Isnin, 17 November 2008

ISU DAN MASALAH PEMILIKAN RUMAH KAUM BUMIPUTERA.

Keputusan Kerajaan Negeri Kedah menaikan kuota pemilikan rumah Bumiputera dari 30 peratus kepada 50 peratus telah menimbulkan berbagai-bagai nostalgia dan reaksi di Negara ini. Sebenarnya banyak pihak keliru tentang 30 peratus untuk pembeli bumiputera ini. Malahan ramai pemaju juga kurang faham tentang mengenai Sistem kuota pemilikan rumah untuk Bumiputera. Kerajaan perlu menjelaskan kembali bahawa 30 peratus adalah kuota minimum, maknanya jika jumlah 30 peratus sudah habis dijual pemaju masih boleh menjual kepada bumiputera lagi. Keadaan ini tidak berlaku dan dipraktikan sesetengah pemaju menyebabkan pembeli bumiputera tidak melepasi 30 peratus pemilikan rumah dibandar-bandar!.

Dengan permintaan yang melampau seperti Naib Presiden MCA , dato'Liow Tiong Lai meminta kerajaan menghapuskan Syarat 30 peratus pemilikan Bumiputera dalam GLC kini Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr.Chua Soi Lek dalam blognya mempersoalkan kuota kerajaan 30 peratus pemilikan rumah bumiputera amat mengecewakan kaum Bumiputera khasnya orang Melayu. Mereka yang mempersoalkan mengikut gendang pemaju perumahan yang memalukan gendang mendakwa peruntukan 30 peratus kuota ini menimbulkan imlikasi pertumbuhan ekonomi dalam bidang hartanah di negara ini dengan berkata menimbulkan masalah dan merugikan mereka kerana mendakwa ia tidak dibeli oleh kaum bumiputera. Kerajaan-kerajaan Negeri sepatutnya menjalankan kajian dan siasatan perinci pertuduhan ini.

Mengikut Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Eddy Chen Lok Loi,masalah kegagalan menjual tanah lot bumiputera hanya berlaku di sesetengah tempat saja. Dan kes ini hanya melibatkan jenis perumahan tertentu sahaja seperti rumah pangsa atau pangsapuri. Menurut Chen, pembeli bumiputera lebih gemarkan kediaman yang mempunyai tanah dan masalah ini tida kaitan dengan harga kediaman.

Masalah dan Isu perumahan bumiputra di bandar timbul apabila berlakunya proses perbandaran dan perindustrian yang membawa ramai migrasi dari kampung ke Bandar. Kebanyakan migrasi ini adalah kaum Bumiputera yang berpendapatan rendah serta tidak mampu membeli atau menyewa rumah pada harga yang tinggi. Bagi mengatasinya, kerajaan telah mengambil langkah kuota Lot Bumiputera. Peraturan yang dikenalkan ini, adalah bertujuan untuk mengimbangi pengagihan dan pemilikan hartanah, terutama kediaman diantara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera. Di bawah peraturan ini, pemaju hendaklah memperuntukan sekurang-kurangnya 30 peratus dari jumlah keseluruhan pembangunan untuk bumiputera dan harga ditawarkan hendaklah diberi diskaun diantara 5% hingga 15% dari jumlah kos.

Faktor dan Isu yang mempengaruhi kaum Bumiputera yang ingin memiliki rumah:

1. Harga yang ditawarkan terlalu tinggi dan tidak mampu membeli.

2. Masalah mendapatkan pinjaman dan menyediakan wang deposit sebanyak 10 peratus.

3. Mengikut Presiden Persatuan Pembeli Rumah Malaysia Datk Zainuddin Bachik pihak pemaju mungkin menggunakan taktik pihak pemaju memberitahu pembeli bumiputera kononnya semua unit sudah dijual dan pada masa sama memberi alasan kepada kerajaan Negeri bahawa ia gagal menjual unit berkenaan pada kaum bumiputera dengan membolehkan mengaut keuntungan dijual pada bukan bumiputera pada harga penuh.

4. Ada juga kes-kes kita rasa terkejut" apakah benar unit rumah yang mereka mampu miliki dengan begitu cepat sudah habis dijual"?. Apakah taktik pemaju yang tamak hingga mengenepikan peranannya dalam memupuk perpaduan kaum dalam projek perumahan mereka sengaja diabaikan.

