Rabu, 12 November 2008

BANTUAN DIPERLUKAN SEGERA

Kerajaan Perak serah JAIP bendung judi, maksiat

IPOH 1 Nov. – Kerajaan Perak yang diterajui Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah membincangkan sebarang usaha pelaksanaan undang-undang Islam bagi membendung gejala judi dan maksiat membabitkan umat Islam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ini kerana sudah ada agensi serta institusi tertentu seperti Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk menangani masalah itu.

Beliau berkata, sebarang perbincangan ke arah itu oleh kerajaan negeri memerlukan satu kajian terlebih dahulu kerana masalah tersebut turut melibatkan orang bukan Islam.
‘‘Kita tidak boleh mengambil jalan mudah dengan menutup pusat-pusat hiburan dan kedai judi kerana kita kena ingat Perak juga mempunyai kaum-kaum lain.

‘‘Di Punjab, Pakistan yang penduduknya hampir 100 peratus Islam pun susah untuk melaksanakan, inikan pula di Perak yang mempunyai pelbagai kaum dan agama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima’ Persatuan Agama Islam Negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Malaysia Perak (Intim) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanya sama ada Kerajaan Perak mempunyai sebarang perancangan untuk menangani gejala maksiat membabitkan orang Islam yang berleluasa di negeri ini.

Sumber: utusan on-line.

Hmmm, nak kawan buat pangilan kecemasan kepada Mulah Omar bagi membantu ke?

9 Comments:

AbgTuah said...

/* Content
----------------------------------------------- */
@media all {
#content {
width:1100px;
margin:0 auto;
padding:0;
text-align:left;
}
#main {
width:600px;
float:left;
}
#sidebar {
width:430px;
float:right;

Awanama said...

50 tahun = 18250 hari
8 bulan = 240 hari atau
18250 hari = 438 000 jam
240 hari = 5760 jam
Tuan, adake wujud kewarasan sekiranya ingin dibandingkan kerja diantara dua tempoh di atas?
Andai di Kelantan, kafirnya yang entah beberapa kerat je, makan bertahun-tahun untuk dihapuskan atau dikurangkan benda-benda yang haram, inikan pula di Perak yang kafirnya sama jumlahnya dengan yang Islam.
Sekiranya ikhlas ingin membanding, bagi PAS 50 tahun memerintah Perak sebab benda-benda haram tu dah segar dan mekar selama 50 tahun dbawah naungan kerajaan Umno Perak.
**Taliban**

jiro said...

tanpa nama 10.47 mcm nama tok guru penjejak awan dan badai.

enko nie dgn nizar sama je bodohnye kalau umno le yang kluar kenyataan mcm nizar tu dah lama kaata kafir munafik tapi kalau org pas yang cakap huhhh itu fatwa tu tak leh dipertikaikan bagus betul la pas nie banyak gunakan agama islam sebagai benteng politik dia makin rendah la lagi martabat agama islam senang untuk dipermainkan kalau rasa nak halalkan benda yang haram mula lah keluar hadis nie cari ayat kuran yang ditafsir suka2 hati mak bapak diorang je asalkan ianya dapat menyokong tindakan pas memang satu parti yang menjahanamkan islam.
aku ingat la sebab islam jatuh lepas kewafatan rasul mungkin sebab pas nie la haahhhhhh suka memecahbelahkan umat islam....

Awanama said...

Alhamdulillah, Jiro melabelkan saya bodoh. Terima kasih kerana menambahkan keyakinan saya kepada perjuangan Rsaulullah. Apa yang tidak dikatakan kepada Rasulullah apabila baginda membawa Islam. 'Gila', 'Sesat', dan sebagainya. Seandainya Rasulullah yang membawa dakwah dilabelkan begitu buruk, apalah sangat saya dikatakan bodoh.
Saudara Jiro, selepas wafatnya Rasulullah, Islam berkembang dengan pesatnya hasil tarbiyah nabi kepada sahabat2nya. Dunia Islam berkembang keserata pelusuk bumi.
PAS hanyalah satu pertubuhan yang wujud di Malaysia selepas tahun 1950. Asalnya dari Hizbul Muslimin yang lahir selepas golongan agama tidak bersetuju dengan dasar UMNO dan keluar dari UMNO.Perbandingan dengan kehidupan nabi yang anda buat adalah satu perbuatan yang tidak menunjukkan kematangan anda dalam mengkaji bukan sahaja sejarah Islam malah sejarah Malaysia itu sendiri.

jiro said...

Salam tanpa nama,

Enko kena paham perbezaan rasul dengan MB Nizar mereka berdua ni tak sama, ketegasan mereka berdua nie tak sama, misi dan visi mereka berdua nie tak sama. aku sendiri pun tak berani nak samakan taraf aku dengan rasul tapi enko berani samakan taraf rasul dgn MB Nizar tu.. nie fatwa baru ke dari islam pas ?
Rasul berjuang utk menyebarkan agama islam MB Nizar berjuang utk islam pas yang gila nak memerintah sampai semua ayat quran ditafsir ikut suka hati dan suka memecahbelahkan umat.
kalau aku nak senarai perbezaan nie memang banyak tak cukup nie nanti abg tuah marah pulak hantar posting banyak2, enko pikir la sendiri tanpa nama...

AbgTuah said...

Salam Jiro dan semua blogger,

Terima kasih diucapkan diatas kesudian memberikan komen yg pro dan kontra di dalam web ini. Teruskan dengan komen saudara/saudari semua.

Awanama said...

Kasihan Jiro, adakah nak disamakan Rasulullah dengan Nizar....
Rasulullah itu contoh bagi manusia dan dalam pemerintahan pun Rasulullah adalah contohnya. Begitu juga para sahabat2nya, mereka juga contoh dalam apa juga urusan. Tak tau le kitab mana yang jiro pakai sampai sirah Rasulullah pun tak berapa nak kenal. Wahai jiro, kenal dulu Rasulullah, baru komen cara pembawa Islam seseorang itu betul atau tidak. Ngaji tidak tapi ngata orang tak betul.
**Taliban**

HANG LEKIR said...

Assalamualaikum,

Sebenarnya nama samaran Tanpa Nama ke Taliban?

Jangan marah,sekadar ingin bertanya dan bergurau

jiro said...

salam,

kalau nama dia taliban memang patut pun kena la dengan org nya dan sifatnya yang suka bunuh bangsa sendiri..

kita tengok taliban org yang dia bom kebanyakkan nya budak2, makcik2 isteri org suami org dan rakyat yang tak berdosa sama macam sifat amerika bom rakyat yang tak berdosa... kesian aku tengok rakyat afganistan disebabkan kuasa dan fahaman yang ekstreem rakyat yang tak berdosa menjadi mangsa kekejaman mereka nie.. mungkin ini yang dituntut oleh islam taliban membunuh rakyat yang tak berdosa ... kemudian nak cover balik cakap je mati syahid ???
syahid kepala hotak dia rakyat tak berdosa berperang dengan apa dengan perisai badan yang diaorang menorok dalam gua dengan senjata...
tulah dia perjuangan islam taliban AAAAAAAAMMMMMMMMMMMIIIIIIIIIIINNNNNNNNNN.........

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online