Isnin, 29 Jun 2009

SIAPAKAH BUKAN PEJUANG ISLAM SEBENAR..?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, debat terbuka antara kedua-dua pemimpin parti politik terbesar Melayu itu jika diadakan hanya membazir masa dan akan menjadi satu bentuk hiburan semata-mata.

Disamping itu pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melayan cabaran Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara terbuka berhubung perbezaan dasar kedua-dua parti.

Menurut mereka, perdebatan itu hanya membuang masa dan akan menyebabkan lebih banyak perpecahan di kalangan orang Melayu apabila setiap pihak ingin mempertahankan pendapat masing-masing.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, perdebatan itu tidak harus diadakan kerana Mursyidul Am Pas bukan pejuang Islam yang sebenar.

''Beliau menuduh UMNO sebagai komunis dan bagi saya kata-kata seperti ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang individu yang mendakwa berjuang atas nama Islam dan mengaku dirinya seorang alim.

''Nik Abdul Aziz sebenarnya adalah seorang pejuang politik dan ini terbukti apabila beliau sanggup bekerjasama dengan DAP tetapi tidak mahu bersatu-padu dengan parti Melayu Islam," katanya.

Sumber utusan online.
Ikuti kisah kerenah abdul-abdul di blog otai politik ddinbunga;

6 Comments:

Unknown said...

Saya sangat bersetuju dengan saudara bahawa Datuk Nik Aziz adalah pejuang politik, kebanyakan dari tindakan dan pandangan beliau adalah bersifat politik bukannya bersifat sebagai pejuang agama yang sejati.Jika PAS betul berjuang untuk islam kaedah dakwah mereka perlu diperbetulkan.

Johor Antique Strores said...

setuju bro.nik aziz hanyalah politikus yang bertopengkan ugama.dan sedang membaca buku karangan tunku abdul rahman putra al-haj berkisar peristiwa 13 mei 1969.penyataan tuanku tentang pas dan peranan mereka memecah belahkan umat dan sumber kewangan mereka sewaktu kempen pilihanraya 1969 amat mengejutkan.
**telagi.blogspot**

TAAVEEKUN PERAK said...

Si nik ajih ni wayang je.Dia cari pengaruh dgn cara politik murahan.Buang masa je layan kerenah dia.

Tanpa Nama said...

Taraf dia dah macam ustaz biasa je..ustaz biasa lebih baik akhlak dan tuturkatanya..
kalu kanya UMNO komunis..dulu Dia juga pengikut kominis..jika Ibubapanya (Nik ajis) ..pak saudara..atok ke..saudaranya yang UMNO atau pernah UMNO..tapi dah mati aku tak tau lah..mereka telah mati dalam kominis ke?? Boleh sesiapa terangkan??

kuntakinte said...

salam, sdr. anom teman setuju dengan komen mike......

Teman pernah dengar ustaz teman ceritakan zaman Rasulullah orang kafir, yahudi pun pakai serban, jubah dan berjanggut cakap bahasa arab....?

ISAC said...

Dulu saya X bersetuju dengan Tun Mahathir yang mahukan perkataan "Islam" pada Pas digugurkan.

Alasannya mudah, saya terikut2 dengan selogan Pas bahawa "Politik X boleh dipisahkan dengan Islam".

Tetapi apabila melihatkan yang Pas kini semakin "licik" bermain politik dan ramai rakyaat "tertipu" dan terpaksa menyokong mereka kononya atas nama memperjuangkan Islam, Kini saya bersetuju dengan Tun Mahathir.

Memang Islam X boleh dipolitikkan tetapi jika "Islam" digunakan sebagai suatu alat untuk "menghalalkan cara" untuk "mengkafir/mengkomuniskan" lawan/musuh2 politiknya, perbuatan tersebut adalah amat merbahaya!!!!

Semuga rakyaat sedar, bahawa dari segi konsepnya "Islam" adalah "cara hidup" (way of life). Semua perkara yang selari & tidak bercanggah dengan syariat adalah cara Islam.

Hudud pula hanya sebahagian dari Islam. Berkata hendak memertabatkan Hudud berlakon untuk memertabatkannya sekadar untuk menagih simpati/sokongan org Melayu/Islam adalah 2 perkara yang amat2 berbeza.

Seperti yang pernah saya katakan terdahulu, tanpa penyatuan Melayu/Islam, mustahil untuk kita memertabatkan Hudud!!!!

Ingat Melayu hanya 55%, Melayu+Bumiputera 65% dan Melayu+Islam 60%. Jika mana2 parti dominan Melayu benar2 ikhlas hendak memperjuangkan Islam, mereka perlu menyeru ke arah penyatuan Umat.

Melayu/Islam Mesti Bersatu!!!!!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online