Isnin, 8 Jun 2009

POLITIK TELOR

EHH..PAS PUN ADA TELOR..JANGAN-JANGAN TEMBELANG TAK..?

NIK AZIZ: K'JAAN PERPADUAN 'MENGARUT'

MURSYIDUL AM PAS DATUK NIK AZIZ NIK MAT SEKALI LAGI MENENTANG CADANGAN PENUBUHAN KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO YANG DIILHAMKAN OLEH PRESIDENNYA DATUK SERI ABDUL HADI AWANG.

MENTERI BESAR KELANTAN ITU MENYIFATKAN PENUBUHAN KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO SEBAGAI "MENGARUT".

TELUR-TELUR PENJAJAH

UMNO ADALAH TELUR-TELUR YANG DITINGGALKAN OLEH PENJAJAH INGGERIS, TAMBAH NIK AZIZ.

NIK AZIZ JUGA BERKATA, PERWAKILAN MUKTAMAR PAS TIDAK BERCAKAP MENGENAI UCAPAN DASAR PRESIDEN TETAPI BERCAKAP PERKARA LAIN.

KATANYA, BELIAU SEMPAT MENDENGAR DUA ATAU TIGA PERWAKILAN YANG MEMBAHASKAN UCAPAN DASAR PRESIDEN SEMALAM.

"INI RESTORAN, KALAU KITA MASUK RESTORAN KITA MINTA MAKANAN, KITA MINTA MINUMAN.

"TETAPI KITA MINTA MINYAK SILINDER, KITA HENDAK BETULKAN TAYAR MOTOKAR. INI PELIK," KATANYA.

"ORANG KETAWAKAN KITA APABILA KITA BERCAKAP BENDA LAIN DI DALAM MUKTAMAR (PAS)."

KOMEN PENULIS –

ISHH..ISHHH..TOK GURU OII..APA NI NAK SAMAKAN POLITIK DENGAN TELOR, MINYAK SILINDER DAN TAYAR MOTOKAR..PELIK LAH …PATUTLAH KELANTAN MASIH TAK MAJU..!!

IKUTI JUGA KISAH STANDARD TANDAS DI NEGERI JAJAHAN PASIR BERDENGUNG;

http://ddinbunga.blogspot.com/2009/06/satu-lagi-suapan-pakatan-pembangkang.html

27 Comments:

kuntakinte said...

salam, ni kes ulama nak bersara tukar profesion abgtuah...nak jadi formen atau kerja di restoran mamak.

Mohammad Roslan said...

Salam kuntakinte,
Kesian orang tua...nak basuh pinggan pun tak larat di restoren mamak..manakan boleh buat resipi nasi Kandaq yang baru 'ala Kelantan di Pulau Pinang?...Pas ini cuma "melukut tepi gantang" je di PP...Tak berani mintak exco keagamaan dari DAP...Pas Pulau Pinang berangan je.. nak letak calon di Penanti..ha..ha..kena gertak dgn Anwar & DAP ...angguk je!.teluq bagi kat mamak buat "telur masak Kurmak nasi kandaq"..he..he..

p/s; Kasi sama kuntakinte & abg tuah roti canai teluq diatas...

PAPA GOMO said...

salam bro..
emmm nik ajis ni dah melalut banyak sangat.

punah dah nik ajis ni. kalau overhall pun belum tentu pulih..

kuntakinte said...

salam, mamak telog tengah masak nik Ajis satuuuuu.. roti canai telog nik ajis satuuuuuuu.

Tanpa Nama said...

Jagan jadi terlalu bodoh dengan kiasan politik. Jangan biadap dengan para ulama'.

AbgTuah said...

SALAM MAMAK DAN KUNTAKINTE..

KAWAN PUN TAK MAHU KETINGALAN..

TELUK HALVED COOKED NIK AJIS DAN NASI LAUK TELOK KURMA NIK AJIS SATUK..HEHEHE

Mohammad Roslan said...

Salam kuntakiinte,
Marah pulak si anom itu..mengata pemimpin negara tak apa?.Orang Pas memang takutkan "NIK BIONIC PAS" ini...kita buat resepi baru...Telur separuh masak Nik bionik"...ha..ha...kadang-kadang yang dikatakan Ulama itu sebenarnya "Ulaq dalam semak"...ha..ha..ha..

