Isnin, 30 Mac 2009

FAKTOR YANG MENYEMARAKAN LAGI API SEMANGAT JUANG AHLI UMNO DI BUKIT. GANTANG, BUKIT SELAMBAU DAN BATANG AI.


Memang hebat…memang mantap…ucapan penutup/penangguhan yang di sampaikan oleh Presiden UMNO yang baru iaitu DS Najib Tun Razak bagi mengakhiri perhimpunan agung UMNO tempohari. Ucapan yang berlangsung lebih kurang sejam tersebut benar-benar memukau penonton di PWTC termasuk juga penonton di seluruh Malaysia.

Secara serios..secara bersahaja..juga secara berseloroh DS Najib Tun Razak telah berjaya menyampaikan mesagge dan isyarat yang beliau rasakan perlu disampaikan kepada semua perwakilan dan juga Ahli UMNO seluruh Negara.

Ibarat laksamana Hang Tuah gayanya ketika beliau memberikan galakan dan pedoman kepada ahli UMNO bagi menyusun dan memperbetulkan barisan kepimpinan UMNO.

Juga ibarat Bendahara Tun Perak, dengan secara amat lembut dan hormat melontarkan pandangan kepada negarawan-negarawan Negara.

Dan ibarat seekor harimau garang yang selama ini senyap menyembunyikan kukunya telah mengaum ibarat halilintar… ingin mengambur …serta menerkam mangsanya ketika beliau mengkritik pedas tuduhan dan tomahan pihak pembangkang terhadapnya dan UMNO.

Penulis percaya ini adalah ucapan yang amat mantap dan menyakinkan yang tentunya menyuntik semangat perjuangan kepada seluruh ahli UMNO.

Di akhir ucapan tersebut pewakilan dan pemerhati di PWTC bingkas bangun…sebagai mana saranan beliau sudah sampai masanya ahli UMNO bingkas bangun! Amat mengejutkan..satu respon spontan yang menunjukan bahawa ahli UMNO telah benar-benar bersedia untuk serta terus berjuang bersama dengan DS Najib.

Penulis amat yakin bahawa UMNO akan mengorak langkah kearah yang lebih baik di bawah kepimpinan DS Najib berserta dengan barisan safnya.

Dan yang penting sekali DS Najib pastinya telah menyemarakan lagi api kemaraan semangat juang ahli UMNO dan ini tentu akan memberikan kesan hentakan hebat bagai taufan yang menghentam dan merobohkan kubu pembangkang di PRK Bt. Gantang, Bt. Selambau dan Batang AI

Pembaca boleh melayari pautan dibawah bagi membaca keseluruhan tek ucapan penangguhan tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

12 Comments:

PARPUKARI said...

YA ABG TUAH, TAK SABAR NAK TURUN BUKIT GANTANG NI....

slyderrose said...

Memang satu kebanggaan bagi ahli umno menyokong parti politik yg mengamalkan politik wang dan korupsi. Ini bukan satu fitnah tetapi adalah satu kenyataan. Media perdana pun mengatakan begitu, mahathir pun berkata benda yg sama dan tak lupa juga Ku Li dan ramai lagi. Tahniah memang mantap sekali.

Ini belem lagi penderhakaan kepada sultan yg dilakukan olih umno sejak 1993 lagi/ Ingat tak macam mana pihak umno menyuruh Sultan Kelantan turun tahkta untuk ditabalkan Tengku Ibrahim Petra. Ingat tak? Begitu juga perlucutan immuniti Raja-raja, siapa yg buat? PAS ke? PKR? DAP?..tengok muka kat cermin.

Ex-UMNO said...

Setelah berakhir PAU 2008, UMNO telah membuktikan bahawa parti UMNO 100% RASUAH.

Pemimpin UMNO yang 'kedekut' atau 'takut' memberi RASUAH hampir semuanya TEWAS.

Paling malang wanita dalam parti UMNO, cuma seorang sahaja yang berjaya merebut jawatan dlm AJK MT.
Yang lain semua tewas kerana ingin tunjukan bersih(dari RASUAH).

Presiden UMNO akui, "beri salah, tak beri salah(KALAH?)"

Itulah UMNO, perkara yang SAH HARAM, telah di halalkan.

