Selasa, 18 November 2008

IMBASAN KEMBALI SEJARAH PENYATUAN BANGSA MELAYU



Salam,

IMBASAN KEMBALI SEJARAH PENYATUAN BANGSA MELAYU

Dalam tahun 1946 orang Melayu adalah pemenang dan jaguh sebenar dalam perebutan kuasa politik di Malaya dengan PKM/keturunan Cina dan British. Perjuangan Melayu dalam menuntut kuasa mutlak dalam politik berubah dari satu fasa ke sesuatu fasa dengan mewujudkan ramai pejuang bangsa Melayu yang telah dilupakan atau pun berada dalam lipatan sejarah Tanah Melayu. Dalam Fasa Penaklukan Jepun KKM dikenali sebagai satu gabungan yang bukan bangsawan telah bangkit untuk menjaga kepentingan orang Melayu. Selepas tamat pemerintahan Jepun ke atas Tanah Melayu, orang-orang Melayu telah menghadapi satu lagi cabaran yang getir dengan perebutan kuasa politik dan mempertahankan hak Melayu dengan kuasa baru MPAJU/MPAJA yang semakin ganas dan kuat. Kuasa MPAJA ini terlalu kuat sehinggakan pihak Jepun sendiri mengakui kekuatan mereka. Harapan untuk mempertahankan Hak Melayu di Tanah sendiri nampaknya menjadi igaun dengan kelemahan Melayu sendiri dengan tidak bersatu. Harapan menyatupadukan Melayu dari Pihak Istana, Golongan Bangsawan Melayu, Elite Melayu, Polis Melayu atau pun dari ‘Malay Giyu Gun’ telah pudar dan tidak ada harapan lagi bagi orang-orang Melayu. Disebelah pihak Kekuasaan MPAJU/MPAJA semakin kuat dan ganas terhadap orang-orang Melayu.

Dalam keadaan beginilah telah terbit kesedaraan Islam yang di tiupkan dalam hati orang-orang Melayu dari gerakan Guru-guru Agama diserata Kampung-kampung untuk menyatu-padukan orang-orang Melayu dalam perjuangan mempertahankan Hak Melayu di Tanah Melayu. Agama suci Islam memainkan peranan utama untuk mengembalikan Semangat Melayu untuk terus berjuang memepertahankan hak mereka. Melayu yang lama kecewa, lemah, tidak bersemangat dan tidak bersatu serta hilang pedoman ini kembali bersemangat melalui Islam dengan syarahan-syarahan yang menyentuh jiwa oleh guru-guru agama yang berasal dari kampung-kampung serata pelusuk tanah air.

Dengan penyatuan jitu melalui Islam ini orang Melayu telah bersedia untuk menghadapi apa jua halangan didepan untuk mempertahankan hak mereka. Cabaran –cabaran keatas Hak Melayu yang telah diberikan oleh Kaum Cina, PKM dan juga pihak British melalui Malayan Union dipatahkan dengan semangat Islam. Perkelahian antara China- Melayu di sesetengah negeri tidak mengoyahkan perpaduan Melayu keseluruhannya tapi Orang-orang Melayu bertekad untuk menentang habis-habisan sesiapa juga nak merampas Hak Melayu walau pun hanya bersenjatakan dengan sebilah keris. Perjuangan seperti ini telah mematahkan semangat lawan dan membawa mereka yang menentang Hak Istimewa Melayu ke rundingan damai dengan kemenangan di pihak Melayu.

