Isnin, 6 April 2009

SONGSANGNYA PAKATAN RAKYAT

SEPANJANG PETANG HARI AHAD 5 HB APRIL DAN ISNIN 6 HB APRIL PENULIS BERKESEMPATAN MELAWAT BEBERAPA KAWASAN DISEKITAR BUKIT GANTANG SEPERTI TERUNG, SIMPANG, TERMELUK DAN BEBERAPA LAGI. PENULIS BERLEGAR-LEGAR MEMERHATI SITUASI KEMPEN PRK DI KAWASAN TERSEBUT SETELAH MENYELESAIKAN TUGAS-TUGAS SUKARELA MEMBANTU JENTERA UMNO/BN DIKAWASAN TERSEBUT.

SAMPAI DI SATU KAWASAN BERDEKATAN PEKAN TERUNG PENULIS AMAT TERPERANJAT TERLIHAT SATU BANNER YANG TERTULIS UMNO = RASUAH. BANNER TERSEBUT PENULIS TIDAK SIARKAN GAMBARNYA KERANA SLOGANNYA AMAT TIDAK BERASAS SAMA SEKALI.

DISINI PENULIS BERPENDAPAT BAHAWA SLOGAN TERSEBUT HANYA USAHA TERSEPIT YANG JAHAT BERTUJUAN MENCALARKAN IMEJ UMNO SEBELUM MENJELANGNYA HARI PEMBUANGAN UNDI IAITU 7 HB APR.

PENULIS AMAT HERAN DENGAN SIKAP PEMBANGKANG SEHINGGA SANGGUP MENGUNAKAN APA CARA SEKALI PUN BAGI MEMASTIKAN KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA MEREKA TANPA LAGI MEMIKIRKAN ETIKA KEMANUSIAAN SERTA DOSA DAN PAHALA.

PENULIS INGIN MEMBAWA PEMBACA BERFIKIR SEJENAK..APAKAH SAHIH SLOGAN TERSEBUT TANPA ADA SATU BUKTI YANG KUKUH BAGI MENYABITKAN UMNO = RASUAH.

SEKIRANYA HANYA BEBERAPA KERAT INDIVIDU DIDALAM UMNO TERLIBAT DENGAN RASUAH KENAPA PERLU SEHINGGA MENUDUH SEBUAH PARTI YANG PERJUANGANNYA SENTIASA BERPAKSI KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA SEBAGAI RASUAH.

DIMANAKAH LETAKNYA PEGANGAN ISLAM MELAYU PAS DAN PKR ? APAKAH DENGAN MENYABITKAN SESAORANG ATAU SESUATU ORGANISASI TANPA USUL PERIKSA SEBAGAI RASUAH TIDAK BERDOSA ?

BAGAIMANA PULA DENGAN BEBERAPA AHLI PR YANG JUGA DITUDUH DAN DIDEDAH MELAKUKAN RASUAH DAN PENYALAHGUNAAN KUASA ? MAKA ADIL JUGA KITA LABEL PAKATAN RAKYAT = RASUAH = SALAHGUNA KUASA

SEKIRANYA BEGITU MUDAH MENUDUH SESAORANG ATAU SESUATU ORGANISASI TERSEBUT SABIT KESALAHAN MAKA TENTU ADIL JUGA KEPADA AHLI UMNO MENUDUH PAS = SESAT KERANA SERING MEMPERGUNAKAN AGAMA BAGI KEPENTINGAN POLITIK DAN BAGI MENGHALALKAN CARA?

WAHAI PENGUNDI DIKAWASAN BUKIT GANTANG, BUKIT SELAMBAU DAN BATANG AI…LIHATLAH..DAN TIMBANGLAH…DENGAN MENGUNAKAN SEGALA DERIA DAN AKAL FIKIRAN YANG DIBERIKAN ALLAH…APAKAH PAKATAN RAKYAT INI SEBUAH PARTI YANG BOLEH DIPERCAYAI.

JADI KEPADA PAKATAN RAKYAT YANG ISLAM..KEMBALILAH KE JALAN YANG BENAR..JALAN YANG DIREDHAI ALLAH..JANGANLAH SAMPAI SEGALA IBADAT YANG ANDA LAKUKAN SELAMA INI DITOLAK PAHALANYA HANYA KERANA KEJAHILAN DIRI SENDIRI MENUDUH TANPA BUKTI DAN SAKSI.

9 Comments:

Ex-UMNO said...

Muslim yang beriman akan menolak UMNO yang terang dan nyata menghalalkan RASUAH.

