Jumaat, 6 November 2009

GEOGRAFI DAN SEJARAH MINYAK.



WAHAI SEMUA JEBAT-JEBAT, KETURUNAN JEBAT, SUKU-SAKAT JEBAT DAN MEREKA YANG SEMERTABATNYA DENGAN JEBAT..!!

SAHABAT BAIK TUAH, HANG MAMAK GERANGANNYA HENDAK MENTARBIAH ASAS GEOGRAFI & SEJARAH PADA ANDA SEMUA…

BACALAH DENGAN TELITI SEMUGA ANDA FAHAM.
Jebat said disini:


Mamak Penang said...

Salam Saudara Hang Jebat,Ulasan anda adalah baik dan berfakta tetapi sayang sekali fikiran anda terlalu beremosional tentang taksub kepartian walaupun semua bahan-bahan masakan cukup tapi ketaksupan anti Umno tuan telah mengurangkan kesedapan lauk yang anda pertengahkan. (BIASALAH MAMAK..SEMBANG MESTI FASAL MASAKAN)

Akta kemajuan Petroliam 1974 sebenarnya diwujudkan kerana kerajaan persekutuan pada masa itu sukar mengendalikan urusan pencarian (exlore) minyak di negeri Sabah dan Sarawak. Seperti sedia maklum Sarawak adalah pengeluar minyak petrolium yang terbanyak pada ketika itu. Oleh kerana persempadanan luar pantai Malaysia diantara negeri-negeri Sabah dan Sarawak tidak ditentukan semasa negeri-negeri itu ditubuhkan.

Mungkin disebabkan berhadapan dengan konfrontasi dengan Indonesia pada masa itu. Maka Akta Petrolium Negara 1974 di praktikan keatas kedua-dua negeri tersebut. Sehingga kini masih tidak ada perlembagaan negara berkenaan dengan sempadanan di luar pantai atau offshore. Bertambah lagi dengan masalah kawasan ekonomi eksklusif (EEZ). Persoalan sekarang adakah EEZ ini termaktub dalam perlembagaan negara iaitu mengenai persempadanan negeri-negeri.

Sedikit kupasan sejarah Negeri kelantan dan Trengganu sebagai panduan: Pada July 1909, Great Britain dan Siam memeterai satu perjanjian yang digelar Anglo-siamese dimana Siam menyerahkan Kelantan dan Trengganu kepada britain. Pattani diletakan bawah Siam. Thailand mengambil alih Kelantan dan Trengganu semasa perang dunia kedua dimana pihak Jepun menyerahkan kepada Thailand. Selepas perang tamat Kelantan dan Thailand diberi semula oleh Thailand kepada British.

Pertikaian kerajaan negeri Kelantan ialah kawasan minyak dan gas yang dianggarkan luasnya hanya 7250km/sq.Oleh kerana kawasan ini terletak 6.2416 darjah Utara 102.09333 darjah timur adalah didalam kawasan EEZ negara Malaysia, Thailand dan juga Vietnam. Inilah dimaksudkan kawasan tuntutan bertindeh.

Maka pada 30 May 1990 satu perjanjian bersama memajukan kawasan itu ditanda tangani oleh kerajaan-kerajaan Thailand dan Malaysia. Oleh kerana pihak Vietnam juga buat tuntutan ke atas kawasan itu maka satu lagi memorandam kefahaman telah dimeterai diantara ketiga-tiga kerajaan untuk membangunkan kawasan tersebut. Intipati perjanjian tersebut tidak ada negara yang menggunakan kawasan itu mengaku hak kepunyaan mereka.

Dari sini bukankah hak kawasan itu bukan kerajaan Malaysia. Tapi kalau bukan kerajaan Malaysia mana boleh kawasan itu hak kerajaan negeri Pas. Cuma kerajaan Malaysia usaha bersama dengan ketiga-tiga kerajaan negara tersebut. Apakah hak negeri kelantan sebenar...ikutkan kerajaan negeri ini semuanya tidak berhak apa pun...ketua negeri yang dilantik semasa penjajahan British cuma yang ada kepentingan untuk penjajah. Maka lupakan kenegerian. orang melayu lebih kepada kenegerian kepada negara.Tepat dengan 1 malaysia...kita ini mengaku kita orang Malaysia dari orang kelante..orang nogeri...orang johor dan lain-lain....Wassalam.

BRAVO MAMAK HJ. MAMAK TELAH PUN MENGUPAS DAN MEMBERIKAN JAWAPAN MEMBUAT RAMAI SI-JEBAT TERCUNGAP-CUNGAP. SO JEBAT DAH FAHAM KE BELUM..KALAU BELUM JUMPA MAMAK..

CUCI PINGGAN KEDAI MAMAK..!!!

SO…SATU ‘NASI KANDAR ROYALTI’ UNTUK PAS…HEHEHE…!!!

27 Comments:

Tanpa Nama said...