Muhammad Yassin Ariffin said...

salam...ha hahaha kena sound dah dengan tanpa nama..tapi kalu ulamak la si nik aziz ni takkan bg fatwa mengarut..yg tak masuk akal..eee aku tak nak main setuju jer..asal pakai serban ulamaq. aku nak tahu satu jer lain kali ...nik ajiz ni kentut wangi ker.???

kuntakinte said...

salam, mamak kita tambah lagi satu punya resepi Sup ulag dalam semak satuuuuu..

Hai anom mare ke....puak2 kau je yang gelar Ni Ajis tu ulama yeop!!!!

Tanpa Nama said...

Kasihan nik teloq ulamak , kena buat roti teloq , tak daq lah teloq lagi nak buat fatwa tentang teloq .

AbgTuah said...

hehehehe...

Tanpa Nama said...

U = United
M = MUNAFIK
N = National
O = Organisation

BN = Banduan2 NERAKA

pisau said...

sejak bila PAS ada telur ,
setau aku sejak perkahwinan haram dengan DAP,telur dah takde,PAS dah jadi 2 alam..

selebih nya paham paham jer la

Ali Abdullah said...

Salam Abgtuah,

Telor apa yang besar sangat tu? Gerun gak kawan..Baru telor jer besar tu.. belum lagi temberang dia.. hehehe

Tiada kerajaan perpaduan dalam PR. Bermaksud tiada perpaduan Islam dalam negara kita jika mengikut tafsiran PAS. Bukan begitu?

Di sinilah bezanya BN dan PR. BN mengutamakan percampuran kuasa, mengeratkan perpaduan, sementara PR pula menolak perpaduan dan mengamalkan dasar pentadbiran mengikut puak-puak dan pendirian ketua masing-masing..

Macam ini nak jadi kerajaan kita, alamat hancurlah negara mengikut puak-puak politik masing-masing.. Malaysia akan jadi Soviet Unionlah kalau macam ni.. Jadi macam puak-puak arab.... 10 kali lagi baik kalau bendera jack union naik daripada dilepaskan kat tangan puak-puak suma ni..

Lebai Mangkuk said...

Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.

Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.

Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.

Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.

AJAI62 said...

Salam

Agaknya hari tu masa Pas bersidang Nik ajis ingat dia kat restoren yang ada jual minyak slinder...wakakakaaa...makin nyanyuk agaknya...

Samwan said...

Assalamualaikum,
Kata-kata Nik aziz yang merujuk UMNO sebagai telor penjajah itu ada benarnya.

Tanpa tunjuk ajar penjajah mustahil kita mengamalkan sistem kerajaan sekarang ni yang berteraskan demokrasi.

Sepatutnya kita perjuangkan dari awal lagi untuk menegakkan Sistem Islam dan membentuk sebuah negara Islam apabila merdeka. Kan Tanah Melayu itu kepunyaan Melayu yang beragama Islam (kecuali yang murtad).

Tapi sayang UMNO gagal dan lemah sekali untuk mendapatkan hak itu. Mana Melayu lain yang menperjuangkan Islam? Ramai yang mengangkat senjata dan terjebak dengan komunis. Sayang seribu kali sayang.

Saya yakin, itu lah rasional Nik Aziz dalam perihal telur itu. Saya sependapat dengan beliau.

Tak tahu la pulak saudara yang lain. kadang-kadang tu kritikan kita lebih kepada mencari kesalahan seolah ama sukar untuk menelan pahitnya kebenaran.

Harap dengan majoriti kita yang beragama Islam dapat bersatu dan menegakkan sistem Islam. Tinggalkan amalan demokrasi secara beransur-ansur. Mungkin susah apabila nak melaksanakan. Dan mungkin juga mendapat tentangan muslim sendiri. Itu yang parah.

Wassalam

ISAC said...

Assallammualaikum Samwan 2009 Jun 9 17:47,

Cakap tuan memang ada benarnya tetapi tak semuanya betul.

Syarat2 kemerdekaan yang dibenarkan British memang mengkehendaki Negara mengamalkan sistem demokrasi ini. Itu antara syarat2nya.

Dalam keadaan sekarang dengan penduduk negara yang pelbagai kaum
dan agama. Saya kira tiada salah mengamalkan demokrasi. Bahkan...Pas, PKR dan DAP juga mengiktiraf dan bersama-sama menegak dan mempertahankanya.