Adalah berdosa jika bersubahat dengan UMNO yang menghalalkan RASUAH.


PAU 2008 membuktikan UMNO RASUAH

AbgTuah said...

Dimanakah didalam UMNO yang tercatit mengatakan UMNO menghalalkan rasuah..cuba terangkan...cuba buktikan...? Hukum halal haram dosa pahala jangan sewenang-wenangnya digunakan..ditakuti sangkaan awak bahawa awak banyak ibadat sebagai ahlil syorga tetapi akhirnya terjun kedalam neraka jua...

AbgTuah said...

PAU TIDAK MEMBUKTIKAN BAHAWA UMNO ITU RASUAH.

BADAN DISPLIN UMNO HANYA BERTINDAK MEMBENTERAS POLITIK WANG...BUKANKAH ITU TINDAKAN YANG BAIK..DAN APAKAH 1 KE 2 ORANG YANG DIAMBIL TINDAKAN MEMBUKTI BERJUTA AHLI UMNO ITU RASUAH..

KENAPA PUAK PAKATAN RAKYAT TIDAK PULA MENYIASAT SEGALA TUDUHAN BERKAITAN RASUAH DAN PENYALAHAN GUNA KUASA DIKALANGAN AHLI SENDIRI..JADI BUKANKAH ITU SUBAHAT NAMANYA...

SuaraMuda said...

Ex-UMNO sekadar totok PR. Mentaliti kelas bahawan malah lebih rendah dari otak lembu.

Sokong Abg Tuah

fedup said...

mereka ini sebenarnya takut dengan bayang2 sendiri..kalau terbukti mereka ini betul2 orang benar pertama sekali kena mengakui kesilapan yang banyak mereka lakukan. Ini tidak pernah pun mereka mengakui sepenuhnya kesalahan mereka.. mesti mengaitkan k'jaan dan UMNO..

ex-umno..kamu pun agaknya dah cukup kedarah duit umno..untung k'jaan BN ini k'jaan yang prihatin...di halalkan semua itu..kalu tak di halalkan..ish ish ish...

Gukita said...

Pembabitan pemimpin-pemimpin UMNO di dalam politik wang kempen pemilihan samada pihanraya atau pemilihan UMNO bukan lagi sesuatu rahsia. Ia terselak luas umpama penari bogel di atas pentas menonjolkan kejelikan.

Tetapi ini tidak boleh menjadi alasan mengatakan UMNO rasuah. Jika DASAR UMNO membenarkan rasuah, maka barulah boleh dikatakan UMNO rasuah. Tetapi sebaliknya, perang anti rasuah begitu hebat dilaksanakan di dalam UMNO bagi membanteras rasuah sehingga BPR diberikan kuasa yang amat besar mengimbangi kuasa polis agar ada 'check and balance'. Jika UMNO rauah sudah tentu perkara ini TIDAK AKAN dilaksanakan. Mengapa mengujudkan satu mekanisma dengan kuasa begitu luas untuk menjerat leher sendiri? Orang bodoh pun boleh fikir...

Hakikatnya penggunaan wang dalam kempen lebih teruk dilakukan pembangkang cuma mereka TIDAK TERBUKA.. Bolehlah dikatakan PEMBANGKANG RASUAH kerana mereka tidak lantang menentang rasuah dalam barisan mereka.. adakah mereka merestuinya untuk dapatkan kerusi? Usaha DSAI untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan melalui pembelian kerusi sudah diketahui umum, malah DSAI TERANG-TERANG mengumumkan pemasukan AP-AP BN dalam pembelian kerusi seolah-olah PASAR LELONG. INILAH RASUAH TERANG DAN NYATA.

Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya sendiri semasa pilihanraya lepas, bonet kereta perayu undi PAS, Parti Islam Semalaya penuh dengan wang bagi membeli undi. INI CAKAP TAK SERUPA BIKIN. TUNJUK ARANG DI MUKA OARANG, KAIN SENDIRI TERSELAK MENUNJUKKAN ANU.. Malah penyokong UMNO sendiri terkejut besar kerana tidak sangka PAS boleh bertindak demikian..

Jadi, ADA MATA TENGOK, ADA TELINGA DENGAR, ADA OTAK FIKIR. Jangan pakai ciplak sembrono slogan-slogan pengempen kerusi yang seolah-olah mendokong suara rakyat.. Pakatan RAKYAT?? Yekk.. gelinya..

Mat Jan said...