UMNO AKAN TETAP RASUAH DARI DULU KINI DAN BUAT SE LAMA2 NYA.

pahitperia said...

hahahaha.. ex-umno tu takyah la nak tulis ex-umno.. tulih la nama lain...
Presiden UMNO akui, "beri salah, tak beri salah(KALAH?)".. ada org umno yg menafikan ke?.. mmg takde.. sbb benda tu mmg ada.. tapi yg paling utama.. "KITA mmg sedang berubah" ('kita' tu tak termasuk ex-umno ye.. sbb ex-umno akan kekal dgn rasuah tak sudah2).. tiada siapa yg bangga dgn rasuah politik tp ia sudah ter'lahir'.. sapa lahirkan?.. fikirlah sendiri... jadi usaha menghapuskan itu penting.. bukan dgn cakap2 kosong dan hamburan kata2 sinis oleh org2 ex-umno yg tak mau berubah.. yg ex-umno tau.. keluar barisan.. masuk bulatan mata satu..
apa yg penting?.. berubah....
utk abg tuah., harapannya semoga maklumat yg diberi adalah tepat, tiada unsur rekaan, tiada kata2 cacian... yg betul ttp btul.. dan salah akan ttp salah... kalau maklumat yg abg tuah sampaikan tu tak berapa benar.. haih.. Allah marah wo!!! (Allah disini merujuk kepada tuhan org Islam ye., kerana risau pembaca bukan islam konfius dgn Allah org kristian dan tuhan2 lain.. tapi, allah diorg pun marah gak kot kalau bohong)

p/s sy bukan political blogger

TAAVEEKUN PERAK said...

melayu budinya indah, bahasa nya begitu megah. kiasan-kiasan melayu merupakan anugerah terhebat akan cabang budaya melayu. kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepian pantai merupakan kiasan akan amaran orang dulu-dulu tentang etika 'cabaran'.

hari ini ada melayu cuba memperbaharui 'budaya melayu'. budaya yang cuba dirogol asal usulnya. budaya bangsa ini telah 'dilancapkan' dengan rakus oleh melayu pakatan. melayu itu menggelarkan diri sebagai ketuanan rakyat, satu kelahiran cabang radikal yang cuba menjatuhkan seluruh pemerintahan beraja atas nama demokrasi.

AbgTuah said...

APAKAH PR..PAS DAN PKR BERSIH DARI RASUAH DAN MENYALAH GUNA KUASA..

BELUM 50 TAHUN DAH BERMACAM-MACAM ONAR YANG BERLAKU..

UMNO CUBA MEMBONGKAR DAN MEMPERBETULKAN KEONARAN DIDALAN PARTI..

TETAPI KEONARAN DI DALAM PR...SEBOLEH-BOLEH MAHU DI TUTUPKAN...

KALAU PR TU BAGUS SANGAT TIDAKLAH APAHAL SI FAIRUZ..KENAPA JAMALUDDIN..OSMAN DAN SI ADUN DAP PERAK TU LARI.

WOIII MALULAH..MENGATA DULANG PAKU SERPIH MENGATA ORANG AWAK PUN YG TERLEBIH-LEBIH..

TAPI WALAU BAGAIMANA PUN UMNO TETAP TERBAIK..TIDAK MENGADAIKAN AGAMA DAN BANGSA UNTUK KUASA..HAHAHA

MANA ADA UMNO DURHAKA...UMNO TAK PERNAH MOHON DURHAKA SENYATANYA..TAK PERNAH TIDOR TENGGAH JALAN..KALAU BERLAKU KESILAPAN ATAU SALAH FAHAM UMNO TETAP AKOR SEMULA DAN SETERUSNYA MEMOHON AMPUN..

WOII SAPA DAJJAL YG TIDOR TENGAH JALAN DAN MOHON DURHAKA TU...

SEBENARNYA MEREKA TU DAH TERTIPU KEHKEHKEH..

SIAPA KAPLA PENIPU..HAHAHA FIKIR SENDIRLAH...HINT..16 SEPT HEHEHE

Generasi Pejuang Bangsa said...

sy setuju bang tuah

walaupun pembangkang mengutuk kemasukan tun ke umno tetapi sy yakin Tun akan membantu BN !! Tun perlu turun berkempen di Bkt gantang

kuntakinte said...

salam barisan pimpinan baru yang akan mengegarkan arena politik negara, pembangkang akan di ganyang cukup2.....kita tunggu dan lihat. ponggong AN War tak senang duduk le alamatnya.

kalau UMNO dikata rasuah tak ngape lagi yeop daripada guna Islam untuk berlakun pada manusia Islam lain dan rosakkan ponggong orang Nabi tak ngaku umat hak tu kenapa hangpa diam.....phuiiiii

Mohammad Roslan said...