Nasionalis Melayu dalam KMM dan Orang – orang China yang berfahaman komunis dan gerila-gerila Komunis telah mengikut arah masing-masing dan lenyap. Orang – orang China yang menentang Melayu Raya yang dibawa KMM dan Orang-Orang Melayu pula Menentang Komunis. Kedua-dua aliran iaitu KMM dan juga Komunis telah digagalkan. Dengan ini wujudlah sebuah Aliran Melayu dan Cina yang lebih liberal iaitu UMNO dan MCA untuk mewujudkan perpaduan perkauman bertujuan untuk mengalahkan penjajahan British dan memaksa British menyerahkan Malaya pada orang-orang Melayu. Tanpa perpaduan ini diantara Melayu-Cina British Cuma jadi penonton dalam percaturan perebutan kuasa. Perebutan kuasa politik diantara China-Melayu itu banyak menguntungkan kepentingan mereka sebagai penjajah. Dengan kebijaksanaan kedua pihak, dalam tahun 1955 UMNO dan MCA telah mencipta satu sejarah tawar – menawar dalam politik dunia (“Historic Bargain”) Ini terbukti Orang Melayu telah membunuh dua ekor burung hanya dengan seketul batu. Ia itu satupihak British dan satu kuasa kaum Cina dengan ‘KEDUDUKAN ISTIMEWA(KETUANAN) UNTUK ORANG-ORANG MELAYU’ dan sebagi balasan ‘ORANG-ORANG CINA YANG LAYAK BOLEH MENERIMA KERAKYATAN DENGAN SYARAT KEDUDUKAN KEISTIMEWAAN MELAYU. Selagi orang-orang Cina tidak menyentuh dan tidak persoalkan hak-hak Istimewa Melayu selagi itu, orang Melayu pula jangan menyentuh isu kerakyatan kaum Cina di Negara ini. Dalam formula yang sama juga MIC telah diterima dalam gabungan ini dan diterima sebagai rakyat Negara ini. Dalam konteks ini salah kah sekiranya Kaum lain boleh mempersoalkan mengenai hak keistimewaan Melayu dan Melayu pula tak boleh persoalkan kerakyatan Mereka?. Ada kah kuasa Melayu sedang layu dan kabur?.

Dari sejarah yang dikupaskan serba-sedikit,Tanpa Penyatuan Melayu Islam sukar diramalkan nasib Bangsa Melayu ini di masa akan datang. Soalnya sekarang siapakah yang sebenarnya ikhlas di dalam mempertahankan dan memperjuangkan nasib dan hak orang-orang Melayu Islam di negara kita?? Dan siapakah di kalangan pimpinan politik orang Melayu yang melihat isu ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan memiliki sifat dan sikap keterbukaan mereka di dalam memperbincangkan persoalan orang-orang Melayu Islam ini?? Dan juga manakah pihak melalui prinsip, dasar dan perlembagaannya yang benar-benar lebih bersifat jitu dan mampu menjamin tercapainya hasrat penyatuan yang melampaui batas perkauman atau bangsa di dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa seperti negara kita?? Tetapi, kini Melayu menjadi mangsa sikap sendiri. Bukan bangsa Melayu yang salah, tetapi nafsu tamak yang tidak dapat dibendung didalam pemimpin Melayu telah menanam bibit-bibit kehancuran. Ia menjadi lebih buruk apabila identiti Melayu sebenar tidak dipertahankan, dan sebaliknya generasi-generasi muda kini begitu mudah menerima segala apa yang disogokkan pada minda mereka. Segala apa yang diperhatikan kini dianalisa dan ditafsir berdasarkan logik barat sementara apa yang terhukum dalam ajaran agama dibandingkan dengan logik pemikiran manusia yang dipenuhi nafsu kebendaan.


Wassalam.

MAMAK PENANG

7 Comments:

AbgTuah said...

Salam mamak,

Artikel yg baik dapat mengembalikan nostalgia lama berkaitan sejarah Malaysia.

Generasi Pejuang Bangsa said...

saya sokong comment abg tuah dalam perak bangkit semakin ramai anak muda terlibat dlm blog mempertahankan kerajaan demi bangsa Melayu dan termasuk diri sy sendiri selepas PRU 12

kita patut semua blogger penyokong kerajaan bersatu ..maybe wat himpunan ke ...caya la .

sejarahmelayu.blogspot.com

Tanpa Nama said...

Kasihan, sejarah yang telah dimanipulasikan. Cari2lah fakta2 tentang PKMM, API, AWAS dan beberapa lagi. Dasar mereka ini jelas bertentangan dengan British, sehinggakan kesemuanya diharamkan oleh British dan pemimpin2 ditangkap dan dipenjarakan bertahun-tahun lamanya sehinggakan ada yang masih terpenjara selepas merdeka. Yang tinggal ketika itu hanya satu yang sealiran dengan British yakni UMNO. Kajilah sejarah yang benar, mudah-mudahan kenal jatidiri.
Tak kenal maka merapu.