Fakta yang diberikan oleh mamak mampu menjawab tomahan pembangkang..syabas diucapkan

Tanpa Nama said...

Pihak pembangkang sememangnya tak mahu menerima penjelasan. Tujuan mereka hanya untuk merosakan imej kerajaan.

THINK & TAC

Tanpa Nama said...

Cuci pinggan...????

Kaum Jebat hanya layak cuci jamban mamak aje..hi..hi..hi..!!!

Tanpa Nama said...

Pas bukan layak dilayan dengan nasi kandar royalti..bagi kerak nasi aje biar tercekik cepat sikit berkubornya.

Tanpa Nama said...

Tapi mujur kelantan dan terangganu tak jatuh ke tangan siam kalau tak...korang macam Patanilah...entah berapa ribu mat kelantan yang terbunuh macam kat tak bai tu...tak bai tu maksudnya nasib tak da baik....sekarang tahulah nak bersyukur mat kelantan oii. kalau tak Allah akan tarik nikmat dari korang sikit masa nanti...mat kelantan woii.

tapi biasalah ramai mat kelantan yang tak tau nak syukur dan berterima kasih....

satu lagi jangan rapat sangat dengan mat kelantan...bila jumpa puak dia korang tinggallah...

kelantan adalah keling melayu bukan mamak lagi...

lu fikirlah sendiri..........

Tanpa Nama said...

orang kelantan ni paling pekat sifat dan sikap kedaerahan mereka..macam si tua ganyut nik aziz tu..cakap BM dengan betul pun tak buleh..

HANG JEBAT said...

KALAU SETAKAT NAK KELUARKAN HUJAH NAK MEMBENARKAN APA YANG DIPERCAYAI AKU PUN BOLEH BERIKAN. AKU TAK PERCAYA NAH..... KAU BACA BALIK ULASAN AKU DAN JAWAB MENGIKUT APA YANG DIULAS JANGAN MELENCONG KE LAIN.

Perairan Negeri ditakrifkan hanya 3 batu nautikal. Bagaimanapun apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, kedua-dua negeri tersebut dijanjikan hak bahawa segala hasil petroleum mereka akan terus menjadi milik mereka walaupun telaga minyak mereka jauh ke tengah laut dan ditakrifkan sebagai jatuh kedalam Perairan Malaysia.

Akta 144
Bagaimanapun dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan hak Malaysia dari terus digerudi dan di sifon oleh syarikat-syarikat petroleum asing dengan pulangan yang sedikit kepada Malaysia, PETRONAS ditubuhkan.
Beberapa buah negeri setelah berdepan dengan pelbagai tekanan akhirnya tunduk dan menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut.

Seksyen 4 Akta 144
Persoalan 3 batu nautikal tidak lagi menjadi isu. Negeri-negeri menyerahkan hak mereka terutama seperti Sabah dan Sarawak. Bagi Kelantan dan terengganu pula, sebelum tubuhnya Persekutuan Tanah Melayu, kedua-dua negeri ini adalah Negeri-Negeri Tidak Bersekutu. Penyertaan ke dalam Persekutuan menyebabkan banyak hak Raja-Raja mereka terlucut. Oleh yang demikian, di dalam banyak hal antara Negeri dan Persekutuan, semangat yang memeterai perjanjian Persekutuan sering diutamakan.

Contoh Draf Perjanjian Yang Ditandatangi Oleh Negeri-Negeri
Atas semangat tersebut, Negeri Terengganu mendapat imbuhan royalti minyak walaupun pelantar minyaknya jauh lebih 161 Kilometer ke tengah Laut China Selatan.

Hujah mengatakan Kelantan tidak berhak kerana ia terletak di kawasan bertindih adalah begitu mentah sekali kerana,
• Kawasan itu dituntut sebagai hak Malaysia kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia,
• Malaysia memperolehi 50% dari hasil di situ kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia.

sekupangdua said...

memang dasyat kalau kombinasi mamak dan abg tuah boleh sama kuat lima bersaudara, masaalahnya mamak dan abg tuah di Pakatan Rakyat mana ada hang jebat yang ada hang li po dan hang yang sesat... mua hahaha

Mohammad Roslan said...

Salam Suadara Jebat yang diRahmati Allah,

Setelah baca dan memahami maksud pendebatan tuan:

