Rabu, 26 November 2008

ANWAR: TIADA LARANGAN JUALAN ARAK DI S'GOR

Anwar: Tiada larangan jualan alkohol di S'gor

Tiada larangan jualan alkohol di 7-Eleven, pasaraya dan kedai kopi di Selangor, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.Bagaimanapun, keputusan untuk mengenakan sebarang larangan adalah sepenuhnya dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan exco negeri, katanya kepada pemberita di Parlimen.Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata dasar membataskan jualan arak bukan perkara untuk dibincangkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT)."Perkara seumpama itu mesti dirujuk kepada kerajaan negeri dan ia akan dibincangkan di peringkat itu sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya.Prinsip asasnya, kata beliau, ialah supaya kedai-kedai berkenaan tidak dilihat seperti menggalakkan minuman alkohol terutama di kalangan generasi muda dan orang Islam.Tetapi, katanya, tiada sebarang cadangan daripada kerajaan Selangor untuk melarang sepenuhnya jualan alkohol di premis terbuka yang membabitkan orang bukan Islam.Menurut Anwar lagi, beliau tidak ada sebarang masalah dengan dasar-dasar sekarang kerana fundamentalnya sudah jelas.Exco negeri bincangBagaimanapun, beliau menambah, sebagai sebuah negara yang demokratik, mesti ada ruang untuk membuat cadangan dan perbincangan."Rakyat memberi pandangan dan maklum balas dan kita mesti mendengarnya tetapi dalam aspek dasar, tidak ada sebarang masalah," katanya.Menurut beliau, tiada apa yang harus dibimbangkan kerana dasar sekarang kekal dan "kami tidak menggalakkan umat Islam minum (alkohol) atau makan babi tetapi kita tidak akan menafikan hak orang bukan Islam untuk makan babi atau minum alkohol".Akhbar-akhbar berbahasa Cina hari ini menyiarkan di muka depan laporan bahawa PAS Selangor bimbang dengan keadaan sekarang di mana minuman alkohol mudah didapati di kedai-kedai.Dimaklumkan bahawa majlis-majlis perbandaran akan diberi tugas - selepas mendapat kelulusan majlis tersebut - untuk mengenakan larangan penjualan alkohol di kawasan masing-masing.Menteri Besar Selangor yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu pemberita di Parlimen bahawa perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Sumber malaysiakini.

Penulis heran dengan PAIh ni, semua buat setengah jalan, isu Dasar Perumahan Baru di Kedah setengah jalan dan isu arak di Selangor pula hanya kedengaran laungan yang kuat. Dulu sebelum memerintah bukan main lagi ye, melaung menjerit sekuat-kuatnya mengutuk dasar-dasar kerajaan. Wahh! Kalau sekali perhati tampaknya hebat, bukan main handelnya. Sekarang kenapa bila nak melaung, nak menjerit tetiba kena sergah sikit aje terus terdiam membisu seribu bahasa, atau saja nak test kekuatan suara aje. Mana!, ya, mana perginya singa-singa juang PAIh yang sebelum memerintah dulu tertonjol-tonjol kehebatan mereka, meluap-luap semangat keberanian mereka, terserlah-serlah kewibawaan mereka, konon-kenennya nampak seolah-olah keturunan Panglima Islam. Tugas dah selesai ke? Niii, lain kali kalau nak buat, lakukan bersungguhlah, baru orang RASPEK. Oh ya, hampir terlupa pulak, katanya nak jadikan Negeri mana entah sebagai ‘BELANDA MALAYSIA’, belum mula projek ke atau masih tak jumpa lagi benih-benih Terung Belanda yang sesuai?

1 Comment:

kuntakinte said...

Salam, larangan umat Islam dari membeli malah bukan beli je mengkedarah ayor setan tu pun Kerajaan Persekutuan dah lama larang dah, usah nak cari publisiti murahan, dah tu terpaksa pulak si AN War defend nak sejuk kan hati DAP si kafir harbi bukan larangan tapi baru cadangan, ni semua mainan politik nak tarik sokongan kafir haram pun boleh jadi halal. PAih jugak yang terkedu, takutkan si teressa, Xavier dan AN War, hai..hai.. nasib badan singa Paih dah jadi ayam ketek.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online