Isnin, 2 Februari 2009

KESIAN..KESIAN..


Kelihatannya nama Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin akan tercatitlah sebagai MB yang paling MENGELABAH sekali dalam lembaran sejarah politik tanahair.

Semalam sewaktu menonton Buletin 1.30 TV3, kelihatan Nizar agak macam terkial-kial dalam kebenggangan apabila memberikan kenyataan terhadap “kehilangan” dua orang EXCO PKR yang kini diura-urakan akan meninggalkan PKR serta kerajaan Pakatan Rakyat.

MB Perak dengan wajah yang agak kelihatan tertekan, rungsing, serta kebinggungan cuba pula mengaitkan tindakan dua EXCO Perak, Jamaluddin dan Osman Jailu dengan BN sekali gus menyelar kununnya agenda BN ini tidak wajar dan memang sengaja mahu menjatuhkan kerajaan DAP Perak…. Ehhh..Ehhh…soly..soly..kerajaan PAS Perak…hahaha. So Mb cool ajelah gelak-gelaklah cikit macam MB tergelak tempohari...wahhhh hari tu bukan main gelak lagi ye...

Jika disingkap apa yang diucapkan oleh MB Perak itu minggu lepas sewaktu ADUN Bota, Datuk Nasaruddin “melompat” menyertai PKR, Nizar pandai pula berpuisi-puisi al-memuji-muji bahawa tindakan ADUN Bota itu terpuji…..‘yaaaaa orang beriman…yaaaaa orang berdemokrasi....yaaaaa orang yang cerdik’…., kini ternyata beliau terpaksa menelan semua kata katanya puitisnya itu..hahaha...

Itulah…ibaratnya beginilah lain kali kalau ada ternakan orang sesat ke kandang sendiri jangan pula awak bukakan pintu kandang tu…hahaha..kan dah ternakan sendiri rasa tak selisa …tak cukup tempat tidor agaknya.

Inilah dia reaksi insan yang sudah tidak tentu arah, gelabah, ketakutan akan kehilangan kuasa, kemewahan, dan tahta. Relezlah MB oiii…kan ke hidup ni ibarat roda…sekejap ke atas sekejap ke bawah. Tu sebab lain kali bila duduk di atas perhati juga kebawah…anggarkan juga berapa tinggi kita akan menjunam jatuh kebawah.

Tapi yang paling lawak sekali…mengikut laporan bernama, Tuan Guru Nik Aziz pula menyarankan agar pilihan raya umum diadakan semula. Ish..ish..kenapa sampai nak diadakah pilihan raya umum semula..bukanlah itu satu pembaziran Tuan Guru oiiii…wang rakyat..wang rakyat…!!!!

Penulis pheninggg dengan situasi politik semasa…kejap boleh kejap tak boleh..kejap pahala..kejap dosa….yang mana satu betul niiiiii???? Jangan marah pada penulis ya...mata penulis ni mata pelawak..penulis nampak apa yang lawak aje....hahahaha

14 Comments:

Tanpa Nama said...

salam..,

Ini respon saya terhadap berita terbaru kunuuunnya Yb Jamal & Yb Kapt[B] Osman letak jawatan sbg ADUN.

kita semua jgn cepat melatah, biarkan si Anwar seorg saje yg melatah..

Anwar pakar "main belakang", jadi petang tadi dia suruh MB dan DAP melalui Yg DiPertua Dewan Perak umumkan ada terima surat perletakn jwtn dari Yb Jamal & Yb Kpt[B] Osman.

Sebenarnya mereka keluarkan surat AkurJanji yg semua Yb2 “dipaksa” tandatgn tanpa tarikh bila kecoh2 ada Yb DAP nak lompat lama dulu.., surat yg nyatakan kalau mereka keluar parti maknanya letak jwtn & kosong kerusi DUN..

Jgn risau, SPR pasti akan panggil kedua2 Yb tu dan tanya apakah mereka benar2 letak jwtn..??