Saudara Jebat mempertahankan keadaan norm dimana kerajaan Persekutuan selama ini membayar royalti 5% kepada Terengganu dan satu masa dulu untuk Kelantan juga. Pendebatan saya ialah adakah wajar dibayar royalti kepada kedua-dua Negeri itu mengikut akta petrolium 1974 di zaman Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri?.Jebat juga setuju bahawa dua Telaga minyak yang dikatakan itu berada dikawasan 150 batu nautika (1 batu nautika = 1.853Km di darat)dari perairan negeri Kelantan. Maka Kawasan itu ialah Zon Eklusif Ekonomi atau dipanggil EEZ. Maka terpaksalah terangkan kepada pembaca (bukan Untuk Sdr.Jebat) apakah Zon EEZ dibawah Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu (UN)"The Law Of The Sea tahun 1982 dimana kawasan sesebuah negara diperluaskan untuk aktiviti -aktiviti ekonomi marin sehingga 200 nautika batu dari persisiran pantai negara. Pada 25 april 1980 PM Menteri pada masa itu Dato' Hussein Onn mengistiharkan Peta Baru Malaysia bersama dengan tuntutan hak ke atas EZZ ini kepada dunia. Rang Undang-undang EEZ atau akta 311 telah diluluskan dewan Negara pada 1 May 1985 di gelar Akta Zon Ekonomi Ekslusif, 1984 ( Economic Exclusive Zone Act, 1984).

Pendebatan kini ialah adakah akta Petrolium Negara 1974 bersesuain dengan akta EZZ 1984. Apakah asasnya kawasan minyak itu berada di kawasan perairan Negeri Kelantan. Sempadan baru EEZ itu hak siapa?. Bukankah ia hanya di kuatkuasakan pada 1984 maka kawasan itu adalah hak Persekutuan bukan hak Negeri inilah pendebatan mamak. Sekiranya terdapat sumber petroleum yang dihasilkan perairan Negeri Kelantan ia adalah hak negeri Kelantan kerana yang kita dok panggil Tanah air bermaksud Tanah dan lautan sekitarnya.

Kerajaan persekutuan selama ini memberi royalti kepada Terengganu dan kelantan cuma dari segi menghormati hubungan baik dua hala di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri!. Ia bukanlah kemestian dari segi undang-undang. Pemberian royalti ini cuma seperti pemberian bonus oleh majikan yang ttidak terdapat dalam syarat dan perjanjian dalam pekerjaan ia bukan satu kemestian tetapi tertaklok kepada budibicara majikan untuk mengambil hati pekerja.

HANG JEBAT said...

Ulasan mamat penang :

Kerajaan persekutuan selama ini memberi royalti kepada Terengganu dan kelantan cuma dari segi menghormati hubungan baik dua hala di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri!.

INILAH JAWAPAN YANG AKU TUNGGU, MEMBENARKAN KATA - KATA PEMIMPIN PAS YANG DINAFIKAN OLEH KERAJAAN BN YANG TIDAK MENGHORMATI DEMOKRASI APABILA PAS MENANG DITERENGGANU ROYALTI DITERENGGANU DITARIK BALIK. DIKELANTAN APATAH LAGI. KERAJAAN BN BIMBANG JIKA KERAJAAN PAS DI NEGERI TERSEBUT DIBERI ROYALTI , KERAJAAN PAS AKAN MANJALANKAN PENTADBIRAN DENGAN LEBIH BAIK BERBANDING PUAK - PUAK UMNO. DASAR DISKRIMINASI POLITIK TELAH DIJALANKAN OLEH KERAJAAN BN UNTUK MENGEKALKAN KUASA. BAGI UMNO KUASA DALAH SEGALA - GALANYA,UNTUK BERKUASA MENGHALALKAN CARA. SALAH SATU BUKTI NYATA KETIKA BN MEMERTINTAH TERENGGANU TIDAK PERNAH BERBANGKIT ISU ROYALTI TETAPI BILA PAS MENGAMBIL ALIH BARULAH TIMBUL WANG EHSAN. YANG PALING SEDIH UNTUK MENUTUP SIFAT BURUK TERJADI AYAT SEPERTI INI (ia bukan satu kemestian tetapi tertaklok kepada budibicara majikan). BENARLAH KALAU PAS TAK BERSATU DENGAN UMNO PUN KERANA PAS SUDAH TAHU HATI BUDI UMNO IAITU UNTUK KEKALKAN KUASA UMNO SANGGUP BUAT APA SAJE HALAL ATAU HARAM.

RTENUNGAN UNTUK AKU DAN MAMAK PENANG :

"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah.". Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w.

AbgTuah said...

SENANG AJE HANG JEBAT..

KAU SURUH NIK AJIS, HUSSAM DAN SALAHUDDIN AYUB AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG...PERGI BAWALAH KEMAHKAMAH ANTARA BANGSA..USAHAKAN AGAR PERJANJIAN ROYALTI MINYAK ANTARA PETRONAS DENGAN KELANTAN TAHUN 1974 TU DIBATALKAN. ITU PUN KALAU OTAK MEREKA MAMPU NAK BUAT..

KALAU BENAR-BENAR KELANTAN ADA HAK KE ATAS HAK DI ZON EKONOMI EKLUSIF (ZEE) MAKA KERAJAAN DAN PETRONAS TENTU TERPAKSA BAGI JUGA WANG ROYALTI.