Yer la.... tapi saya nak tanya sikit... POLIS terima rasuah.. dia kena buang kerja,tangkap... tapi UMNO yang terima rasuah tak kena lak tindakan... mcm mana tu erk..? Yang bagi tu dah kena tindakan... yang terima macamana? Klu kerana yang teriam tu buat report maka dier lepas... tak kan semua yang terima dah buat report..?

Gukita said...

Kalau Sarjan hassan terima rasuah dan dibuktikan, hukumlah dia jangan hukum Jabatan Polis. Kalau Ali Rustam bagi rasuah parti, hukumlah dia (dah kena hukum pun), jangan hukum UMNO. UMNO perangi rasuah dalam parti dan dalam negara.. sokonglah ia. Harap faham maksud saya.

Awanama said...

DSAI & KUNCO2NYA MEMANG PANDAI/HEBAT! MANA TIDAKNYA MEREKA INI DULUNYA ADALAH PEMAIN2 PROPAGANDA UMNO YANG HANDAL DI ZAMAN DSAI MASIH BERADA DI DALAM UMNO. KITA TAK BOLEH NAK MEMANDANG RENDAH MEREKA INI...LIHAT SAHAJA MACAMANA DSAI MENANGI KERUSI PEMUDA MENGALAHKAN DATO' SUHAIMI KAMARUDDIN, MENYEBABKAN KEJATUHAN DATO' RAHIM THAMBY CHIK, MUNGKIN JUGA DATO' MUHAMMAD MUHAMMAD TAIB DAN TUN GHAFAR. TUN MAHATHIR JUGA NYARIS TIDAK AKAN DAPAT PENCALONAN UNTUK MENGEKALKAN KERUSI PRESIDEN UMNO JIKA PERANCANGAN DSAI BERJAYA DIJALANKAN. TETAPI TUN MAHATHIR TELAH TERLEBIH DULU MENGHIDU TEKTIK BELIAU.

MELIHATKAN POPULARITINYA DI PENTAS DUNIA TIAK MUSTAHIL JIKA AKHBAR2 LUAR NEGARA YANG CUBA MENGAITKAN DATO' SERI NAJIB DENGAN KES ALANTUYA JUGA ADA KAITAN DENGAN BELIAU.

PROPAGANDA PEMBANGKANG MUDAH
1) POLIS - GANAS/TAK ADIL/PRO BN
2) MAHKAMAH - PRO BN
3) SPRM - - PRO BN
4 SPR/HANYA TANGKAP IKAN KECIL
5) UMNO - RASUAH/MAKAN DUIT RAAKYAAT/UTAMAKAN KETUANAN MELAYU/TERALU DOMINAN/TINDAS PARTI KOMPONEN/TIPU RAKYAAT
6) KOMPONEN BN - KENA BULI DENGAN UMNO/PAK TURUT
7) MEDIA ARUS PERDANA - PRO BN/TAK TELUS/PENIPU

BAYANGKAN SEMUA DI ATAS MENYEBABKAN PENGUNDI2 MUDA BERUMUR 21 - 40TAHUN YANG MEWAKILI 25-35% RAKYAAT MALAYSIA TELAH DISALUTI DENGAN SATU PERSEPSI YANG "TOTOK" YANG PAYAH UNTUK DIUBAH DAN AMAT PAYAH UNTUK DI "TURNOVER" KERANA "MENTAL BLOCK". BENDA INI TELAH DISEMAI AGAK LAMA SEJAK TAHUN 1998 HINGGA KINI 2009 DAN JESTRU ITU AGAK PAYAH UNTUK DIUBAH DALAM SEKELIP MATA. MEREKA MENUNJUKKAN SEOLAH2 PEMBANGKANG MENGHARGAI KEINTELEKTUAL GOLONGAN MUDA INI DAN KEBIJAKAN MEREKA TELAH DIINJAK2 OLEH UMNO/BN YANG SELAMA INI MENIPU MEREKA. PADAHAL PEMBANGKANGLAH YANG TELAH MENGGUNAKAN "REVERSE PYSICOLOGY" MELAYAN MEREKA INI DENGAN KONONNYA MEREKA BIJAK, ATAS SEMANGAT LIBERALISASI, KEADILAN DAN LAIN2. DALAM MASA YANG SAMA MEREKA INI SEBENARNYA DIPERBODOH2KAN OLEH PEMBANGKANG DEMI MENCAPAI MATLAMAT MEREKA. APA TIDAKNYA SEMUA YANG PEMBANGKANG CAKAP SEMUA BETUL2 DAN BETUL BELAKA.

