingan dan Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew.

Dalam Awang cuba mendidik diri untuk berpegang kepada gagasan 1 Malaysia, ia tidak bermakna Awang tidak boleh menyanggah pandangan beliau.

Awang tidak faham mengapa ketuanan Melayu yang tidak lagi dilaung-laungkan oleh orang Melayu kebelakangan ini, mahu dijadikan isu oleh Jui Meng.

Sudah banyak kali diperjelaskan bahawa ketuanan Melayu bukan mahu menjadikan Melayu tuan dan bukan Melayu sebagai hamba. Sebaliknya ketuanan Melayu adalah simbol dan bermaksud kedudukan Sultan-sultan Melayu sebagai tonggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, istiadat Melayu dan bahasa Melayu. Ketuanan Melayu adalah berpaksikan kepada perlembagaan negara.

Awang tidak percaya Jui Meng yang pernah menjadi menteri begitu dangkal dan buta sejarah. Nampaknya beliau yang bersikap rasis dan menjadi oportunis kaum. Apakah itu juga bermakna beliau menolak kedudukan raja-raja dan menyokong usaha ke arah menjadikan Malaysia negara republik?

Selama ini pun, ketuanan Melayu tidak pernah menindas kaum lain apatah lagi menjadikan kaum lain sebagai hamba. Malah rasanya tiada dalam dunia, kaum majoriti atau teras menjadi pelindung terbaik kepada kaum minoriti sejak sebelum merdeka lagi, melainkan kaum Melayu. Sehingga hari ini kaum Cina terus menguasai ekonomi dan kekayaan negara. Kaum itu yang sudah lama mewarisi budaya perniagaan dan mendapat kelebihan daripada strategi penjajah menempatkan mereka di bandar-bandar, mempunyai paling banyak aset dan wang simpanan di bank-bank. Bandar-bandar dan pekan di seluruh negara dikuasai oleh kaum Cina sementara kaum Melayu dan parti Melayu seperti UMNO tidak pernah bertindak merampas kekayaan sebagaimana berlaku di Zimbabwe. Senarai teratas orang terkaya di Malaysia yang sebahagiannya mendapat bisnes monopoli daripada pemimpin Melayu, juga adalah usahawan bukan Melayu. Peniaga kedai Cina di kampung-kampung Melayu misalnya sejak dulu bebas berniaga dengan mendapat sokongan Melayu tanpa diganggu. Itulah kemurahan hati Melayu yang diakui ramai pengkaji budaya antarabangsa sebagai kaum paling baik hati.

Akibat kemurahan hati itulah, yang sebenarnya menjadi tuan di negara ini adalah bukan Melayu. Pelancong, diplomat dan buruh asing pun tahu hakikat itu cuma Jui Meng yang mahu menafikannya. Kalau begitu, apa makna menjadi warganegara?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm


KOMEN PENULIS;

BEKAS MENTERI KESIHATAN, CHUA JUI MENG NI TAK PERNAH MERASA PUAS DAN BERSYUKOR AGAKNYA. JAWATAN MENTERI PUN PERNAH DI PEGANGNYA MASIH MENGATAKAN MELAYU NI TUAN DAN DIA PULA HAMBA…?

KENAPA SUKA MAIN SENTIMEN SENSITIF NI ? APAKAH UNTUK MENGEKAL AGAR IANYA SENTIASA MENJADI BAHAN YANG SENTIASA HANGAT DAN PANAS ?

PENULIS HARAP JANGAN SAMPAI MENDIDIH DAH LAH...!!!

8 Comments:

C L J said...

Jui Meng sebenarnya silap cakap tetapi silapnya itu menyerlahkan dirinya sebenar yang memang chauvanis.

hilbert said...

Salam AbgTuah,

yang saya hairan tentang tuduhan Jui Meng itu ialah mengapa hanya setelah dia tidak dengan BN terus keluar kenyataan seperti itu, cuba dia fikir..jika benar dia jujur..maka dia boleh bawa berbincang dengan rakan-rakan lain mengenai perkara itu ketika masih sama-sama berada didalam satu gabungan...apa perlunya dia memperjuang hak kaum dia selepas tidak lagi berada dengan BN.... apalah bodoh sangat Jui Meng itu...

Pewaris Melayu said...

Salam Saudara, mohon jasa baik tuan untuk me-link kan blog saya di blog tuan hamba. pautan blog anda telah saya letak di blog saya. TQ

Tai said...

Inilah dia cina bodoh. Dahlah cina ni bodoh tak sedaq diri, disokong pulak oleh melayu yang bodoh yang nak gadai maruah, bangsa dan negara dia. Susah ni.

Tanpa Nama said...

SLM BRO..KALAU NAK DI BANDINGKAN ANTARA SI JUI MENG, TEE KIAT ATAU SOI LEK MCM LANGIT DGN BUMI..JUI MING MMG RASIS SBB KECEWA KENE SEPAK KLUAR, TEE KIAT MUKE TEMBOK TAK TAU MALU MANAKALA SOI LEK ADALAH PELAKON BIRU YG BARU NAK MENINGKAT NAIK TAPI JATUH TERDUDUK..MMG JAUH BEZA LAH!..TAPI MASING2 ADALAH DARI KUMPULAN TERDESAK HEHEH

Tanpa Nama said...

tu bukan chauvanis... TAPI KOOOMUUNIIISSSS

kuntakinte said...

salam, sudahnya pemain politik di Malaya ni samanya perangainya mungkin sebab terlalu mewah makan berbagai2 makanan yang terdapat di Malaya ni....tak kira Melayu ke, Cina macam Jui meng ke atau kerling..sama je ragam nya.

Semasa berkuasa semua betul...semua okey..dah tak berkuasa malah di tolak tersembam muka jatuh pulak atas taik babi muka tu...baru lah semua tak betul...

Ada juga dulu dalam UMNO semua cantekk, lepas tu keluar UMNO, semua tak betul...lepas tu pulak masuk balik UMNO....dah baik balik UMNO....

Jadi maknanya memang benar kata2 politiciant US, negara kita ramai politiciant cicak korbeng macam ANWar, Ni A Jis, Zaid, Jui Meng, Ni A jar, Khalid gagap, Ezam, Nalla karupan, Gobalakrishnan ishhh... ramai lagi tak tersenaraikan...

ISAC said...

Dah ikut parti sesumpah, kenalah ikut boss dia....Amik advantage lah tu....Dan membodek sekali....

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online