Isnin, 13 Julai 2009

BN - YANG TERBAIK UNTUK MASA DEPAN ANDA


Pengundi perlu bijak memilih untuk masa depan

JITRA 13 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pengundi di Manek Urai membuat pilihan yang bijak untuk masa depan mereka.

Perdana Menteri berkata, para pengundi di kawasan tersebut perlu menggunakan pertimbangan yang betul untuk memastikan pembaharuan dan pembangunan dapat dikecapi di kawasan itu.

Mereka perlu fikirkan sama ada mereka mahukan perubahan atau kawasan tersebut kekal seperti dahulu selepas pilihan raya ini.

"Jika mereka mahukan pembaharuan, mereka perlu memilih parti yang tepat," ujarnya selepas merasmikan Majlis Mesra Rakyat di sini hari ini.

Esok pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai akan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih pemimpin di kawasan tersebut. – Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0713&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_26.htm

KOMEN PENULIS –

DIHARAP PENGUNDI DI MANIK URAI TIDAK MELEPASKAN PELUANG DENGAN MENGAMBIL KESEMPATAN MEMILIH CALON DARI BARISAN NASIONAL YANG TERBUKTI MAMPU MEMBELA NASIB RAKYAT DAN MEMBAWA PEMBANGUNAN KE KAWASAN ANDA.

MAKA BIJAKLAH MEMILIH CALON YANG TERBAIK UNTUK MASA DEPAN ANDA..!!

6 Comments:

Mohammad Roslan said...

Salam,

Kaum Muda Pengundi Manik Urai!!! sebenarnya seluruh Ahli Parti Pas dan Pemimpin Pas sedang menunggu keputusan Manik Urai untuk menukar Nakhoda Pimpinan Nik Ajis parti Pas di Kelantan; walau pun mereka ini segan dan malu nak beritahu kepada pengundi Manik Urai. Sekiranya Parti pas kalah di M.U maka inilah peluang terakhir buat MB Kelantan memegang jawatan sebagai MB Negeri Kelantan. Selepas ini sekiranya parti Pas menang; Nik Ajis akan lebih berani dan Bongkak (Sama Mcm LKS dan Anuar) dan Tidak sesiapa pemimpin Pas berani suruh Nik Ajis letak jawatan MB di Kelantan tetapi ramai berdoa dalam parti pas agar pucuk pimpinan Negeri Kelantan akan bertukar kepada pimpinan Pas yang lebih muda dan dinamiK untuk kemajuan bagi Negeri Kelantan. "KALAU PENGAYUH (nik ajis) TIDAK DIBASAHKAN , SAMPAN (KEMAJUAN NEGERI KELANTAN) TIDAK SAMPAI SEBERANG (MAJU)!.

Kaloi said...

aku rasa sejarah akan berulang la... kalo orang da taksub.. terbalik dunia pon tak mau berubah... tunggu melesia nih jadi macam kes kat xinjiang uighur tuh.. baru la tehegeh2 nak berubah kot...

ISAC said...

Mungkin betul apa yang ko kate tu Kaloi, cuma mudah2an umat Melayu/Islam tersedar dari lamunan meraka. Mudah2an peritiwa di Xinjiang ke atas kaum uighur tidak berlaku kepada kita.

Pesan saya walau siapapun yang menang di Manek Urai, kita semua adalah bersaudara. Melayu/Islam Mesti Bersatu!!!!

Kaloi said...

yea.. semoga kita sesama Islam akan terus bersatu padu, walo apapun berlaku..

Tanpa Nama said...

salam bro...

blh tukar x post ni? mual la sy tgk. BN dah kalah bang...

hihihi, jgn mare...

mrL

Ekeng A/L Etong said...

PAS nak buat 'post mortem'.

Biasanya orang kalah yang akan buat 'post mortem'. Pasukan sepak takraw negara kalah teruk di Bangkok buat post mortem. Kalau Pak Cu Mael kalah lawan burung ketitir pun dia buat post mortem pasai selalu dok jadi juara.

Post mortem dibuat pasai nak cari punca kalah. Dalam PRK Manek Urai, UMNO yang kalah. Maka UMNO yang kena buat 'post mortem'.

Tapi PAS yang menang pun nak buat 'post mortem'. Ertinya PAS sebenarnya mengaku mereka kalah di PRK Manek Urai.

Macam mana pun PAS boleh senyum pasai menang tapi hati di dalam menangis pilu sebab undi merosot. UMNO juga boleh senyum pasai dapat kurangkan majoriti undi tapi hati di dalam menangis juga kerana patutnya BN boleh menang.

PAS dan UMNO boleh menyanyu lagu "senyum dalam tangisan"!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online