Jumaat, 11 September 2009

Sebagai Manusia Tugas Kita Bukan Untuk Mencaci, Memaki, Memfitnah Apa Lagi Menghukum...

Komen Isac;

Foto/gambar membicarakan 1000 perkataan. Buatlah penilaian dan persepsi anda sendiri. Tetapi ingatlah Islam bukan setakat kata-kata retorik. Sila layari blog; http://bumiyang.blogspot.com/2009/09/islam-bukan-hanya-retorik-politik-parti.html

Foto dipetik dari blog Aspirasi Bangsa Klik sini

15 Comments:

Tanpa Nama said...

Sebagai manusia sememangnya kita tidak layak utk menghukum tetapi sebagai manusia ciptaan Allah S.W.T kita telah dikurniakan Al-Quran yg amat lengkap, terang & jelas sebagai panduan dalam meneruskan kehidupan sebagai khalifah Allah S.W.T...

Bukankah hukum menutup aurat sememangnya jelas lagi nyata di dalam Al-Quran ???

Mengapa kita cuba memesongkan & memutarbelitan hukum yang telah ditetapkan dalam Al-Quran ???

ISAC said...

Salam Anon 2009 September 11 09:44,

Apa yang anda cakapkan memang betul, yang hak tetap hak. Kita tidak boleh "menukar" hukum Allah s.w.t. Saya juga bukan mahu memutar belitkan hukum. Kita tidak boleh "menjual murah ayat2 Al Quran". Mengambil sebahagian dan meninggal sebahagian demi kepentingan peribadi mahupun parti.

Cuma apa yang ingin saya nyatakan di sini menutup aurat adalah kewajiban individu. Kita boleh menasihati tetapi bukannya dengan cara mengeji, mencerca, memfitnah dan menghukumkan orang lain sebagai "kafir" atau "sesat".

Begitu juga seperti apa yang saya selalu nyatakan di dalam blog saya, saya cuba memberikan pandangan bahawa parti Islam tidak cukup hanya sekadar bercakap mahu menegakkan Islam (sekarangpun dah dinafikan)tetapi dalam masa yang sama menunjukkan contoh yang "buruk" kepada masyarakat.

Dalam Islam kita dilarang menceritakan aib orang kecuali di mahkamah! Itupun perlu dihadirkan dengan 4 orang saksi yang adil. Tanpa cukup saksi, ia dikira "fitnah" dan orang yang memfitnah akan dihukum sebat sebanyak 80 rotan serta tidak akan diterima persaksiannya selama-lamanya. Begitu rapi Islam menjaga aib manusia. Berzina suatu dosa besar pun hukumannya 100 rotan, setakat beza 20 rotan.

Itu juga hukum, saudara, Islam adalah "cara hidup" ianya satu "pakage" kena patuhi semua.

Saya tidak nafikan orang2 Pas sememangnya dilihat paling banyak membuat amal ibadat dan berpakaian juga mengikut sunah rasul s.a.w tetapi jika diteliti, orang Pas jugalah merupakan golongan orang Islam di Malaysia ini, yang dilihat paling suka mencerca, menghina, memaki, memfitnah, mengumpat dan menelanjangkan aib orang lain yang tidak sealiran dengan mereka.

Bolehkah saya katakan yang mereka ini akan ke neraka? Secara lojiknya, ya tetapi tugas kita cuma memberi nasihat bukan menghukum.

Saudara, dosa kepada Allah s.w.t kita boleh bertaubat dan meminta ampun darinya tetapi dosa kepada manusia jika tidak meminta maaf dan diampunkan bagaimana?

Akhir sekali Melayu/Islam perlu bersatu, kita kena saling bergantung dan lengkap-melengkapi. Saya tidak nampak mengamalkan semangat kebangsaan adalah menyalahi Islam. Mempertahankan bangsa, tanahair, hartabenda, marwah dan nyawa juga akan mendapat sahid bukan?

Mentafsirlah dengan lebih berjemah dan adil. Mengamalkan perinsip kepartian dan memisahkan politik dengan keseluruhan maupun sebahagian ajaran Islam adalah asobiyyah dan sekular yang nyata.
Bagaimana jika saya katakan cara pembawakan Islam Pas mengarah kepada assobiyyah kepartian dan sekular? Bahkan jika mengikut fatwa TG HJ Hadi boleh membawa kepada Kafir...Waliyazubillah....
Umat Islam adalah bersaudara, kita perlu saling tegur menegur kerana kita bukan maksum.