TAPI PADA PANDANGAN AKU KALAU PERJANJIAN 1974 TERSEBUT DIBATALKAN PUN..PETRONAS DAN KERAJAAN TETAP ADA HAK MUTLAK (KUASA PENUH) UNTUK TERUS MENJALANKAN KERJA CARI GALI MINYAK DI KAWASAN JDA ATAU MANA-MANA KAWASAN SELAGI IANYA MELEBIHI 3 BATU NAUTIKA DARI GIGI PANTAI. KERANA EEZ ADALAH HAK MUTLAK SEMUTLAK-MUTLAKNYA HAK KERAJAAN MALAYSIA MENGIKUT PERJANJIAN ANTARABANGSA.

JADI..JIKA KERAJAAN TAK TERIKAT ATAU TERPAKSA ATAS MANA-MANA TINDAKAN UNDANG-UNDANG APA KEPERLUAN UNTUK DI BERIKAN ROYALTI PADA PAS KELANTAN..APA..APA..APA..?????

CUMA RAKYAT NEGERI KELATAN SEKARANG HARUS JANGAN MEMBENARKAN PAS KELANTAN MEMANIPULASIKAN ISU INI. INI ADALAH ANTARA RAKYAT NEGERI KELANTAN DENGAN KERAJAAN PUSAT BUKANNYA PAS KELANTAN. JUGA BUKAN DENGAN CARA MEMAKSA KERAJAAN UNTUK MEMBERIKAN SESUATU YANG KITA SANGKA HAK WALHAL KERAJAAN TAK TERPAKSA PUN. BUKAN APA DISEBABKAN TINDAK-TANDUK PAS KELANTAN DITAKUTI WANG IKSAN PUN KEMPUNAN RAKYAT NEGERI KELANTAN NAK MERASA..!!!

SEELOKNYA RAKYAT NEGERI KELANTAN MINTA BUDI BICARA KERAJAAN ITULAH CARA NYA...DAN TEPATLAH SEKARANG KERAJAAN BERSIMPATI DAN SETUJU MEMBERIKAN WANG IKSAN...

JADI BENARLAH JUGA APA YANG DI KATAKAN OLEH MAMAK TU..IA BERGANTUNG KEPADA KERAJAAN. HAK MUTLAK KERAJAAN NAK MENAMAKANNYA IANYA ROYALTI ATAU IHSAN. IANYA JUGA BERGANTUNG KEPADA BUDI BICARA DAN IKSAN KERAJAAN UNTUK BAGI KEPADA NEGERI KELANTAN. TETAPI KERAJAAN TAK ADA PERJANJIAN DENGAN PAS..JADI PAS JANGAN NAK SIBOK-SIBOK...SHOO..SHOOO..BOLEH BELAH...BOLEH BERAMBUS..BOLEH JAHANAM TERUS..!!!!

Mohammad Roslan said...

Salam Abang Tuah satu ulasan yang cukup baik dan " Terkilat ikan dalam air, sudah tahu jantan betina"...

Saudara Jebat yang dihormati,

Tentang orang Pas ini yang mamak tidak gemar kerana selalu menganggap diri mereka maksum bersih tiada cela,dan keburukan. Ahli Pas akan mempertahankan mati-matian pemimpin mereka sekiranya sesiapa cuba membongkar keburukan mereka di cop anti-Islam. Inilah terjadi di parti pas dari dulu sampai ke hari ini (contoh yang ketara seminar pas hari ini pemimpin pas lain kecam hebat prof. Dr. Abdul Aziz Bari; sehingga Prop itu tak mahu campur hal Parti Pas lagi). Orang Pas ini terlalu pradigma tentang pemimpin atasan Pas. Apakah kita ini berada di kurun ke-16?. Setiap kali Pemimpin pas ini tidak mendapat apa yang dihajati dalam politik ada saja alasan untuk menyalahkan kerajaan dan UMNO. Kesalahan pas ialah mereka ini tidak ada kebijaksanaan berpolitik sebagai parti politik pembangkang. Kerana apa pemimpin Pas jadi sebegini?. KeranaoOrang Pas suka memileh pemimpin yang hanya pandai berceramah dan paling mustahak tahu dan pandai kutuk mengutuk pemimpin kerajaan dan UMNO dengan bahasa yang paling kesat. Ini syarat utama orang pilih pemimpin mereka. Bagi orang Pas tidak penting memileh pemimpin bijak(hikmah)berpolitik. Satu lagi syarat utama, semasa ceramah perlu memakai serban dan jubah. Dengan sebab inilah Parti Pas bertandusan dalam mendapatkan ahli politik yang terbaik dan mempunyai Ilmu Politik.

Sewaktu Parti Pas memimpin kerajaan Terengganu di bawah Dato' Hadi sebagai Menteri Besar apa pemimpin Pas buat di terengganu?...mereka ini ingin putuskan hubungan dengan kerajaan persekutuan sehingga mass media awam tidak dibenarkan membuat liputan agenda kerajaan di terengganu.Parti Pas terengganu menyangkakan membahagi-bahagikan lesen sementera menduduki tanah kerajaan, rakyat terengganu terus menyokong parti Pas. Wal hal rakyat menjadi cuak dan mual apabila pemimpin Pas disemua peringkat dari pejabat di Wisma Darul Iman sehinggalah kepada jawatankuasa Syura rakyat sibuk mengikis setiap inci hasil mahsul Negeri Terengganu sehingga ada cawangan membentangkan dalam mesyuarat penyata pendapatan daripada hasil balak.