AbgTuah said...

Salam pejuang bangsa,

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Semasa PRU 12, pihak pembangkang mengunakan power blogger2 dengan maksima sehingga sebahagian dari kejayaan mereka adalah hasil usaha para blogger mereka.

Maka kita juga kenalah mengikuti rentak tari mereka, dan sekarang mereka telah mulai pening dan resah dengan kemunculan ramai para blogger2 pro kerajaan sehingga mampu mematahkan segala tomahan mereka.

Jadi, dari itu kita kenalah bersatu hati, ya tak mustahil satu hari nanti kita akan bergerak didalam kumpulan secara bersepadu dilengkapi strategi dan perancangan rapi, seterusnya tarian pena kita pasti akan memberikan impak yg lebih mantap dan jitu.

Kita jangan simpan ilmu, kita latih seramai mungkin mereka yg berminat untuk berblogger bagi mempertahankan kerajaan, jadikan mereka rakan di blog kita. Wahh nanti kita akan lihat 1000 blogger positif pro kerajaan dan kedamaian bergerang seiring bagi membersihakan segala onar dan tomahan yg dilemparkan.

Ali Abdullah said...

Salam,

Bibit perpecahan melayu sudah merekah, kian hari kian membesar. Tiada penyelesaian yang boleh dibuat seandainya pemimpin-pemimpin melayu sekarang tidak jujur dan tiada hati dalam mempertahankan maruah bangsa dan agama.

Malang sungguh, kekuatan melayu sebenarnya terletak pada penyatuan dalam menghadapi apa jua rintangan dan cabaran pada zaman yang penuh dengan tipudaya ini. Tetapi inilah yang melayu tiada, mudah sekali diperlekehkan waima pemimpinnya sekalipun dicabar dan digugat maruah mereka tanpa ada apa-apa tindakbalas bagi menunjukkan tidak suka kita terhadap perkara itu.

Bersatulah, biarpun berbeza aliran politik namun dalam mempertahankan hak bangsa dan agama kita harus melupakan perbezaan politik terlebih dahulu. Ini adalah syarat untuk memantapkan apa yang kita ada dari dicemari oleh orang luar. Semoga benar apa yang dikatakan Hang Tuah 'tak melayu hilang di dunia'.

Mohammad Roslan said...

ANWAR MERAPU LAGI


The Malaysian Insider (November 19,2008)

SIBU, Nov 16 — Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim said Sarawak, which has 30 members of parliament, holds the key to the formation of the Pakatan Rakyat (PR) government in the country.
"When Sarawak changes its course, the Barisan Nasional government will collapse," he said at a dinner organised by "Friends of PKR" at the Sibu Trade and Exhibition centre here last night.
He said leaders in the PR coalition like Datuk Seri Abdul Hadi Awang of Pas, Lim Kit Siang and Lim Guan Eng of DAP and himself and his wife would continue to meet and hold discussions with BN MPS to get them to cross over.

Apa dah jadi dengan PM Mat Jenin kita ini?.Dari cerita dongeng MP dari semenanjung nak lompat parti kini beraleh MP Sarawak pula nak lompat parti!.Mana dia senarai MP yang nak lompat parti itu?.Anggan-angan dia ini tak habis-habis lagi yang ikut dia pula ramai yang menjalani rawatan pemulihan di Tanjung Rambutan agaknya!.

kuntakinte said...

Salam, abangtuah & mamak, nukilan yang baik dan boleh menyedarkan, teman cadang abangtuah dan mamak perbanyakkan paparan mengenai sejarah2 melayu agar dapat memberi info kepada golongan muda melayu asal usul kita, bagaiman kita mencapai hingga ke tahap sekarang ini bermula dari mana. teruskan, mamak banyak ilmu sejarah sebab lama hidup teruskan mamak ur otai n sifu

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online