Isnin, 10 November 2008

NASIHAT APAINGELAI KEPADA UMNO.



Salam,Permasalahan rasuah memang sudah sinonim dengan mana-mana kalangan ahli politik dalam menentukan sesuatu keputusan memihak kepada mereka. Amat sukar kita hendak membendung perbuatan ini jika tidak dibasmi dari peringkat akar umbi.

Kita sedih, pendedahan yang mengejutkan apabila aduan rasuah mengaitkan UMNO baru-baru ini bukan satu malah ratusan aduan. Ketelusan tidak akan ada dalam parti jika tiada ketegasan dalam perlaksanaan untuk menghapuskannya. Kini terpulanglah kepada Badan Disiplin untuk memantau perlakuan ini dari menjadi darah daging UMNO.




Sumber: Penulisan Apai Ngelai.

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online