5. Malah ada lokasi sudah dikhaskan awal-awal lagi oleh pemaju untuk golongan bumiputera ia itu rumah diluar fattur Fengsui atas tanah. Menurut kepercayaan masyarakat Cina antaranya ialah rumah di persimpangan tiga, berhampiran logi Rawatan Najis atau dekat dengan Pencawang Letrik.

6. Kedudukan rumah dan Lokasi dalam Taman tidak strategik seperti kemudahan sekolah dan tempat kerja yang jauh.

7. Faktor majoriti kaum memberi kesan ke atas kaum Bumiputera.

Rumusan:

Desakan-desakan menghapuskan peruntukan khas Bumiputra dalam pemilikan rumah dibandar perlu diberhentikan segera. Permintaan -permintaan seperti ini boleh dianggap mencorotkan kaum bumiputera dalam arus kemajuan negera. Kerajaaan-kerajaan Negeri perlu mengambil alih semua kuota rumah pemilikan bumiputera dan menjual pada kaum bumiputera dengan diskaun yang ditetapkan. Kerajaan negeri juga perlu memastikan kuota 30 peratus itu tidak hanya menempatkan penduduk bumiputera bandar di kawasan tercorot dan kurang maju. Sekiranya Isu dan Masalah Pemilikan rumah kaum Bumiputera ini tidak diselesaikan segera
KAUM BUMIPUTRA KHASNYA BANGSA MELAYU INI AKAN MENGALAMI NASIB SAMA SEPERTI BANGSA BUMIPUTRA "RED INDIAN" AMERIKA!.

Penulisan Mamak Penang.

4 Comments:

HANG LEKIR said...

Assalamualaikum,

Bagus penulisan Mamak Penang ni,

Harap Mamak Penang dapat berjuang dengan lebih hebat lagi

Terutamanya dalam hal-hal tanah dan rumah Bangsa Melayu dan nasib Bangsa Melayu di Pulau Pinang

Tanpa Nama said...

Tanah2 orang Islam di Pulau Pinang terutama di sebelah pulau dah lama tergadai. Bila orang kafir jadi pemerintahnya selama ini, pernahkah dibangkitkan hal ini secara total. Kenapa pimpinan melayu terutama diperingkat pusat mendiamkan diri? Kenapa baru2 ini sahaja nak diwar2kan? Mamak Penang mungkin ikhlas dalam apa yang dibangkitkan tetapi jelas kesedaran pemimipin Umno sekarang ini kononnya memperjuangkan hak melayu ini bukan di atas keikhlasan tetapi atas kepentingan parti.
**Taliban**

jiro said...

salam tanpanama,

"Mamak Penang mungkin ikhlas dalam apa yang dibangkitkan tetapi jelas kesedaran pemimipin Umno sekarang ini kononnya memperjuangkan hak melayu ini bukan di atas keikhlasan tetapi atas kepentingan parti."

aku pun tak tahu le enko nie bila ada parti politik yang semua majoriti melayu cuba nak membela enko cakap tak ikhlas apa perjuangan pas tu ikhlas sangat ke tak ada langsung utk kepentingan perti ke???
jgn cakap asyik sedap mulut je ....
kalau ada org nak tolong perjuangkan nasib org melayu pun enko nak perlekih aku tak tahu le enko nie melayu jenis apa? politik2 jugak nasib tetapi bila ianya melibatkan nasib saudara kita kena lah bela tak kira pas ke atau umno ke yang bela aku tetap sokong dan aku takkan sekali2 keluarkan ayat mcm enko nie... tak paham aku mazhab mana enko ikut nie..?

Tanpa Nama said...

Melayu mana ada mazhab. Bicara biar ada hujah. Mazhab tertakluk dalam persoalan agama. Sebab itulah selama ini saya seru kepada perjuangan Islam. Kata Rasulullah, barangsiapa berjuang atas dasar bangsa atau kaum, dia duduk di jalan yang sesat. Dan barang siapa yang mati di dalam perjuangan bangsa atau kaum, dia bukan dikalangan umatku.
Mintak-mintaklah pengesahan dari Lekir tentang kata-kata nabi ini. Pasti beliau akan jumpakannya.
**Taliban**

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online