Untuk Saudara Jebat yang Dihormati:

"Apabila dua orang Islam berhadapan-hadapan dengan membawa masing-masing pedangnya dengan berniat berbunuh-bunuhan maka, yang membawa dan orang yang terbunuh, kedua-duanya masuk dalam neraka".
Wassalam.

hang jebat said...

( ulasan abg tuah )

BUKAN APA DISEBABKAN TINDAK-TANDUK PAS KELANTAN DITAKUTI WANG IKSAN PUN KEMPUNAN RAKYAT NEGERI KELANTAN NAK MERASA..!!! ( Ini bukan fakta ini prasangka ,).

aku rasa setakat ini pentadbiran kelantan lebih telus cuba eleuarkan bukti sepanjang pas mentadbir kelantan sudah berapa ramai pemimpin mereka dikena tindakan rasuah. berebza dengan terengganu kerana wang ehsan dan puak- puak yang gilakan kuasa stadium yang begitu gah diwar - war diseantero dunia pun boleh runtuh, masjid yang baru siap pun boleh roboh. siapa yang lebih tak guna.

ulasan abg tuah:
HAK MUTLAK KERAJAAN NAK MENAMAKANNYA IANYA ROYALTI ATAU IHSAN. IANYA JUGA BERGANTUNG KEPADA BUDI BICARA DAN IKSAN KERAJAAN UNTUK BAGI KEPADA NEGERI KELANTAN. TETAPI KERAJAAN TAK ADA PERJANJIAN DENGAN PAS..JADI PAS JANGAN NAK SIBOK-SIBOK...SHOO..SHOOO..BOLEH BELAH...BOLEH BERAMBUS..BOLEH JAHANAM TERUS..!!!! ( Ini bukti sikap golongan umno yang cuba menyalahkan pas tidak mahu kerajaan pepaduan dengan umno : Benarlah keputusan yang diambil oleh Tuan Guru, sikap - kepuraan yang penuh dengan buruk sangka yang ada dalam diri puak - puak umno.

ps: untuk mamak penang nanti akau ulaskan.( kekangan masa ni )

AbgTuah said...

BUKAN APA DISEBABKAN TINDAK-TANDUK PAS KELANTAN DITAKUTI WANG IKSAN PUN KEMPUNAN RAKYAT NEGERI KELANTAN NAK MERASA..!!!

-------------------

NAK PERJELASKAN..JEBAT TAK FAHAM MADSUD YG TUAH NAK KATAKAN..

MADSUDNYA KALAU WANG IHSAN DITOLAK DAN BAWA PULA NAIK MAHKAMAH DITAKUTI NANTI TERSEKAT PROSES PEMBERIAN WANG IHSAN TU..MAKLUM PROSES MAHKAMAH LAMA DAN BERPANJANGAN

BETUL PAS MANA ADA RASUAH..YG ADA DENGAR PKR AJE..HEHEHE..TAPI KRONIMA TU SIKIT-SIKIT ADA JUGA KAN...(DENGAR CERITA MENANTU NIK AZIZ CEO PPMB YG BARU..BUKAN BEGITU..?)

AbgTuah said...

SALAM BRO SEKUPANG DUA..LAMA TAK SINGGAH SINI.

BIASA LAH BRO..KALAU KENA GU NYA MESTI TERCUNGAP-CUNGAP SI HANG LI PO KAMI BUAT.

TU BELUM BRO KUNTAKINTE DAN BRO SEKUPANG DUA MASUK BERHUJAH...HANG LI PO TERUS TAK TURUN DARI BUKIT CINA..

Tai said...

Abang Tuah, mamak, leceh cakap dengan orang taksub tak tentu pasai ni? Parti angkat sampah ni mana reti pakai duit encik tuah dan mamak. Cakap pandailah. Ayat-ayat quran pun sanggup bagi pada orang bukan islam digunakan masa ceramah, apa kes?

HANG JEBAT said...

Ulasan melucukan dari mamat penang dan di sokong oleh abg tuah :

(JADI BENARLAH JUGA APA YANG DI KATAKAN OLEH MAMAK TU..IA BERGANTUNG KEPADA KERAJAAN. HAK MUTLAK KERAJAAN NAK MENAMAKANNYA IANYA ROYALTI ATAU IHSAN.)

kaitannya kenyataan mamat penang :

1.(Bukankah ia hanya di kuatkuasakan pada 1984 maka kawasan itu adalah hak Persekutuan bukan hak Negeri inilah)


2.(Kerajaan persekutuan selama ini memberi royalti kepada Terengganu cuma dari segi menghormati hubungan baik dua hala di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri!)