Wallahuaalam...

rosmah2... apa jua kebaikan yang kamu buat.. orang pakatan tetap kata kamu jahat... first lady.. be patient.. :)

Tanpa Nama said...

Muslimah sungguh bini Najib ku ni.Peh,bangga le penganut umno...Boleh dihantar ke pertandingan musabaqah Al Quran ni sebagai qariah pertama baca Quran berjambul..

ISAC said...

Pembangkang bukan sahaja menyerang peribadi tok2 wakil yang bertanding malah isteri2 mereka.

Itukah etika orang yang kononnya memperjuangkan Islam? Mengapa dari Siti Hasmah, Hendon (allahyarhamah), Jane dan kini Rosmah semua dihina dan dicerca? Malah ada juga yang difitnah. Sedarlah saudara hidup ni X lama...Pernah kah isteri2 TG Hj Hadi "diserang"? begitu juga dengan isteri TG Nik Aziz?

Menegakkan negara Islam bukan sekadar menegakkan hudud. http://bumiyang.blogspot.com/2009/09/islam-bukan-hanya-retorik-politik-parti.html

1998 saya menyokong pembangkang, malah Pas adalah satu2nya parti yang pernah saya menganggotai. 2004 saya masih lagi mengundi Pas kerana dia calon Melayu/Islam lawan BN/MCA. Tetapi saya tidak akan sekali2 mengundi DAP.

Melayu/Islam mesti bersatu.

hj jamaludian said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Sifat orang melayu masih lagi nak " NAK MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH " .Nak membodek biar la di tempat yang sepatutnya . ISLAM itu indah kenapa payah kita orang melayu yang berugama ISLAM masih nak menerima peraturan ISLAM perihal aurat wanita . Sebagai orang ISLAM wajib menegur walaupun dia seorang isteri PM kerana isteri PM orang ISLAM kenapa kita oarang ISLAM tidak boleh menegur perbuatan yang salah di buat oleh isteri PM perihal adap aurat seorang perempuan ISLAM. Kenapa kita masih nak mempertahankan kesilapan yang dibuat isteri oleh PM Malaysia . Isteri PM bukan kanak-kanak harus di bimbing lagi . Dah beruban rambut nya masih tak reti hukum atau adab seorang muslimah . Dan kita masih nak mempertahankannya. Kalau satu campur satu takkan kita nak kata 2 1/2 .Salah tetap salah kita seorang melayu ISLAM wajib tegur perihal kesalahan perbuatan isteri PM . Orang ISLAM wajib tegur kalau ehkwan islam kita buat salah dari segi pakaian isteri PM jangan nak menegakkan benang yang basah . Jatuhnya maruah orang ISLAM adalah disebabkan kita orang melayu ISLAM masih lagi nak katakan satu campur satu jadi 2 1/2 . Dan disebabkan kita masih nak lagi menegakkan benang yang basah .Dan disebabkan kita lah ramai kaum melayu muslimah tidak akan mengikuti adab- adab pakaian seorang muslimah . Kita jangan lah nak menegakkan benang yang basah . Jangan menjadi musuh dalam islam. Jangan jadi munafiq.

Kuda Perang said...

Lain kali bila baca Al-Quran tutuplah aurat dengan sempurna.. jangan lah menghina Al-Quran begitu..

ISAC, mencerita aib orang yang hendak dipilih untuk menjadi pemimpin adalah dibolehkan oleh syarak.

Cerita bukan untuk mengaibkan individu tetapi pendedahan kepada umum supaya kenal siapa yang mereka hendak pilih menjadi pemimpin.

Kaedah memilih imam, pemimpin, saksi ada diajar oleh Islam.

Kuda Perang said...

Lain kali bila baca Al-Quran tutuplah aurat dengan sempurna.. jangan lah menghina Al-Quran begitu..

ISAC, mencerita aib orang yang hendak dipilih untuk menjadi pemimpin adalah dibolehkan oleh syarak.

Cerita bukan untuk mengaibkan individu tetapi pendedahan kepada umum supaya kenal siapa yang mereka hendak pilih menjadi pemimpin.

Kaedah memilih seseorang untuk dijadikan imam, pemimpin, suami, isteri, wali, saksi semuanya ada diajar oleh Islam.