Si Tambi Yg Dipertua Speaker Dewan Perak pun mungkin akan kantoi sbb menipu, dia kata terima surat dari kedua2 Yb petang tadi.., mana mungkin? MB kata dua2 Yb dah "hilang", mcm mane pulak nanti kalau kedua2 Yb tu buktikan alibi mereka tidak berada di Perak, dan surat tu mereka "dipaksa" tandatgn lama dulu...

Tak semudah itu nak ada pilihanraya, yg penting Pakatan Rakyat dah hilang 2 kerusi DUN….

Berita terbaru juga dikatakan seorg lagi Yb DAP bakal sertai MCA, ha! Nizar akan menghitung detik detik akhir hayatnya..

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Kalaulah "Hang Tuah" masih ada pasti dia kata "Tak Melayu yang kuat Semangat dan BerIman" hilang di dunia.

Ali Abdullah said...

salam abangtuah,

Wuhahahha, isk isk... nangih, sedih noo!

Apsal lak ayaq lioq terasa masin? Wakakaa....Nizar, hang dok p menggelabah lagu kambing tak cukup tempat awat no? Dulu bukan mein lagi gelak, lani tahan ayaq mata dah.. kamon la! Ini baru demokrasi hatok hang..

Cian.....!

Taminsari said...

Salam Abg Tuah..

Pihak istana Perak dah bagi signal awal-awal lagi, tapi mamat nizar ni tak faham-faham lagi..termasuk lah geng-geng Ngok Ngek Ngong's...
Sama-samalah kita tunggu dan lihat...siapa akan jadi MB Perak yang baru?..eemm..

Tai said...

Ha, pagi tadi dengaq berita kat tv3, dua adun nafi letak jawatan dan surat yang kata ditandatangan tu, surat lepas 8 Mac 2008 punya tu encik. Wah, tak umum no surat aku janji tu. Dulu kata, BN tak telus sekarang, siapa yang tak telus kan encik?

pembunuhiblis said...

abangtuah,

Kemelut dan permainan mutakhir politik Perak menunjukkan BN dan PKR sama-sama busuk seperti najis. Cuma satu najis besar (BN) dan satu najis kecil (PKR). Tapi tiada banyak beza antara najis besar dan najis kecil kecuali saiz dan darjah kebusukannya. BN tersangat busuk kerana telah menimbun kebusukannya sejak 52 tahun lalu. PKR pun jika usianya dah menjangkau 52 tahun mungkin kebusukannya akan sampai ke tahap UMNO/BN juga - busuk dan sungguh membusukkan, loya yang teramat meloyakan .

Permainan politik di Perak membuktikan tahi besar (UMNO/BN) dan tahi kecil (PKR/PR) sedang memperagakan kepada rakyat Perak dan Malaysia siapa yang lebih busuk antara keduanya. Mula-mula PKR colek ADUN Bota, kini BN colek 2 ADUN PKR pula. Kebetulan yg dicolek oleh BN itu ialah 2 ADUN PKR yg paling busuk (kerana ada kes mahkamah). Maka jika pencolekan itu berjaya, maka UMNO yang telah sangat busuk itu akan menjadi semakin busuk di pandangan rakyat. Dah lah busuk, tambah lagi 2 ketul kebusukan!! Anwar Ibrahim dalam hal ini seperti sngaja melepskan 2 tahi busuknya itu kepada UMNO supaya persepsi rakyat melihat UMNO yang sedia busuk itu semakin busuk dan semakin meloyakan rakyat. Jahanam Anwar dan betapa tololnya Najib!!

Seperti yg selalu saya nampak sebelum ini, kedua-kedua pihak sama busuknya dalam mengatur strategi politik di Perak. Aku ambil orang engkau, engkau ambil orang aku. Dah jadi macam tukar-tukar bini, busuk sungguh perangai UMNO/BN dan PKR di mata rakyat!