Ulasan aku :

Kenyataan yang sangat mengelirukan :
1. Royalti dan wang ehsan dua perkara yang berbeza. Royalti wajib dibayar 5 % hasil daripada minyak tak kira walau apa pun keadaan ekonomi negara kerana terikat dengan perjanjian tetapi wang ehsan kerajaan berhak untuk memberi atau tidak dan jumlahnya tidak ditentukan bergantung kepada kerajaan.KERAJAAN TERENGGANU sejak akta petrolium 1974,telah dibayar oleh petronas dalam bentuk ROYALTI.

ULASAN MAMAT PENANG :
1.Bukankah ia hanya di kuatkuasakan pada 1984 maka kawasan itu adalah hak Persekutuan bukan hak Negeri inilah)

ULASAN AKU MASIH BERKAIT PERKARA DIATAS:

Ini bermakna Terengganu yang selama ini di gelar KUAWIT MALAYSIA oleh pemimpin umno ternyata satu retorit sahaja kerana menurut MAMAK PENANG petrolium tersebut bukan hak TERENGANU.

ULASAN MAMAT PENANG LAGI :
(Kerajaan persekutuan selama ini memberi royalti kepada Terengganu cuma dari segi menghormati hubungan baik dua hala di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri!)

ULASAN AKU:

Menurut kefahaman aku dari kata - kata tersebut bermakna BAYARAN WAJIB selama ini yang TERENGGANU dapat iaitu 5% ( ROYALTI) ialah kerana BUDI BICARA sahaja.

DAPATAN DARI KENYATAAN INI :

1. ALANGKAH TAK BERAPA CERDIKNYA MB UMNO DI NEGERI-NEGERI LAIN TERMASUKLAH PERLIS,NEGERI MAMAT PENANG SENDIRI DAN LAIN NEGERI KERANA MINTA NEGERI KERAJAAN PUSAT ROPYALTI KERANA MEREKA JUGA ADA HAK KETASA ROYALTI TERSEBUT KERANA IANYA ADALAH HAK MILIK KERAJAAN PERSEKUTUAN. MB UMNO NI TAK SEDAR KE YANG NEGERI MEREKA JUGA BERADA DIBAWAH KERAJAAN PERSEKUTUAN. ADAKAH MEREKA TIDAK SEBAIK MB TERENGGANU DENGAN KERAJAAN PUSAT. BERTAHUN- TAHUN TERENGGANU MENERIMA BAYARAN WAJIB ROYALTI TAK TERINGIN KE MEREKA UNTUK MEMILIKINYA BAGI MEMUDAHKAN PENTADBIRAN MEREKA SENDIRI.

2. CADANGAN AKU SELEPAS INI BLOGER YANG MEWAKILI NEGERI DIBAWAH MB UMNO DESAK KERAJAAN PUSAT BERI ROYALTI KEPADA NEGERI ANDA SEKELIAN DEMI UNTUK DINIKMATI OLEH RAKYAT NEGERI. MB PR TAK PERLU NAK MENGADA SEBABNYA ANDA DIKATAKAN TIDAK MESRA ALAM DENGAN PUSAT. KALAU MB UMNO DINEGERI LAIN TAK MEMOHON MEMANG SAHLAH TAK BERAPA CERDIK.KALAU BLOGER UMNO TAK DESAK, ANDA PUN JUGA LEBIH KURANG TAK CERDIK JUGA SEBABNYA NEGERI ANDA SEMUA PUN BUKAN TAK ADA ORANG YANG SUSAH KALAU TAK PERCAYA LIHAT TV3 BERSAMAMU.

Hang Jebat said...

KHAS MAMAK PENANG :

ULASAN UNTUK 8 N0V 2009 SUDAH JAUH MELENCONG DARI TAJUK PERBINCANGAN ASAL IAITU BERKAITAN DENGAN KATA - KATA NAJIB.

KALAU NAK BERBINCANG TENTANG PAS YANG TUAN MAMAT PENANG TENTANG (Tentang orang Pas ini yang mamak tidak gemar . KITA BERFORUM DIBAWAH TAJUK TERSEBUT DILAIN MASA. KITA MASIH BERBINCANG DIWAH TAJUK KATA - KATA NAJIB YANG DIKELURKAN OLEH ABG TUAH TENTANG PERSAMAAN ANTARA KELANTAN DAN TERENGGANU.

PERSOALAN UNTUK DIRIKU:

KENAPALAH SETIAP KALI AKU SINGGAH DI BLOGER UMNO BILA MEREKA BERFORUM, MEREKA JARANG MEMBERI FOKUS KEPADA SATU - SATU TAJUK.APABILA BERHUJAH SEMUA PERKARA MEREKA ULAS. BERFORUM BERHUJAH PUN ADA TATASUSILANYA,INI PUN SALAH SATU ITEM UNTUK MEMARTABATAKAN MELAYU YANG DIPERJUANGKAN SELAMA INI.

