Selasa, 29 September 2009

Lagi Pasal Lembu? Binatang Ternakkan "Terhangat" Tahun Ini......

70 penternak sertai bantahan di SUK S'gor
Rahmah Ghazali Sep 28, 09 7:30pm
Dipetik dari Malaysiakini


Foto 1: Apa pandang-pandang ? Nak kena saman ke?


Kira-kira 70 orang penternak mengadakan bantahan dengan membawa 30 lori bersama muatan lembu, kerbau dan kambing ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam hari ini. Mereka juga turut mendesak exco kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab terhadap bidang pertanian, Yaakob Sapari supaya meletak jawatan. Penternak terbabit mendakwa, kerajaan negeri dan majlis tempatan tidak membantu selepas kejadian runtuh di tempat buangan sampah haram, telah mengorbankan ternakan mereka. Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor, Samad Kassim memberitahu pemberita bahawa dua ladang ternakan dihempap runtuhan sampah di situ, yang mengakibatkan 10 ekor lembu tertimbus. Salah sebuah ladang tersebut mempunyai lesen manakala yang satu lagi terletak di kawasan simpanan TNB.



Foto 2: Penternak-penternak yang sedang berdemonstrasi.


Bagaimanapun, Samad berkata, tiada sebab kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak membantu mereka. "Kami merupakan salah satu penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Selangor, tetapi mengapa mereka tidak berbuat sesuatu untuk membantu kami? Kami juga pelabur," katanya. Rabu lalu, usaha untuk memadamkan kebakaran di kawasan buangan sampah haram di Kampung Sungai Kertas, Ulu Yam itu mengakibatkan sebahagian longgokan sampah runtuh, dan menimbus ternakan dan mencederakan seorang pekerja rakyat Bangladesh. Bertan-tan sampah, tanah dan air runtuh dari ketinggian 40 meter dan menghempap dua ladang ternakan tersebut pada jam 8.30 malam Rabu lalu, mengakibatkan lembu dan kambing mati lemas. Tiga minggu lalu, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menggali parit di situ untuk mengisinya dengan air dalam usaha memadamkan kebakaran yang berlaku sejak lima bulan lalu. Samad berkata, bangkai ternakan masih tertimbus sampah kerana tiada pihak yang mahu membersihkannya. Beliau bimbang keadaan itu boleh mengakibatkan berlakunya wabak penyakit di kalangan ternakan yang masih hidup, mengakibatkan lebih banyak yang akan mati.



Bagaimanapun, keadaan reda apabila setiausaha politik Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim muncul dari bangunan SUK dan berkata Yaakob bersetuju untuk menemui pemimpin persatuan itu yang mewakili peserta bantahan lain.



Komen Isac;


Lepas satu-satu cerita pasal lembu yang keluar pada tahun ni.... AMK bawa lembu, Penduduk Seksyen 23 Shah Alam bawa kepala lembu dan terbaru penternak2 ni bawak lembu, kerbau dan kambing sekali.


Cuma kali ni sebahagian penternak yang datang bawa lembu ini adalah terdiri dari kaum India jadi isu lembu tidaklah jadi isu agama maupun perkauman....
Sekarang ni jika lembu adalah mahluk yang pandai, sudah pasti depa ni akan mintak royalti ataupun bayaran untuk jadi model kepada pendemonstrasi2 :). Nasib baiklah lembu-lembu ni bodoh....Kalau tak kalu.....harus ada yang nak mintak masuk jadi ahli PKR....???? Cakap banyak2 nanti orang marah....
Itu satu cerita, agak-agak orang-orang India yang tinggal di Sepanyol berani tak untuk membuat bantahan ke atas sukan laga lembu di negara tersebut? Mmmmm......




8 Comments:

Bicara Rakyat said...

Ini adalah mesej peribadi untuk Tuan, mohon jasa baik supaya mesej ini tidak diterbitkan dalam blog ini.

“Kita semua ingin melihat BN menang di Bagan Pinang sekaligus menyampaikan mesej bahawa PR boleh dikalahkan dan bukan kebal. Atas semangat itu, marilah kita memberikan sokongan dan tidak menghentam sesiapa sahaja yang akan diumumkan sebagai calon BN petang ini dan tidak mengkritik pemimpin atau parti sepanjang tempoh kempen pilihanraya Bagan Pinang.”

p/s Mohon saudara berikan emel kepada emel bicararakyat@gmail.com untuk memudahkan komunikasi dan penyaluran maklumat semasa tentang pilihanraya Bagan Pinang.

ntah laaa..... said...

sedang bersaing dgn babi utk anugerah binatang of the year...hehehe

C L J said...

Betul gak. Cadangkan kat si Khalid tu untuk peruntuk 1 kawasan DUN kat shah alam untuk lembu dan 1 lagi kat ijok untuk babi. Senang kit kita dengar pidato langsung.

udanggalah said...

SALAM..Sekarang ni binatang lebih hebat dari manusia sebab penyakit yang dibawa binatang boleh membunuh manusia seperti denggi,selsema burung dan babi sedangkan penyakit manusia adalah berperangai macam binatang.

ISAC said...

Salam bro Netural Daily,

Yang posting "Lembu" kat Blog Abg Tuah tu akulah....Isac, http//:bumiyang.blogspot.com

Pasal Link blog engkau ngn blok aku....den dah lama buat....Ekau aje yang mungkin X link & follow blog eden.

Blog Abg Tuah eden setakat moderator....X ada consent untuk link kan apa2 atau tukar layout....


Eden cuba hantar comment kat blog ekau tapi X boleh....Banyak kali dah cubo.

Wassallam

September 29, 2009 9:33 PM

ISAC said...

Salam Tuan "Bicararakyaat",

Baru bukak blog, baru balik dari outstation. Sorry...pasl posting tersebut adalah scheduled posting & X sempat nak baca komen saudara.

Lagipun Blog Abg. Tuah tu saya hanya moderator.....Boleh posting tapi X boleh nak edit, tukar layout ataupun delete komen. X ade consent...;)

Anyway kalay nak hubungi saya boleh use this email address & saya; bloghttp://bumiyang.blogspot.com/

p/s; ur email address X boleh go through.

Wassallam.

ISAC

kuntakinte said...

salam, terlalu sangat memburuk -buruk dan memfitnah orang lain, hingga satu persatu, bertimpa - timpa masalah dihadapi dik negeri bawah pembangkang.

dari babi sampai ke lembu semuanya benci kan diorang...sekarang tanggung le...dulu jadi pembangkang senang hentam sana sini, sekarang awak jadi kerajaan, apa macam, bertambah gagap le Khalid penderhaka.

Tanpa Nama said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]microsoft software online, [url=http://firgonbares.net/]how to remove oval image adobe photoshop cs3[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] discounts on adobe software macromedia flash 5.0 software
you buy computer software [url=http://firgonbares.net/]Mac FileMaker[/url] adobe software educational discount
[url=http://firgonbares.net/]nero free full version[/url] buy photoshop tutorials
[url=http://firgonbares.net/]academic software canada[/url] nero showtime
online software resellers [url=http://firgonbares.net/]student discount for microsoft office[/b]

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online