Siapa dalang di sebalik segala kebusukan ini? Orang nampak dalangnya ialah Anwar dan Najib. Kedua-dua mereka bermain strategi kotor hingga sekarang ini masa kita habis untuk berbincang mengenai drama yang kedua-dua maharaja kotor ini mainkan sahaja. Kedua-duanya sudah mempamerkan kepada rakyat Perak dan Malaysia bahawa mereka wajar berkongsi anugerah "Dirty Man Of The Year". Yang kesiannya ialah Pak Lah yg lurus bendul itu, tiba-tiba dia pun terpalit, semalam dia pun buat-buat nampak kotor juga apabila mengumumkan 2 ADUN PKR itu mungkin lompat ke UMNO. Kotor...kotor....

Saya rasa sudah tiba masanya rakyat Malaysia keluar dari kemelut kekotoran dan kebusukan ini. Jom kita hanyutkan kedua-dua parti kotor dan busuk itu ke Selat Melaka! Jom kita bina Kuasa Ketiga - Third Force - yang bebas dari semua pengaruh kekotoran dan kebusukan kedua-dua paksi kotor dan busuk UMNO/BN dan PKR/PR. Kita bina parti baru yang perjuangannya tidak merujuk kepada segala yang bernama kotor dan busuk.

Jika abangtuah sudi bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Behrang atau Cangkat Jering sebagai calon Kuasa Ketiga (tidak kira apa nama partinya) bagi menentang 2 parti tahi BN dan PR, sayalah orang pertama yang akan menyokong apai. Saya yakin ramai lagi rakyat Perak yang akan berdiri di belakang kita, kerana semuanya sudah tidak tahan dengan drama busuk dan kotor permainan UMNO dan PKR!!

amieiezam said...

buah kedondong buah kelapa,
cakap bohong sakit kepala,

bunga melati bunga kekwa,
gelabah hati teman ketawa,

kereta perdana kereta camry,
akujanji bila? inikah demokrasi,

man united liverpool chelsea,
broken hearted...wa lase nak mati!!!

kejor yob kejor yong,
PKR haup PAS,DAP gulong!!!!

jamaluddin dan osman jailu..
Nizar bye-bye gud luk to u... (ikut hati nak guna jer "perkataan" tuh)

Tanpa Nama said...

TerseNGEH, terngaNGA dan terKULAi lah akhirnya lePAS ni.

MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) said...

politik Kluk Klek dah menular ke Perak
haha

Tanpa Nama said...

Selamat datang MB baru..

Tanpa Nama said...

Suasana politik di Perak semakin menarik ya...

Tanpa Nama said...

Tul ah Politik :Matlamat menghalalkan Cara.... TGNA kat kelantan taknak ulas ker? Pastu lak ader lak mamat sekor timbalan presiden PAS (sebab dalam PR aku tak tahu apa jawatan dier) kata kat news Sinar, UMNO da Tak kuat boleh join kami ... Penipu Rakyat... so akurasa sapa yang masuk termasuklah yang kat Bota tupun boleh join geng Penipu Rakyat (perak) Perternakan Rembat (Selangor) pembelot Rakyat (di Penang ) dan di Kelantan pun PR jugak (pembuli rakyat) pasal tu kat sana tak ada kemajuan.....

Mohammad Roslan said...

Salam Abang Tuah,

ish..Ish sedih sungguh ya..MB Perak itu...dengar-dengar khabar angin DAP nak minta golongan paih pulak jadi MB baru..apalah nasib PKR ya..bukankah mereka yang kata hari keramat 16 sept..ramai nak lompat parti..tapi habuk pun taraak...Anwar tak dapat kawal disiplin adun-adunnya..kerana bapak rintik, anak borek...ketam suruh anaknya jalan betul...ha!ha!..Abang Tuah,Kalau "kita tanam lalang..langlah hasilnya..kalau tanam padi hasilnya padi jugalah..PKR tanam lalang jadi hasilnya lalang yang tumbuh..sekarang cucuk matanya sendiri..Wassalam.

sahabat gunung said...

Assalammualaikum.

Tak nak komen banyak sangat, semua dah komen. Yang saya kesiankan ialah YB UMNO yang dah jadi katak tu. Baru berangan nak jadi MB atau EXCO kanan ....kini dah mula panas bontot.... kedudukan yang dijanjikan sudah tidak terjamin, mungkin bakal tergadai juga kerusi ADUN tu

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online