SEDIKIT RENUNGAN UNTUK DIRIKU, MAMAT PENANG DAN ABG TUAH :

TANGAN ADA YANG MENAIP. AKAN SAKSIKAN ANDA DI HADAPAN ALLAH. APA YANG ANDA TAIP. ADA 3 PERKARA YANG ANDA TAIP; PSD; PAHALA, SIA2 DAN DOSA.

sekian.

Mohammad Roslan said...

Salam.
Saudara jebat yang dihormati,
sepatutnya saudara memahami apakah erti blog dan forum.Ia sama tapi tak serupa. Ada perbedzaannya. blog adalah lakaran pendapat si penulis; adakalanya ia betul dan ada kalanya tidak. Disini mamak rasa bukan forum yang diwujudkan oleh Abg Tuah kita.Mungkin pada masa akan datang Abang Tuah boleh adakan forum pendebatan; nescaya dia akan menjemput Jebat. Maka rumusannya pendapat dari saudara tak mestinya betul. Tetapi sebagai kebebasan bersuara "Freedom of Speech" mamak tak boleh halang kamu dari beri pendapat kerana itu hak saudara dan mamak hormati pendapat saudara begitu juga saudara kena hormati pendapat orang lain. Pendebatan kita disini bukanlah bermaksud siapa yang menang tapi ia adalah memberi penerangan yang boleh di nilaikan oleh pengunjung blog sendiri. Maka saudara kepingin nak menang juga dalam komen yang diberikan adalah menunjukkan sikap yang terlalu keegoan. Inilah perangai kebanyakan pembangkang yang sebenarnya, dimana juga mereka menentang kerajaan pemerintah masih lagi berfikiran mereka betul dan perlu mendapat kemenangan mutlak. Janganlah selalu keluarkan isu dosa dan pahala terhadap orang lain kerana dosa dan pahala itu urusan dan hak Allah. Maka sebab inilah doa qunut itu dijadikan sunat muakat. Mazab lain tak mengamalkannya qunut. TTahu kenapa?. Maka berhentilah dari label dosa dan pahala pada orang lain. Kalau kamu orang muda cuba jangan menilaikan orang lain lebih cetek agamanya kerana mereka tak pakai serban atau jubah. Ubahlah perangai saudara yang banyak bertikam lidah dan suka merendahkan dan terlalu defensif pendapat orang lain. Satu perkara lagi; diminta saudara berhentilah memanggil sebutan "Mamat" itu. Menghormati orang yang lebih tua dari anda akan memaparkan kredibiliti imej Islam saudara sebenar kamu.Belajar beri Salam sebagai seorang Islam...maka dengan salam awal itu Allah merahmati kamu.Jangan angkuh kerana anggap orang lain tak cerdik. Walau pun saudara ini pandai tapi tak cerdik. Siapa sebenarnya Cerdik dan Pandai?.

Kamu masih tak memahami maksud Royalti yang diberi itu kerana pihak kami memberi fahaman dari undang-undang yang kami faham. Kami bukanlah peguam bertauliah untuk pengetahuan saudara. kami beri pendapat mengikut kemampuan kami. Cuba saudara fikir sejenak Kalau Perdana menteri kata begitu tak akanlah dia tidak rujuk pada pakar undang-undang. Mungkin saudara rasa...saudara lebih pakar dari segi undang-undang... tak tahu pula kita. apa yang saya fahami dari tulisan saudara, pendebatan saudara bermaksud, "si anu itu dapat, tapi kenapa saya tak dapat"...ia seperti seorang penjenayah di mahkamah kata " si anu buat juga kenapa dia tak kena tangkap...saya juga hampa tangkap".

Maka berhentikanlah keegoaan saudara itu nak menang. Saudara jangan sangka pulak mamak teringin menang dengan debat dengan kamu. Kalah atau Menang bukan maksud mamak nak berbloging. Mamak nak berblogging kerana dapat ramai sahabat yang lebih pintar seperti Saudara jebat. Mamak juga hormati kamu sebagai seorang pembangkang yang bagus dan seronok berdebat dengan kamu.Berhentikanlah kerja sia-sia ini seperti "menegakan benang basah". Mamak mohon maaf sekiranya menyakiti hati saudara. Kita jumpa di tajuk yang lain pulak.Wassalam.

C L J said...

Malang sikit hamba baru sahaja ada kesempatan untuk singgah di sini. Tahniah kepada Abang Tuah dan Mamak kerana begitu sabar menghadapi hati yang tertutup terkunci mati dengan begitu tabah.

Jebat tak sedar yang pemberian kepada Terengganu itu sudah diperjelaskan terma nya sebagai Ehsan bukan royalti.

Kaedah pemberian itu berubah dari membayar terus kepada Kerajaan Negeri kepada diurus sebagai dana khas kerana pemberian pertama sebanyak RM432j pada awal 2000 telah tidak dilunaskan akaun perbelanjaannya.