Jika tak tahu boleh bertanya, malu bertanya sesat jalan.. janganlah terus saja main hentam cakap apa yang kita tak tahu..

Tak ada ilmu wajib belajar, tidak boleh berpada dengan setakat ilmu yang kita sedia ada sahaja.. kena tambah ilmu selagi hidup sehingga lah mati..

Tanpa Nama said...

Dia letak gambar Rosmah pastu tak bagi pula kita ulas tentang gambar tu isaac ni..Hukum Al Quran dan Hadis mana yang mengatakan boleh membaca Quran membuka aurat,cuba tunjuk isaac..kot sembahyang pun pakai tudung camtu jugak kot..
Mengutuk,mencerca,memaki tu tak sama dengan menegur dan menasihati.Bxdxh,bxbx tu contoh memaki,mengutuk tapi pakailah tudung,tak malu ke tak pakai tutup aurat,berdosa membuka aurat tu adalah perbuatan menegur dan menasihati.Saling tegur menegur kearah kebaikan tu wajib sesama islam dan terpulanglah kepada orang tu kalau taknak dengar pun.Takkan nak beri pujian pula bila membaca kitab suci al quran mendedahkan aurat.Rambut adalah aurat wanita.Membaca AlQuran adalah sunat dan mendapat pahala tetapi kalau membaca Al Quran dgn tidak menutup aurat adalah haram dan berdosa.

Tanpa Nama said...

YE ABG TUAH...TENGOK GENG SAMSENG UMNO SEKSYEN 23 SHAH ALAM...SYOKNYA MAKI...

UGUT BUNUH,
UGUT ROGOL.....MEMANG ISLAM TAK AJAR PUN...DAH LA BULAN PUASA...BUAT MALU UMNO AJE...

Kuda Perang said...

FIKIR FIKIRKAN LAH... JANGANLAH BIARKAN DIRI DIBALUT KEJAHILAN... SERUAN INI TERMASUK UNTUK DIRI SAYA JUGA...

Abahnya Faez said...

umno kan parti islam...

najib lebih memahaminya...

hahahaha.. apa laa korang ni..

umno parti islam?lawak2.. kalo gambar ni pon yang terang lg bersuluh pon x reti nk letakkan hukum...

alamatnya.. mmg hanyut laa beb..hanyut...

ISAC said...

Salam,

Terimakasih atas segala komen2 yang membina.

Seperti yang saya katakan terdahulu, yang salah tetap salah. "Gambar menceritakan 1000 perkataan".

Jika pandangan kita negatif maka nagatiflah jadinya dan jika kita ambil yang positif maka positiflah jawapannya.

Cuma, marilah kita bersama-sama renungkan senario politik di Malaysiamasa kini.

Gara-gara mahukan sokongan dan menangguk di air yang keruh, sebahagian dari "kita" tanpa segan silu menuduh orang lain membunuh (Teoh Beng Hock) ini hanya suatu contoh dari banyak kes yang berlaku. Bayangkan dalam kes ini sahaja berapa ramai yang layak dihukum sebat 80 kali rotan? Jika hukum hudud dilaksanakan?

Dalam sesengah kes pula pernyataan bersumpah berharga RM2 yang tanpa disertai dengan saksi mahupun bukti dijaja diseluruh pelusuk negara sebagai bukti "sahih". Bahkan yang bersumpahpun hanya mengatakan dia dengar dari sipulan bin sipulan. Dia sendiripun tidak tahu, samada perkara itu benar atau tidak?

Tidakkah "pemimpin"2 inipun sebenarnya sudah tidak layak untuk diangkat menjadi pemimpin lebih2 lagi pemimpin "Islam" ? (Pertuduhan/persaksian palsu)

Memperkatakan Islam semata-mata untuk retorik !!!!! Tidakkah itu juga tanda2 sifat orang yang munafik? Double standard.

Kalau orang Umno yang memaki, mengata, mengeji dan memfitnah, mungkin masih ada "manis"nya kerana selama inipun orang2 Umno dan penyokong2nya dicop sebagai "kurang Islam". Tetapi bagaimana pula jika ianya dilakukan oleh pemimpin2 yang kononnya memperjuangkan Islam?

ntah laaa..... said...

budaya takpa2 , nanti berubah la tu... jwbnya sampai kiamat ler... mungkin masih pegang status mualaf kot...

blogger templates 3 columns | Make Money Online