Rabu, 1 Julai 2009

Mengatakan Pendaratan Gas Asli dari Sempadan Thailand/Malaysia ke Songkla di Atas Faktor Politik Semata2 Adalah Tidak Adil







Memang lebih molek jika gas asli tersebut dapat dinaikkan di Kelantan. Kerana Kelantan akan dapat banyak faedah dari aktiviti "hiliran". Tapi itu kata kita. Memang jika ditannya kos pemasangan paip ke Songkla ataupun ke Tumpat, mana lebih tinggi? Memang ke Tumpat lebih hampir dan murah. Tetapi kawasan Telaga Gas Asli tersebut berada lebih dekat dengan sempadan Thailand.
Tentulah mereka juga telah memikirkan kepentingan nasional mereka. Lagi pula dari segi pemasaran Songkla lebih strategik kepada Thailand kerana ia adalah sebuah bandar pelabuhan yang telah "established". Kerja2 pengeksportan gas asli kepada mereka akan lebih mudah dan cepat. Bila lebih cepat dapat dieksport, lebih cepat dapat duit...Boleh bayar balik hutang, projek jadi "vible".
Mengapa mereka tidak memilih Narathiwat kerana ianya lebih hampir? Mungkin dari segi kos pemasangan paip, kos ke Songkla adalah lebih mahal sebanyak 3 kali jika nak dibandingkan sekiranya gas asli tersebut di daratkan di Narathiwat. Tetapi perlu diingat kos untuk penambahbaikan infrastruktur, pembinaan infrastruktur baru, pembinaan sistem sokongan dan membina sebuah pelabuhan baru di Narathiwat mungkin kosnya beratus kali ganda lebih tinggi dari kos pemasangan paip.
Tambahan pula pembinaan kesemua itu akan mengambil masa yang lama selain kos yang besar. Sudah tentu Songkla adalah lebih praktikal dan ekonomikal bukan?
Berbalik kepada mengapa kita memasang paip gas ke Padang Besar dan bukanya Kelantan. Cuma apa yang saya nampak untuk mengatakan tujuan menyalurkan gas asli tersebut dari Songkla/Thailand ke Padang Besar atas sebab Politik semata2 juga adalah tidak tepat, keterlaluan, bermotifkan politik dan bersifat berat sebelah.
Apabila gas asli ini (LPG) di salurkan ke Padang Besar, Negara kita/Petronas juga telah dapat menjimatkan sejumlah wang yang besar kerana jajaran paip LPG ini kemudiannya telah dapat dapat menggunakan Rezab Paip Gas Pertronas Gas dan segala kemudahan yang telah sediada untuk PGU I & II. Iaitu Rezab "Y" grid jajaran paip gas negara.
Selain menjimatkan dari segi kos pemasangan paip yang cuma hanya lebih kurang 55Km panjang (itupun dibiyayai bersama dengan kerajaan Thailand, tempoh pembinaan dan kos pengambilan tanah juga telah dapat dijimatkan dengan banyaknya. Jarak tambahan paip gas dari Tumpat (Berdekatan Kota Bahru) iaitu jika paip gas ini melalui Kota Baharu, Kerajaan/Petronas perlu membina 233Km paip gas asli untuk menyambungkannya ke Kertih (Menghubungkan Grid Gas Nasional).
Jika pilihan ini di ambil sudah pasti projek ini masih belum siap sampai sekarang kerana isu pengambilan tanah di Kelantan akan menjadi isu besar. Lihat sahaja di Pulau Pinang, di mana projek "Pembinaan Keretapi Berkembar" yang sepatutnya memberikan manfaat yang besar kepada rakyaat dan negara telah melalui detik2 sukar apabila Pulau Pinang jatuh ke bawah permerintahan "DAP". Keseluruhan kebaikan dan penjimatan projek TMM ini kepada negara juga sewajarnya diambil kira.
Di dalam membuat sesuatu pertimbangan kita kidak sepatutnya berat sebelah, memihak dan melakukan pertimbangan secara berpilih.
Untuk makluman penulis terlibat secara tidak langsung di dalam kedua2 projek di atas.
Ikuti juga pesanan anak melayu muda ini ;

9 Comments:

ISAC said...

Tambahan,

Bayangkan jika paip gas asli dari Songkla hendak di bawa ke Tumpat.

Sekurang2nya tambahan 200Km paip gas lagi akan diperlukan.

Baik2 projek boleh mengeluarkan hasil dengan cepat akan jadi "viable" pulak...

ISAC said...

"X vible"

AbgTuah said...

SALAM BRO ISAC..

BAGUS..TAMBAHAN MAKLUMAT YG BAIK SUNGGUH BERFAKTA..

AbgTuah said...

APA NAK BUAT PIHAK SATU TU OTAKNYA TAK SAMPAI UNTUK MENGKAJI NI SEMUA HEHEHE..

ATAU KALAU FAHAM PUN BUAT-BUAT TAK FAHAM AJE..

Tanpa Nama said...

LEPAS NI KLU PENCACAI2 MURAHAN PAKATAN TAK PUAS HATI JUGAK..SURO DIORANG BERENANG KAT PELANTAR SANA TENGOK SENDIRI KEHKEHKEH

AJAI62 said...

Salam Bro

Kalau memimpin kerana atas dasar politik yang sempit dan asyik nak membangkang aje tulah jadinya perancangan ekonomi entah kemana, cadangan main sedap ikut mulut dan ikut perut. Nampak sikit lubang nak dapat kekayaan mula buat fitnah dan tuntutan yang bukan2.

bungaraya said...

PAS tak tentu hala apabila mendengar di pesisir Kelantan terdapat pelantar minyak.
Mulalah berkira-kira untuk menuduh UMNO dan BN menjahanamkan harta kekayaan negeri dibawah pemerintahannya. Ada setengahnya dah mula berura-ura menjadi orang Kaya baru. Yang setengahnya tu dah mula pandai berlagak sakan. Rupa-rupanya hanya mimpi pak pandir disiang hari yang tidak menjadi kenyataan.
Begitulah jikalau kita hanya tahu membebel tanpa ilmu. Ilmu ekonomi yang UMNO sangat pakar, sebenarnya adalah sekular kepada pemimpin PAS. Sudah tentulah mereka buta dengan ekonomi modern seperti sekarang ini. Kalau nak kira guna jari tangan sehaja, alamat nak roboh negerilah gamaknya.

kuntakinte said...

salam, serah je pada yang AHLI, mereka semua berpakaran, setakat YB PAih sekolah Atap je nak campur urusan yang perlukan kepakaran dan lebih berteknikal....

Pandai tuduh rasuah, kroni boleh lah tu yang di ajar di sekolah atap...

Tanpa Nama said...

korang duduk zaman aper ?Tun dah ckp ramai yb umno ni level spm ni..dalam pas ada engineer ..doctor...hahaha...semban macam cerdik jer admin...setakat 200 km cost tapi volume economic effects for long term xkira...sebab tula orang melayu terus miskin selepas 50 tahun umno perintah..puihh

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online