Apalagi parti tertentu yang menguasai negeri itu pada masa itu galak keluar negara jumpa pelajar beri ceramah kutuk negara. Jadi wang untuk rakyat itu sudah digunakan untuk lawatan lawatan keluar negara dan kerja kerja politik.

Maka pemberian berikutnya telah diuruskan dengan cara yang lain selepas itu. Ditakutkan perkara serupa boleh berlaku apabila pemberian itu disalurkan kepada kerajaan negeri di Kelantan.

Dana itu adalah ehsan bukan rayalti yang hak. Tetapi dia adalah untuk rakyat. Maka rakyat akan dapat. Sudah terbukti pun bila ia diurus dibawah pimpinan agensi pusat istilah rakyat itu tidak membizakan samaada dia umno atau pas atau pkr. Melainkan dia menolah seperti biasa juga berlaku kerana hati mereka dibakar dengan kebencian oleh pihak pihak tertentu.

Kalau diambil contoh di Terengganu memang sudah terbukti pun apabila kuasa menyampaikan itu dapat kepada pihak tertentu mereka sudah jelas memilih bulu. Contohnya seperti pembahagian lot lot tanah di Bujal di Kemaman yang pernah menjadi isu hangat satu masa yang lalu.

Maka apabila kerajaan negeri tidak sejalan dengan pusat adalah lebih terjamin dan bijask ia diurus dengan cara tidak menyerahkan bulat bulat kepada kerajaan negeri.

Kita belum tahu lagi dalam kes ehsan untuk rakyat Kelantan ini kerajaan pusat mahu ia diuruskan bagaimana. Tetapi Husam sudah melaungkan dengan garangnya tidak akan menerima dan akan menyaman kerajaan pusat.

Muga muga kekeliruan ini tidak memaksakan penangguhan pemberian itu kerana kalau itu berlaku yang rugi ialah rakyat Kelantan.

Tai said...

Susahlah mamak kalau nak cakap dengan orang taksub. mereka saja pandai, mereka maksum, tak pernah buat salah. Semua yang elok merekalah. Yang buruk, dosa, jahat, semua yang tak sokong mereka. Mereka dah biasa dah mamak.

Tai said...

Alahai Che Leh Jangok hang bersyarahlah macammana pun, tetap dia taknak dengaq.

HANG JEBAT said...

Salam .... KHAS UNTUK MAMAK PENANG.

TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA.
YANG BAIK HAMBA TERIMA JADIKAN PANDUAN.

BANGKITNYA HANG JEBAT DI MELAKA KERANA MENENTANG KETIDAK ADILAN DAN KEZALIMAN. BEGITU JUGA HAMBA INI,

NAMUN APA PUN INGATLAH KITA BERJUANG DEMI UNTUK MEMBERI YANG TERBAIK KEPADA TANAH AIR KITA YANG TERCINTA INI. MUNGKIN LALUAN KITA BERBEZA TAPI MATLAMAT KITA ADALAH SAMA. TUAN HAMBA DENGAN CARA TUAN HAMBA, HAMBA DENGAN CARA DAN TARI HAMBA. BAGI HAMBA INILAH NAMANYA PENGORBANAN DEMI MENEGAKKAN ISLAM TERCINTA DAN TANAH AIR YANG DICINTA. BUKAN DARJAT, PANGKAT, WANG RINGGIT YANG HAMBA CARI TETAPI KEREDHAAN ILAHI SEBELUM HAMBA REBAH KE BUMI MENUJU MATI.

SEKIAN DAHULU DIPERTEMUAN INI.
SALAM MAAF KU HULURKAN JIKA B ICARA INI MENGURIS HATI ( BERKATA BENARLAH WALAU PUN IANYA PAHIT.

kuntakinte said...

salam, bior teman tutup penghujahan ini dengan simpulannya :-

Bukan pasal minyak sangat tapi sebenarnya nak jadi modal untuk hentam BN bila tiba pilihanraya ke 13 bahawa "BN merampas hak royalti rakyat kelantan".

akhirnya nasihat aku...kalau nak juga royalti...suruh Ni A Jis jadi recording artis, jual CD banyak2 kat orang PAS confirm dapat ROYALTI.

kuntakinte said...

salam, bior teman tutup penghujahan ini dengan simpulannya :-

Bukan pasal minyak sangat tapi sebenarnya nak jadi modal untuk hentam BN bila tiba pilihanraya ke 13 bahawa "BN merampas hak royalti rakyat kelantan".

akhirnya nasihat aku...kalau nak juga royalti...suruh Ni A Jis jadi recording artis, jual CD banyak2 kat orang PAS confirm dapat ROYALTI.

Tai said...

kuntakinte, hang nak suruh dia juai CD apa oi?

Tai said...

kuntakinte, hantaq sekali sudahlah encik.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online