Rabu, 11 November 2009

KALAU DAH FINATIK APA PUN BOLEH.?


Bai'ah tidak dibenarkan dalam syarak

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Bai'ah yang mentaklikkan isteri dengan talak tiga atas sebab politik seperti yang dilakukan oleh Pas tidak dibenarkan dalam syarak.

Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, bai'ah seumpama itu amat tidak munasabah selain melanggar etika dan moral kehidupan seorang Islam.

Ujarnya, setiap perkara berkaitan taklik atau talak sepatutnya hanya menyentuh soal kekeluargaan dan ia tidak seharusnya dikaitkan dengan perkara lain termasuk politik.

''Syarak tidak membenarkan kita berbai'ah dengan cara begini kerana perbuatan ini amat bertentangan dengan moral dan etika,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khamis lalu, Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad telah mengesahkan wujudnya amalan bai'ah di kalangan calon wakil rakyat Pas bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti.

Pendedahan itu mendapat tentangan ilmuwan Islam antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyatakan bahawa amalan bai'ah untuk kepentingan politik seperti dilaksanakan oleh pemimpin Pas adalah perbuatan yang menganiaya isteri sendiri.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut pula menyifatkan bai'ah seperti itu sebagai tidak bertamadun dan boleh menjatuhkan imej Islam.

Mengulas isu sama Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin meminta Majlis Fatwa Kebangsaan segera bermuzakarah dan membincangkan isu bai'ah talak tiga Pas.

Dalam pada itu, Ismail yang juga penyandang Kursi Sheikh Abdullah Fahim sekali lagi menegaskan adalah tidak adil taklik dijadikan alat untuk berpolitik.

''Kebenaran untuk bertaklik hanya berkisar tentang hidup berkeluarga dan bukannya ada sebab lain,'' katanya lagi.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm


HAI APA NAK DIKATAKAN, KALAU DAH FINATIK APA PUN BOLEH....!!

7 Comments:

Tanpa Nama said...

nasihat: jgn nikah org PAS. gara2 politik, isteri jadi mangsa.

Nasionalis1982 said...

Bila isteri diperjudikan...

Ali Abdullah said...

sekejap kata boleh... lepas tu kata tak boleh.... nak siasat. ini macam memang kluk klek punya parti

Mohammad Roslan said...

Salam, Kalau dah kemaruk ingin kuasa politik kaum kawarij sanggup memenggal leher cucu kesayangan Rasulullah dengan berlabelkan Islam. Di Malaysia ada satu golongan ahli politik yang sanggup berpisah dengan isteri yang tersayang tidak mustahil. Golongan ini sama saja dengan kaum yang tersebut yang mengaku mereka ini lebih Islam dari orang lain.Sanggup buat apa saja janji mereka ingin berkuasa. Bayangkan kalau kuasa politik diberi kepada golongan ini. Mungkin negara ini akan jadi taliban Afganistan siri kedua.

HANG JEBAT said...

DIANTARA CIRI JAHIL MURAKKAB.

1. merasa hebat dan benar sendiri.

2. Senang bicara tetapi tidak suka mendengarkan. Tidak ada yang lebih tuli dari pada orang yang tidak mau mendengar,

3 Senang meremehkan orang lain.

RENUNGAN UNTUK ABG TUAH SEBELUM MENULIS SATU - SATU BERITA :

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini -- dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) -- sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan".

Kuda Perang said...

Sayang bini ke tak sayang bini, alhamdulillah setakat ini belum ada sorang pun lagi YB PAS yang berjaya disogok supaya lompat parti.

Betul kata nasihat Hang Jebat tu.. Orang kelate cakap Jahil Murakkab sama dgn 'Jahil Tukil'.

Jahil Murakkab = Jahil Tukil = Orang yang jahil (tidak tahu) bahawa dia jahil (tidak tahu).

Tai said...

Biasalah Pas. Bagi dia, semua halal. haram pun halal.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online