Yang salah nya....Mengapa hukum hudud tidak dijadikan sebagai undang-undang yang Utama.

Tuan Samwan, saya kira jika tuntutan tersebut dimasukkan ke dalam tuntutan kemerdekaan, mungkin sampai sekarang pun kita X akan merdeka...

Tapi baik lah...yang lepas tu biarlah ianya menjadi lipatan sejarah.

Dengan mejoriti kita (Melayu/Islam)yang tak sampaipun 60% dan diwaktu yang sama kita masih lagi nak berpecah!!!! Bagaimana mungkin kita nak menukar undang2 style British yang ade sekarang kepada hukum hudud? Darimana kita nak dapat undi 2/3 untuk mengubah perlembagaan tersebut?

Perjuangan bukan hanya memerlukan semangat saudara Samwan, ia juga perlu didahului oleh strategi yang betul dan sokongan umat Islam Malaysia keseluruhannya. Dalam keadaan sekarang kita X mampu untuk mencecirkan sokongan, walau seorangpun umat Islam di Malaysia ini.

Melayu/Islam/Bumiputera Mesti bersatu.

bERANIKAN hATI said...

Salam Abg Tuah,
Aku rasalah, Nik Ajis ni nak besarkan telurnya atau pun nak jadikan telurnya telur asin...memang dia dah meroyan kebelakangan ni. Arah tuju politiknya dah nampak tidak tentu haluan...dia dah tak fokus...kecewa dalam banyak hal termasuk anaknya yang gagal dalam pemilihan parti. Ini dari kalangan ulamak yang dah tersasar ni.

Tanpa Nama said...

Tuan guru patut biarkan org muda jlnkan tugasnya. Tuan guru org lama. pemikiran tak sama dgn zaman la ni.

View Profile: Rantong™

harimau malaya said...

salam buat semua saudaraku seagama dan sebangsa dengan ku...ok apa yang gua nak cakap ...cuba saudaraku renungkan kembali apa yang cuba di sampaikan buat kita semua....tapi jgn ler kita permainkan dan persendakan maksud kias yang nak di sampaikan oleh tuan guru pada kita semua....umno dan pas mempunyai agenda perjuangan tersendiri....tak mungkin akan ada keserasian diantara pas dan umno yang memeperjuangkan satu matlamat dengan dua jalan yang berbeza....jadi lapangkan dada pa yang dimaksudkan oleh tuan guru...jangan le kita tau persenda dan gelakkan pada kita sebangsa dan seagama....apa yang kita perlu lakukan bersatu dengan satu matlamat dengan dua arah yang berbeza....kepada tanpa nama hang sapa nak tujukan kami semua ahli neraka....Awat itu ka ajaran yang hang dapat dari pas...cukup le sudah2 mari kita perjuang demi umat islam dan melayu kita....pi balik belajaq buka kitab sunah dan rasul .... apa yang hang lafaz tu berat...ngucap balik le bro

Tanpa Nama said...

salllam kita yg x belajaq tinggi dlm agama jgn le pandai2 nak jadi ulama. cermin diri n cermin hati.ilmu agama x cukup jgn nak berhujah dlm hukum hakam agama.boleh hitam hati n sesat akidah.istighfar brother2 jgn kita dilaknat n diazab allah swt dunia n akhirat.

kuntakinte said...

salam, sdr anom...aik..tak kan lupa bukan ke Ni ajis yang mengajornya yeop!!!! he..he...

Tanpa Nama said...

KK cara tulisan anda mencerminkan anda seorg yg jahil dlm ilmu agama tetapi berpura2 spt seorg ulama yg ada ilmu agama.sifat munafik anda terserlah.bahaya utk islam manusia spt anda.

Samwan said...

Assalamualaikum ISAC 2009 Jun 9 18:21,

Hish... jangan bertuan dengan saya. Saya cuma hamba allah yang ingin mencari jalan penyelesaian ke arah melaksanakan Sistem berlandas Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW di bumi Malaysia ini.

Apa pun saya setuju itu sudah lepas, sepatutnya kita jadikan ikhtibar kesilapan lampau sebagai panduan menuju kedepan.