KERAJAN BN PERLU BERKERJA KERAS UNTUK MEMBUKTIKAN KEPADA RAKYAAT BAHAWA APA YANG DIKATAKAN PEMBANGKANG ITU TIDAK BENAR DAN DALAM MASA YANG SAMA MEREKA PERLU MENGENAL PASTI APAKAH KAEDAH/MEDIUM YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK BERINTERAKSI/BERKOMUNIKASI DENGAN GOLONGAN MUDA INI AGAR "MESSAGE" YANG HENDAK DISAMPAIKAN DILIHAT DAN DITERIMA OLEH MEREKA.

MUNGKIN UMNO KINI PERLU LEBIH KELIHATAN LIBERAL. MUNGKIN UMNO PATUT MENCONTOHI PAS,
1)JIKA DULU UMNO "KAFIR" KERANA BEKERJASAMA DENGAN MCA, MIC, GERAKAN DAN LAIN2 PARTI KOMPONEN BN, KINI PAS JUGA TELAH "KAFIR" KERANA MEREKA TELAH BERGABUNG DENGAN DAP DAN PKR (SOSIALIS).
2)JIKA DULU UMNO "KAFIR" KERANA TIDAK PERNAH MENGGARISKAN UNTUK MENEGAKKAN HUKUM ISLAM DALAM PIAGAMNYA, KINI PAS JUGA TELAH "KAFIR" KERANA HUKUM HUDUD JUGA TIDAK ADA DALAM PIAGAM MEREKA ATAUPUN HUKUM HUDUD BOLEH DIJALANKAN 30 TAHUN LAGI.

UMNO/BN PERLU MENGKAJI KENAPA APA YANG PEMBANGKANG KATAKAN DAPAT DITERIMA TETAPI APA YANG DIKATA OLEH MEREKA DITOLAK MENTAH2 OLEH RAKYAAT.

BAGI KAUM BUMIPUTERA, HARAPAN SAYA BERSATULAH SEBELUM TERLAMBAT. BOLEHKAH ORANG MELAYU/BUMIPUTERA DI SINGAPURA MENUNTUT HAK UNTUK MEMPUNYAI TIMBALAN PERDANA MENTERI KEDUA DI SANA? NAK JADI JURUTERBANG PESAWAT PEJUANG PUN TAK BOLEH KERANA DITAKUTI MEREKA TIDAK AKAN TERGAMAK MENGEBOM NEGARA-NEGARA JIRAN YANG MEMPUNYAI TALIAN KEKELUARGAAN DENGAN MEREKA, APA LAGI HENDAK MENJADI JENERAL ANGKATAN TENTERA. FIKIRLAH APA AKAN JADI PADA ANAK2 CUCU KITA NANTI....BAGI AHLI2 POLITIK, PENSYARAH2, PEGUAM2, AHLI2 KOPERAT, GRADUAN2 DAN AHLI2 PROFESIONAL2 YANG MENYERTAAI/MENYOKONG PEMBANGKANG....SOALAN SAYA JIKA ANDA HIDUP DI ZAMAN PENJAJAH DULU DAPAT KAH ANDA SAMPAI KE TAHAP INI? SAYA BUKAN AHLI UMNO TAPI SAYA BERASA AMAT TERHUTANG BUDI KEPADA UMNO........YANG SUDAH TU SUDAH LAH.........JANGAN KERANA MARAHKAN NYAMUK KELAMBU KITA BAKAR! PKR PUN ADALAH SERPIHAN UMNO...JIKA UMNO JAHAT MAKA MEREKA DULUPUN JAHAT, JIKA UMNO RASUAH MAKA MEREKA DULUPUN RASUAH! KALAU UMNO MAKAN DUIT RAKYAAT MEREKA DULUPUN MAKAN DUIT RAKYAAT. KITA PERLU BERSATU...JANGAN BIARKAN ADA ANASIR2 LUAR YANG BERJAYA MEMECAH-BELAHKAN KITA! DULUPUN BRITISH TIDAK YAKIN KITA AKAN BERJAYA SEJAUH INI....ANASIR2 LUAR PASTI SAHAJA RAMAI YANG DENGKI DENGAN KEJAYAAN KITA....LIHAT LAH IRAQ, RASANYA ZAMAN SADDAM JAUH LEBIH BAIK.....JANGAN PULA NANTI KITA MEREMPAT DI TANAH AIR SENDIRI HANYA KERANA UNTUK KELIHATAN LIBERAL! BUMI DI PIJAK MILIK ORANG.....

ISAC

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online