Salam,
Rasuah ada dimana-mana parti politik baik dalam PKR,PAS,DAP atau UMNO...rasuah yang teruk sekali pada masa ini adalah di kerajaan-kerajaan negeri yang di perintah oleh PKR..kerana ia adalah PARTI KUAT RASUAH.Di selangor,Pulau Pinang, Perak.Kerajaan Negeri perak menjadi haru biru puncanya kerana pembabitan rasuah Adun-Adun PKR.Di Selangor MB (PKR)babitkan diri dalam Lembu Korban atau membuat tuntutan kepada kereta peribadinya.Di Pulau Pinang Cuba anda tanya kenapa Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang letak jawatan?.Ketua De fakto PKR kata kerana dia melanjutkan pelajaran kat luar negeri.Negeri mana.habis apa ceritanya kerja sebagai wakil rakyat Penanti?.Bukan kah Parti PKR ini sebuah Parti Kencingkan Rakyat?..pinjam kata-kata anak muda selalu berkata...Di sini rasuah bukan dikira hanya memberi wang saja..beri janji kosong pun diketogorikan rasuah penipuan.Kenapakah kaum PKR ini tak sedar-sedar lagi...Mamak Heran terlalu taksub dengan pimpinan Anwar.Kita ahli UMNO akui ada rasuah kerana kalau setandan pisang ada juga yang busuknya.Busuk itulah nak dibuang dari parti.Di UMNO berbagai-bagai cara digunakan untuk mengatasi gejala rasuah ini.Yang paling terakhir ialah kaedah satu ahli satu undi dan sistem kuota yang akan dihapuskan.Bukankah ia menunjukkan parti UMNO kerja keras untuk menyingkirkan gejala rasuah dalaman Parti.Cuba bayangkan parti-parti lain..mustahil tak ada rasuah cuma tak berani dedahkan seperti Parti UMNO lakukan.UMNO kini sedang bangkit sebagai parti yang beraspirasikan Rakyat.Maka parti ini nescaya akan menjadi pilihan rakyat yang paling utama sekali.Insyallah...Tinggalkan parti PKR yang tak tentu haluan dan kembalilah kepangkuan UMNO kita sama-sama kuatkan parti ini .Wassalam.

Ali Abdullah said...

Salam mamak,

MB PKR = Menteri Boneka Parti Kuat Rasuah. Istilah kepada Menteri2 Pakatan Rakyat. Apabila mereka didapati terang-terangan menyalahgunakan wang rakyat, dengan segera mereka menuding jari kepada BN. Apakah kebaikan yang ada pada mereka, jika semua perbuatan jahat pun hendak dibandingkan dengan orang lain.

bungaraya said...

Jangan silap pemahami. Apabila anda terbaca adu domba yang mengatakan pemimpin UMNO kuat rasuah, ia tidak memberikan makna bahawa pemimpin PKR, PAS dan DAP tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Semua kita bencikan perbuatan terkutuk itu. Syukur alhamdulillah kerana kepimpinan UMNO telah menyedari dan berterus terang untuk menghapuskannya. Dengan kekuatan semangat pemimpin dan ahli akar umbi, tidak lama lagi penyakit kronik itu akan dapat terhapus dari diri UMNO sendiri. Masalahnya apakah PKR dan PAS berusaha untuk menyelesaikannya dari diri mereka. Sejak akhir-akhir ini perbuatan rasuah juga kedengaran asyik terkena kepada pemimpin PKR samada di Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Apakah mereka dibolehkan? Apakah ada rasa kemaafan oleh anda? tidak selagi ia rasuah maka sesiapa juapun yang melakukannya tetap bersalah dan harus menerima hukuman.

Tai said...

Wah, dia orang punya boss besaq sudah marah o sebab topik kempen sudah dihadkan. Tak boleh cerita pasai institusi raja. Wah, depa dah hot o! Tahniah KDN!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online