Tuan Samwan, saya kira jika tuntutan tersebut dimasukkan ke dalam tuntutan kemerdekaan, mungkin sampai sekarang pun kita X akan merdeka...

Tapi baik lah...yang lepas tu biarlah ianya menjadi lipatan sejarah.


Sejarah kalau dilipat tanpa mengambil ikhtibar merugikan kita juga.

Melayu Islam mungkin cuma 60%, tetapi Islam dari bangsa yang lain bagaimana.

Teringin hendak melihat kajian terhadap perlaksanaan hukum Islam ni di Malaysia. Kita tengok bagaimana respond dari semua penganut agama lain. Ini bukan bertujuan untuk paksa mereka memeluk Islam. Tapi mengubah sistem yang diamalkan sekarang.

Semua orang Islam akui sistem Islam tu bagus. Tapi tiada siapa yang berani tampil untuk memacu kedepan.

Kita (Islam) tidak melarang mereka mengamalkan agama mereka. Kita cuma nak memperkenalkan cara hidup kita (Islam itu adalah satu cara hidup bukan).

Tetapi dalam membicarakan konteks hukum Islam ini, ramai yang mengelak dan memberi pelbagai alasan. Tapi semuanya gagal untuk menjawab persoalan saya.

Adakah Demokrasi dan masyarakat berbilang kaum sebagai halangan?

In persoalan yang menarik bukan. Itu yang patut dibincangkan dalam melakar strategi dalam negara perpaduan. Bagaimana kita boleh melaksanakan Hukum Islam itu.

Wassalam.

ISAC said...

Saudara Samwan 2009 Jun 10 15:51.

Peratusan terbaru Melayu 55%, Bumiputera Lain 11.83%. Jumlah Bumiputera = 66.83%
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Melayu/Islam di Malaysia hanyalah 60%http://usembassymalaysia.org.my/bnet/IRF08_Malay.pdf

Jangan juga lupa pada "Melayu" yang telah murtad...waliyazubillah...

Seperti yang saya katakan dalam komen saya terdahulu, saya X menolak sistem demokrasi;

"Dalam keadaan sekarang dengan penduduk negara yang pelbagai kaum
dan agama. Saya kira tiada salah mengamalkan demokrasi. Bahkan...Pas, PKR dan DAP juga mengiktiraf dan bersama-sama menegak dan mempertahankanya."

Saya juga X ade mengatakan bahawa saya X nakkan Hudud, saya rasa ayat dari komen terdahulu ini juga cukup jelas;

"Dengan mejoriti kita (Melayu/Islam)yang tak sampaipun 60% dan diwaktu yang sama kita masih lagi nak berpecah!!!! Bagaimana mungkin kita nak menukar undang2 style British yang ade sekarang kepada hukum hudud? Darimana kita nak dapat undi 2/3 untuk mengubah perlembagaan tersebut?"

Sebab itulah saya sarankan supaya Umat Melayu/Islam di Malaysia ini bersatu dan seorang pun dari mereka kita X boleh tinggalkan!!!!!!
Itupun baru kita ade 60%. Kita masih perlukan 6.7 peratus lagi untuk mendapatkan mejoriti mudah 2/3 sokongan MP untuk menggubal Perlembagaan.

Jestru itu seperti kata saudara penerangan kepada mereka yang bukan Islam juga penting agar mereka faham akan konsep Hudud. Supaya setidak2 nya jika mereka X menerimanya untuk semua warganegara Malaysia, mereka membolehkan agar Hudud dipraktikkan kepada rakyaat yang beragama Islam.

Ini mungkin nampak janggal tetapi setidak2 nya kita bergerak ke arah menegakkan hukum Allah.

Akhir sekali saya rasa kita sependapat cuma penerangan kita mungkin berbeza.

Melayu Islam juga patut cuba menambah bilangan anak2 untuk setiap keluarga agar bilangan kita dapat diramaikan mungkin 25 tahun dari sekarang bilangan kita (Melayu/Islam) boleh mencapai 70% penduduk Malaysia. Ini mungkin lebih mudah.

Wassalam.

Tanpa Nama said...

Mamak Penang ni merapu.sedaq diri sikit hang tu mamak kicap bukan ori melayu.tinggi ilmu agama hang mamak kicap nak mempersendakan ulama2?.hang belajaq kat bt caves kot?.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online